Alhamdulillah, bersyukur saya hari ini untuk berkongsi dengan pembaca zahirahhafizan.com berkenaan zakat.
Zakat adalah salah satu cara untuk membenteng harta kita. Kalau kita hadapi duit atau harta kita asyik mengalir keluar sahaja… kita cek balik tahap pemberian zakat kita.
Zakat ni terdiri kepada pelbagai jenis.
Zakat harta
Zakat perniagaan
Zakat emas dan perak
Zakat simpanan
Pagi ini, saya nak berkongsi dengan teman-teman mengenai Zakat Emas
Zakat Emas
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
Ini termasuk emas simpanan dalam bentuk bar ye (tujuan pelaburan).
gold bar
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Sumber: http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-zakat/zakat-emas
barang kemas
Ilmu mengenai zakat emas mesti kita “expert” jika kita mahu bergelumang dengan harta yang bergelar emas. Tidak kira yang dipakai mahupon untuk pelaburan. Sekarang ramai yang fokus pengumpulan emas untuk simpanan kan. Ia tidak salah. Tapi, kita kena tahu ilmu zakatnya juga. Kerana kita tidak mahu termasuk dalam kategori orang yang tidak menunaikan zakat apabila sudah tiba masa untuk memberi zakat.
Saya hanya berkongsi. Semoga ia bermanfaat.
Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?
Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…
Salam sayang,
Master ira&hafizan
Founder Legasi Anugerah Terindah Group
Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd
Top 40’s Shaklee Masters
RM 25 Million group sales achiever
Developed 1300 High Level Business Leaders
1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee
zahirahhafizan@gmail.com