Skip to content
Home Tuam semasa demam~ Tuam sejuk atau panas yang paling tepat?

Tuam semasa demam~ Tuam sejuk atau panas yang paling tepat?

Demam merupakan gejala umum pada saat sakit. Suhu tubuh meningkat di atas normal. Baik pada bayi, anak-anak mahupun dewasa, peningkatan panas tubuh ini tetap harus dipantau. Kenaikan suhu tubuh yang berlebihan dapat memberikan kesan yang serius jika tidak dikawal.

anak-demam

Suhu bahaya bagi kanak-kanak dan bayi ada 38 darjah celcius, manakala untuk dewasa adalah 39.4 darjah celcius. Boleh bayangkan betapa panasnya kan. Bagaikan menggelegak!

Biasanya, apabila suhu badan panas, cara tercepat untuk turunkan suhu ini adalah dengan berikan “dadah makmal”…iaitu ubat yang boleh membantu. Biasanya diberi paracetamol kan. Pengalaman sendiri juga macam ni. Hehe…

Tapi, ada caranya juga untuk turunkan suhu. ni penambahan. Untuk mempercepatkan proses penurunan suhu. Iaitu dengan letakkan tuala basah (tuam) di badan iaitu di bahagian ketiak dan celah paha. Tapi, nak tuam ni guna air sejuk ke air suam? Yang mana paling tepat ni?

Ok, jom kita baca…beza antara tuam guna air sejuk dengan tuam guna air suam…

amak demam

Tuam guna air sejuk

Apabila badan yang sedang panas dituam dengan air sejuk, apa berlaku? Badan akan menggigil sehingga terjadi kenaikan suhu badan. Ini kerana ia mengakibatkan pembuluh darah mengecil (vasokonstriksi), yang akan menyebabkan suhu badan meningkat. Anak pon akan rasa kurang selesa. Yelah, badan tengah panas… gi tuam dengan air sejuk. Cuba bayang rasa apa? Hehe

Tuam guna air suam

Apabila gunakan cara dengan tuam guna air suam ini…tubuh akan dirangsang untuk mengeluarkan peluh. Jika peluh keluar, secara semulajadi suhu tubuh akan turun. Penggunaan tuam suam ini selama lebih kurang 10 hingga 15 minit akan membuka pori-pori dan mengakibatkan peluh akan keluarsehingga suhu panas tubuh berkurang kerana proses penguapan berlaku.

water

Bagaimana cara yang tepat menggunakan tuam suam di saat demam? Begini caranya:

  • Sebelum tuam, sediakan bekas kecil berisi air suam dengan suhu ± 38 ºC. Buka baju anak. Basahkan tuala kecil dengan air ini.
  • Semasa tuam, letakkan tuala kecil itu di bahagian ketiak dan celah paha. Ini kerana ketiak dan celah paha miliki pembuluh darah besar, sehingga segera memberi “signal”ke pusat pengatur suhu di otak untuk menurunkan suhu di kala demam. Tuam bahagian tersebut selama lebih kurang 10 minit. Bila tuala kecil itu sudah berkurang panasnya, ulangi lagi dengan membasahinya dengan air panas tadi sehingga suhu badan anak menurun.
  • Selepas itu, biarkan air itu menyerap ke dalam tubuh. Kemudian, lap dengan kain kering. Pakai kembali baju. Pilih baju yangg nipis dan longgar. Tutupi dengan selimut nipis jika alami kegigilan atau ada rasa sejuk.

Namun bila panas tubuh tidak juga turun, sebaiknya segeralah untuk mendapatkan doktor.

http://teguhiw.me/cara-tepat-menggunakan-kompres-turunkan-demam/

Untuk anak, saya gunakan cara tuam dan berikan juga paracetamol jika suhu sangat tinggi. Danpada masa yang sama, saya menjaga nutrisi pemakanan anak-anak. yela, di kala sakit… perkara ini tetap penting kan…

Boleh baca di sini untuk penerangan yang lebih lengkap.

https://zahirahhafizan.com/2015/08/kesihatan-kanak-kanak-penentu-kebahagiaan-keluarga.html

Semua post ini bermanfaat untuk dikongsikan dengan teman-teman lain…

Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

zahirahhafizan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *