Saya tahu, sekarang ni ramai ibu dan ayah yang guna baby carrier kan. Nampak elegen gitu hehe. Nampak stylish jugak. Lagipon senang dan mudah. Saya pon ada guna juga tapi tidak selalu :). Lebih selesa guna stroller kalau pergi mana-mana. Ni bagi sayalah. Tapi bila kawasan tu tak boleh guna stroller, kami suami isteri memilih baby carrier.
Apa tips dalam memilih baby carrier ni ye?
Saya kongsikan di sini buat teman-teman. Ni juga hasil dari pengalaman saya. Juga saya kongsikan dari blog kawan-kawan saya ni :).
Baby Carrier Selamat dan Selesa
Sama seperti yang dikongsi oleh blog kisahkami dan mom of precious ni…dalam memilih baby carrier yang selamat dan sesuai untuk bayi…kita perlu menitik beratkan kualiti dan keselesaan anak ye.
- Anak berada dalam keadaan mencangkung apabila berada dalam baby carrier ni. Ni elakkanberlaku pada masalah posture tulang kaki dan pinggul dia. Bontot perlu support pada badan. Dan bukannya tergantung pada kangkang bayi.
- Anak mesti rasa selesa. Jadi kena test lah kan :). Boleh pinjam kawan-kawan punya yang dah beli dan try atau pon boleh sewa.
- Fabrik yang dipilih mestilah sesuai dengan keadaan iklim kita. Biasanya kita pilih cotton lah. Supaya tak panas dan anak tak lah rasa kurang selesa. Cotton organik pon boleh.
- Tight. Maksudnya anak mesti berada dalam keadaan dekat dengan kita (yang mengendong ni). Namun mesti selesa tau. Jangan terlalu ketat.
- In view at all times. Kita mudah pantau anak. Kalau kita letak anak di belakang (back carry), pastikan kita sentiasa berkomunikasi tau dengan anak.
- Close enough to kiss. Bila kita dapat cium anak dengan mudah dan selesa, maksudnya anak berada dalam kedudukan yang betol dalam baby carriernya. Kan selesa tu buat dia dan kita. Tips tambahan: Jangan terlalu tinggi berada di depan kita..kang tak pasal-pasal nak jalan ke depan pon duk intai-intai kita. Kita pulak tak selesa.
- Keep chin off the chest. Pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan atau terkena mahupon tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas. Lagi pulak, posture untuk kepalanya tak sesuai dan tak selesa.
- Supported back. Bahagian belakang badan anak mestilah disokong dan berada dalam keadaan semulajadi. Penting tau bagi bayi yang berusia 4 bulan ke bawah untuk berada dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka belum kuat lagi.Dikhuatiri akan mengganggu tumbesaran tulang belakang mereka jika letak mereka dalam keadaan duduk.
- Pilih yang original. Nak beli yang second hand pon boleh. Tapi pastikan ia original tau.
- Pilih yang sesuai dengan usia bayi.
Haaa…. ni 10 tipsnya tau. Saya pon banyak belajar dari sharing kawan-kawan saya ni kat blog 🙂
Tips Memilih Baby Carrier Yang Selesa dan Selamat
Best kan tips ni. Kalau nak tahu gaya anak duduk dalam baby carrier yang selamat macam ni tau kakinya. Kita kena pastikan kedudukannya betol. Baru anak kita selesa dan takde masalah di kemudian hari.
Cara kedudukan anak dalam baby carrier
Ni pulak, pemilihan kita dalam memilih baby carrier yang sesuai untuk bayi kita tau. Ikut usia mereka.
Baby Carrier Yang Sesuai Mengikut Umur Anak
Haaa…dah terbeli baby carrier yang tak sesuai untuk anak? Atau yang kedudukan kakinya tak berada dalam keadaan sepatutnya? Dah nak buang dah baby carrier sebelum ni? Eh ehhhh..cop! Jangan buang tau. Rugi…Hehe…
Boleh buat camni tau bagi mereka yang dah terbeli yang tak selamat atau tak selesa bagi bayi. Hehe. Pilih shawl atau kain yang tebal dan kuat tau. Untuk ikat tu…Haaa…so tak de harapan nak bodek hubby untuk beli yang baru kan sebab yang lama boleh diedit untuk jadi selamat. Hehe… Suami kalau baca ni…mesti tarik nafas lega lah punya hehee…
Baiki Baby Carrier Lebih Selamat dan Selesa
Nak dapatkan info lanjut lagi mengenai baby carrier atau baby wearing ni? Boleh ke Malaysian Babywearers kat sini ye. Anda juga boleh beli second hand atau used baby carrier dari penjual yang dipercayai. Macam mana caranya? Join group facebook Malaysian Babywearers FSOT and Rental.
Ok, tu saja sharing dari saya berkenaan tips memilih baby carrier atau baby wearing yang selamat dan sesuai.
Inginkan tips memilih pam susu yang sesuai dan berbaloi percuma dari saya? Boleh klik di sini. https://zahirahhafizan.com/2015/12/tips-memilih-pam-susu-yang-berbaloi.html
Ingin tips penyusuan mudah dan cepat juga percuma dari saya?Boleh klik di sini ye. https://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html
Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.
Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?
Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…
Salam sayang,
Master ira&hafizan
Founder Legasi Anugerah Terindah Group
Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd
Top 40’s Shaklee Masters
RM 25 Million group sales achiever
Developed 1300 High Level Business Leaders
1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee
zahirahhafizan@gmail.com
Baby Carrier Baby Wearing Elak anak cedera dengan baby carrier Elak anak cedera dengan baby wearing Tips Memilih Baby Carrier Yang Selamat dan Sesuai