Sambungan dari kisah saya yang saya ceritakan tentang bermulanya cinta saya dengan penyusuan di sini , saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua yang mungkin sedang mencari-cari cara bagaimana ingin kumpul stok susu yang banyak semasa berpantang. Yela, nak masuk kerja kan. Bukan benda mudah. Sebabnya anak juga sedang minum susu kita secara direct kan. Minum pon ye, nak simpan stok pon ye. Dalam pantang pulak tu. Hehe.
Kisah saya dulu, selepas lahirkan Aiman, saya asyik ulang alik ke hospital kerana Aiman mendapat jaundis yang lama. Kenapa Aiman boleh dapat jaundis yang lama ni? Kisah ini saya akan kongsikan di post seterusnya ye. 🙂
Setiap hari atau setiap 2 hari saya akan ke klinik untuk cek tahap jaundis Aiman. Saya sangat risau. Doktor sampai dah boleh kenal saya. Yelah, anak sulong kan. Tiada pengalaman lagi. Aiman juga dijangkiti kuman dalam paru-paru akibat batuk. Yang perlu diberi antibiotik selama 5 hari. Saya dan Aiman serta suami bermalam di wad selama 5 hari semasa saya berpantang. Ia pengalaman baru buat kami. Ia bukannya sebab jaundis yang membuatkan Aiman terpaksa masuk wad, tapi kerana jangkitan kuman di paru-paru akibat batuk.
Semasa di wad, saya tetap berikan susu ibu sepenuhnya kepada Aiman. Walau Aiman kerap sangat nak menyusu. Setiap sejam. Saya teruskan juga. Sebab tu badan Aiman memang cepat naik semasa kecil. Mungkin juga masa tu Aiman tak selesa kerana kahak yang ada. Saya memastikan pengambilan air kosong yang cukup buat saya 2-3 liter sehari. Juga pengambilan suplimen set menyusu yang tidak pernah saya hentikan dan tidak perlu berhenti atas nasihat doktor pakar kanak-kanak.
Semasa di wad, saya tetap buat perahan susu untuk disimpan sebagai stok di kala saya kembali bertugas selepas habis tempoh cuti bersalin nanti. Walau banyak mana pon saya dapat, saya tetap simpan stok susu saya tu dan saya bersyukur. Alhamdulillah, seronok. Allah bagi susu buat saya susukan anak kandung saya, Aiman. Dan Allah tambah dan tambah lagi susu saya. Semuanya dengan izin Allah. Saya hanya berusaha.
Saya gunakan teknik pam sambil menyusu. Apabila Aiman menyusu di satu breast, akan keluar susu di breast satu lagi tau secara automatik. Daripada ia membazir, saya letakkan pam dan botol dan terus mengepam walau sebelah. Pam saya automatik berjalan dan keluarkan susu. Dan ia adalah teknik yang mujarab bagi saya. Stimulasi berlaku dengan cukup hebat dan susu keluar dengan lebih banyak. Selepas Aiman menyusu, saya teruskan dengan membuat stimulasi dengan mengepam di breast yang Aiman minum tadi. Untuk bekalkan stimulasi seterusnya. Dan kini Aiman menyusu di breast yang dia belum menyusu lagi tadi. Saya akan pastikan kedua-dua breast saya kosong betul-betul untuk menyediakan ruang yang banyak bagi pembentukan susu yang baru. Ini kerana penghasilan susu juga disebabkan oleh faktor “supply vs demand. Bila permintaan tinggi untuk susu (breast betul-betul kosong), otak akan hantar signal kepada breast untuk hasilkan susu dengan banyak. Jika kekosongan breast ni berlaku lebih kerap, penghantaran signal akan dilakukan dengan lebih kerap dan susu akan dihasilkan dengan lebih banyak.
5 kunci tips pengumpulan stok susu ibu yang ingin saya kongsikan di dalam post ini adalah:
1. Allah izinkan saya miliki susu badan yang cukup dan banyak untuk anak saya Aiman
2. Saya gunakan teknik pam sebelah, menyusu sebelah breast lagi setiap masa penyusuan
3. Minum air kosong yang cukup 2 liter- 3 liter sehari
4. Pengambilan suplimen Shaklee set penyusuan lengkap (Alfalfa, B Compleks, Vitamin C, ESP, ostematrix, Vitalea) bersama cara makan yang betul
5. Nekad dan azam yang kuat
6. Konsisten
Kenapa 5 faktor ni saya tekankan? Ada sebabnya. Nanti saya hurai di post berikutnya. Nantikannya. 🙂
_________________________
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?
Boleh hubungi,
Ira & Hafizan
0139422527
[email protected]
Master Coordinators
Tips Banyakkan Stok Susu Ibu Tips Kumpul Stok Susu dengan Cepat semasa berpantang Tips susu mudah keluar banyak