tool
- Home
- Order Cara Mudah & Cepat- klik aje
- Set Menyusu Lengkap & Terbaik
- Set Berpantang dengan Sihat
- Set Jantung Sihat
- Rumah Sihat, Bersih & Selamat
- Kanak2 Ceria, Bijak Dan Sihat
- Sihat Dan Cergas Walau Berpuasa
- Kesuburan Suami Isteri Bahagia
Selamat Datang Ke Blog Kami
Friday, 17 February 2012
Susu ibu vs susu formula: Apa bezanya??Memang banyak BEZAnya!!
Salam jumaat buat semua. Terima kasih kepada pembaca blog saya. Walau saya tak kenal anda, tapi kita bersahabat di alam maya kan…:)..Pagi ni saya blogwalking ke blog comel dan dunyahalal untuk bercerita tentang susu ibu vs susu formula…Rata2 pada zaman kini, ramai ibu yang tahu apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula..Tapi betolkah anda benar2 tahu? Atau sekadar tahu…Kalau yang dah tahu detail, boleh baca info ni untuk refresh lagi minda kita berkenaan susu ibu dan susu formula..
Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?
- Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.
- Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.
- Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.
Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?Pandai-pandailah anda pilih yang mana yang terbaik untuk permata hati anda.
Khasiat serta kandungan yang dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu dipertikaikan
lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan
karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin,
mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.
Tuntutan agar ibu menyusukan anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan. (Surah Luqman : 14)
” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka
upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika
kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. (Surah al-Ahqaf: 15)
Ayat di atas menjelaskan bahawa pemberian susu ibu turut digalakkan dalam Islam.
Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri
dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa
apabila melihat anaknya sihat dan cerdas.Penyelamat bayi
Hasil kajian UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7
cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit
adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata
tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati
setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat. Kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama
juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun.
Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius.
Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of
Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu
botol.Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan
untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih.
Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang
terbaik.
Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir
hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang
betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini
dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda
melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema
dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu
digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan
kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada
bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan
kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun
sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat
disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat
makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi
membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia
mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang
melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang
membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan
penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut
akan hadir di dalam susu ibu.Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar
kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia
tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor
membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang
bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya
menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan
masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak
menyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan
bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan
kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia
membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap
tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic
dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk
pertumbuhan sistem tumpuan nervous.
Untungnya si ibu…Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan
asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung.
Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan
badan dibantu dengan sedikit senaman. Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia
mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih
cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser
buah dada juga ovari.Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda
kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat
dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan
merancang keluarga.Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan
kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara
anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam
badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang
masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling
penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan
kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh
susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja.
Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai
terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin
selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang
tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli,
diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai
coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
Sekarang kita semua ibu2 sepatutnya tiada alasan lagi tak boleh susukan anak dengan susu ibu ( melainkan ibu ada masalah berkaitan yang tak dapat dielakkan), kerana sekarang
kita memang mendapatkan kemudahan sebaik mungkin untuk menyusukan anak kita..Nak
atau tak nak je…Malas atau rajin je…Kalau kata kurang susu tu..ia boleh
diikhtiarkan dengan pengambilan makanan berkhasiat dan sebagainya..Cuma perlu cari
alternatif lain dan berusaha lebih sikit untuk menggali ilmu…
Sekiranya anda sedang mencari vitamin yang sesuai untuk ibu2 menyusu, boleh
hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms 0139422527. Posted byIbu Iraat07:25
No comments:
Newer PostOlder PostHomeSubscribe to:Post Comments (Atom)
Keluarga Shaklee
Kenali KAMI~ MASTER Nur Zahirah & MASTER Hafizan Lutfi
zahirahhafizan@gmail.com | FB: Nur Zahirah | Page FB: Sihat Bersama ZH.Com | sms,call,whatsupp: 0139422527| COD: Kerteh, Kemaman dan Paka
ANDA PENGUNJUNG BLOG YANG KE-;
Search This Blog
Popular Posts
“Vitamin Shaklee MAHAL la…untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je..” Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2.. SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE… Kepentingan vitamin c-selain untuk kulit cantik dan licin Bulan ni..Shaklee buat promosi sustained released vitamin C buy 6 free 1. Sebab tu lah ramai yang bercakap mengenai Sustained Released Vita…- Anda sering pening atau mudah pitam? Dah check tekanan darah? HB pon rendah? Mungkin kurang zat besi. Saya dihubungi oleh seorang teman…isterinya mengalami hb yang sangat rendah tahap kritikal sangat dah..isterinya sedang mengandung…ni …
Shidah: Pengedar SHAKLEE anda di Kuala Terengganu~Jom baca pengalamannya bersama SHAKLEE Ni pagi ni saya nak perkenalkan anak buah saya dalam Shaklee yang berada di Kuala Terengganu…Actually, shidah ni junior saya di kampus d…- Susu ibu vs susu formula: Apa bezanya??Memang banyak BEZAnya!! Salam jumaat buat semua. Terima kasih kepada pembaca blog saya. Walau saya tak kenal anda, tapi kita bersahabat di alam maya kan…:)..Pag…
Labels
- 3 amalan Rasulullah s.a.w(1)
- 3 tahun bershaklee(1)
- 5 soalan top waktu hamil(1)
- Adakah anda perlukan vitamin?(3)
- Advanced joint health tablet(6)
- Ajaibnya sedekah(1)
- Aku dan Shaklee(1)
- Alfalfa(19)
- Amalan rohani untuk ibu banyakkan susu(1)
- Anak bijak(2)
- Anak gigit puting semasa menyusu(1)
- Anemia(1)
- Apa itu Shaklee(3)
- B Compleks(42)
- bagaimana nak tahu susu cukup?(1)
- Basic H(9)
- Be the star(1)
- Berpantang(5)
- Berpuasa Sambil Breastfeeding(5)
- Bersyukur(1)
- Bibir kering dan menggelupas(1)
- Bintulu magic session(1)
- Breastfeeding(36)
- Buku jambatan ilmu(1)
- Cara atasi kenakalan anak(1)
- Cara mudah bergelar master coordinator(1)
- carotomax(5)
- cergas dan bijak(1)
- Cinch(4)
- COD kerteh(3)
- COQHealth(1)
- Cyst(1)
- Demam(2)
- Dish Wash(1)
- Distributor di Miri(1)
- Distributor di Paka(1)
- Doa(1)
- DTX Complex- Tonik hati(2)
- Ebook Surirumah 7 angka pilihanku(1)
- Ekzema(4)
- ESP(67)
- Fakta antara vitamin dan ubat(1)
- Family Day Legasi Anugerah Terindah(1)
- Fiber(4)
- Garlic(2)
- Get Clean Home; Fresh Laundry(1)
- GET CLEAN® WATER(4)
- Get Together Legasi Anugerah Terindah (GTLAT)(3)
- GLA(13)
- gojes(1)
- Gout(1)
- Hari Hijab Sedunia(1)
- Healing crisis(1)
- Herbal Blend Multipurpose Cream(3)
- Herblax(6)
- high blood pressure(1)
- Ibu dan Anak(1)
- Ibu mengandung(3)
- iCu(1)
- Ikhlas(1)
- Imun sistem(1)
- Indahnya Bisnes bersama Shaklee(1)
- Jaundis(3)
- Jeragat(1)
- Kalsium(7)
- Kanser(2)
- Kedah(1)
- Keintiman(1)
- Kekal Bertenaga(1)
- Kekal Cantik(1)
- Keletihan(1)
- Keluarga bahagia(1)
- kemasik(2)
- Kenapa Shaklee?(1)
- Kepentingan Antioksida(1)
- Keputihan(1)
- Kesan kekurangan vitamin(2)
- Kesihatan menyeluruh(1)
- Kesuburan(1)
- Keunikan Shaklee(2)
- Kisah Inspirasi(4)
- Kisah teladan(1)
- kolestrol(2)
- Kolustrum…cecair bernilai EMAS(1)
- kota bharu(3)
- Kurap(1)
- Kurus(7)
- lecithin(15)
- Luka cepat sembuh(2)
- Masker(1)
- Masters Celebration(3)
- MealShake(21)
- melahirkan dan menyusu(1)
- Menjadi leader(1)
- Menyusu Anak angkat(1)
- Metabolisma(1)
- Milk booster(2)
- Miss ‘v’ makin ketat(1)
- Monopous(1)
- Motivasi(10)
- Muda dari usia(1)
- Mudahnya berbisnes Shaklee(1)
- Multivitamin(2)
- My life(1)
- New year 2014(1)
- Nutriferon(12)
- Obesiti(1)
- Omegaguard(19)
- Ostematrix(15)
- Osteomatrix(16)
- Pahala ibu mengandung(1)
- paka(3)
- paka dan Kerteh(1)
- Pam susu di ofis(1)
- Panduan pengambilan vitamin(1)
- Pedoman(1)
- Pekatkan susu(1)
- Pengedar COD di kerteh(4)
- Pengedar Shaklee COD di kerteh(2)
- Pengedar Shaklee di Dungun(1)
- Pengedar Shaklee di Dungun & kerteh(1)
- Pengedar shaklee di Guchil(1)
- Pengedar Shaklee di HUSM dan Demit(1)
- Pengedar Shaklee di kemasik(2)
- Pengedar Shaklee di Kerteh-Kemasik-Paka(5)
- Pengedar Shaklee di Miri(1)
- Pengedar Shaklee di UTM Skudai(1)
- Pengedar Shaklee ready Stock di Kerteh-Kemasik-Paka(2)
- Pengedar Shaklee Ready Stock di Kulim(1)
- Pengedar shaklee Ready Stock di lundang(1)
- Pengedar Shaklee Ready Stock di Puchong(1)
- Penjagaan Kulit(4)
- Peppermint Ginger Plus(1)
- performance drink(7)
- Perut berangin(1)
- Petua(1)
- Petua kurus(1)
- Pil perancang(1)
- Puasa(4)
- Ramadhan(3)
- Rambut Gugur(1)
- Ready Stock di Kerteh(1)
- resdung(2)
- Ruam lampin(2)
- Sakit buah pinggang(1)
- Sakit sendi(1)
- Sangat mudah diserap oleh badan(1)
- Saya Pengedar Shaklee di Miri dan Brunei(1)
- Sebab Susu tiada(1)
- Sembelit(4)
- Senyum; Tips Bahagia(1)
- Senyuman mengundang pahala dan sahabat(1)
- Senyuman; tips bahagia(1)
- Serbuk Kolagen(12)
- Set A (Optimum Health)(4)
- Set B (Breastfeeding)(10)
- Set C (Confinement)(4)
- Set E( Breastfeeding with Calcium)(3)
- Set Eu-Four(3)
- Set Family Wellness(1)
- Set G (Allergy(1)
- Set H (Immune booster)(1)
- Set I (Pregnancy Set – 1st/2nd/3rd trimester)(6)
- Set kanak2 ceria(1)
- Set Kesuburan Shaklee Suami Isteri(1)
- Set untuk Optimum Health(1)
- Shaklee(4)
- Shaklee Family Wellness Program(1)
- Shaklee Halal?(2)
- Shaklee Patuh Syariah?(1)
- Silica gel(1)
- SLE(1)
- Slip Disk(1)
- Soft fabric(1)
- Stroke(1)
- Sunburn(1)
- Sunnah Nabi(2)
- Suplliment bahaya?(1)
- Supplimen untuk lelaki(1)
- Supply vs demand(1)
- Surah amalan sepanjang penyusuan(1)
- Sustained Release Vit-C 500mg(18)
- Susu ibu(4)
- Susu ibu vs susu formula(1)
- Susu merudum(7)
- Tambah darah(1)
- Teknik banyakkan susu(2)
- Teknik perah susu(1)
- Testimoni(12)
- Testimoni Sakit Lutut dan sengal badan(1)
- Testimoni Vivix(1)
- Tingkatkan antibodi(2)
- Tips(2)
- Tips Bahagia(2)
- Tips banyakkan susu(6)
- Tips berjaya dalam penyusuan susu ibu(3)
- Tips Berjaya Dalam Shaklee(1)
- Tips Hilangkan kaki Berbau(1)
- Tips hot beuty(6)
- Tips keibubapaan(1)
- Tips kejayaan(1)
- Tips Masalah saraf(1)
- Tips menjadi jutawan(1)
- Tips nak kurus dan ramping(3)
- Tips perut sensitif(1)
- Tips sihat | Tips memilih suplimen(1)
- Tips tenangkan hati(1)
- Tips turunkan berat badan(1)
- Tips urus masa dengan lebih bijak(1)
- Triple Gem(1)
- Triple M(8)
- Tulang dan sendi(4)
- Untuk ibu hamil(3)
- Urus susu perahan semasa outstation(1)
- Vit C Chewable (kanak2)(2)
- Vita-lea Iron Formula(15)
- Vitalea(19)
- Vitalea for children(1)
- Vitamin A(1)
- Vitamin bukan jalan pintas(1)
- Vitamin C(26)
- Vitamin D(1)
- Vitamin E(30)
- Vitamin semulajadi(1)
- Vitamin untuk Bakal Pengantin(1)
- Vitamin untuk kanak2(3)
- Vivix(26)
- Waktu Haid(1)
- Why Shaklee/Kenapa Shaklee?(1)
- Zero to hero(1)
- Zikir dan Ingat Allah(1)
- zink(11)
Live Traffic Feed
Shaklee dan Israel
Health
ID Shaklee
Waktu Malaysia & Mesir
Kalendar
Malaysia Calendar!-end>!-my>
Welcome and Thank you for visiting ZHC. I’m Shaklee Independent Distributor
” Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh”
Wakil Shaklee anda
Body Mass Index Calculator
Disclaimer # 1
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Disclaimer # 2
Sebarang penulisan di ZHC adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dgn mana2 pihak samada hidup atau mati. Dilarang utk dicetak/disalin sekiranya bukan bertujuan utk perkongsian ilmu.
Tukaran Wang Asing
Promote Your Page Too