Skip to content
Home Sihat Dan Cantik Dari Hujung Rambut Ke Kaki

Sihat Dan Cantik Dari Hujung Rambut Ke Kaki

Assalamualaikum. Pagi ni saya nak kongsikan mengenai petua awet muda supaya anda boleh kekal sihat, kekal cantik sebelum raya mahupon selepas raya. Maksudnya, selama-lamanya lah hehe.

 

Saya nak kongsikan beberapa tips untuk membantu anda awet muda dari segi kulit, kuku dan juga rambut.

 

Bayangkan seorang wanita yang mempunyai kulit yang tidak cantik, kuku yang tidak sihat yang selalu patah dan juga rambut yang tidak sihat nampak frizzy nampak bercabang.

 

Dia mesti nampak lebih tua daripada umur yang sebenarnya.  Walaupun anda bertudung ataupun kuku anda memang orang lain tak nampak sangat  tetapi kita mestilah menitikberat juga kesihatan bagi rambut dan juga kuku supaya kita boleh meningkatkan keyakinan bagi diri sendiri, betul?

 

Kalau semua cantik, sudah tentu kita pon akan rasa yakin. Betol? 🙂

 

Jadi apakah rahsia yang sebenarnya bagi kulit bagi rambut dan juga kuku yang cantik dan sihat?

 

Jawapannya adalah dengan mengekalkan badan yang sihat.  Cuba bayangkan bila badan kita tidak cukup nutrien-nutrien yang penting, kekurangan vitamin, kekurangan mineral, kekurangan protein. Boleh ke kulit kita sihat?

 

Boleh ke kuku ataupun rambut kita sihat? Jawapannya, tak boleh.   Ia akan jadi kusam, kulit anda jadi tak berseri, kuku jadi cepat patah ataupun rambut anda bercabang, frizzy hair orang panggil.

 

Ni saya nak kongsikan cabaran-cabaran kepada kebanyakan wanita di mana cabaran-cabaran di sini selalu akan menyebabkan anda kurang keyakinan diri.

 

Sebagai contoh, kulit anda yang berminyak, kulit anda yang kering, kulit anda yang kusam yang tidak berseri,  kulit yang berjerawat ataupun mereka yang mempunyai kesan jerawat. Kuku yang tidak sihat,yang cepat patah,  yang cepat rapuh ataupun rambut anda yang frizzy yang bercabang.

Apa Shaklee Boleh Bantu untuk Jadi awet muda?

 

 

Bagaimana kita nak selesaikan semua perkara di atas andai zat seharian kita pon tak cukup? Kita makan pon hanya untuk jadi kenyang. Nak cantik dari hujung rambut ke hujung kaki kan ni.

 

Jangan risau. Shaklee ada penyelesaiannya. Jalan pendek terus. Shortcut namanya :).

 

Shaklee mempunyai nutrien-nutrien yang lengkap untuk membantu anda mengekalkan kesihatan anda supaya kuku, kulit, rambut kita kekal sihat.  Jadi untuk sesiapa yang nak cantik terutamanya dari segi kulit, rambut dan juga kuku, saya cadangkan anda cuba set Essential Shaklee iaitu set keperluan harian yang mempunyai lima(5) jenis produk iaitu Esp, vitamin C, omega, vitalea dan juga B complex.

 

Selepas itu, tambahkan dengan satu produk dalam set anggun iaitu GLA Complex.  Kalau anda nak kesihatan yang paling optimum sekali, saya cadangkan set keperluan harian tambah dengan set anggun tambahkan lagi dengan set aura seri iaitu GLA dan juga collagen powder Shaklee.

 

Dah tak sabar nak beli? Eh eh japp. Saya nak terang satu satu ni dulu. Saya nak consult dulu ni. Baru anda faham kenapa saya cadangkan semua set di atas ni 🙂

 

Bagaimana Nutrien Membantu Mengekalkan Tahap Kesihatan Dari Hujung Rambut ke hujung kaki kita?

 

Sekarang, marilah kita lihat bagaimana nutrien-nutrien membantu untuk mengekalkan tahap kesihatan kita.

 

Sumber protein, contohnya sumber protein dari soya adalah sejenis sumber protein yang tinggi dan berkualiti. Ini boleh membantu kita agar boleh mengekalkan tenaga dan stamina kita. Erti kata lain, sumber protein yang berkualiti tinggi ini juga penting untuk kita yang tengah berpuasa.

 

ESP Shaklee eksklusif

 

Dan seterusnya soya ini dilengkapi dengan asid amino di mana ia boleh membantu untuk penghasilan sel kulit, sel otot, untuk meningkatkan kesihatan kuku anda dan juga rambut yang kuat.  Jadi di Shaklee kita mempunyai protein yang berasaskan susu soya iaitu ESP powder.

 

Ok sekarang mari kita lihat kebaikan dan keunikan produk ESP di Shaklee ini. Setiap hidangan ESP iaitu 3 sudu makan akan memberikan kita sebanyak 14 gram protein yang berkualiti tinggi, semulajadi dan juga berasaskan dari sumber tumbuh-tumbuhan.

 

Haa telan ESP 3 sudu makan je, terus dapat 14 gram protin. Kan bestt. Tak pening-pening 🙂

 

Apa Kebaikan Dan perbezaan antara sumber protin yang berasaskan tumbuhan berbanding haiwan?

 

Haa saya tau dah korang mesti nak tau ni kan. Sebab tu nak terang ni 🙂

 

Jawapannya, selalunya protin tumbuhan tidak mempunyai kolestrol manakala bagi mereka yang ambil sumber protein yang berasaskan haiwan selalunya tinggi kolestrol.

 

Lagi, apa yang ada pada ESP?

 

Shaklee ESP ni kalau korang nak tahu, ia  adalah ekstrak dari soya yang tidak diubahsuai secara genetik yang kita panggil non-GMO soy dan soya ini dihasilkan di bawah program pengekalan identiti(IPP).

 

Maksudnya sumber kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan Esp ini dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehinggalah ke proses pemprosesan.

 

Shaklee ESP juga dilengkapi dengan 9 jenis amino acids yang diperlukan oleh badan. Maknanya 9 jenis amino acids ini tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri tetapi kita kena dapatkan amino acids ini dari pemakanan.

 

Jadi bila badan kita lengkap dengan 9 jenis amino acids ini, ia boleh menghasilkan sel kulit, sel rambut, sel kuku yang lebih sihat dan lebih kuat.

 

Shaklee ESP juga mempunyai PDCAAS score yang tinggi iaitu 1. PDCAAS ini bermaksud skor penghadam protein kepada amino asid.

 

 

Maksudnya keupayaan protein ini diserap oleh badan anda dan juga keupayaan protein ini dihadam, dicernakan oleh badan kita dan skor ini adalah skor yang paling tinggi maknanya protein dari ESP ini sangat senang dihadam dan sangat senang untuk diserap oleh badan kita.

 

 

Skor ini adalah skor yang sangat-sangat tinggi yang paling tinggi sekali kalau kita berbanding dengan contohnya daging yang kita ambil setiap hari ataupun kacang yang anda ambil setiap hari.

 

 

Seterusnya ESP mempunyai Glycemiks indeks rendah di mana ia boleh membantu kita mengekalkan tenaga, paras gula darah, rasa kenyang yang lebih lama.  Sebab tu lah ia sangat disarankan untuk diambil kepada apabila tengah berpuasa juga.

 

Vitamin seterusnya adalah kombinasi vitamin dan jugak mineral. Ia dapat memberikan kebaikan kulit yang lebih menyeluruh. Apabila vitamin dan mineral bergabung dalam satu pil, sudah tentu telan je satu pil terus kita dapat semua yang diperlukan kan.

 

 

 

Selalunya multivitamin mempunyai antioksida seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E. Pada masa yang sama ia  juga mempunyai mineral-mineral yang lain contohnya kromium, silenium, kalsium.

 

 

Jadi semua vitamin dan mineral ini kalau digabungkan sekali, kesannya kepada kulit kita akan jadi lebih powerful. Hebatkannn.

 

 

Shaklee mempunyai multivitamin yang sangat- sangat lengkap untuk kita iaitu vitalea iron formula di mana vitalea ini sangat penting untuk kesihatan yang optimum yang menyeluruh.

 

Vitalea multivitamin shaklee

Jadi setiap hari bila kita ambil 2 biji vitalea, kita akan dapat sebanyak 28 jenis vitamin dan mineral.  28 jenis vitamin dan mineral ini dapat membantu mengekalkan pertumbuhan yang sihat, penglihatan dan juga perkembangan tisu dan jangan lupa ia juga sangat penting untuk kulit, rambut dan juga kuku kita.

 

Vitamin seterusnya yang kita perlukan adalah asid lemak omega 3 iaitu contohnya EPA dan DHA. Kajian menunjukkan EPA dan DHA ini sebenarnya sangat bagus untuk kulit kita sebab ia  boleh membantu untuk mengekalkan hidrasi kulit (tahap hidration). Juga melambatkan proses penuaan kulit. Maksudnya, ia dapat mengurangkan kedutan-kedutan halus di permukaan kulit kita.

 

Sebab tu kalau kita jalan jalan ke luar negara kan. Selalunya cuaca kering tu boleh buat kulit kita menjadi terlalu cepat kering. Omegaguard sangat membantu dalam elakkan kulit kita menjadi kering dan akhirnya luka.

 

 

Penting tau bila bawa Omega 3 semasa travel. Dalam Shaklee, kita guna omegaguard lah. Ia cukup istimewa 😀

 

 

Asid lemak omega 3 ini juga penting sebagai ajen anti keradangan.  Ini bermaksud ia dapat melindungi kulit anda dari sinaran matahari dan juga UV. Jadi bagi sesiapa yang kulit kering, juga sesiapa yang nak kurangkan kedutan atau garisan halus di permukaan kulit anda, anda boleh cuba asid lemak omega 3.

 

 

Shaklee kita mempunyai sumber asid lemak omega 3 yang sangat-sangat berkualiti tinggi iaitu Omegaguard.  Kami telah menjalankan tiga kali proses penyulingan terhadap Omegaguard untuk menapis logam-logam berat dan juga bahan pencemaran yang lain. Sebagai contoh metal, lead, merkuri, plumbum dan sebagainya yang akan merosakkan sel-sel otak kita.

 

Omegaguard Shaklee

 

Sebab tulah penyulingan ni tersangat penting diulang sebanyak 3 kali. Kiranya 3 kali kita tapis.

 

Kalau kita bandingkan Omegaguard dengan sumber ikan di pasaran, kandungan EPA dan DHA dalam Omegaguard adalah lebih tinggi. Di samping itu, bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut kering, EPA dan DHA boleh membantu untuk melembabkan sel rambut anda.

 

 

Di samping itu, EPA dan DHA ini boleh membantu untuk meningkatkan penyerapan nutrien di folikel rambut di mana ini boleh membantu untuk mengurangkan rambut yang kering, rambut yang frizzy (bercabang) ataupun bagi mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut.

 

OK sekarang dah faham lah kan pasal Omegaguard ni. Terasa nak makan sekarang kan. Nyesal rasa lama tak makan kan 😉.

 

 

Ok sekarang saya nak kongsikan vitamin seterusnya.

 

Saya percaya ramai yang mengamalkan vitamin C setiap hari. Namun tahukah kita apakah fungsi vitamin C sebenarnya selain untuk kecantikan kulit?

 

Sebenarnya vitamin C adalah salah satu nutrien yang mempunyai banyak fungsi kepada badan kita. Sebagai contoh, vitamin C ini berfungsi sebagai antioksida yang kuat di mana ia mampu membantu badan kita untuk melawan radikal bebas dari handphone kita, dari televisyen kita ataupun dari aircond dalam bilik kita.

 

 

Vitamin C adalah agen anti penuaan. Maksudnya, ia boleh membantu untuk melambatkan proses penuaan dalam sel badan kita.

 

 

Selain itu ia juga membantu untuk menghasilkan kolagen supaya kulit kita tegang,  cerah, gebu dan berseri.

 

Lagi?

 

Ia menyokong kesihatan gigi, gusi, tulang dan juga kesihatan keseluruhan untuk badan kita.

 

Apa keistimewaan Vitamin C?

 

Keistimewaan produk vitamin C di Shaklee adalah setiap tablet setiap biji vitamin C shaklee mempunyai kandungan 500mg.

 

Ia ditambah dengan sistem penyerapan berterusan di mana setiap biji vitamin C ini ia akan dilepaskan sebanyak 100mg vitamin C dalam setiap jam selama 5 jam.

 

Vitamin C shaklee

Shaklee juga tambah dengan 120mg complex citrus bioflavonoids dengan tujuan untuk meningkatkan fungsi vitamin C dan juga untuk melambatkan proses pengoksidaan dalam badan kita supaya vitamin C ini boleh menjalankan fungsinya dengan lebih efisien.

 

Ok dah jelas pasal Vitamin C?

 

Seterusnya, kita lihat pula vitamin yang penting untuk kesihatan kuku, kulit dan juga rambut. Menurut kajian vitamin B7, vitamin B3 dan vitamin B12 adalah antara vitamin B  yang boleh membantu untuk pertumbuhan rambut.

 

Banyak produk penjagaan rambut terutamanya shampu selalunya mereka akan tambah dengan vitamin B7 iaitu biotin sebab biotin ini boleh membantu untuk meningkatkan jumlah rambut anda.

 

Kajian juga mnunjukkan vitamin B7 bagus untuk membantu kita mengelakkan kuku yang rapuh dan patah.

 

Bagi  sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan kuku, saya cadangkan untuk anda ambil amino asid iaitu contohnya ESP, b complex dan juga collagen powder.

 

Vitamin B5 dan juga B12 boleh membantu untuk mengurangkan masalah jerawat dan meningkatkan kesihatan kulit anda secara menyeluruh.

 

B compleks Shaklee

Shaklee B complex mempunyai semua 8 jenis vitamin B. Ia juga ditambah dengan sistem penyerapan bioaktif berpaten dengan tujuan untuk menyokong penyerapan asid folik. Ini maknanya sangat-sangat bagus untuk mereka yang mengandung.

 

Dapat point ini?

 

Mari kita lihat apakah itu Gamma Linolenic Acid iaitu GLA.  GLA ini adalah sejenis asid lemak omega 6 yang badan kita perlukan. Selalunya bila badan kita dapat GLA ia akan menghasilkan prostaglandin.

 

Prostaglandin ini boleh membantu untuk mengawal proses badan yang semulajadi contohnya penghasilan hormon.

 

Kajian menunjukkan GLA boleh membantu untuk mengurangkan simptom-simptom PMS.  Dan  pada masa yang sama GLA ini juga berfungsi sebagai anti penuaan di mana ia boleh berfungsi untuk melembabkan kulit dan memberikan khasiat kepada kulit kita.

 

GLA Compleks Shaklee

 

Ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai kulit yang kering. Shaklee GLA complex mempunyai sumber yang semulajadi dari minyak borage. Jadi kalau kita bandingkan kuantiti GLA dengan produk contohnya EPO di pasaran memang kuantiti GLA dalam GLA complex shaklee ini lebih tinggi.

 

Jadi jelas?

 

Best kan segala info ni 😀

 

Apa lagi ye vitamin yang badan kita perlukan untuk meningkatkan kesihatan kuku, rambut dan juga kulit kita ye?

 

 

Yep, kita perlukan collagen.  Collagen bukan semata-mata penting untuk kulit kita sahaja. Collagen juga diperlukan untuk membina, menghasilkan sel kuku yang kuat dan sihat, untuk menghasilkan sel rambut yang sihat.

 

 

Collagen penting sebagai ajen untuk anti penuaan. Ia boleh membantu untuk kecilkan liang-liang pori di permukaan kulit kita, menghilangkan kedutan, garisan halus di kulit kita, melembabkan kulit yang kering, membantu untuk mencerahkan dan juga menegangkan serta menyuburkan rambut kita.

 

Shaklee  collagen powder mempunyai sebanyak 4000mg RSS collagen iaitu dari sisik ikan merah.

 

Tapi kenapa Shaklee guna ekstrak dari sisik ikan merah? Sebab ikan merah ini ni tinggal di tempat yang sangat-sangat mendalam. Ia hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000 meter dan ikan merah ini boleh menahan tekanan sehingga 20 pound.

 

Ia boleh bertelur dan boleh hidup dengan bebas di lautan yang mendalam. Jadi  ini menjadikan ikan merah ini sebagai sumber collagen yang sangat-sangat tahan lasak yang sangat-sangat elastik.

 

Collagen powder Shaklee mempunyai jisim molekul yang sangat-sangat rendah di mana collagen shaklee ini boleh memberikan penyerapan yang lebih bagus.  Kalau  dibandingkan dengan collagen di pasaran, selalunya jisim molekul sangat besar, malah amat besar iaitu sebesar 300,000 dalton. Maknanya badan kita memang susah nak serap molekul collagen yang begitu besar.

 

 

Shaklee collagen powder bukan sekadar collagen dari ikan merah sahaja. Shaklee juga tambah dengan 7 kandungan yang aktif.

 

Contohnya untuk fungsi keanjalan Collagen Shaklee mempunyai ekstrak dari kulit kerangan laut,  mempunyai collagen dari sisik ikan merah, mempunyai lactobacillus acidophilus untuk beri  kesan lembapan.

 

Collagen Shaklee

 

Collagen Shaklee juga mempunyai ekstrak biji camellia japonica dan ekstrak pfaffia dan untuk fungsi antioksidan pula mempunyai vitamin C dan juga vitamin B2 dan B6.

 

 

Wah! Banyakk sungguh kann faedahnya. Memang patut lah ia merangkumi dari atas ke bawah 😀

 

Set sihat dan cantik dari hujung rambut ke hujung kaki

 

Boleh order dengan saya di sini ye. Nak tanya pape pon bolehh 😀

 

Salam sayang,

Masters Ira & Hafizan

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *