Skip to content
Home Rindu Bumi Mekah Dan Madinah Memang Tak Terkata

Rindu Bumi Mekah Dan Madinah Memang Tak Terkata

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Semalam ada seorang yang meninggal dalam flight MAS yang baru nak boarding dari KL ke Kota Bharu.

 

Banyak prosedur yang MAS perlu lakukan bila ada kes macam ni. Hingga flight delay selama 3 jam. Difahamkan arwah baru je balik dari melaksanakan umrah.

 

Betapa sesuatu yang cantik Allah susun untuk beliau. Meninggal dunia di malam jumaat. Seorang yang baru saja melaksanakan umrah sungguh bersih! Dosa digugurkan. Didoakan agar arwah bersama orang – orang yang saleh.

 

Saya dan my half baru terima emel semalam untuk hantarkan saiz jaket kami ke Shaklee untuk diberikan jaket musim sejuk secara percuma. Kami berdua akan ke umrah dan ziarah jordan pada 9 Hingga 20 januari 2017 ni bersama Shaklee.

 

Dikhabarkan juga pagi tadi dari Shaklee, yang bayaran untuk visa umrah tak perlu dibayar pulak. Alhamdulillah. Tu rezeki. Kalau tak, kena RM4200 gak tu sebab berdua kan.

 

Kali pertama saya ke umrah tahun 2013 dengan My half tajaan shaklee umrah dan dubai.

 

 

Kali kedua ke umrah dengan bonus Shaklee juga bersama My half pada tahun 2014 dan awal 2015. Sambut tahun baru 2015 di Masjidil haram masa tu.

 

Kali ketiga ke umrah pada tahun 2017 nanti. Doakan kami dipanjangkan usia, diberikan kesihatan untuk dapat laksanakan ibadah sebaik mungkin. Sesiapa nak hantar kiriman doa, boleh mula wasap atau pm fb saya ye. Saya doakan satu satu doa kawan-kawan. Masuk dalam buku doa khas.

 

Tak sabar rasanya untuk bertemu Rasulullah saw di masjid nabawi. Tak tahan rasanya menanggung rindu memasuki taman syurga baginda. Tak terjangkau di fikiran bagaimana nanti bila melihat kubah hijau itu lagi. Rindu! Memang rindu yang amat. Bila kenangkan Rasulullah saw, hati sebak. Betapa baginda sayangkan kita. Tapi sejauh mana kita? Terutama saya sendiri lah. Banyak sungguh lalai.

 

Betapa rindu nak lihat kiblat kita iaitu kaabah. Rasa nak melekat kat sana selama-lamanya.

Betapa 2 tempat ini begitu memegang hati ini. Untuk sering datang dan datang berziarah. Rindu. Rindu yang amat. Pergi mana-mana pon tak terasa nak ulang pergi lagi melainkan ke 2 tempat ini.

Selawat ke atas nabi. Kerana setiap kali kita selawat ke atas nabi Muhammad saw, malaikat akan sampaikan selawat kita ni kepada baginda. Disebut nama kita kepada baginda nabi muhammad saw.

 

“Wahai Muhammad, Si Nur Zahirah binti Zakaria ni berselawat ke atasmu”

Nabi kenal kita bila kita berselawat ke atas baginda. Saya dengar dari perkongsian ustaz Don semalam kat youtube. Yang nama kita dan ayah kita akan disebut oleh malaikat kepada rasulullah saw.

Jom kita selawat banyak-banyak pada nabi Muhammad saw.

Allhumma solli ‘ala sayyidina muhammad wa ‘ala ali sayyidina Muhammad!

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *