Semasa hamil, ibu memerlukan nutrisi yang jauh lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Ini kerana apa yang diambil oleh ibu semasa hamil sangat diperlukan oleh anak dalam kandungan untuk membesar dengan sihat, tanpa sebarang kecacatan.
nutrisi ibu hamil
Sebagai ibu, kita kena tahu berapa sebenarnya dos yang tepat yang diperlukan oleh ibu hamil ini. Jika kita tidak mengambil sebarang suplimen, ia sangat penting buat kita untuk memastikan kita mengambil zat yang diperlukan ini dengan cukup melalui pemakanan harian iaitu daripada sayuran, buahan dan juga bahan makanan lain seperti lauk pauk.
nutrisi wanita mengandung
Tidak dinafikan, khasiat untuk ibu hamil sangat penting dan ia biasnya diambil daripada makanan harian. Kita juga tidak boleh menafikan cara sayuran dan lauk pauk dimasak, cara buahan dan sayuran diselenggara, boleh membuatkan zat dan nutrien daripada sayuran, buahan dan lauk pauk ini hilang mahupon berkurang. Salah satu contohnya sayuran yang dibiarkan terlalu matang akan menyebabkan kehilangan vitamin yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh.
Pengambilan vitamin sangat perlu dimulakan sejak awal kandungan, malahan semasa merancang untuk hamil lagi. Antara dua jenis elemen yang penting dalam merancang untuk hamil antaranya adalah asid folic dan zat besi. Setiap ibu hamil memerlukan vitamin yang berbeza, mengikut keadaan ibu hamil dan keadaan janinnya. Contohnya, ibu hamil yang sering alami masalah hemoglobin rendah memerlukan vitamin zat besi yang lebih daripada mereka yang tidak alami masalah ini. Tujuan vitamin ini diberikan adalah untuk memastikan tubuh ibu hamil dan juga janin berada pada tahap yang tetap sihat sehingga ke saat melahirkan.
Antara cadangan vitamin atau suplimen yang diberikan doktor kepada ibu hamil adalah:
keperluan nutrisi ibu hamil
1. Asid Folic dan vitamin B lain
Asid folic sangat penting untuk ibu hamil dan janin. Ini kerana, ia sangat penting dalam tumbesaran janin yang sihat, tanpa sebarang kecacatan pada sistem sarafnya. Tahukah kita, antara perkara pertama yang berlaku kepada janin semasa pembentukannya di awal-awal usia kandungan adalah saraf tunjang janin itu sendiri. Dalam 12 minggu pertama kehamilan, saraf tunjang janin berkembang dengan sangat pesat. Jadi, di kala ini, asid folic sangat-sangat diperlukan untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna tanpa sebarang kecacatan. Masalah spina bifida boleh berlaku kepada janin jika si ibu kurang mengambil asid folik.
Spina-Bifida
Asid folic juga boleh membantu dalam pembentukan sel darah merah si ibu dan juga membantu dalam perkembangan janin yang sihat. Pada masa yang sama, juga boleh membantu memberi tenaga buat si ibu. Yelah, semasa mengandung, ibu sentiasa saja mudah penat kan. Jadi asid folik ini memang membantu.
Sumber makanan yang boleh memberikan asid folic kepada ibu adalah seperti di bawah.
sumber makanan miliki asid folic
2. Zat besi
Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Salah satu kesan kekurangan zat besi semasa hamil adalah anemia, iaitu kurangnya sel darah merah. Ibu hamil yang alami anemia alami masalah darah yang kurang pekat kerana kurangnya hemoglobin/sel darah merah.
anemia
Sel darah merah sangat penting dalam mengangkut oksigen ke seluruh badan kita. Jika kekurangan sel darah merah, ia bererti oksigen yang diangkut ke seluruh anggota badan kita adalah berkurang. Jadi simptom seperti pitam, pening dan tidak bertenaga akan kita perolehi.
Kurangnya zat besi yang diambil oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan kelahiran bayi kurang matang. Pembentukan janin yang tidak sempurna juga akan terkesan jika berlaku kekurangan zat besi semasa ibu hamil. Jika kepekatan darah kurang dari 11g/dl, jika jantung janin tidak terbentuk dengan sempurna, kemungkinan janin itu akan gugur.
Sumber makanan yang miliki zat besi adalah seperti di bawah
sumber makanan miliki zat besi
3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting bagi ibu hamil kerana memudahkan lagi penyerapan zat besi dan asid folik yang lebih berkesan. Zat besi dan asid folik ni, jika ingin diserap sebaik mungkin ke dalam darah kita…sememangnya memerlukan bantuan vitamin C. Bagi ibu hamil, vitamin C juga membantu memberikan kesihatan optimum untuknya dan bayi dalam kandungan. Seperti yang kita tahu, semasa hamil… ibu alami banyak kelemahan. Ini disebabkan ibu kepenatan membawa kandungan yang semakin membesar. Jadi kadang-kadang, ibu miliki antibodi yang kurang di kala mengandung. Jadi, vitamin C ini…selain daripada membantu penyerapan zat besi dan asid folik yang lebih efektif dan berkesan….
Vitamin-C
Ia juga membantu dalam meningkatkan imun sistem ibu dan mengelakkan sebarang penyakit berjangkit kepada ibu. Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen untuk pembentukan otot, tulang rawan dan tulang…Vitamin C juga mengelakkan pendarahan gusi semasa ibu hamil menggosok gigi.
Sumber makanan yang mengandungi vitamin C yang kita boleh ambil adalah seperti di bawah
Fungsi, Sumber, dan Manfaat Vitamin C Bagi Kesehatan Tubuh
4. Kalsium dan vitamin D
Pernah alami tarik mengkarung atau kejang otot di bahagian betis? Tahukah anda ia disebabkan apa? Ia adalah kerana badan kita kekurangan kalsium. Sakit kan kena tu… haa…kenalah rajin ambil kalsium ye…
minum susu
Kenapa kalsium ni penting untuk ibu hamil ye? Jika kita terlalu penat, nak tidur malam pon susah kan? kalsium ni membantu kita tidur dengan lena. Begitu juga lenguh-lenguh badan ni. Pernah rasa? Sakit menyucuk-nyucuk kan? Ha…di sini lah pentingnya kalsium ni. Ia boleh melegakan…Di kala hamil, badan kita membawa janin yang di kala lahir tu keluar beratnya beberapa kilo. Ia memberi kesan kepada bahagian pinggang dan belakang kita…rasa sakit-sakit..ibu hamil pon boleh alami masalah gigi jika kekurangan kalsium. Janin kita akan menyerap kalsium dari badan ibunya untuk tumbesarannya dalam pembinaan tulang. Haaa..jika ibu kurang kalsium…dari mana bayi nak ambil kalsium ni? Patutla ibu hamil selalu sakit-sakit badan kan…Dahla anak duk serap je untuknya… Sebab tulah kalsium ni sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil…
Semasa dalam proses melahirkan anak di bilik bersalin, cuba bayangkan…jika ibu itu alami masalah kejang otot di bahagian betis semasa meneran… Tak ke ia boleh menambah lagi kesakitan ibu itu…dan kemungkinan besar ibu gagal untuk meneran dengan elok yang menyebabkan ibu diberi bantuan forsep untuk mengeluarkan bayi dari faraj… haaa..tambah pulak beban ibu kerana alami luka yang besar dan perlu dijaga dengan lebih rapi lagi…
Darah kita juga memerlukan kalsium yang cukup untuk pastikan proses pembekuan darah berlaku dengan sempurna..Jadi, tiada masalah darah tidak berhenti mengalir keluar kalau jari atau anggota badan kita tercedera..Ibu hamil juga perlu memastikan badan tidak kekurangan kalsium supaya proses pembekuan darah sewaktu proses kelahiran nanti berjalan lancar supaya badan tidak kehilangan terlalu banyak darah yang boleh mengakibatkan kematian.
Kalsium ini sangat penting ye…bukan hanya untuk ibu hamil…yang tak hamil pon sangat-sangat perlukan kalsium ni setiap hari…
Di bawah ini saya kongsikan dengan anda sumber makanan yang mempunyai kalsium di dalamnya…
sumber makanan miliki kalsium
http://aishukri.blogspot.com/2014/02/kepentingan-kalsium-dan-kesan.html
5. Omega 3
Omega 3 sangat penting untuk memastikan otak janin berada pada tahap perkembangan yang baik untuknya. Ia juga penting untuk penglihatan awal bayi, dan juga mengelakkan bayi ada alahan selepas dilahirkan. Kekurangan Omega-3 juga meningkatkan risiko ibu mengalami kemurungan selepas bersalin.
Omega 3 ialah asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan sendiri dan didapati daripada pemakanan seharian atau suplimen minyak ikan Omega 3. Omega 3 diperlukan oleh ibu hamil kerana janin menggunakan omega-3 untuk pembangunan sistem saraf. Penyelidikan telah mendapati bahawa menambah EPA dan DHA dalam diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas perkembangan visual (penglihatan) dan kognitif (daya pemikiran) bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan omega-3 mampu mengurangkan risiko alahan pada bayi selepas bersalin.
Ye, 5 vitamin ini yang sering digalakkan oleh doktor sejak awal kehamilan. Sebagai ibu, saya akan sentiasa memastikan vitamin ini diambil dengan lengkap oleh saya setiap hari sepanjang kehamilan.
Set Hamil Shaklee
Dan saya memilih set kehamilan ini. Kenapa ye?
1. Vitalea (multivitamin)
Vita-Lea adalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli dengan harga yang sangat berpatutan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan mineral untuk tubuh badan. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Ia mengandungi zat besi dan selamat untuk ibu hamil. Ia bantu dalam masalah hemoglobin rendah
Hebat kan!
Shaklee menggunakan kaedah yang terkini dan teknologi eskplosif yang kompleks dipanggil ‘Explo-tab’. Ia merupakan tablet paling pantas didunia yang terlarut didalam air dan juga tubuh manusia. Sebab, mineral yang ada didalam tablet ini mudah beintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil kita.
Nak tahu cara pilih multivitamin ? Boleh baca sini ye https://zahirahhafizan.com/2015/05/5-cara-memilih-multivitamin-di-pasaran-bagi-mengelakkan-ditipu.html
2. B compleks
Ia miliki semua 8 jenis vitamin B dalam satu tablet. Asid folic akan berperanan dengan lebih efektif dan meresap penuh dalam darah kita apabila ia digabungkan dengan vitamin B lain. Kerana itulah saya memilih B Compleks shaklee. Ia miliki kesemuaa 8 jenis vitamin B yang badan kita perlukan. Dan vitamin b ini semuanya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Ia perlu diambil dari makanan dan suplimen.
3. Vitamin C
Shaklee miliki kelebihan yang hebat berbanding jenama lain dalam pembuatan vitamin C. Shaklee menyediakan vitamin C yang sama dari 7 biji setengah buah oren bagi setiap tabletnya. Saya tak mampu nak makan 7 biji oren setiap hari kerana kos yang tinggi, lagipon ia boleh buat saya sakit perut makan oren banyak-banyak setiap hari. Jadi, saya ambil juga sebiji vitamin C sehari bersama sebiji oren 🙂 .. lagi satu…Shaklee ni reka cipta Vitamin C nya dengan pelepasan 100mg vitamin c pada setiap jam. Satu tablet vitamin C mengandungi 500mg. Jadinya, pelepasannya selama 5 jam lah secara konsisten 🙂
Link ni boleh dibaca untuk info detail berkenaan vitamin c ini 🙂
4. Omegaguard
Omegaguard Shaklee membekalkan omega 3 kepada ibu dan ia disalurkan kepada bayi untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi. Omegaguard Shaklee ini melalui 3 tahap penyulingan. Dan minyak ikan ini diambil daripada ikan dari laut dalam. Biasanya ikan di laut dalam terdedah kepada tahap merkuri yang lebih tinggi dari ikan di laut cetek. Jadinya, penyulingan yang sangat hebat dan berulangkali sangat penting untuk memastikan tiada sebarang kesan buruk dalam ikan itu. Kenapa ikan di laut dalam ye? Kerana khasiatnya lebih tinggi dalam penghasilan minyak ikan.
Nak tahu detail pasal omegaguard boleh baca di sini ye 🙂
5. Ostematrix
Ostematrix Shaklee adalah pil kalsium yang bukan sekadar kalsium. Ia mengandungi vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam badan dengan lebih efektif. Tiada guna jika kita ambil kalsium tetapi ia asyik hilang melalui peluh mahupon air kencing kan. Jadi, vitamin D ni sangat penting untuk memastikan kalsium dari ostematrix ini diserap semaksimum mungkin. Kerana itulah, apabila saya gunakan ostematrix ini, saya dapat kesan yang cepat. Bangun pagi dengan segar je badan. Tak percaya? Boleh cuba sendiri….Oooo lagi satu…1 biji ostematrix ni bersamaan dengan 80 biji buah badam… dan 1 gelas susu penuh kalsium…wow! sape yang tak boleh telan susu tu…boleh ambil ostematrix ni ye…
6. ESP
ESP ni adalah protin. Protin sangat penting dalam pembentukan sel. Sel akan membentuk tisu dan tisu kemudiannya akan membentuk organ. Dari sinilah organ anak kita yang kita kandung ini akan terbentuk satu persatu. Nampak kan pentingnya protin ni. Protin ni biasanya boleh diambil daripada protin haiwan mahupon protin tumbuhan. Dalam Shaklee…protin nya disediakan daripada protin tumbuhan iaitu soya. Dah 6 tahun saya gunakan protin ESP ni…ia sangat-sangat membantu saya dalam memberi tenaga..yela…lepas minum ESP..rasa kenyangg jee..segarr badan…. tenaga datang kembali 🙂 . kerana ESP ni melepaskan tenaga secara perlahan-lahan..jadi tenaganya kekal lama…
Nak tahu detail pasal ESP boleh baca di link ni ye… 🙂
Terima kasih kepada tuan empunya blog di bawah yang saya ambil juga infonya… 🙂
http://www.inspirasihafsah.com/2013/02/kepentingan-omega-3-untuk-ibu-hamil.html#sthash.76GVd8YV.dpuf
http://www.salwasaleh.com/2013/03/vita-lea-iron-formula-multivitamin.html
Ada masalah kulit gelap semasa hamil?
Rasa nak kekal cantik masa hamil?
https://zahirahhafizan.com/2014/12/tips-sentiasa-cantik-semasa-mengandung.html
Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?
Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…
Salam sayang,
Master ira&hafizan
Founder Legasi Anugerah Terindah Group
Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd
Top 40’s Shaklee Masters
RM 25 Million group sales achiever
1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee
zahirahhafizan@gmail.com