Skip to content
Home Pengalaman urine infection pada minggu ke 28 usia kandungan sangat mengerikan

Pengalaman urine infection pada minggu ke 28 usia kandungan sangat mengerikan

Alhamdulillah, berkesempatan saya menulis di sini hari ini. Demi berkongsi pengalaman saya bersalinkan Hazim.

Sebelum itu, saya ingin kongsikan pengalaman yang saya hadapi di kala usia Hazim 28 minggu. Masa itu, saya baru saja habis program Platinum Master Your Business di bawah kelolaan Doktor Azizan Osman.

 

 

nur zahirah

 

Ia satu pengalaman yang cukup mengajar saya untuk tetap menjaga kesihatan dan menjaga pemakanan saya di kedai makan. tapi, masa saya makan tu…takdelah pulak nampak tak bersih. Sebab saya ni jenis yang agak cerewet bab memilih makanan ni.

 

Di tengah malam sebelum habisnya program keesokannya, saya dilanda cirit birit. Ni sebab saya tersilap makan semasa saya keluar melakukan assignment di luar. Masa tengahari tu saya makan di kedai makan di Shah Alam. Mungkin makanan yang saya ambil itu ada jangkitan kuman yang menyebabkan saya dijangkiti cirit birit.

 

Semalaman saya ulang alik ke tandas sehingga tiada apa yang tinggal di dalam perut. Saya terus demam panas yang tinggi. Mula-mula ingat boleh control. Sebab saya pernah cirit birit. Tapi takdelah sampai demam. Tapi kali ni lain macam. Tiba-tiba, saya rasa kandungan saya amat sakit. Seumpama contraction menyerang. Macam kat labour room sakitnya. Huhu.  Orang yang alami contraction nak bersalin dan diinduce tahulah bagaimana rasanya.

 

Terus suami saya hantar saya ke klinik selepas saya tidak tahan lagi. Saya bertahan untuk habiskan kelas. Dan alhamdulillah, saya mampu habiskan kelas walau kepala saya sangat-sangat pening disebabkan suhu badan yang sangat tinggi masa tu. Malam tu saya dibawa oleh suami ke klinik berdekatan. Sakit perut tak yah cakap la. Selang 2 minit ia mencengkam. Seram! Saya terlalu penat menahan sakit. Sampai je di klinik, saya minta untuk potong que supaya saya dulu yang diperiksa oleh doktor. Jalan pon perlahan-lahan kerana menahan sakit. Doktor cek suhu badan saya. Sudah naik ke 40 darjah. Patutla macam nak “menggelegak” rasa. huhu. Doktor scan kandungan saya. Hazim berada dalam keadaan ok. tapi dia tersangat aktif di waktu itu. Memang ada contraction.

 

hospital ampuan rahimah klang

 

Saya minta ubat demam untuk turunkan suhu badan saya untuk saya telan terus. Terus doktor bagi 2 biji panadol kepada saya. Dan biarkan saya rehat di bilik rawatan di klinik sementara doktor memanggil ambulans untuk menghantar saya ke hospital kerana doktor risau saya akan bersalin tidak cukup bulan. Doktor juga meminta saya untuk menjalani ujian air kencing untuk memastikan air kencing saya ada infection atau tidak. Dan betol, saya alami ni disebabkan oleh cirit birit pada mulanya. kemudian berjangkit ke urine infection. Patutlah saya demam panas tiba-tiba. Ia serangan urine infection juga.

 

Pengalaman pertama saya naik ambulans. Cuak rasa. Haha. Sebab lepas telan panadol 2 biji tu,  saya dah semakin ok. Rasa macam orang sihat dah. Tapi, saya kena ke hospital juga. Laju ambulans “lari” tau.  hehe. Kita yang duk dalam tu pon bergegar-gegar.

 

Setibanya di Hospital Klang, saya ditolak masuk ke wad bahagian ibu yang ingin bersalin. Doktor dan jururawat meminta saya tukar pakaian hospital. Kemudian ujian dilakukan kepada saya dan bayi. Scan, cek nadi bayi, juga contraction saya. Alhamdulillah, ia semakin berkurang rasa sakit. Doktor berikan ubat untuk pastikan saya bebas dari urine infection dan cirit birit itu.  Apabila pulang ke hotel, saya juga ambil nutriferon untuk membantu saya pulih dengan lebih cepat daripada infection ini.

 

Syukur, malam tu, jam 1 pagi, saya dibenarkan pulang ke hotel. Ni kerana saya katakan yang esok pagi saya perlu terbang ke kota bharu. Kalau tak, terlepas lah pulak flight kami.

 

Saya belajar sesuatu dari kejadian ini. Jika kita alami cirit birit, ia memang mengandungi “kuman” dalam najis itu. Sebab itulah kita ada rasa sakit perut kan. Pastikan kita membasuh bahagian hadapan terlebih dahulu (bahagian kita kencing) sebelum kita mencuci dubur kita (tempat keluar najis). Kerana bahagian depan kita (untuk wanita) akan alami infection jika kita mencuci bahagian belakang terlebih dahulu, kemudian mencuci bahagian hadapan pula. Ia sangat mudah dijangkiti infection. Ini pesan nurse dan doktor yang saya terima rawatan.

 

Pesan nurse itu, bagi elakkan infection pada pundi kencing/ urine infection

1. cuci bahagian hadapan (laluan air kencing)

2. cuci bahagian tengah (tempat keluarnya haid)

3. cuci bahagian dubur (tempat keluar najis)

 

Syukur saya tak bersalin awal. Hazim waktu itu diberikan suntikan untuk mematangkan paru-parunya. Takut terpaksa bersalin awal. Rupa-rupanya, dia aktif sangat sebab suhu badan saya sangat tinggi masa tu.

 

Sekian saja perkongsian saya hari inI. Semoga ada sesuatu yang teman-teman pelajari dari post saya kali ini 🙂

 

Di sini saya kongsikan pengalaman saya menyusukan anak saya yang ke 4 ni. Dia baru berusia 21 hari hari ini

https://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html

 

Perkongsian ini saya berikan juga kepada anda…untuk menjadi inspirasi…saya susukan 3 anak saya yang lain sejak lahir sehingga cukup usianya menjangkau 2 tahun…

https://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html
Saya hanya berkongsi. Semoga ia bermanfaat.

 

Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

Developed 1300 High Level Business Leaders

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

zahirahhafizan@gmail.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *