Sebenarnya kan, baru sehari lepas saya tahu pasal Pameran Artifak Asli Rasulullah Saw Meruntun Jiwa ni di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam. Ala masjid color biru tu la. Saya tengok kat Facebook Ustaz Dusuki.
Pameran Artifak Asli Rasulullah Saw 10 Julai Hingga 23 Ogos 2017
Ye. Saya pernah saksikan beberapa kali pameran sebegini.
Namun, yang paling latest pon tahun 2014 di Turki. Sememangnya satu nikmat memandangkan Turki memang pernah menjadi negara pentadbiran Islam terulung di kala Turki Uthmaniyah kan. Jadi banyakla artifek asli di sana juga.
Namun saya umpama dipanggil untuk hadir ke sini.
Kerana betapa rindukan Rasulullah saw. Saya rasa malu pada baginda. Bukan main lagi baginda usaha untuk sampaikan Islam pada saya. Namun saya? Allahuakbar. Saya berterima kasih sangat sangat pada Rasulullah. Kalau tidak kerana baginda, saya mungkin tidak kenal Islam hari ni. Kan kawan? Kita semua lah.
Kami pusing dekat 3 kali cari jalan nak masuk ke Masjid Negeri Selangor ni tau.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), Shah Alam
Pakai waze pon boleh tersilap jalan. Biasalah tu haha.
Akhirnya jumpa juga jalan masuk. Masa kami ke sana, tak ramai orang dah sebab dah jam 6 lebih. Alhamdulillah lebih awal dari waktu yang kami rancang. Ingatkan nak pergi waktu malam. Nanti kang kami lagi teruk sesat hehee
Jom tengok persekitaran suasana di pameran tu.
Mula, kita beli tiket dulu. Hanya RM20 seorang. Andai terfikir “Aih, ni pon nak kena bayar ke?”
Beli tiket di pameran artifek asli Rasulullah saw
Kawan, kita nak masuk tandas pon sanggup bayar kan. Takkan nak tengok artifak asli Rasulullah saw kita nak berkira?
Lagi satu, ia untuk khidmat di situ. Mungkin diorang guna duit tu untuk bayar balik pada masjid. Guna aircond dan khidmat masjid kan.
Jadi kita pulangkan balik pada masjid untuk kegunaan pada masa akan datang pula.
Saya jalan jalan ke dalam selepas buat bayaran untuk 2 oranh bersama team mate.
Masyaallah. Terpana.
Banyak artifak asli Rasulullah saw dan sahabat.
Sampaikan kunci makam Rasulullah pon ada. Ketahuilah yang kunci makan Rasulullah hingga kini dipegang oleh keturunan nabi. Iaitu anak cucu Sayyidatina Fatimah dan Sayyidina Fatimah. Andai saya berpeluang ketemui keluarga nabi ini, saya akan ambil peluang sungguh sungguh. Insyaallah.
Ni gambar serban nabi Muhammad saw. Selama ni saya hairan lihat orang pakai serban tinggi macam ni.
Serban Rasulullah saw
Rupanya dia mengikut sunnah nabi Muhammad saw.
Serban Rasulullah saw
Sesuatu yang buat saya menangis.
Selipar Rasulullah saw dan juga tongkat baginda.
Allahuakbar.
Kini saya tengok depan mata. Tak leh pegang je. Kalau saya berpeluang pegang, saya memang nak pegang.
Selipar nabi menunjukkan betapa gigihnya beliau. Betapa usaha kuatnya baginda dalam sebarkan agama Islam. Betapa baginda susah payah demi kita dan keturunan kita kawan.
Selipar Rasulullah saw
Lusuh, ye mungkin orang kata kan dah beribu tahun memang lah lusuh. Bagi saya, bukan ukuran berapa lama usia selipar itu.
Namun bagi saya, sebanyak mana usaha tuan selipar ini kepada saya dan kita semua. Menangis saya tengok ni. Takde pon kasut macam saya yang harga mahal mahal hampir RM400.
Biasa saja baginda. Dan ini yang baginda bawa, seret ke mana-mana.
Bila melihatkan sesuatu yang dipakai oleh baginda. Serius. Makin rindu pada baginda. Makin sayang pada baginda. Mulut kumat kamit berselawat pada baginda. Saya berjanji pada diri yang setiap hari saya akan berselawat sebanyak mungkin pada baginda.
Bila lihat pada selipar baginda, dapat nampak saiz kaki baginda lebih besar dan lebar dari kita sekarang ni.
Ada juga artifek asli gambar tapak kaki baginda. Ya Allah, beruntungnya selipar dan batu kesan tapak kaki nabiMu ini. Ia digunakan oleh PesuruhMu.
Tapak kaki Rasulullah saw
Ada juga satu yang lain buat saya menangis. Iaitu tongkat baginda. Tongkat itu sangat cantik. Sampai sekarang ia elok saja tau. Subhanallah. Saya diberi peluang untuk lihat sesuatu yang Rasulullah saw pernah pegang dan guna. Saya bersyukur sangat atas peluang ini.
Ada juga busul panah Rasulullah saw. Betapa nampak gak tau. Walau ia dah lama, jasanya sangat mahal dalam Islam.
Ada rambut Rasulullah saw. Ini pon buat saya menangis dan makin rindu pada Rasulullah. Rambut Rasulullah berwarna hitam. Dan ia adalah lurus.
Bila nampak rambut saja rasa nak bawa balik, apalah rasa sahabat sahabat bila bertemu sendiri dengan Rasulullah secara berdepan.
Sebab tu lah sayang bertimpa timpa pada baginda.
Darah bekam baginda pon ada. Serius, itu darah nabi kita. Darah yang keluar masa orang baling batu kat Thaif pon macam tu lah. Sebak pulak rasa bila menulis ni pon.
Ok saya kongsikan beberapa gambar lagi ye. Orang Selangor wajib datang ni. Rugi korang kalau tak ambil peluang ni. Saya datang dari Terengganu. Alhamdulillah rezeki. Pameran Artifak Asli Rasulullah Saw akan berakhir pada 23 Ogos ini.
Terima kasih sangat kepada penganjur Pameran Artifak Asli Rasulullah Saw ini ye.
Ok, tu saja perkongsian saya. Nanti di next post saya hurai satu satu lagi ye.
Terima kasih semua.
Eh, hanya nak gitau. Kalau nak cuba Shaklee boleh kontek nombor di bawah ye. Special price punya.
Salam sayang,
Master Ira & Hafizan
013-9422527
Pameran Artifek Asli Rasulullah Saw