Alhamdulillah, boleh saya menulis hari ini di sini. Saya ingin berkongsi bagaimana cara ibu berpantang atasi tekanan semasa berpantang. Ada yang cakap, jika berlaku tekanan semasa dalam pantang, si ibu akan alami gila meroyan. ye betol. Jadi, ia sangat penting untuk si ibu dan bapa tahu bagaimana untuk atasi masalah meroyan ini.
Meroyan dan tekanan selepas berslain
Sebelum itu, kita kena tahu kenapa meroyan ini berlaku. Dan ia bukannya satu penyakit yang remeh, tapi perlu diambil dengan serius. Ini kerana, ia boleh berakhir dengan kejadian bayi dibunuh oleh ibu sendiri yang sedang dalam keadaan tidak sedar. Sedihkan? Si ibu memang tidak sedar ia berlaku. Tapi, sebagai satu langkah berhati-hati dan berjaga-jaga, masalah meroyan ini mesti diatasi dengan sebaik mungkin.
Meroyan kerana Suami?
Pernah dengar yang isteri alami meroyan disebabkan oleh suami? Ia memang berlaku. Di kala berpantang, si isteri berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Sakit bersalin masih dirasai. yelah, kita pantang tempoh 44 hari tu bukannya suatu proses yang mudah. Si isteri alami luka yang teruk apabila melahirkan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari. Isteri alami jahitan yang dicucuk dengan jarum dan “benang” di bahagian sulit isteri. Nak kencing, nak membuang air besar…bukan main sulit buatnya. Pedih bukan main selagi luka belum sembuh. Ini faktor yang menyebabkan emosi si isteri agak tak berapa stabil. Jika suami pula tidak faham, suami pula tidak bantu dalam menguruskan rumahtangga, si isteri mudah terasa hati, emosi tak stabil kerana di kala ini…hormon si isteri tidak stabil. Isteri pula menjaga anak, menyusukan anak… Adakalanya si anak tidak lena tidur kerana baru “berhijrah” ke dunia dari alam rahim. Jadi, sesi “penyesuaian” dengan keadaan ini diperlukan oleh isteri dan bayi ini sendiri. Semestinya, sewajibnya, sokongan dari suami sangat-sangat diperlukan di saat getir ini.
Ada kalanya, isteri tiba-tiba berubah angin. Dari mood yang elok…berubah menjadi moody. Isteri rasakan suami tidak pedulikannya, padahal ia adalah hanya perasaannya sahaja. Jadi, suami seharusnya banyakkan bersabar dengan kerenah isteri di saat ini.
Di waktu pantang, isteri berada dalam keadaan “kotor”. Darah nifas dalam proses nak keluar dengan lancar. Semestinya isteri sentiasa memasang ayat suci alquran, membaca kata-kata motivasi, mendengar sesuatu perkara yang baik dan memberi kebaikan kepada si isteri.
Lazimi diri dengan bertunku, dan berurut. Ini kerana isteri akan rasa lebih tenang dan badan merasa “panas” akibat darah berjalan dengan lancar. Lazimi amalan ini sepanjang tempoh berpantang walau tidak setiap hari. Sepatutnya bertunku ini dilakukan setiap hari.
Elakkan isteri dari terlibat dengan apa-apa permasalahan yang jika difikirkan boleh mengganggu emosinya. Dalam tempoh ini, isteri sangat fragile dan perlukan penjagaan rapi.
Peratusan wanita kena meroyan
Gangguan emosi berlaku ke atas 25% hingga 85% wanita yang baru bersalin.Jika gangguan emosi ini tidak dibendung sebaiknya, ia boleh menjadikan wanita itu alami meroyan.
Bila meroyan boleh berlaku?
Meroyan boleh berlaku lebih kurang apda hari ke 4 atau ke 5 selepas bersalin. Ia adalah satu perkara yang menakutkan jika sampai ke tahap yang teruk. Jadi, kena bendung hal ini dari awal lagi. Dan elakkan ia berlarutan tanpa pantauan.
Tanda-tanda meroyan sedang berlaku
Ini antara tanda berlakunya meroyan pada diri seorang isteri
- Keletihan yang melampau
- mood yang sentiasa berubah setiap masa
- berasa sedih, marah, dalam masa yang sama
- tidak cukup tidur
meroyan selepas bersalin
Tanda yang lebih kronik adalah si pesakit akan berasakan diri sendiri tidak berguna, rasa bersalah yang amat,rasa tiada harapan, rasa tiada orang yang dapat membantu atau lebih buruk adalah ingin membunuh diri.
sumber: http://www.permatacintaku.com/2015/01/meroyan-selepas-bersalin-kerana-suami-tidak-peduli.html
Cara-cara untuk elakkan meroyan dari berlaku
1. Meminta bantuan orang lain apabila ingin lakukan sesuatu. Sebagai contoh, ingin tukar lampin bayi. Tapi lampin berada jauh dari ibu. Minta tolong orang terdekat untuk mengambilnya.
2. Rehat semasa bayi sedang tidur. Elakkan dari berjaga atau melakukan sesuatu yang berat apabila bayi sedang tidur
3. Elakkan dari melakukan kerja rumah walau rasa diri sudah sihat. Waktu berpantang, walau kita rasa sihat,,, sebenarnya ia bukannya lesen besar untuk kita melakukan segala tugas di rumah sebagaimana kita belum bersalin
4. Jaga pemakanan ibu. Elakkan daripada memakan makanan yang seorang ibu berpantang tidak boleh makan seperti makanan sejuk dan berangin serta berbisa.
5. Banyakkan bergelak ketawa dan berkongsi cerita dengan teman-teman atau insan yang disukai (suami, adik beradik, kawan rapat, anak-anak) bagi menggembirakan hati si ibu.
6. Jaga nutisi si ibu. Ambil suplimen yang cukup jika ibu tidak mampu mendapatkan nutrisi yang cukup dari makanan harian kerana ibu berpantang perlu banyak pantang (buah, ikan, sayur yang sejuk dan berbisa serta berangin).
Pentingnya ibu jauhi tekanan semasa berpantang
Saya tidak pernah meroyan 🙂 . Alhamdulillah ia adalah satu nikmat yang besar buat saya. Saya menjaga semua perkara yang perlukan perhatian saya untuk elakkan meroyan berlaku pada diri saya.
Dari segi nutrisi pula, saya memang mengambil berat kerana saya tahu, di kala saya berpantang, banyak makanan yang saya kena hold daripada ambil. Ini untuk keselamatan saya dan anak. Jadi, saya gantikan zat dan minerals yang badan saya perlukan dengan mengamalkan suplimen yang sesuai.
Salah satu pengambilan saya yang konsisten semasa berpantang adalah Vitamin B. Ia membantu saya untuk jauhi diri dari stress. Rasa tenang setenang-tenangnya. Kadang-kadang, selepas bersalin, ada ibu yang alami masalah penyusuan. Ia juga boleh menyebabkan stress. Lagi stress, lagi ibu tu akan miliki masalah kekurangan susu ibu yang lebih tinggi.
Sejak lalui proses kehamilan, ibu perlu mengambil B compleks kerana nutrien ini sangat diperlukan oleh anak untuk tumbesarannya. Jika ibu kurang mengambil B compleks (yang sudah semestinya asid folic mesti ada di dalamnya), anak akan alami masalah dalam tumbesarannya dan juga kemungkinan besar akan alami masalah saraf.
Bagaimana B compleks Shaklee membantu
B compleks Shaklee membantu dalam menguatkan sistem saraf dan fungsi otak dalam hadapi sebarang tekanan. Tekanan melibatkan emosi dan juga saraf dalam diri kita. Dengan pengambilan B compleks, emosi menjadi lebih stabil dan seimbang. Ia bersifat menenangkan.
Kurangnya B compleks dalam badan kita akan mengakibatkan kelesuan, kurangnya tenaga, emosi bercelaru, penat keterlaluan, dan juga boleh disebabkan anemia. Sebab itulah, jika ibu alami anemia, B compleks juga sangat diperlukan selain daripada zat besi dan vitamin C.
B compleks shaklee dimuatkan dengan kelapan-lapan jenis vitamin B dalam satu tablet bagi tujuan memberikan kesan yang lebih efisen kepada pengguna Shaklee dan pada masa yang sama menjimatkan kos pengguna. Hanya dengan 1 biji B compleks, pengguna boleh mendapatkan kesemua 8 jenis vitamin B di dalamnya.
Boleh baca di sini bagaimana saya lalui hari saya dalam berpantang. Persediaan ini bermula sejak saya mengandung lagi.
https://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html
Perkongsian ini saya berikan juga kepada anda…untuk menjadi inspirasi…saya susukan 3 anak saya yang lain sejak lahir sehingga cukup usianya menjangkau 2 tahun…
https://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html
Saya hanya berkongsi. Semoga ia bermanfaat.
Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?
Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…
Salam sayang,
Master ira&hafizan
Founder Legasi Anugerah Terindah Group
Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd
Top 40’s Shaklee Masters
RM 25 Million group sales achiever
Developed 1300 High Level Business Leaders
1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee
Cara atasi meroyan Cara elak meroyan Punca meroyan selepas bersalin