Alhamdulillah, selesai sudah majlis gilang gemilang Masters Maria Firdaus. Mereka miliki aura yang cukup hebat! Banyak sangat ilmu baru yang diperolehi daripada Masters Celebration kali ni. Gembira tak terkata saya apabila cicit saya dalam Shaklee dah selesai majlis mereka.
Sebelum majlis bermula, saya ambil peluang bergambar dengan “pengantin perempuan” terlebih dahulu. Sebab nanti tak sempat ni nak grab dia hehe.
Majlis dimulakan dengan Masters Parade. Rasa seronok sebab dah lama tak rasa majlis “keturunan” sendiri. Dan hari ini, 2 master hebat diraikan. Alhamdulillah.
Mr Victor, Prsiden Shaklee Malaysia pon sangat teruja dengan majlis yang gilang gemilang hari ni. Victor berkongsi berkenaan impian. Setiap orang miliki impian. Dan sudah pasti kita mahu impian kita tercapai. Dan Shaklee boleh bantu kita untuk mencapai segala impian kita. Nak kereta FREE? Shaklee boleh bagi duit untuk bayar kereta bulan2. Nak pergi melancong FREE? Shaklee boleh bagi FREE siap dengan Business Class seats lagi. Nak duit banyak? Shaklee boleh bagi jalannya bagaimana nak miliki duit yang banyak dengan memberi tunjuk ajar dan peluang kepada orang lain untuk bebas masalah ekonomi juga.
Speaker undangan yang istimewa dan eksklusif hari ni adalah, Presidential Master Shareeza Hashim. Seronok jumpa mentor saya ni. Aura dia sungguh superb! Jangkit kepada semua hadirin termasuk saya sendiri. Seronok sangat-sangat.
Pesanan kak Cery, apa jadi pon, dalam keadaan apa pon, kita mesti sentiasa POSITIF. Kehebatan yang dimiliki oleh 2 orang master yang diraikan hari ini adalah mereka miliki aura dan sikap positif yang cukup hebat dan kuat! Tiada satu apa pon di blog mahupon di facebook atau di mana-mana pon mereka menunjukkan sikap atau aura negatif untuk disebarkan pada orang lain. Memang sudah pasti mereka miliki cabaran dan dugaan, tapi mereka tetap sentiasa positif dan tersenyum dengan segala ujian dan cabaran yang dihadapi.
Kak Cery nasihatkan hadirin untuk sentiasa berikan impak positif dalam hidup, dan menambah nilai dalam hidup orang lain. Berikan sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain melalui facebook dan blog. Barulah mudah kita menjadi magnet yang hebat!
Master Ainul memberi ucapan yang cukup memberi inspirasi kepada hadirin. Beliau merupakan “mak shaklee” kepada pasangan “pengantin baru” hari ini. Master Ainul mengingatkan supaya seluruh team MFMS (Maria Firdaus’ Millionaire in Shaklee) sentiasa “duplicate” dan “follow” mentors mereka (Master Mariafirdaus) rapat-rapat. Setiap hari mesti ada yang menjadi ahli dalam grup MFMS minimum 3 ke 4 orang. Di mana mereka semua memilih kumpulan yang betol dan tepat untuk bergiat aktif dalam Shaklee. Master Ainul mengatakan yang Master Maria firdaus merupakan anak Shakleenya yang sungguh laju dan sangat FOKUS pada jalannya. Sehingga mereka boleh naik rank setiap bulan. Dan melengkapkan perjalanan mereka dalam Shaklee hanya dalam masa 9 bulan.
Haaa..ni surprise dari MFMS. Macam-macam diorang nak buat. Hehe..Last-last finalized dengan surprise yang ni. Alhamdulillah berjaya dan berjalan dengan sungguh lancar. Dalam sebulan atau 2 bulan sebelum majlis mereka dah rancang siap-siap.
Perkongsian daripada Master Firdaus memang menyentuh hati. Berair mata saya apabila beliau kongsikan yang beliau pernah jatuh dalam bisnes yang kerugian RM20,000. Bukan bisnes Shaklee la…Tidak ramai yang tahu, malah dalam dewan itu, hanya beliau dan ibu beliaun saja yang tahu. Jika kita lihat Master Firdaus yang jenis happy go lucky ni sangat lah menonjol dan nampak gembira je tiap masa macam orang yang tak de masalah. Ketahuilah kita, beliau pernah juga jatuh. Tapi beliau FOKUS pada penyelesaian dan kebangkitan. Jika beliau putus asa dan terus layan rasa kejatuhan yang ambil masa 2 tahun untuk bangkit balik tu, adakah beliau akan berada di tahap ini sekarang? Sudah pasti tidak! Beliau memilih untuk bangkit dan terus terbang menuju ke puncak.
Cantikkan Master Maria. Heheee..Apa yang beliau kongsikan? Dulu, beliau adalah seorang yang rasa selesa. Tapi, bak kata master firdaus, “selesa la sangat!”. hahaa. Betul, beliau selesa bergelar Engineer. Belau selesa berada dalam kereta pergi dan balik dari kerja yang jumlahnya 3 jam sehari pergi dan pulang. Beliau selesa gaji tak naik pon. Memang perit. Selesa la sangat!
Master Maria lulusan dalam kejuruteraan Elektrikal, di University Shaffield, UK. Cinta antara Maria firdaus berputik di bumi UK. ecehh..hahaa..Dulu, Master Maria pernah buat bisnes lain sebelum buat Shaklee. Beliau mencuba Shaklee setelah google-google set menyusu dalam google, jumpa Shaklee. Asyik jumpa Shaklee. Dan masa tu, Master Ainul pon baru mencuba Shaklee. Beliau tanya pada Master Ainul berkenaan Shaklee. Dan terus decide untuk mencuba Shaklee. Beliau rasakan sesuatu yang best dengan Shaklee. Badan rasa sihat dan bertenaga. Susu pon makin banyak. Dan tak lama lepas tu, beliau buat keputusan untuk menjadi ahli Shaklee. Tapi bukan untuk berbisnes.
Bermulanya beliau untuk berbisnes adalah selepas Master Ainul berhenti kerja. Beliau ambil masa selama 6 bulan untuk melangkah daripada Distributor ke Supervisor. Kenapa? Sebab beliau tidak serius waktu tu. Tak nampak dan tak fokus. Tapi, selepas beliau FOKUS SUNGGUH-SUNGGUH, bermula daripada Senior Supervisor ke Master Coordinator, beliau melangkah tangga demi tanggan dengan cukup yakin dan mereka boleh naik rank setiap bulan tanpa miss! Sungguh hebat! Saya pon tak macam tu sekali buat kerja “gila”. Tapi, Master Maria Firdaus did it! Tahniah!
Majlis diteruskan lagi dengan Masters Parade by Masters yang diraikan.
Kemuncak kepada majlis, ada sesi penganugerahan Master Coordinators buat “pengantin”. Sebak rasa bila mereka di pentas. Seronok tak terkata sebagai mentor mereka. Mudah bekerjasama dengan mereka kerana mereka sangat mudah catch up dan faham apa yang perlu mereka buat. Cakap sikit je, yang mereka buat adalah double triple hebat!
Kami doakan mereka sentiasa berada dalam rahmat Allah setiap masa. Jemput ke blog www.mariafirdaus.com untuk pengisian yang lebih lanjut
Jika anda belum menjadi ahli, sangat untung untuk anda berada dalam MFMS. Boleh hubungi mereka di www.mariafirdaus.com untuk menjadi ahli keluarga MFMS:)
Masters Celebration Maria Firdaus