Skip to content
Home Lengkapkan Keperluan Nutrisi Harian Badan Dengan Daily Essential

Lengkapkan Keperluan Nutrisi Harian Badan Dengan Daily Essential

Assalamualaikum. Selamat pagi semua pembaca blog zahirahhafizan.com ni.

 

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang Daily Essential Set. Ia merupakan 4  produk asas Shaklee iaitu ESP, Omegaguard, Vitamin C dan Vitalea. Tapi sebelum itu, saya akan berkongsi juga tentang nutrien yang terdapat dalam produk tersebut.

 

Lengkapkan Keperluan Nutrisi Harian Kita : Kenapa kita perlu ambil nutrisi tersebut sebagai asas untuk kesihatan badan kita

 

 

Okay, apabila kita bercakap tentang keperluan nutrisi asas pada badan kita setiap hari kan. Kita tanya diri kita.

 

Adakah sebenarnya setiap hari kita makan dengan sempurna dan mendapat segala nutrisi yang badan kita perlukan? Atau sekadar kenyang sahaja.

 

Ramai yang akan jawab tidak sebab majoriti daripada kita makan akan yang ikut sedap sahaja tanpa mengira ataupun tanpa kita ambil makanan ikut keperluan badan kita.

 

Kan kannn. 🙂

 

Kalau anda nak cara pemakanan yang sihat, boleh melalui 2  caralah ya.

 

 

Samada mengikut piramid makanan ataupun anda boleh mengikut pinggan yang sihat (healthy plate).

 

Kalau nak makan secara sihat ikut pinggan, separuh daripada saiz pinggan tu anda ambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini yang terbaik lah ni.

 

Kemudian 1 per 4 dari pinggan tu anda ambil protein. Dan 1/4 lagi boleh ambil  karbohidrat. Jadi lengkaplah keseluruhan pinggan yang mengandungi Karbohidrat, protin dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

 

Itu kalau yang common orang Malaysia makan lah dalam makanan mereka hari-hari.

 

 

Walaupun kita dah cuba sedaya upaya nak makan secara sihat, tapi kadang-kadang tak boleh nak skip juga makanan-makanan yang tidak sihat.  Kan kan kann 🙂

 

Contoh pemakanan yang tidak berapa sihat seperti makanan dalam tin yang kita semua tahu ia dah bertahun di pack kan. Makanan dalam tin ini tinggi dengan bahan- bahan kimia walaupun jagung dalam tin. Kita sangkakan sayur tapi jagung tu pun sebenarnya tinggi juga dengan bahan kimia sebab banyak perisa vetif dalam makanan tersebut.

 

Errrkkk. 🙂

 

Contoh yang lain juga makanan segera. Makanan segera ni adalah makanan yang sebenarnya  tinggi dengan AGE protein. Ini kerana makanan segera ni adalah makanan yang diproses dan disejukkan.

 

Selepas itu bila dah sejuk, ia terus dimasak dalam minyak yang sangat panas.  Waktu ini penghasilan AGE protin akan lebih tinggi. Jadi penyakit akan lebih cepat kita perolehi.

 

Kemudian, contoh lain seperti makanan yang tinggi dengan lemak dan kolestrol.

 

Masak gulai, nasi lemak, roti canai dan kadang-kadang kita makan juga makanan yang tinggi dengan minyak.

 

Semua itu sebenarnya meningkatkan lagi penghasilan AGE protein dan meningkatkan kadar kandungan kolestrol yang tidak sihat dalam badan.

 

Semua ini sebenarnya penggalak badan kita menghasilkan lagi keradangan (inflammation) dalam badan kita.

 

Contoh lain, keadaan tanah yang kurang subur ni dia akan memberi kesan kepada nutrisi yang terkandung dalam sayur ataupun buah kerana sayur dan buah ni kita tanam di tanah.

 

Bila tanah tak cukup nutrien, sayur tu sendiri pun tidak akan mengandungi nutrien yang sama macam 10 atau 20 tahun yang lepas sebab tanah kita semakin kurang subur. Dengan itu, semakin kurang nutrien dan semakin tinggi bahan kimia pada tanah kita.

 

Ini antara beberapa faktor kenapa kita sebenarnya walaupun cuba untuk makan sihat kadang-kadang memang badan kita kadang-kadang ada sahaja keradangan lah inflammation lah ada fibroid ada cyst.

 

Benda-benda kecil tu sebenarnya yang kita tak perasan tu ia akan memberi kesan lah kepada tubuh badan kita.

 

 

Selain daripada faktor-faktor yang saya sebutkan di atas, faktor lain adalah gaya hidup ataupun lifestyle kita sekarang ni yang memberi kesan kepada badan kita ni kurang nutrisi.

 

Contoh yang pertama adalah tekanan hidup bila kita banyak stress. Banyak tertekan sebenarnya dia akan memberi kesan kepada penyerapan nutrien dalam badan kita.  Badan akan menghasilkan radikal bebas.

 

Inflamation (keradangan) akan terhasil dalam badan. Semua ini akan mengurangkan penyerapan nutrien ke dalam badan kita dan badan kita pun bila menghasilkan banyak radikal bebas dia akan memberi kesan kepada nutrien  yang masuk tu.

 

Kiranya ia tidak berguna lah dalam badan kita. Jadi, stress adalah antara faktor yang cukup besar lah yang akan bagi kesan kepada kesihatan kita.

 

Kemudian, faktor kurang bersenam maksudnya kurang aktif. Semua ni sebenarnya akan  bagi kesan kepada tubuh badan kita. Sel badan kita akan kurang berfungsi dengan optimum. Banyaknya pengumpulan lemak-lemak dalam badan kita akan berlaku. Jadi dia akan bagi kesan juga kepada blood circulation (kitaran darah).

 

 

Penyerapan nutrien pun akan memberi kesan dan bila orang yang kurang bersenam ni dia akan rasa cepat lapar sebab badan dia kurang aktif.  Tidak aktif mengakibatkan masalah seperti berlebihan berat badan dan tinggi kolestrol dalam badan dia. Secara langsung, perkara  ini akan berikan kesan kepada badan kita.

 

Alamak! Dah bersenam ke pagi ni?

 

Bila bercakap tentang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang lengkap untuk badan, sebenarnya rakyat Malaysia ni tak suka makan buah.

 

 

Ramai yang susah untuk disiplin makan buah dan sayur setiap hari.  73% daripada rakyat Malaysia sebenarnya tak ikut garis panduan untuk mengambil buah dan sayur yang secukupnya.

 

 

Ini kerana pengambilan sayur dan buah dalam sehari sepatutnya 5 servings ataupun 5 mangkuk sayur dan buah-buahan setiap hari.

 

Kemudian, masalah kedua rakyat Malaysia ni yang menyebabkan penyakit seperti obesiti ataupun overweight adalah disebabkan fizikal diri yang tidak aktif. Maksudnya tidak aktif secara fizikal dan kurang bersenam.  Ini semua sebenarnya akan meningkatkan lagi risiko untuk penyakit-penyakit berbahaya dan juga berlebihan berat badan.

 

Camni je mudah. Kita lihat sendiri pada keluarga iaitu ahli keluarga kita sendiri.  Adakah setiap individu kat rumah kita melakukan senaman secara konsisten. Begitu juga rakan sekeliling. Dan diri kita sendiri lah :).

 

 

Dalam 10 orang kan, berapa ramai je yang aktif atau yang konsisten bersenam.  Memang di Malaysia sangat-sangat rendah jadi sebenarnya orang yang rajin konsisten bersenam. Kalau kita mampu untuk mengubah gaya hidup yang sihat ni, ia sebenarnya satu perkembangan yang bagus untuk diri kita dan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia seluruhnya. Ecehhh. Hhehe.

 

 

Faktor di atas ni lah memberi mudarat pada diri kita.  Semua ini akan memberi kesan kepada tubuh badan seperti badan akan cepat letih, susah nak fokus, muda-muda dah dapat macam-macam penyakit dan kadang kadang akan rasa unhappy (murung). Semua itu akan bagi kesan sebab badan tak sihat.

 

Antara tips terbaik untuk mendapatkan kesihatan secara menyeluruh untuk merasakan hidup ini lebih bermakna, kita perlu lakukan:

  1. Lakukan senaman,
  2. Mengubah cara hidup ubah gaya hidup yang lebih sihat
  3. Mendapatkan nutrisi daripada pemakanan dan juga daripada suplimen

 

 

Apa yang Shaklee boleh bantu?

 

Untuk membantu kita semua sihat, Shaklee ada jalannya. Iaitu menggunakan Daily Essential Set. Ia mengandungi ESP, Omegaguard, Vitalea dan Vitamin C.

 

Jadi untuk Esp ya, ia merupakan sumber protin yang terbaik kerana protin ni merupakan sumber makronutrien.  Ada tiga sumber makronutrien yang badan kita perlu ambil setiap hari iaitu nutrien dalam kuantiti yang besar iaitu yang

  1. protein
  2. karbohidrat
  3. lemak.

 

Jadi, protein adalah salah satu sumber yang penting untuk badan kita ambil setiap hari dan ESP mengandungi sumber protin yang sihat untuk tubuh badan kita.

 

Yang kedua kita ada Omegaguard di mana Omegaguard ini adalah sumber lemak. Kan saya cakap tadi sumber makkronutrien yang penting adalah fat ataupun lemak.  Jadi Omegaguard mengandungi asid lemak omega 3 di mana ia sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.

 

Kemudian, yang ketiga adalah multivitamin iaitu kita ada Vitalea yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral.

 

Kemudian, yang terakhir sekali ialah vitamin C merupakan asas keperluan dan vitamin C merupakan water soluble vitamin di mana ia larut air dan vitamin C Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat  di mana ia akan sustain dalam badan kita selama hampir 5 jam untuk kegunaan sel-sel badan.

 

 

Huraian setiap vitamin dalam Daily Essential Set

 

1. Sumber Protin Lengkap – ESP

 

Jadi, nutrisi asas yang pertama yang paling penting adalah protin.

 

Protin merupakan kiranya struktur asas untuk pembinaan sel-sel badan.  Sel badan itu kita fikir mungkin kulit sahaja atau organ sahaja tapi tidak ya.

 

Rambut merupakan protin, kuku memerlukan juga protin, kulit apatah lagi kulit dan organ-organ dalaman badan kita semua perlukan protin even hormon adalah sejenis protin.

 

Jadi protein ini merupakan nutrisi asas yang memang kita wajib ambil setiap hari tapi adakah kita tahu kita ni ambil protein yang lengkap ke untuk badan kita.

 

Untuk mengambil protein yang lengkap mestilah mengandungi 9 jenis amino asid perlu sebab badan kita perlukan 20 jenis amino asid secara keseluruhan.

 

11 jenis badan kita boleh hasilkan dan 9 jenis kita mesti ambil daripada diet kita setiap hari. jika tidak lengkap ambil contohnya anda ambil harini 3 sahaja 11 campur 3 jadi 14.

 

Jadi 14, sometimes nak hasilkan rambut salah satu tu misi tak jumpa. Oleh itu, protin boleh hasilkan rambut akan jadi lebih nipis, cepat rapuh dan cepat patah jadi dia akan bagi kesan yang sepenuhnya untuk pertumbuhan sel-sel badan kita.

 

Protin juga sangat penting untuk ibu untuk wanita lah terutamanya wanita yang hamil dan juga wanita yang menyusukan anak kerana sewaktu kehamilan bayi dalam kandungan memerlukan protin untuk pembesaran mereka.

 

Juga sama untuk ibu yang menyusu bayi yang menyusu memerlukan kandungan protin yang cukup daripada ibunya.

 

Jika ibu dia tidak cukup protin, susu pun kurang berkualiti. Betapa pentingnya protin terutamanya untuk wanita, lelaki dan untuk setiap peringkat umur memerlukan protin yang lengkap.

 

Jadi Shaklee mengandungi sumber protein yang terbaik pengambilan harian kita.

 

Shaklee  ESP mengandungi protein yang lengkap iaitu 9 jenis amino asid yang diperlukan oleh badan dan ESP ini juga merupakan protein yang kurang ataupun rendah glisemik indeks.

 

Rendah glisemik indeks merupakan sumber makanan yang memberikan sumber tenaga yang sihat dan bagus untuk jangka masa panjang.

 

Maksudnya anda akan kenyang dalam masa yang lama tanpa gula akan meningkat dalam darah kita.  Selain daripada itu, ESP Shaklee juga mengandungi vitamin B, kalsium dan protein yang berkualiti tinggi.

 

 

Walaupun kita tiada label di ESP, tapi produk kita memang non-GMO soy masih lagi soya yang tidak diubahsuai secara genetic yang sihat yang terbaik lah untuk badan kita.

 

ESP Shaklee eksklusif

 

2. Vitalea Multivitamin

 

Untuk nutrien yang kedua pula adalah multinutrien ataupun kita boleh panggil multivitamin ya. Ia adalah vitamin yang diperlukan untuk badan kita.  Jadi dalam Shaklee kita ada Vitalea iron formula yang mana ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral.

 

Multivitamin ini sangat penting untuk badan kerana ia merupakan asas untuk sel-sel kita mendapat mikronutrien terutamanya sebab kadang-kadang kita makan nampak macam lengkap tetapi badan kita ini tidak mendapat certain mineral yang sel kita perlukan untuk menjalankan fungsi setiap hari.  Jadi, bila ada  kekurangan, sel kita membuat kerja dengan kurang efisien. Kesannya, tak akan optimum lah pekerjaan sel dalam badan kita ni. Sebab itulah kita kena ambil multivitamin ini untuk lengkapkan segala keperluan sel tubuh badan kita.

 

Jadi antara nutrient yang saya boleh tekankan dalam vitalea adalah zat besi ataupun iron.  Zat besi ini sangat penting untuk badan. Zat besi penting untuk penghasilan sel darah merah terutamanya untuk orang yang ada masalah seperti kurang sel darah merah yang ita panggil anemic la ya orang yang ada masalah penyakit seperti anemia.

 

Mereka perlu mengambil zat besi untuk bantu penghasilan sel-sel darah dan memberi tenaga.  Darah sangat penting dalam badan untuk membawa oksigen dan oksigen itulah yang membantu kita untuk terus hidup. Oksigen itulah yang bantu untuk otak kita berfungsi kalau tak cukup oksigen otak kita pun akan jadi perlahan, tak boleh nak fokus, kita akan mengantuk dan cepat lapar.  Semua itu akan bagi kesan. Jadi zat besi ini antara nutrien asas yang kita nampak ia macam kecil, namun sebenarnya kesan ataupun impak dia sangat-sangat besar dalam badan kita.

 

Vitalea multivitamin shaklee

 

Kemudian untuk orang yang hamil. Zat besi sangat-sangat penting sebab ketika kehamilan dah third trimester kandungan darah dalam badan ibu akan berganda. Sepatutnya  ia akan jadi double tapi jika ibu yang tak cukup zat besi darah dia tak boleh hasil dengan cukup menyebabkan ibu itu kurangnya oksigen dan kurangnya sel darah merah.

 

Ibu itu akan cepat penat cepat pucat dan ia akan bagi kesan kepada perkembangan bayi.  Bayi yang tak cukup oksigen biasanya bayi itu akan mengalami masalah seperti premature baby.  Bayi yang kurang matang 7 bulan dah dilahirkan. Sebab ibu yang tak cukup menghasilkan sel darah merah ketika hamil. Jadi pengambilan zat besi sangat-sangat penting.

 

3. Omegaguard

 

Nutrisi yang ketiga adalah fat ataupun lemak dan bercakap tentang lemak mestilah kita nak lemak yang baik lemak yang bagi tubuh badan kita ni sihat dan lemak yang kami cadangkan adalah omega 3 iaitu asid lemak omega 3.  Ada banyak jenis lemak tapi antara yang sukar anda dapat daripada makanan adalah omega 3.  Dan sebab itu lah juga kita letak Omegaguard ini sebagai salah satu essential set asas keperluan badan harian.  Kadang-kadang bila kita ingat kita makan cukup tapi kadang-kadang dalam makanan kita omega 3 tak ada langsung pun jadi ia akan bagi kesan juga lah kepada tubuh badan.

 

Omega 3 sangat penting kepada badan kerana Omega 3 ini antara lemak yang bagus. Ia bagi kesihatan jantung sebab ia akan meningkatkan lagi kadar kandungan kolestrol baik dan pada masa yang sama bila kolestrol baik iaitu HDL kolestrol anda tinggi, LDL akan rendah sebab dia akan bantu untuk rendahkan kandungan kolestrol jahat dalam badan.

 

Selain daripada itu, Omega 3 sangat bagus untuk otak, untuk mata dan juga ia memberi perlindungan juga kepada tulang kita iaitu sistem saraf (saraf tunjang (saraf otak) ) dan juga sel-sel otak iaitu neuron diberi perlindungan oleh Omega 3 sebab ia adalah sejenis lemak ataupun minyak kita panggil okay omega 3.

 

Omegaguard Shaklee

Sangat penting untuk lindung sel-sel badan kita dan kita tak perasan sebenarnya ia memberi kesan yang sangat penting kepada tubuh badan. Jika seseorang itu cukup Omega 3 dan sel otak dia dapat ambil Omega 3 untuk perlindungan neuron dia akan lebih fokus. Dan untuk ibu yang hamil pula Omega 3 sebenarnya penting untuk perkembangan otak bayi dan juga penglihatan bayi.

 

Jadi Shaklee Omegaguard merupakan sumber Omega 3 yang terbaik di mana kita buat proses penyulingan sehingga 3 kali berperingkat untuk tapis bahan logam berat.  Ramai orang yang nak ambil Omega 3 dalam makanan  dan makanan yang glamo Omega 3 adalah salmon. Tapi salmon itu sebenarnya sangat tinggi dengan sangat tinggi kandungan logam berat seperti merkuri. Semua tu akan bagi kesan jika kita ambil.

 

Mungkin kita dapat Omega 3 tapi badan kita juga akan meningkatkan toksin dan risiko penyakit seperti kanser akan lebih meningkat sebenarnya.  Jika kita ambil Omega 3 yang dah ditapis, yang tulen dan Omega 3 yang asli, ia akan lebih efisn bekerja tanpa meningkatkan risiko lain kepada tubuh badan kita.

 

Selain daripada itu, Shaklee omega guard merupakan sumber Omega 3 yang tinggi dengan kandungan DHA dan EPA. Jadi kalau kita compare dengan jenama lain dan juga dengan harganya yang sangat-sangat reasonable kalau kita nak banding dengan kualiti yang ada dekat pasaran.

 

4. Vitamin C

 

Yang terakhir sekali adalah vitamin C. Shaklee sustained released vitamin C memberikan anda sumber vitamin C yang terbaik untuk badan sebab kita punya paten adalah sistem pelepasan yang berperingkat.  Jadi dalam 5 jam itu badan kita akan mendapat vitamin C.  Badan kita ini akan menggunakan vitamin C dan vitamin C yang tidak digunakan akan dikeluarkan melalui air kencing.

 

Vitamin C juga kiranya merupakan vitamin asas untuk badan sebab banyak bahagian badan kita ini perlukan vitamin C antaranya gusi yang sihat.  Gusi yang sihat dia akan bagi kita gigi yang kuat supaya susah nak patah dan susah nak berdarah.  Gusi yang sihat penting. Kemudian vitamin C juga bagus untuk kulit untuk bantu penghasilan kolagen untuk teguhkan lagi serta kuatkan lagi kolagen yang terbentuk dekat kulit kita.  Vitamin C adalah antara vitamin yang terbaik.

 

Selain daripada itu, vitamin C juga terdapat di antara sendi dekat sendi-sendi kita ini dekat kiranya tempat penyambungan antara tulang sendi mempunyai vitamin C untuk tendon dan ligament juga terdapat dekat bahagian otot kita.  Vitamin C juga bagus kalau nak kulit cantik.  Bila kolagen kita lebih banyak, vitamin C kita ni cukup kiranya kuat untuk holdkan structure kolagen tu, kulit akan nampak lebih cerah sekata dan boleh kecilkan liang roma dan juga kiranya bukan sahaja kulit muka lah ya tapi satu badan lah bantu untuk kecantikan ya vitamin C ini.

 

Vitamin C shaklee

 

Sebab itulah ramai kiranya orang yang buat suntikan vitamin C. Eh, bukan saya nak galakkan lah. Maksudnya dekat sini vitamin C ini memang antara vitamin  untuk kecantikan kulit untuk kesihatan secara menyeluruh.  Jadi Shaklee vitamin C, apa yang kami ada ialah pertama sekali setiap biji mengandungi 500mg vitamin C kiranya cukuplah untuk badan kita sebab setiap jam dia akan lepaskan 100mg dan kita ada sistem penyerapan yang berterusan(sustained released function).

 

Kemudian kita juga mengandungi citrus bioflavonoids. Bioflavonoids kita ambil daripada kulit buah citrus seperti oren, lemon di mana kita ambil kulit dia untuk kiranya masukkan dalam vitamin C Shaklee supaya kesan vitamin C itu akan lebih bagus lagi.  Dia akan elakkan oxidation serta bagi fungsi yang lebih bagus lagi bila ditambah dengan bioflavonoids dalam vitamin C.

 

Itu saja info yang ingin saya kongsikan. Semoga bermanfaat buat semua.

 

Set Shaklee daily essential. Tak cukup omegaguard je 😀

 

 

Nak order Shaklee? Nak tanya pape mengenai Shaklee?

 

Boleh hubungi nombor di bawah ye.

 

Salam sayang,

Masters Ira & Hafizan

013-9422527

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *