Skip to content
Home LEGOLAND # 1 – Pengalaman Istimewa di Legoland Malaysia

LEGOLAND # 1 – Pengalaman Istimewa di Legoland Malaysia

Saya ingin simpan memori ini. Nanti anak-anak dah besar, bila mereka “google”…mereka jumpa sharing dari ibu mereka walau saya sudah tiada di dunia di saat ini.

Memori ini, saya simpankan ketat-ketat untuk kenangan kami sekeluarga. Juga untuk membantu teman-teman yang akan turut serta ke Legoland. Yang mencari tips bagaimana handle 4 anak di Legoland Theme Park dan Water Park. Hehe.

 

Nak dijadikan cerita… anak-anak sangat ingin pergi main-main di Legoland. Mana taknya, mereka semuanya ni adalah “hantu” lego. Tiap hari nak beli lego. Hehe. Kat rumah penuh dah lego. Nak jugak lagi lego. Hehe.

 

Kami suami isteri buat keputusan untuk bawa anak-anak ke Legoland pada cuti sekolah Desimber 2015. Sebab kebetulan kami ada sediakan Aiman kelas mandarin di JB selama 3 hari kan. So alang-alang, terus kami buat perancangan untuk jelajah Johor. Bisnes trip dan juga family enjoy kaw-kaw punya 🙂

 

Kami terlepas pandang untuk booking hotel Legoland. Ingatkan takde orang ramailah kan..nak buat last minute booking bilik. Memang takdelah. Semua full. So, kami “carry forward” untuk stay kat Legoland Hotel nanti cuti sekolah tahun depan pulak lah.

 

Jalan-jalan Legoland

 

Kami buat persediaan biasa-biasa saja untuk ke Legoland ni. Guna waze untuk mencari Legoland Malaysia. Dari Pulai Indah, hanya dalam 29 minit saja perjalanan jika jalan lancar. Kami pastikan anak-anak tidur seawal yang boleh pada malam sebelumnya. Mereka tidur jam 10 malam. Esoknya, kami kejut anak-anak untuk bersedia dengan full blast hari ni jam 7.15 pagi. Beri masa sejam untuk uruskan anak-anak dari A to Z sebelum keluar dari rumah. Saya siapkan sarapan untuk anak-anak. Macam biasa..mereka minum Mealshakes, susu dan coklat serta madu. Bekalkan juga buat mereka Vitamin C chew di pagi hari. Yelah, nak “perform” baik punya hari ni kan :).

 

Waze Legoland Malaysia

 

Kami tiba di Legoland jam 9.30 pagi. Ikut je lokasi parking. Hari pertama kami parking kereta di bahagian parking Legoland. Sehari RM10 tau kos nya. Murahh bagi kami. Tapi 2 hari selepas tu, kami pergi ke Legoland Water Park pulak… kami parking di Medini Mall. RM2 je tau kos dia untuk full day. Haaa LAGI MURAH!! hehe…

 

Set up stroller.

 

Pastikan bawa stroller sendiri kalau taknak bayar duit untuk sewa stroller hehe. Ada disediakan stroller untuk sorang budak dan 2 orang budak untuk digunakan. Harga saya tak perasanlah pulak sebab kami memang bawak stroller sendiri :). Stroller kami pulak, stroller yang boleh muat macam-macam kat bawahnya. Tak perlu nak pegang kat tangan segala makanan dan minuman heheh. Ni pon stroller kakak ipar hihi. Alhamdulillah ada…dia bagi pinjam. Sebab kami tak bawak stroller kami hehe :). Payung pon bawaklah. Sebab panas kan. Kesian budak-budak. Diri kita pon kesian jugak.hehe. Rentung hangus habis.

 

ExcitednyaLego

 

Masa nak ke Theme Park tu, kami buat pembelian tiket di kaunter tiket pada hari yang kami nak masuk theme park tu. Kami gunakan kad kredit Maybank. Dapat less 35% tau. Ada macam-macam pakej tau. Selepas kira-kira, pakej ni paling menjimatkan. Haaa…kalau nak murah jugak, boleh tunjuk IC kita tau. Harga tiket lebih murah berbanding dengan untuk warganegara asing. Tapi penggunaan kad kredit Maybank ni lagi murahlah. So, boleh prepare sendiri ye. Dan decide nak guna yang mana :)..Tapi ingat ye, Less 35% ni hanya kat Theme Park je tau. Kat water park tak dapat less hehe. Tiket untuk ThemePark selepas less 35% adalah RM117. Manakala budak-budak RM94 selepas less 35%.

 

beli tiket

 

 

 

Pastikan bawak air kosong yang sangat banyak sebab cuaca memang awesome panas! Hehe. Macam Disneyland jugakla. Semua open. Ada kawasan teduh sikit-sikit jela. Air minuman di dalam Legoland memang mahal. Air mineral botol kecil 500ml RM3 sebotol. Air rebina sebotol kecil RM7 sebotol. Kalau nak makan, sweet corn RM6 satu cup kecik. Kentang dan wadges RM7 setiap satu. Heheh. Harga memang mahall.. Yelah, kat dalam tu kan. Sape suruh tak bawak banyak makanan? Hehe. Owh milo ais ada jugak disediakan. RM6 sebotol.

 

Kami ada bawa air kosong banyak juga. Tapi, tetap tak cukup. So terpaksa juga beli air kosong. Makanan pon licin yang kami bawak. hehe. Memang anak-anak kelaparan sebab jalan banyak. Pastu kepanasan cuaca panas terik. Saya sediakan Performance drink untuk kami sekeluarga bagi mengelakkan dehidration :).

Performance drink di legoland

 

Untuk pastikan takde buat sebarang pembaziran pembelian makanan atau minuman yang mahal dalam Legoland Theme Park, bolehla bawak biskut, roti,keropok, kuih atau apa-apa saja yang boleh mengenyangkan. Sebab banyak tenaga yang diperlukan tau. Nak bawak ESP dan Cinch Shake pon bagus ni. Sebab energy dlepaskan sedikit demi sedikit 🙂

 

Tu je dulu sharing saya berkenaan persediaan untuk ke Legoland Malaysia untuk episod 1. Nantikan next post ye 🙂 Hehe. Terima kasih sebab membaca post saya ni 🙂

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *