Skip to content
Home Leadership Workshop by LAT Family, MIG, TWB, Soul and MFMS

Leadership Workshop by LAT Family, MIG, TWB, Soul and MFMS

Di kala kami mahu memilih next event untuk aktiviti grup kami, sememangnya keputusan itu bukan dibuat dengan lambat. Hanya 1 minit kami bincang, terus kami pilih untuk buat Leadership Workshop di sebuah hotel. Kerana kami tak nak penat fikirkan aktiviti ni. Tambahan pula kami tak mahu buang masa banyak padanya.

 

Master Nur Zahirah Dan Master Hafsah organizer Leadership Workshop LAT Family, MIG, TWB, MFMF dan Soul

 

Isi untuk Leadership Workshop ni kami compile time to time. Contohnya masa tu ada idea, saya akan lontarkan idea pada Master Hafsah. Begitu juga sebaliknya. Kemudian kami simpan dalam google keep kat telefon bimbit.

 

Kenapa begitu ye? Sebab kami ada banyak benda yang perlu diselesaikan. Dan saya sendiri yakin dan percaya idea yang fresh boleh datang bila bila masa saja sebenarnya. Dan ia lebih berkesan selalunya sebab ilham Allah bagi pada kami selalunya dengan cara sebegitu. Hehe. Kami nak sesuatu yang simple namun beri impact yang cukup hebat untuk bisnes kami di LAT Family.

 

Kami jenis mudah saja. Booking hotel dengan buat deposit. Kemudian kami buat target berapa orang untuk kami bawa ke Leadership Workshop ini. Kami bincang apa motif kami buat Leadership Workshop ni buat seluruh LAT Family. Kemudian Master Hafsah siapkan poster dan kami sebarkannya untuk seluruh leaders dan ahli kumpulan.

 

Motif kami adakan Leadership Workshop ni adalah kami nak bina jiwa leader dalam setiap ahli yang hadir. Dalam Shaklee, semua orang memang akan bergelar leader walau dia baru sehari join LAT Family. Dengan itu, mereka perlu miliki mindset yang betul dalam berfikir mengenai bisnes. Pada masa yang sama mereka perlu tahu bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan memandangkan berbisnes gaya Shaklee wajib ada kumpulan yang sama sama miliki misi untuk berjaya dari segi kewangan dan leadership dalam hidup.

 

Leadership Workshop by LAT Family, MIG, TWB, Soul and MFMS

 

Kiranya kami nak lahirkan seorang leader yang cara berfikirnya tu adalah cara seorang CEO company, bukannya sekadar penjual vitamin Shaklee yang kecil kecil tu. Kami nak mereka yang hadir dalam Leadership Workshop ini adalah mereka yang berkaliber hebat serta ada minda high class dan yakin diri yang amat tinggi.

 

Kami mahu bina soul and spirit yang tinggi dalam kumpulan kami. Walau apa jadi pon, tautan hati kami kuat hingga kami mampu buat apa saja yang kami mahu tanpa rasa keseorangan kerana ukhwah dan bonding kami tersangatlah rapat.

 

TWB Melaka

 

Kami mahu semua peserta yang hadir fokus pada bisnes kaw kaw sehingga mendapat hasil rank up dan kekal efektif dengan rank yang lebih tinggi setiap bulan hasil dari ilmu leadership yang sudah ada dalam diri sepanjang workshop ini.

 

Kami juga inginkan peserta miliki semangat juang yang super duper hebat walau jadi apa pon mereka kekal usaha sehabis daya yang terbaik mereka mampu berikan dari seluruh hati dan tindakan mereka hingga mendatangkan hasil secepat mungkin dalam hidup dan bisnes. Ini kerana mereka sudah percayakan diri mereka sendiri hingga tiada apa pon yang mampu halang.

 

Master Athirah

 

Itu yang kami set untuk hasil dari Leadership Workshop kali ni. Dan alhamdulillah Allah kirimkan kami bantuan selari dengan apa yang kami mahukan dengan kirimkan Fasilitator yang hebat bukan saja dari segi kata-kata namun juga ilmu yang mereka ada.

 

Kalau nak kami masters yang berikan impact sebegitu tinggi dengan segala modul dan personal test yang bernilai RM2500 tu dengan sungguh lancar memang kami tak mampu. Itu di luar kepakaran kami. Oleh sebab itulah kami sangat bersyukur diberikan jalan dalam merealisasikan segala motif kami untuk Leadership Workshop ini.

 

Hasilnya sangat superb dan awesome sekali! Ramai yang memuji. Saya sendiri sebenarnya tak terjangka kami mampu berikan dan dapatkan input sehebat ini dari fasilitator kami.

 

Korang boleh dengar sendiri feedback diorang dari Leadership Workshop ini. Memang kami semua excited giler gilerrrrr 🙂

 

 

 

 

Terima kasih kepada semua masters dalam menyumbang dana untuk Leadership Workshop ini. Kami sama sama menyumbang untuk topup keperluan yang kumpulan kami perlukan. Leadership Workshop ini bukan hanya anjuran LAT Family dan MIG. Namun juga GLC, TWB, MFMS dan Soul.

 

Masters Maria, Ainul, Ira, Laila, Hafsah dan Athirah

 

Harga workshop sebegini biasanya RM2500 per head kerana ia diajar di level corporate termasuk Petronas. See? Buat Shaklee dengan team kami di bawah susur galur LAT Family pun boleh dapat ni kan. Best sungguh! High class punya aktiviti dan circle yang korang boleh dapat bila sertai kami. Walau harganya RM2500 untuk setiap orang, namun perserta hanya bayar sebanyak RM80 saja. Dapat makan 3 kali kat hotel, dapat ilmu dan dapat kitab purple sekali dengan percuma saja.

 

Terima kasih juga kepada fasilitator yang banyak guide kami agar menjadi seorang bisneswoman yang walau ada anak ramai dan berderet, kami kekal dengan jiwa dan mindset kami sebagai seorang wanita yang bekerjaya eksklusif dan high class. Memang perasaan tu sangat hebat rasanya.

 

Fasilitator Master Mohd Aizan

 

Fasilitator Tuan Hanafiah

 

Dalam Leadership Workshop ini, kami sediakan kitab purple yang mana miliki semua SOP LAT Family di dalamnya. Kami juga berkongsi rahsia itu dengan adik beradik GLC kami yang hadir agar mereka boleh terbang lebih tinggi bersama grup diorang. Insyaallah.

 

Kitab purple hanya di LAT Family Shaklee

 

Insyaallah kami akan kekal buat aktiviti bulanan untuk LAT Family dan seluruh ahli dalam LAT Family tanpa henti. Motif kami adalah soul and spirit. Bila soul and spirit ni menjadi kuat, datanglah apa saja dugaan insyaallah kami semua di LAT Family akan kekal berdiri bersama leaders dan ahli grup kami.

Leadership Workshop LAT Family

 

Ini sebenarnya tonggak kepada berjayanya satu satu kumpulan dalam bisnes Shaklee. Iaitu jaga bonding dan ukhwah sebaik mungkin. Segala rintangan akan dapat ditempuh dengan jayanya. Dan kejayaan akan menjadi milik kami semua insyaallah.

 

Kak Ira bersama grup MAF iaitu bakal Master Raihanah

 

Leadership Workshop kami pon mesra bayi dan kanak kanak. Memang kami hadkan kehadiran kanak kanak. Namun jika si ibu tidak boleh hadir kerana tidak boleh bawa anak dek kerana tiada yang boleh jaga, jadi kami izinkan asalkan ibu boleh uruskannya dengan baik di dalam workshop.

 

Anda sedang mencari cari jalan untuk buat bisnes dari rumah secara online? Jom join grup kami.

Anda sedang mencari cari siapa mentor anda dalam Shaklee? Sertai kami di LAT Family. Kami miliki 5 orang Master Coordinator yang miliki kelebihan berbeza beza. Dan pastinya team kami miliki bonding yang sangat kuat. Korang pasti akan rasa tersangat excited insyaallah. 🙂

 

Salam sayang,

Master Ira

013-9422527

http://iralat.wasap.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *