Alhamdulillah, hari ni sempat Kak Ira menulis di sini. Korang sihat ke? Hari ni Kak Ira nak kongsi tentang kita hidup panjang, tapi sihat ke?
Korang tau tak? Menurut kajian, purata jangka hayat sekarang bagi wanita adalah 77 tahun manakala lelaki 72 tahun. Kita boleh hidup panjang, namun adakah kita sihat? Itu cabaran kita di zaman sekarang ni. Korang rasa kita sihat ke sekarang?
Ok jom kita test.
Untuk tahu kita sihat atau tidak, kita boleh bandingkan umur kronologi dan biologi kita. Umur kronologi adalah umur sebenar kita. Alah, yang rujuk kepada bila kita lahir tula. Kalau Kak Ira, tahun ni dah 34 tahun. Haa tu umur kronologi. Manakala umur biologi adalah umur organ dalaman (internal age) kita. Selalunya orang Malaysia umur biologi lebih tua berbanding umur kronologi. Contohnya umur baru 20 tahun. Tapi bila cek BMI semua umur dia dah 50 tahun. Nampak? Itulah bezanya. Korang dah pernah kan buat saringan ni. Apa hasil keputusannya?
Kunci tubuh badan yang sihat adalah sihatnya sel badan kita. Korang pernah dengan pasal aging? Aging adalah proses penuaan sel.
Apakah Faktor Penuaan Sel Kita?
Antara faktor penuaan sel kita adalah
1. Persekitaran tercemar,
2. Tekanan,
3. Gaya hidup yang tak sihat,
4. Pemakanan yang tidak sihat,
5. Tak senaman,
6. Terdedah kepada sinaran uv dari matahari
Sel adalah unit terkecil dalam badan kita. Jika ia sihat, seluruh badan akan sihat. Pelbagai faktor penuaan akan mempercepatkan lagi penuaan dalam badan kita. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan badan kita.
Ni adalah antara kesan kepada aging iaitu:
1. Kurang tenaga
2. Risiko kepada penyakit kronik sangat tinggi
3. Kulit berkedut dan kendur
4. Berat badan bertambah
5. Selalu jatuh sakit
Cuba tengok diri kita dan orang sekeliling kita terutamanya mak dan ayah. Adakah mereka ini ada kesan aging ini? Kebanyakannya ye kan. Sebab penyakit darah tinggi, diabetes dan jantung tu sangat jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia kini. Muda lagi pun dah ada yang kena. Betapa berisikonya kita sekarang ini.
4 Mekanisme Penuaan Sel
Ada 4 mekanisma penuaan sel dalam badan kita
1. Kemusnahan DNA
2. Prestasi sel berkurangan
3. Penghasilan tenaga berkurangan
4. Pemendekan telomere
1. Kemusnahan DNA
Cuba tengok gambar ni. DNA tu yang berbentuk X dalam sel. DNA menentukan genetik code yang menentukan karakter seseorang. Contoh warna rambut macam ayah, kulit cerah macam mak. Bahan kimia dari rokok akan rosakkan DNA, begitu juga dengan radiasi dari telefon boleh rosakkan DNA. Sinaran UV dari matahari pun boleh merosakkan DNA. Semua ini menyebabkan kerosakan DNA dengan cepat dan boleh menjadi kanser. Kita selalu hadapi semua ni kan. Jadi kerosakan DNA kita sebenarnya sering berlaku pada diri kita. Kunci kepada penuaan sel bermula dari kerosakan DNA
Study pasal kemusnahan DNA dan penuaan
Ini antara study berkenaan kemusnahan DNA yang berlaku dalam badan kita.
2. Prestasi Sel Berkurangan
Prestasi Sel Berkurang
Prestasi sel berkurangan disebabkan oleh terlalu banyak AGE protin yang terkumpul di dalam sel. Yang hijau tu adalah AGE Protin.
AGE protin terhasil dari pemakanan kita yang manis dan berminyak serta pengawet yang menyebabkan gula berlebihan dalam badan kita. Gula berlebihan bertindak balas dengan lemak dan protin dalam badan yang akhirnya terhasil AGE protin. AGE Protin yang terlampau banyak akan bagi kesan negatif pada organ penting kita seperti jantung, buah pinggang, paru paru dan lain lain.
Study pasal AGE Protin
Ni study berkenaan dengan AGE protin.
3. Penghasilan tenaga berkurang
Proses penuaan berlaku apabila penghasilan tenaga dalam mitokondria semakin berkurangan.
Apakah itu mitokondria
Mitokondria adalah janakuasa dalam sel atau “TNB” dalam badan. Mitokondria berfungsi dalam menukarkan nutrien yang masuk ke sel kepada tenaga (ATP). Tenaga ini penting untuk menyokong proses penghasilan hormon, pergerakan otot dan sebagainya. Organ yang penting dan aktif seperti paru paru, jantung, otot dan buah pinggang miliki mitokondria yang tersangat banyak. Namun bilangannya berkurangan apabila usia meningkat dan akibatnya risiko penyakit akan meningkat.
Tahap mitokondria bekerja
4. Pemendekan Telomere
Jika pemendekan telomere berlaku, sel kita akan mati. Bahagian hujung DNA adalah telomere seperti hujung tali kasut (plastic cap). Kalau plastic cap ni rosak, tentu rosaklah tali kasut kita kan? Camtu jugak dengan telomere.
Apakah Itu pemendekan telomere
Jika berlaku pemendekan telomere, penuaan sel berlaku dan kesihatan kita akan mula terganggu. Bila berlaku pemendekan telomere, ia akan buat kita miliki risiko kepada penyakit merbahaya sepeti kanser dan diabetes.
Telomere dan penuaan
Bila sel sihat, badan rasa tersangat segar dan sihat. Bila sel sihat, kulit nampak berseri dan tidak kusam. Bila sel sihat, badan kekal bertenaga sepanjang hari. Bila sel sihat, kita dapat kawal berat badan kita. Bila sel sihat, kita akan miliki kesihatan optimum. Maknanya kat sini, sel kita perlu jadi sihat agar semua yang kita nak untuk diri kita tu menjadi elok dan sihat. Antaranya nak jantung yang sihat tu memang perlukan sel jantung yang sihat.
Bagaimana nak kekalkan kesihatan sel?
Kita perlu amalkan 3 perkara ni untuk buat diri kita sihat:
❤️ Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang yang ada antioksidan
❤️ Aktif bersukan 30 minit sehari, 5 hari dalam seminggu
❤️ Gaya hidup yang sihat seperti tidur yang cukup dan bebas rokok
Apa Itu Polifenol?
Polifenol adalah antioksidan yang sangat kuat dari tumbuhan dan buah buahan. Polifenol memberi warna yang cantik sambil lindungi tumbuhan dan buahan dari penyakit dan virus. Bila kita ambil tumbuhan dan buah buahan yang ada polifenol, kita akan dapat antioksidan yang tinggi.
Apa Sumber Antioksidan?
Ni adalah antara sumber yang kita boleh dapatkan polifenol. Banyak juga kan sumbernya. Tapi, kalau nak yang kuat memang kita perlukan gabungan polifenol dan resveratrol kerana ia tersangatlah tinggi.
Sumber yang boleh bekalkan antioksidan yang tinggi adalah purple carrot, europian elderberry, muscadine grape dan polyganum cuspidatum. Gabungan resveratrol dan polifenol lain boleh bantu lindungi dan baiki DNA dalam sel kita dari sinaran UV dan radikal bebas juga termasuklah kesan dari stres. Kombinasi 4 tumbuhan ni membekalkan polifenol dan resveratrol yang jauh lebih kuat bila dibandingkan dengan yang lain. Dan semua ini ada dalam Vivix di Shaklee.
Ok, setakat ini saja perkongsian saya hari ini berkenaan kesihatan kita. Esok saya akan kongsikan pula berkenaan dengan Vivix ye.
Nak dapatkan Shaklee dengan harga istimewa?
Nak buat bisnes Shaklee secara part time mahupon fulltime?
Nak jana income best dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.
Salam sayang,
Master Ira
013-9422527
Anti Penuaan Reverse Aging Tips Hidup Panjang dengan sihat