Skip to content
Home Kisah Resveratrol, Polifenol dan Vivix

Kisah Resveratrol, Polifenol dan Vivix

Hai semua. Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni kita sambung mengenai bagaimana Vivix bekerja untuk buat kita jadi sihat. Kita kena tahu bagaimana Vivix ni berfungsi. Baru kita makin yakin. Dan nak yakin tu memang kena ada study, bukannya saja saja tiba tiba yakin kan. Jom kita study sama-sama. 🙂

 

Ni Kak Ira buat sambungan dari post di sini ye.

Rahsia kepada kesihatan yang sihat bermula dari sel yang sihat. Ingat lagi? Dalam pemakanan kita memang kita perlukan antioksidan. Sebab antioksidan ini sangat tinggi kesannya pada kesihatan kita. Lagi lagi lah bila kita ambil 4 antioksidan yang kuat yang ada dalam Vivix.

 

Bagaimana Vivix bekerja?

 

Kita ada 4 cara Vivix bekerja iaitu:

  1. Melindungi dan membaiki DNA sel kita
  2. Membantu dalam meningkatkan prestasi sel
  3. Membantu dalam meningkatkan tenaga dalam sel
  4. Menggalakkan kesihatan telomere

Gabungan resveratrol dan polifenol lain dalam Vivix bantu melindungi dan membaiki DNA dalam sel badan kita dari sinaran Uv dan radikal bebas yang terhasil. Antara contoh radikal bebas adalah radiasi dari telefon bimbit dan bila kita marah di kala stress. Klinikal study menunjukkan bahan dari dalam Vivix ini membantu atasi semua 4 jenis penuaan yang Kak Ira kongsikan di atas sebelum ini. Ingat lagi korang?

 

Kajian klinikal tentang polifenol dalam Vivix bantu hentikan biological stress response

 

Kajian klinikal ini menunjukkan bahan dalam Vivix membantu dalam menghentikan response pada biological stress.

 

Apa Itu Biological Stress?

Biological stress berlaku apabila kita makan makanan yang sangat manis dan tinggi lemak. Biological stress ini menyebabkan badan kita menghasilkan tersangat banyak radikal bebas yang menyerang sel dan DNA badan kita dengan sangat ganas hingga rosak. Kajian klinikal menunjukkan kandungan dalam Vivix dapat menghentikan response kepada biological stress ini walaupun baru selepas makan makanan yang tinggi dengan lemak dan tinggi kandungan gula.

 

Apa lagi Vivix mampu lakukan? Bagaimana ia bekerja?

 

Gabungan resveratrol dan polifenol dalam Vivix dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sel dengan mengurangkan penghasilan AGE protin. 

 

Kajian klinikal tentang kandungan Vivix kurangkan penghasilan AGE protin

 

Graf menunjukkan Vivix berbanding resveratrol biasa. Kuasa bahan dalam Vivix untuk menyekat penghasilan AGE protin jauh lebih bagus dan hebat dari resveratrol lain.

Apa lagi yang Vivix boleh bantu kita?

 

 

Gabungan resveratrol dan polifenol yang lain dapat membantu dalam meningkatkan tenaga dalam sel dengan cara meningkatkan bilangan mitokondria. Apabila berlaku penuaan dengan cepat, bilangan mitokondria dalam sel akan berkurangan. Kesannya kita cepat rasa letih kerana kurang tenaga. Apabila kurangnya mitokondria dalam sel, sel kita akan kekurangan tenaga yang mengakibatkan organ kita tak berfungsi sepenuhnya.

 

Contohlah mitokondria berkurangan di jantung. Sudah tentu jantung tak dapat berfungsi sepenuhnya sebab janakuasanya sudah makin berkurang kan? Andai jantung tak berfungsi dengan baik dalam menghantar darah ke seluruh badan, apa yang berlaku? Kita juga boleh terkena darah tinggi. Juga oksigen tak sampai ke otak yang boleh mengakibatkan strok. Kan teruk tu. Sebab tu lah kita perluka resveratrol dan polifenol ini untuk memastikan jantung kita boleh berfungsi sebaiknya. Apabila ambil resveratrol dan polifenol ke dalam sel, kesannya sangat bagus. Di mana bilangan mitokondria semakin bertambah berbanding resveratrol sahaja.

 

Cuba lihat gambar di atas. Yang merah tu adalah sel. Yang hijau tu pula adalah mitokondria. Nampak kan bilangan yang sangat berbeza apabila sel kita perolehi resveratrol dan polifenol. Bilangan mitokondria semakin tinggi. Ni kesan dari pengambilan Vivix yang berterusan boleh membantu kita mendapat keputusan seperti ini dari bilangan mitokondria kerana Polifenol dan resveratrol ada dalam Vivix. Jadi fahamlah kan kenapa saya katakan yang Vivix ni sangat membantu?

 

Bagaimana lagi Vivix bekerja?

Gabungan resveratrol dan polifenol boleh menggalakkan kesihatan telomere untuk melambatkan pemendekan telomere. Kesannya, kita boleh melambatkan proses penuaan sel dan boleh elakkan kita dari penyakit kronik.

 

Apa Lagi Manfaat Polifenol?

Ni antara manfaat polifenol yang sangat hebat dan sangat biasa dalam masyarakat kita. Kan kat Malaysia ni ramai yang ada masalah diabetes dan jantung. Termasuklah darah tinggi. Jadi ni penyakit kritikal yang kebanyakan rakyat Malaysia alami. Dan kalau korang nak tau, dengan pengambilan resveratrol dan polifenol yang sangat tinggi dan kuat memang boleh membantu kita sihat semula walau dah sakit. Ingat lagi bagaimana Vivix bekerja tadi? Dan kenapa Vivix? Sebab dalam Vivix ada 4 bahan utama yang miliki antioksidan tinggi yang ada dalam polifenol dan resveratrol.

 

  1. Polifenol untuk Diabetes

Manfaat polifenol dalam Vivix untuk turunkan paras gula

 

Bila kita amalkan polifenol, ia bantu juga untuk mengawal paras gula dengan cara mengawal penyerapan glukosa dengan meningkatkan sensitiviti insulin. Insulin akan cepat dirembeskan apabila pankreas kita sihat. Itulah tugas polifenol ini. Sihatkan pankreas kita juga dengan cara menyihatkan setiap sel pankreas dengan 4 cara bekerja tadi.

Polifenol juga membantu dalam merangsang rembesan insulin yang lebih awal dan memperbaiki penguraian insulin. Bila terlebih je gula dalam badan hasil dari pemakanan kita, polifenol memainkan 4 peranan di atas untuk membantu mengurangkan paras gula di dalam darah agar ia berada pada tahap yang sihat. Kita makan setiap hari kan. Jadi kalau tak ada polifenol dalam badan kita camne jadinya? Tentulah kandungan gula asyik tinggi je kan. Sebab tulah kita perlukan polifenol sentiasa untuk membantu kadar gula dalam badan kita pada tahap yang sihat.

 

2. Polifenol untuk kesihatan jantung

Manfaat polifenol untuk kesihatan jantung

 

Serangan jantung, strok dan darah tinggi disebabkan oleh salur darah dalam badan kita alami keradangan iaitu bengkak dari dalam. Polifenol mampu mengurangkan keradangan pada salur darah ke jantung kita kerana ia salah satu antioksidan yang sangat hebat. Dengan itu, ia menggalakkan lapisan salur darah kita yang sihat dan fleksibel dengan mempunyai keanjalan yang bagus. Jadi tekanan darah kita boleh dikawal dengan cara yang normal, tidak tinggi. Dengan itu juga ia menggalakkan tekanan darah yang sihat dalam badan kita. Polifenol juga bermanfaat dalam mengekalkan kadar pembekuan platlet yang sihat supaya pembekuan paltlet ini tidak menjadi semakin banyak. Selalunya ia terlalu banyak dan blok peredaran darah kita dan mengakibatkan strok.

 

3. Polifenol untuk kecantikan kulit

Manfaat polifenol untuk kulit halus dan berseri

 

Polifenol membantu dalam mencantikkan kulit dari kerosakan Uv dan menghilangkan kesan jeragat apabila mengamalkan polifenol dan resveratrol dalam jangka masa yang panjang. Kulit kita sebenarnya ada banyak lapisan. Lapisan epidermis yang teratas. Manakala lapisan kedua dinamakan dermis. Sinaran UV boleh merosakkan lapisan dermis yang banyak kolagen di situ. Polifenol membantu dalam mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan akibat hilangnya kolagen. Bila kolagen ni dapat dihasilkan, ia juga menggalakkan kulit yang tegang, flawless, halus dan tegang. Itulah fungsi polifenol.

 

 

Campuran sempurna polifenol

 

4 bahan yang boleh bekalkan resveratrol dan polifenol yang berkuasa ini adalah anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu, dan elderberi eropah. Semuanya ada dalam Vivix, top seller product di Shaklee. Semuanya lengkap dengan gabungan resveratrol dan lebih dari 15 jenis polifenol. Ia mengaktifkan kunci kepada jangka hayat yang panjang dengan melambatkan penuaan sel dengan 4 mekanisme yang Kak Ira dah kongsikan di atas. Kesan Vivix 10 kali lebih berkuasa berbanding resveratrol biasa.

 

Kajian Klinikal Tentang Polifenol dan Resveratrol

 

Di sini ada beberapa kajian klinikal yang telah dijalankan terhadap resveratrol dan tumbuhan yang ada polifenol.

 

  1. Kajian klinikal ke atas inflamasi pada jantung, buah pinggang dan kolon

Kajian klinikal resveratrol anti inflamasi

 

Kajian klinikal ini dilakukan ke atas sel jantung, sel kolon dan sel buah pinggang. Inflamasi ini berlaku setiap hari tau tanpa kita sedar pun. Cuba tengok gambar di atas. Warna merah itu bermaksud inflamasi. Inflamasi ni bermaksud dalam sel ini mempunyai masalah keradangan. Apabila sel ini ditambah dengan resveratrol, inflamasi semakin berkurang. Kesannya sangat sangat bagus. Apatahlagi kalau ditambah dengan resveratrol bersama polifenol.

 

Nota: Villi adalah jaringan kecil dalam kolon yang berfungsi untuk menyerap nutrien dari pemakanan

 

2. Kajian klinikal resveratrol terhadap kanser payudara

Kajian klinikal resveratrol terhadap kanser payudara

Kajian klinikal ini menunjukkan resveratrol membantu untuk menghalang pertumbuhan sel kanser payudara dan menggalakkan cetusan sel apoptosis. Apoptosis ni bermaksud sel kanser tu sendiri bunuh dirinya sendiri. Tengok graft ini. Semakin tinggi bilangan resveratrol yang diambil, semakin rendah bilangan sel kanser yang ada. 

 

3. Kajian klinikal resveratrol terhadap kanser serviks

Kajian resveratrol terhadap sel kanser serviks

 

Resveratrol membantu dalam cetuskan proses apoptosis dalam sel kanser serviks. Apabila kandungan resveratrol makin tinggi, sel kanser kolon semakin rendah. Hebatnya kuasa resveratrol ni kan. Allah yang cipta semua ni. Subhanallah.

 

4. Kajian klinikal resveratrol terhadap kanser prostat

 

Kajian klinikal resveratrol terhadap kanser prostat

 

Resveratrol membantu dalam cetuskan proses apoptosis dalam sel kanser prostat. Apabila kandungan resveratrol makin tinggi, sel kanser kolon semakin rendah. Gambar di belah kiri (A dan C) adalah perkembangan sel kanser prostat (warna merah) sebelum menggunakan resveratrol. Manakala yang belah kanan pula sel kanser prostat selepas tambah resveratrol. Sel kanser itu berkurang. Ni semua bukannya kajian klinikal yang dibuat oleh Shaklee tau. Tapi dibuat oleh pihak ketiga dan tidak melibatkan Shaklee pun.

 

5. Kajian klinikal resveratrol terhadap penyakit alzheimer (nyanyuk)

 

Kajian klinikal resveratrol terhadap alzheimer (nyanyuk)

 

Apabila kita amalkan resveratrol, ia bantu dalam mengatasi masalah penyakit alzheimer (nyanyuk) dengan cara mengurangkan amyloid peptides.

Di dalam otak orang yang ada alzheimer, terdapat lebih banyak β-amyloid peptide iaitu sejenis protin bertoksin berbanding orang normal. Kajian menunjukkan resveratrol boleh membantu dalam mengurangkan dan menghilangkan β-amyloid peptide di dalam otak pesakit alzheimer ini.

 

Kesimpulannya, kenapa resveratrol mempunyai fungsi yang begitu banyak?

Ini disebabkan resveratrol ini adalah

  1. sejenis polifenol yang miliki kuasa antioksidan yang sangat tinggi. ia
  2. boleh membantu dalam melambatkan proses penuaan
  3. antioksidan yang boleh lindungi sel dalam badan kita
  4. ejen anti inflamasi yang bantu menekan dan seterusnya menghentikan proses inflamasi dalam sel badan kita
  5. boleh bantu dalam cetuskan proses bunuh diri dalam sel kanser
  6. boleh membantu dalam kurangkan protin bertoksin dalam otak pesakit alzheimer

 

Dan ini semua boleh diperolehi melalui Vivix.

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya hari ni berkenaan resveratrol, polifenol dan Vivix. Beuntungnya kita dapat ilmu ni kan. Jadi kita tahu nak baiki yang mana dalam hidup kita untuk dapat kesihatan yang lebih baik.

 

Vivix

 

Anda semua nak cuba Vivix? Vivix tengah ada offer sekarang ni. Jom cuba untuk diri sendiri, mak ayah, suami, mertua dan anak anak. Jom kita fight untuk hidup dengan lebih sihat. Duit boleh dicari. Badan hanya ada satu saja. Jagalah kesihatan badan kita sebaik-baiknya dengan menggunakan resveratrol. Dapatkan Vivix dari Kak Ira. Harga yang berbaloi. Terus dapat keahlian percuma dan harga ahli bila ambil Vivix ni. Dapatkan Vivix yang original dari pengedar Shaklee yang sah seperti Kak Ira. 🙂

 

Nak dapatkan Shaklee dengan harga istimewa?

Nak buat bisnes Shaklee secara part time mahupon fulltime?

Nak jana income best dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.

 

Salam sayang,

Master Ira

013-9422527

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *