Terima kasih teman-teman kerana terus visit blog zahirahhafizan.com ini. Insyaallah ia terus memberi manfaat buat semua. Pagi ni saya nak kongsikan mengenai kepentingan penyusuan di waktu malam.
Kajian menunjukkan bayi mendapatkan 25% daripada jumlah susunya dalam sehari pada waktu malam (patutlah dia sering bangun kannn 🙂 ) Ini kerana pada waktu malam, hormon prolaktin dan kandungan lemak susu lebih tinggi daripada waktu siang. Dengan kerap menyusu pada waktu malam, bayi dapat membesar dengan cepat dan ibu menghasilkan lebih banyak susu (haaa mommies, anak makin cepat membesar tau! Jadi jangan stress ok hehe)
Bayi juga memberikan isyarat kepada ibubapa dan orang sekeliling supaya ambil peduli apa yang berlaku padanya. Ia menanamkan rasa selamat dan yakin diri dalam jiwa bayi kerana ada orang memenuhi keperluannya. Memberi respon kepada keperluan bayi tidak menandakan ibubapa memanjakannya. Penyusuan ibu pada waktu malam adalah satu cara berhubung antara ibu dan bayi.
Bayi yang sering terjaga di waktu malam boleh dapat mengelakkan risiko kematian mengejut ataupon lebih dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Sindrom ini lazimnya terjadi dalam kalangan masyarakat barat. Mereka sangat khuatir jika sindrom ini berlaku kepada bayi mereka. Pada setiap tahun, ribuan bayi meninggal dunia disebabkan sindrom ini. Walau bagaimanapon, ia jarang terjadi dalam masyarakat kita.
Baca >>Apa Ibubapa Perlu tahu Tentang Tidur Anak
Penyusuan Pada Waktu Malam Menyusahkan Ibu?
Sebaik sahaja bayi dilahirkan ke dunia, rutin ibu bapa terus berubah sama sekali. Bayi sememangnya tidak akan ikut jadual kita. Kita sebagai ibubapa yang akan berusaha untuk sesuaikan diri untuk mengikut “jadual” yang bayi tetapkan sendiri. Minum dan tidurnya ada kalanya tidak menentu dan tidak tetap setiap waktu. Banyak yang ibubapa harus korbankan demi seorang buah hati ini. Segalanya berubah! Ibubapa belajar pelbagai perkara baru dalam menguruskan bayi baru lahir ini. Walau ia anak ke berapa sekalipon dalam keluarga, ia tetap memberi perubahan dalam keluarga untuk uruskan masa dan sebagainya. Kerana setiap anak miliki kehendak dan karakter yang berbeza satu sama lain.
Penyusuan malam mungkin menjadi perkara yang meletihkan, terutamanya untuk ibu. Ada kalanya bayi sukar untuk ditidurkan, bangun beberapa kali, dan ibu perlu tukarkan lampin lagi di malam hari. Jika hal ini difahami oleh kedua ibubapa dan ahli keluarga, sudah tentu bukan ibu seorang yang menguruskan semua perkara di malam hari manakala orang lain nyenyak tidur. Seharusnya dan sepatutnya bapa perlu menolong hal-hal lain selain susukan bayi. Kerana ibu sebenarnya sudah cukup penat semasa menyusukan bayi. Jadi apa salahnya hal tukar lampin itu dibantu oleh si bapa walau di malam hari.
Sekiranya ibubapa memahami keperluan bayi terutama semasa 2 hingga 3 bulan pertama, dan menyediakan minda positif bagi menghadapinya, ia tidak akan dilihat sebagai bebanan. Ibu akan merasa lega kerana anaknya bangun menyusu pada tengah malam dan bapa pula akan lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu. Dengan itu, bapa lebih mudah menghulurkan bantuan dalam hal-hal pengurusan bayi dan juga hal rumahtangga 🙂
Apa Pandangan Masyarakat Barat Tentang Penyusuan Di Waktu Malam?
Bagi masyarakat barat, penyusuan ibu di waktu malam yang kerap kali dianggap membebankan ibu. Amalan bayi bersama orang dewasa bukan dianggap sebagai satu budaya secara meluas di sana. Walaupon anak masih bayi, mereka ditidurkan di bilik berasingan. Ini kerana mereka khuatir bayi mereka dihimpit tanpa sedar oleh ibu atau bapa semasa tidur. Kesannya, apabila bayi mula terjaga dan mahu menyusu, tiada respon segera daripada orang dewasa. Apabila keperluannya tidak dipenuhi dengan segera, lama kelamaan bayi mula menangis dan merajuk.
Ibu yang tidur di bilik berasingan memerlukan masa yang lebih sebelum terjaga dan berjalan ke bilik tidur bayinya. Lebih masa yang diambil untuk memujuk bayi yang menangis supaya menyusu. Kedua-dua ibu dan bayi pasti tidak gembira. Sekiranya ini berlaku beberapa kali setiap malam, sudah tentu ia sangat memenatkan si ibu. Lagi-lagi lah jika si ibu itu bekerja keesokan harinya.
Bagaimana Pula Penyusuan Ibu Di Waktu Malam Di Asia?
Penyusuan susu ibu di waktu malam di Asia dan Afrika sememangnya berbeza. Ini kerana bagi masyarakat di sini, mereka menerima konsep ibubapa tidur bersama bayi yang masih menyusu. Bayi akan tidur di sebelah ibunya. Apabila bayi terjaga dari tidur kerana ingin menyusu, terus ibu boleh susukan si anak tanpa ibu perlu berjalan ke mana-mana. Dan ibu pula tidak berasa letih kerana ibu juga boleh baring bersama bayi semasa menyusu. Rutin seperti ini “menyelamatkan” amalan penyusuan pada waktu malam di banyak tempat di seluruh dunia.
Kajian menunjukkan yang ibu yang tidur dengan bayinya pada kebanyakan masa berada dalam kitaran tidur yang ringan (light deep cycle). Ini membuatkan ibu senang terjaga sebaik sahaja ada tanda-tanda bayi mahu menyusu.
Posisi Ibu Yang Tidur Bersama Bayinya
Posisi ibu yang tidur bersama bayinya, biasanya lebih kurang sama untuk semua ibu. Ibu menghadap ke arah bayi, sebelah tangan di letakkan di bahagian kepala, dan lutut sedikit bengkok. Posisi ini melindungi bayi daripada beralih jauh dari tempat tidurnya ataupon tersepit di celah selimut.
Itu saja perkongsian saya pada pagi ini. Semoga ia bermanfaat buat kita semua.
Saya akan kongsikan lagi tips. Nanti keep on datang dan visit zahirahhafizan.com tau.Ilmu parenting ni sangatlah best kan. Banyak lagi kita perlu gali ilmu. Saya pon macam tu juga ni. Baca dan kongsi. Semoga ia menjadi amal jariah kita di alam kubur kelak 🙂 .
By the way, jika anda ingin mendapatkan suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan anda dan keluarga…boleh tanya saya ye 🙂