Skip to content
Home Kepentingan Blogwalking dan Formula EKSKLUSIF mengenainya

Kepentingan Blogwalking dan Formula EKSKLUSIF mengenainya

Jika kita bisnes yang buka kedai. Semestinya pagi-pagi kita dah ke kedai kan. Mungkin 2 jam lebih awal daripada waktu operasi sebenar. Contoh jika kedai buka pukul 10 pagi untuk pelanggan, jadi kita datang pukul 8 pagi ke kedai. Mungkin lebih awal. Sebab kita tokei kedai kan. Atau mungkin staff kita yang akan lakukannya… Biasanya mop lantai, susun barang, lap mana-mana tempat…sebab nak buat persediaan orang nak datang kedai kita kan jap gi 🙂 . Semuanya mesti cun cantik kan… Tersusun rapi 🙂 …

 

open for my business

 

Namun, jika kita buat bisnes online, bagaimana kita nak tunjuk kedai kita ni buka? Online ni lagi power. 24 jam boleh terbukak. Kalau offline (kedai fizikal)… ada juga waktu tutup kan… Tapi, kita bisnes online ni… bukannya kena 24 jam duk depan komputer tau… Haaa… Kena lagi bijak urus masa. Sebab cabaran buat online memang super power. Lagi-lagi kalau buat bisnes online dari rumah. Apa cabarannya? Haa…nanti saya share ye di lain post. 🙂 . Stay tune! 🙂 ..  Ni janji saya hehe

 

we are open

 

Ok, berbalik kepada bagaimana kita nak tunjukkan kedai online  kita ni beroperasi atau bukak? Ia adalah dengan melakukan update setiap hari. Jika kita buat update di facebook sekali sehari di waktu pagi…ia menunjukkan kita hanya buka kedai kitadi waktu pagi perumpamaannya. jadi, sebaiknya kita melakukan perkongsian di facebook pada waktu pagi,waktu dhuha, waktu tengahari, petang,  malam. Kena buat kajian bila orang suka buka facebooknya. Saya ada kongsikan di sini. Blog klik link di bawah for details ye. 🙂

https://zahirahhafizan.com/2015/02/waktu-terbaik-dan-terkesan-untuk-promosi-di-facebook.html

 

facebook-icon

 

Begitu juga dengan instagram, twitter, blog dan sebagainya. Kena selalu update. Tapi, kena tengokla kesesuaiannya. Macam blog, takkan la setiap waktu pagi, tengahari, petang, malam nak update blog. Jadi 4 post sehari. Hehe.. jenuh lah kan… Jadi, ada kesesuaian dalam bidang masing-masing untuk mengupdate ni.

 

blogspot

 

Pagi ni saya nak berkongsi tips dan formula eksklusif untuk blogwalking terlebih dahulu. Tips dan formula “walking” yang lain tu saya share di sesi kemudian ye. Ni janji saya… 🙂 ( hai, janji lagi! Wajib ni ditepati). No hal punya… stay tune ok! 🙂

 

Apakah formula untuk blogwalking ni ye? Dan apa kepentingannya?

 

Hmmm… blogwalking ni penting untuk memastikan blog kita sentiasa ada pengunjung. Kan kita buat bisnes online melalui blog. Jika orang tak datang ke blog kita, bagaimana pula nak pastikan produk kita berjalan kan? Ia ibarat kita melaungkan “Jemput datang kedai saya. Meh2 pilih meh. Ada macam-macam ni. Tawaran hebat dan istimewa untuk anda. Eksklusif!”… Haaa… pernah dengar camni bila ke kedai-kedai?Ginilah gaya nya perumpamaan blogwalking yang kita lakukan ini…

 

Blogwalking

 

Tujuannya lagi? Untuk blog kita berada pada PAGE PERTAMA GOOGLE apabila orang search sesuatu yang berkaitan. Orang google something, keluar blog kita. Jadi, dia akan klik link ke blog kita tu kan. Tak kisah kita cerita pasal apa pon di blog. Biasanya bila orang baca sekali je blog kita…dia akan terus jalan dan jalan dan jalan ke next post! Dan seterusnya, akan menjadi “peminat tegar” blog kita. Sebab tu lah dia tak kan rasa lengkap hidup sehariannya jika tak datang blog kita setiap hari. Sebab dia dah “jatuh cinta”!!! Orang dah jatuh cinta ni memang payah. Tak nampak orang yang dicintai setiap hari tu rasa macam tak puas hati. tak lengkap hidup. Eh, pernah bercinta kan?? Heheee.. haa camtu feeling dia… Jadi, sebab tulah blog kita kena selalu update. hidang yang best-best. baru orang suka datang dan baca. Kalau sebulan sekali update, camne nak bagi orang kekal datang kunjung blog kita?

 

Kelas asas blog secara online

 

Macam kita la…nak beli tudung. Mesti kita nak beli dari pakar kan? Sebab kita rasa macam eksklusif sangat nasihat dari dia. Jadi, orang nak beli pape pon… mesti nak orang yang expert kan.. hatta nak beli selipar sekalipon. Advice bagai nak rak. Selipar jepun je pon. tapi advice dia power. Tak jadi nak beli selipar jepun. terus beli selipar harga rm200. Haaa..tu contoh :).. Sebab kredibiliti orang tu… kita jatuh hati! Orang boleh jatuh hati melalui pembacaan dia dari blog kita tau 🙂

 

Lagi satu kenapa blogwalking ni penting sangat adalah…… kita membina jaringan kita yang lebih luas melalui online. Blogwalking ni ibaratnya kita “ketuk rumah orang” untuk berkenalan. Dari situ kita dapat kunjung balas balik. Kita pon…jika orang datang blog kita…gi lah blog dia balik… kunjung balas. What we give, we will get back. Ingat tu okeii 🙂

 

Ok… dah tahu kan kepentingan blogwalking ni… saya nak share lah pulak cara nak blogwalking ni 🙂

 

Cara blogwalking

 

  1. Google apa anda mahu. Contoh: kecantikan. Jadi akan keluar senarai blog yang bincang pasal kecantikan

     2. Baca satu post dari setiap blog ni.

     3. Letak komen di bawah setiap post itu. Contoh: Nice sharing. Jemput ke blog. Letak nama blog anda

     4. Better komen kat post yang ada comment love. Ia lebih berkesan untuk search engine. Jadi kita letaklah comment love kat blog kita untuk bahagian komen. Nanti orang suka datang.

 

Camne nak buat comment love tu? Hehee.. Yang ni saya kena godek dulu dan bagi info. Sebab saya upah orang dalam full package untuk set up kan.. hehe.. Nanti saya dah tahu… saya share ok.. 🙂 di my next post 🙂 . Stay tune!

 

Ok, itu saja perkongsian saya mengenai pentingnya blogwalking. Jika sesiapa ada penambahan info boleh kongsikan di bahagian comment ye. Saya sangat-sangat mengalukan komen dari anda. Jom apply blogwalking! 🙂

 

Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

[email protected]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *