Skip to content
Home Info Produk- Alfalfa Complex

Info Produk- Alfalfa Complex

Alhamdulillah, pagi ni saya nak berkongsi dengan kawan-kawan yang suka datang ziarah blog zahirahhafizan.com ni dengan satu kisah produk yang best.Iaitu alfalfa. By the way, terima kasih tau sebab datang visit blog saya ni 🙂

 

Ok, kita cerita pasal alfalfa ye.

 

Alfalfa! Satu dalam sejuta. Namanya mungkin anda terfikir tentang makanan kuda, ataupon seseorang yang jahat…tetapi apa yang saya nak cakap ni adalah Alfalfa, the power of herbs! Raja segala tumbuhan 🙂

 

Bukan mudah untuk dapatkan sesuatu yang hebat macam alfalfa ni tau. Gelaran alfalfa ni diambil daripada bahasa arab dan ia memberi maksud “bapa kepada semua makanan”.

 

Alfalfa Bapa Kepada Semua Makanan

 

Kenapa namanya macam hebat sangat ni? Haaa. Sudah tentulah kerana keistimewaan semulajadi yang ada pada Alfalfa ni lah yang membuatkan ia diberi nama sedemikian hebat.

 

Kalau korang belum tahu, ni saya nak bagitau ye. Akar alfalfa ni boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam bumi. 20 kaki! Panjang tu akarnya. Dan ia jauh ke dalam! Sebab kelebihan ini lah, alfalfa boleh mengaut sebanyak mungkin nutrien yang ada di dalam bumi tau. 20 kaki! Kalau kita turun ke bumi sedalam 20 kaki ni agak-agak apa jadi? Hehe. Eh jap, korang tau ke 1 kaki tu berapa meter? hehe. 1 kaki bersamaan dengan 30 cm. Jadi maksudnya, 1 kaki bersamaan dengan 0.3 meter. Kalau 20 kaki tu maksudnya, 6 meter lah. Berapa panjang ye 6 meter ni? Haa korang mesti ingat pembaris kuning kita kat sekolah rendah dulu tu. Alaaa, yang kita selalu buat sampai patah tu lah (Adeh. Saya selalu buat dulu. Sian cikgu hehe. Nak wat camne den garang sikit :p). Haa..satu pembaris kuning tu ukurannya 1 meter.  So kiranya 6 pembaris kuning tu lah. Panjanggg tuuuu. Power nya alfalfa! Heehee

 

 

Dengan panjangnya akar alfalfa ni ke dalam bumi sehingga 6 meter ni, alfalfa boleh mendapat nilai nutrien yang mengandungi tinggi klorofil tau. Alfalfa ni berbunga saka dengan bunga ungu adalah dari ahli keluarga pea dan merupakan salah satu tumbuhan yang sering diniagakan. Dari penulisan, kita ketahui orang Yunani menggunakan alfalfa untuk merawat penyakit pundi kencing dan buah pinggang. Jauh ke timur,orang Cina menggunakan alfalfa untuk menghilangkan masalah batu karang . Manakala dari perubatan Ayuverda India, alfalfa digunakan untuk melegakan arthiritis dan ulser. Dalam sejarah, memang alfalfa ni digunakan secara global sejak berkurun lamanya tau.  Eh eh tiba-tiba kita belajar sejarah pulak kan? Hehe.

 

Apa yang hebatnya pasal alfalfa ni?

 

Dalam alfalfa, kita akan temui vitamin A, vitamin C, vitamin E dan vitamin K serta mineral seperti kalsium, zat besi, kalium dan fosforus. Vitamin yang terdapat dalam alfalfa ni kan…ia sangat penting untuk :

kesihatan mata,

kulit yang sihat dan cantik,

melindungi sel-sel dari kerosakan matahari dan pencemaran alam sekitar,

meningkatkan imun sistem,

dan juga menguatkan saluran darah.

 

Korang tau tak? Dalam alfalfa juga mengandungi 5.8% lebih protin daripada telur dan 2.4% protin lebih daripada daging lembu.

Lagi satu keisitmewaan alfalfa yang boleh buat kita terpegun adalah alfalfa ni lebih beralkali berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran biasa. Yelah,biasanya kita dalam kehidupan seharian ni selalu je makan makanan berasid yang boleh bawa kemudaratan kan? So, bila amalkan alfalfa juga, kiranya balance lah.

 

Apa Guna Alfalfa Ni Pada Kebiasaannya?

 

  1. Untuk mereka yang alami masalah jantung. Alfalfa boleh membantu untuk mengurangkan kolestrol dengan gentian alfalfa melekat pada kolestrol, dan mencegah ia daripada melekat pada dinding arteri atau dalam darah.
  2. Untuk tujuan detoksdan membersihkan darah dan hati kerana ia mempunyai sifat diuretik dan klorofil dalam alfalfa bertindak sebagai penyahtoksik semulajadi. – Kuasa detoks alfalfa ni boleh mencegah jangkitan pada pundi kencing dengan meningkatkan aliran air kencing dan membuat air kencing kurang berasid.
  3. Membantu melarutkandan menghancurkan  batu karang.
  4. Melegakan radang dan kesakitan dari ketidakselesaan sakit sendi.
  5. Terdiri daripada enzim pencernaan. Oleh itu ia bagus untuk kesihatan sistem penghadaman dan boleh membantu dengan masalah pencernaan dan gas kerana ia berfungsi untuk memecahkan makanan dan menggalakkan pergerakan usus.
  6. Bagus dalam menyahbau nafas kita
  7. Juga bantu dalam kesihatan gigi.
  8. Mengurangkan alahan atau demam alergi.
  9. Boleh membantu menurunkan kadar gula bagi mereka yang alami diabetes
  10. Meningkatkan bekalan susu ibu
  11. Membantu dalam membekukan darah dengan lebih cepat apabila berlaku sebarang kecederaan.

 

 

 

 

Bagaimana Saya Perlu Ambil Alfalfa?

 

Ada beberapa cara tau nak ambil alfalfa ni.

 

A) Teh Alfalfa

Ia kelihatan umpama teh hijau tau. Boleh letak dalam air panas dan biarkan ia cair jika dalam bentuk tablet. Ambil sedikit masa lah. Namun, jika sebelum tu kita pecahkan ia, ia lagi cepat cair lah 🙂 Rasa dia biasa-biasa saja. namun penuh dengan nutrien yang bestt. Boleh tambah dengan daun pudina, teh hijau mahupon raspberrry untuk menambah rasa yang lebih sedap. Mana tau tak boleh telan ke kalau asli teh alfalfa semata-mata :). Ia bagus untuk menyembuhkan kita dari selsema.

 

B) Telan gitu gitu je lah 🙂

Telan pil alfalfa tu macam telan panadol. Haaa gitu. Heheh.

 

Alfalfa Complex: Shaklee Difference

 

Banyak kan produk alfalfa sekarang ni kat pasaran. Dan apa bezanya dengan Alfalfa Complex yang ada dalam Shaklee?

 

Haaa meh nak cerita ye.

 

Alfalfa Complex Shaklee adalah organik tumbuh daripada subur Antelope Valley California. Cara alfalfa yang ditanam di lembah ini adalah berbeza dari ladang-ladang konvensional kerana mereka tidak menyembur racun perosak atau menambah bahan kimia untuk tanaman mereka. Jadi, anda boleh yakin bahawa alfalfa Shaklee adalah satu bentuk tulen dan tanpa toksik.

 

 

 

Untuk memastikan kita mendapatkan kandungan pemakanan yang terbaik dari alfalfa ni, alfalfa ini hanya akan dituai apabila mencapai kematangan puncak dalam masa 5 ke 7 tahun. Apabila ia dituai, alfalfa ini dikeringkan di udara segar dan hangat matahari California.  Apabila ia dituai, Shaklee hanya mengambil bahagian daun untuk membuat kapsul alfalfa complex Shaklee. Bahagian lain dari pokok alfalfa ini akan dilupuskan.

 

Kenapa Hanya Daun Alfalfa Diambil Untuk Mencipta Kapsul Alfalfa Complex Shaklee?

 

Ini kerana pada daun alfalfa ni terdapat kandungan klorofil yang cukup tinggi dan sangat tinggi nilai nutriennya berbanding pada bahagian lain. Kiranya adillah. Setiap kapsul alfalfa Complex ii mengandungi bahan yang sama kualitinya 🙂

 

 

Selain di atas, ini juga kelebihan alfalfa Complex Shaklee

 

Apa Kesan Sampingan Bila Ambil Alfalfa Complex?

 

Bagi yang alami penyakit auto imun seperti SLE, anda sememangnya tidak boleh mengambil sebarang produk yang mengandungi alfalfa walaupon dalam kuantiti yang sedikit. Jangan gunakan dengan aspirin atau sebarang ubat anti pembekuan.

 

Setelah tengok pasal alfalfa, dah rasa nak cuba alfalfa ni? Boleh hubungi saya untuk saya bantu anda. Nak order direct sini untuk 330 biji alfalfa pon boleh.  Nak order direct kat sini untuk 700 biji alfalfa pon boleh. Nanti kontek saya untuk cara makan yang tepat untuk anda okei.

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

[email protected]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *