Masyaallah, hebatnya semut ni. Nama dia ada dalam Al Quran sebagai salah satu surah yang hebat diturunkan oleh Allah. Iaitu surah An-Naml.
semut api
Saya kongsikan dengan teman-teman perkongsian dari Ustaz Asraff yang memberi kesan di hati saya.
Entri ini dimulakan dengan soalan kuiz khas untuk anda. Sila jawab 1 soalan cepumas di bawah :
‘Saya amat mengkagumi sikap positif yang mereka pamerkan melalui semangat bekerjasama, bersatu-padu dan saling prihatin antara satu sama lain. Mereka juga dikenali sebagai golongan yang sangat berinisiatif tinggi, amat kreatif dalam memecahkan masalah dan selalu berinovasi untuk menjayakan misi. Bukan setakat itu, kekuatan dalaman mereka amat terserlah dengan disiplin tinggi serta rasa bertanggungjawab yang dipamerkan dalam setiap tugasan. Malah tidak keterlaluan, mereka boleh dianggap sebagai contoh terbaik dalam menyerlahkan sikap produktif serta komitmen tinggi ketika menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan..’
Soalannya, siapakah secara tepat yang dimaksudkan diatas?
A : Bangsa Jepun
B : Bangsa Yahudi
C : Bangsa Melayu
D : Bangsa Cina
E : Bangsa Eropah
JAWAPAN : Semua di atas tidak tepat!
Maka, jawapannya ialah……….
Semut api : serangga kecil yang sering menjadi tetamu tak diundang di rumah anda…..!
Sungguh tak disangka apabila serangga yang dianggap selama ini menjadi ‘duri dalam daging’ sehingga kita sanggup berhabisan ratusan ringgit mengupah ‘pest control’ untuk menghapuskannya, telah menjadi antara ‘ikon’ utama dalam kitab suci Al-Quran!
Persoalannya, mengapa semut (An-Naml) diangkat menjadi nama surah ini, sedangkan kisahnya hanya setakat dua-tiga ayat sahaja? Bukankah ada banyak lagi pilihan yang lebih sedap & menarik untuk ditonjolkan seperti surah AlBalkis, Al-Ifrit, atau untuk lebih anggun, ambil sahaja nama Nabinya : Surah Sulaiman? Atau mungkin, Tuhan melalui ‘grand design’Nya ingin mengajar kita secara tidak langsung dengan cara mengangkat nama semut?
Nampaknya, itulah antara rahsia tersembunyi yang ingin Tuhan jelaskan kepada kita. Meskipun perkataan ‘Naml’ hanya sekali sahaja diulang dalam surah ini, namun banyak sekali budaya serta nilai-nilai kehidupan positif yang boleh kita pelajari dari dunia semut. Ia merupakan serangga ber’otak’ kecil, tetapi memiliki keupayaan berfikir dan bertindak yang begitu luarbiasa. Seekor semut mungkin sahaja dilihat memiliki keupayaan terhad, paling hebat pun setakat mengangkat sebutir nasi sahaja, tetapi satu koloni semut boleh menghasilkan pelbagai kejutan yang tidak dapat dibayangkan. Rumah banglo agam anda boleh sahaja reput jika tidak berhati-hati dengan kuasa luarbiasa ‘tentera semut’ ini.
Melihat kepada semua kelebihan di atas, apakah nilai positif terunggul yang boleh kita contohi dari koloni semut?
1. Semut mengajar kita budaya mementingkan peradaban hidup.
Jika anda rajin memerhatikan busut kecil semut yang ‘tersergam’ di tepi pagar rumah, anda akan takjub serta sedikit terpinga-pinga bila mendapati, betapa sistematik dan ‘canggih’nya dunia mereka. Komuniti semut memiliki segala ‘sistem’ yang kita miliki, bermula dari pembangunan gudang makanan, pengklasifikasian tentera, sistem aliran trafik keluar masuk canggih higga tidak memerlukan sebarang ‘traffic light’, sistem aliran alternatif kawalan banjir hinggalah sistem udara berpusat ala ‘penghawa dingin raksasa’ dalam sarang mereka.
Jika semut, haiwan yang sering kita remehkan begitu sistematik hidupnya serta amat menitikberatkan teknologi tinggi, apakah alasannya untuk kita, golongan bergelar ‘sebaik umat’ tetapi masih terpesong prioriti, saling bergaduh dan bersikap acuh tak acuh hingga membiarkan golongan bukan islam lebih terkehadapan dalam keteraturan hidup dan penguasaan teknologi?
2. Semut mengajar kita sikap positif dalam hidup yang sebenar.
Ayat 18 memaparkan saat genting koloni semut ketika berhadapan dengan tentera Nabi Sulaiman. Komander semut, yang walaupun sedang berada di ambang malapetaka, ia masih sempat untuk kekal tenang serta bersikap positif ketika menghadapi kesulitan. Arahan yang dikeluarkan bukanlah arahan kelam-kabut atau semberono seperti ‘lari, lari, habislah rumah kita! Tentera Sulaiman datang! Save your life!!!!’ tetapi ini dekri yang dikeluarkan ‘Hai semut-semut, masuklah kedalam sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari’ (Naml, 18)
Nampak bukan, betapa ‘cool’ serta positifnya komander semut itu? Ia tidak kabur dalam memberikan arahan walaupun nyawanya saling tak ubah seperti ‘telur di hujung tanduk’ dari diinjak-injak tentera Sulaiman. Daya kepimpinannya yang begitu terserlah di saat krisis melalui arahan tepat itulah yang membuatkan Sulaiman memujinya dan bagi saya, contoh kecil ini amat indah untuk kita pelajari dari semut tentang maksud positif dalam hidup.
3. Semut mengajar kita betapa pentingnya ‘husnus zoon’ dalam hidup.
Husnus Zoon atau memandang baik sesuatu perkara amat penting untuk dijadikan antara ‘tiang seri utama’ cara kita berfikir dan bertindak. Dan komander semut tersebut telah menunjukkan teknik terbaik mengaplikasikannya melalui kata-kata akhirnya ‘sedangkan mereka tidak mengetahui’ (Naml 18).
Jika nak diikutkan, komander semut boleh sahaja berprasangka buruk dengan Sulaiman. Yelah, takkan nabi yang menguasai teknologi tercanggih ‘mengangkat bangunan beribu tan sekelip mata’ pun tidak tahu laluan tenteranya tepat menuju ke koloni semut? Sedangkan rahsia Ratu Balkis yang beribu kilometer jauhnya itupun dibongkar oleh ‘agen & perisik’ baginda, inikan pula kedudukan komuniti semut yang berada dalam jajahan takluknya?
Cara fikir ‘suuk zonn’ sebegitu mungkin ada bagi mereka yang suka berfikiran negatif, tetapi tidak pada pandangan komander semut. Ia sangat tahu yang Nabi Sulaiman tidak mungkin sengaja menzalimi mereka, dan ia amat pasti jika itu yang Baginda putuskan (berjalan melewati koloni semut), tentu ada hikmah tersirat yang ingin Sulaiman ajarkan kepada mereka.
Bersyukur dengan apa yang ada, dan sentiasa mengutamakan kesalehan sebagai tujuan hidup. Itulah intipati pengajaran yang ingin Sulaiman ajarkan. Dan hingga ke hari ini, kita masih sempat berkongsi hikmahnya dalam ayat 19.
Banyak lagi yang boleh kita pelajari dari semut…..
Sebenarnya, masih banyak lagi hikmah-hikmah kehidupan yang boleh kita pelajari dari komuniti semut seperti sikap rendah hati, berinisiatif tinggi, kreatif dan inovatif, disiplin & bertanggungjawab, kerjasama, produktif, komitmen dan cekal, dedikasi pada kerja, bersatu serta lain-lain. Tetapi rasanya cukuplah 3 point di atas saya utarakan untuk kita sama-sama renungkan.
Kesimpulannya, saya yakin jika kita kita benar-benar mengambil pelajaran dari surah ini, ia pasti mampu menjadi batu lonjakan (mile stone) yang dapat mengupayakan kembali kehebatan umat islam sekarang di mata dunia. Cerita surah Naml tidak seharusnya diletakkan di tahap ‘kisah luarbiasa dari Al-Quran untuk kanak-kanak’ atau sebahagian dari ‘kisah burung dan serangga dalam Al-Quran’, tetapi ia perlu ditelaah sebegini bagi menyerlahkan kembali tujuan utamanya kepada kita iaitu :
Cara berfikir dan cara bertindak terbaik yang boleh diaplikasikan dalam hidup hasil dari paduan kisah serta interaksi yang pernah berlaku antara Nabi Sulaiman, raja paling berkuasa tetapi tawaduk dengan semut, serangga terkecil tetapi berjiwa besar.
Moga dengannya, generasi kita akan lebih berwawasan jauh dan berjiwa besar seperti semut, dan bersifat rendah hati & tawaduk walaupun berjawatan tinggi seperti Sulaiman!
P.s – Kali ini, saya ingin kongsikan beberapa ayat menarik dari surah ini untuk kita sama-sama renungkan setiap kali terjaga dari tidur di awal pagi :
1. ‘Ayat-ayat cinta’ paling saya sukai :
“Tetapi sesiapa Yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya Dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka Sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Naml, 11)
Rasionalnya : Ayat ini sarat dengan isyarat bahawa Tuhan, disebalik kemurkaanNya kerana kesalahan yg kita lakukan berkali-kali, Dia juga lebih cenderung memberikan kita ‘second chance’.
2. Ayat paling menggentarkan :
Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, Tinggalah mereka meraba-raba Dalam kesesatan. Merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab seksa Yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang Yang palig rugi.( Naml, 4 & 5)
Rasionalnya : Pemikiran yang paling merisaukan saya ialah, apabila persepsi kita tentang kebaikan ditunggang-terbalikkan hasil propaganda halus media!. Makruf dilihat mungkar, sementara mungkar menjadi makruf!
3. Ayat turning point 180 darjah (tersentak dari lamunan) :
Nabi soleh berkata (kepada puak kafir): “Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kekufuran yang mendatangkan keburukan kepada kamu, tetapi tidak mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat.” (Naml, 46)
Rasionalnya : Ia seolah menyoal ‘dalaman’ kita secara keras : ‘Mengapa kamu masih rilek-rilek, malas, berfoya-foya & culas beribadah sedangkan aku sudah berikanmu banyak kelebihan? Tidakkah kamu risau ‘anytime’ aku boleh sahaja menarik semua ‘kemudahan’ itu darimu sekelip mata?…….
================
Hebat penyampaian ustaz asraff ni. Sehingga boleh berikan “getaran” kat hati saya mengenai kisah semut dalam surah An-Naml ni.
Saya ingin mulakan satu projek untuk mengkaji pengajaran dari Ayat-ayat cinta dari 114 surah dalam alquran ini. Semoga ia menjadi satu titik tolak untuk saya semakin rapat dengan Al Quran dan tuan milik Al Quran ini sendiri insyaallah.
Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?
Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…
Salam sayang,
Master ira&hafizan
Founder Legasi Anugerah Terindah Group
Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd
Top 40’s Shaklee Masters
RM 25 Million group sales achiever
1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee
Hebatnya semut Kenapa ada surah semut (An-Naml) dalam Al Quran Kisah Semut dalam Surah An Naml