Skip to content
Home Hari Kedua Kami Di Bangkok Tajaan Shaklee

Hari Kedua Kami Di Bangkok Tajaan Shaklee

Alhamdulillah, hari ni hari kedua kami di Bangkok. Tidur yang sangat lena semalam. Namun alhamdulillah tak miss solat Subuh kami anak beranak.

Hari ni kami akan ke Grand Palace. Kat sini adalah istana raja Thailand yang dulu kala. The Grand Palace Bangkok adalah perhentian pelancong yang paling sibuk di bandar. Rasanya setiap orang yang datang ke Bangkok akan datang ke sini. Tapi sekali seumur hidup dia lah. Haha. Sebabnya cuac kat sini tersangatlah panas. Takde banyak pokok yang boleh kita tumpang berteduh.

 

The Grand Palace ni seluas 2.35 juta kaki persegi tau. Ia betul betul berada di tengah bandar Bangkok. The Grand Palace ni boleh dikatakan sebagai tempat kelahiran Bangkok sebabnya Budhha Emirald berada di sini. Kan majoriti di Thailand ni beragama Buddha. Jadi ni tempat keagamaan mereka. Bagi kita orang Islam ni hanya nak melihat istana raja Thailand di zaman dulu kala je sebenarnya.

 

Sejarah The Grand Palace

Dulu The Grand Palace tak mengagumkan seperti sekarang ini. Apabila Raja Rama I mula bina The Grand Palace ni pada April 1782, ia hanya gunakan kayu dan apa saja barang yang ada ketika itu. Dari situ lah tahun demi tahun diwujudkan binaan berbatu dengan keseniaan Thailand. Boleh baca di sini sejarah The Golden Palace.

 

Pagi tu kami naik bas pagi pagi hari lagi. Bila nak masuk The Golden Palace ni kami nak kena pakai baju yang proper. Kena berkasut dan tak boleh pakai skirt pendek bagi wanita, kena yang lengkap berseluar panjang. Lelaki pula tak boleh pakai seluar pendek. Juga tak boleh pakai baju yang takde lengan bagi wanita dan lelaki.

 

 

Setiap bas memang akan dikawal oleh beberapa orang tourist guide yang Shaklee dah bayar. Ada 4 orang kanak kanak dalam bas kami. Kanak kanak ni masuk dengan percuma saja. Umur 9 tahun baru bayar. Berapa bayar tu Kak Ira tak pastilah sebab tourist guide kami yang siap bayar semuanya.

 

Gambar kami di The Golden Palace Bangkok

Panas sangat masa ni tau. Mau lebihd ari 40 darjah celcius rasanya. Sekali je kami datang. Lepas ni tak dah. Haha. Ni sebab kami nak tengok sejarah Thailand di sini. Kiranya ni heart of Bangkok.

 

Pintu masuk ke Golden Palace Bangkok

Di dalam ni banyak kuil Buddha. Sebenarnya inilah kali pertama Kak Ira tengok kuil sebegini. Kita orang Islam tengok sajalah dan doa yang baik baik.

Bergambar kenangan di The Golden Palace Bangkok

 

Selepas tu, kami teruskan perjalanan kami dalam The Golden Palace ni. Wahhhhh! Hebat jugak kat sini. besar dan luas kawasannya. Tapi dek kerana panas dan kami tak berpayung memang tak syok mana lah rasa. Cuma masih rasa kagum pasal istana lama ni. Kebanyakan raja di Thailand ni tinggal di sini sebelum ini. Jadi bila raja dah berpindah keluar dari sini dan bina istana lain, mereka buat keputusan untuk buka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan.

 

Inilah kawasan The Golden Palace Bangkok

 

Kami di kawasan Temple Buddha di Golden Palace

 

Istana salah seorang raja di Thailand

 

Macam macam ilustrasi di dinding Golden Palace

 

Patung asli yang dah berkurun datang dari China untuk raja Thailand

 

Patung asli yang didatangkan dari China untuk raja Thailand

 

Jalan keluar dari The Golden Palace

 

Yeah, dah habis jalan jalan sekejap dalam The Golden Palace. Sekarang kami dah nak balik ke bas dan teruskan jalan jalan ke Chatuchak market pulak. Ada beribu ribu kedai di sana tau.

Chatuchak weekend market

 

Banyak yang kami beli barang. Terutamanya mainan anak anak.

 

Ni sepinggan nasi ni dalam 45 bath. Lebih kurang dalam RM5 la. Sedap juga. Kat sini kita kena cari makanan halal betul betul. Bukan boleh makan semua.

 

Durian di Bangkok

 

Haaa tu dia. Haha. Ambik. Besar gedabak. Kak Ira dan anak anak merasa pulut mangga kat sini. 5 pinggan habis. Dasyat betul kesedapan dia. Sampai sekarang teringat tau. Hehe.

 

Pulut mangga di Bangkok

 

Sedap gile pulut mangga ni. Hehe. Sape yang pergi ke Thailand memang tak sah kalau tak makan pulut mangga ni tau.

 

Haa tu dia. Dah dapat dah apa yang dia nak. Senyum meleret. Nilah shopping pertama Husna kat sini. Abang Aiman dan Kakak Mimi pon dapat juga. Hazim punya je kami belum beli lagi.

 

hadiah surprise dari Shaklee

 

Balik balik je kat bilik kami dapat hadiah surprise dari Shaklee setiap sorang. Kami dapat makeup bag by Naraya. Cantik jugak. Boleh dibuat sebagai pencil box jugak tu.

 

Anak anak solat Jamak Qasar Zohor dan Asar selepas sampai ke bilik sebelum diorang berehat. Kang bagi tidur dulu terlupa nak solat pulak. Jenuh. Kebetulan masa ni Kak Ira cuti, boleh la jadi papparazi cek diorang solat. Mudah kat hotel Amari ni sebab mereka ada sediakan arah kiblat. Tak perlu nak susah susah.

 

 

Malam tu kami tak keluar makan. Hanya makan bekal yang kami bawa. Iaitu Brahim. Hari kedua ni lunch dan dinner kami diberi meal allowance oleh Shaklee. Beli sendiri makanan. Shaklee tak sediakan. Tapi kami dah bawa bekal dari Malaysia. Jadi makan yang ni saja. Meal allowance tu kami buat untuk shopping. Haha.

Dinner kami

 

Selepas selesai semua makan malam, kami keluar jalan jalan. Beruntungnya kami sebab Amari Hotel ni sangat dekat dengan shopping complex termasuklah Pratunam market dan Platinum Mall. Kami pergi jalan jalan kat Platinum Mall. Beli barang makeup anak anak. Biasalah budak perempuan kan. Dia nak melawa lawa jugak bila tengok maknya ada lipstik bagai. Tapi Kak Ira bagi diorang pakai hanya dalam rumah saja.

 

Passport cover anak

 

Kemudian kami buat cover passport untuk kami sekeluarga. Yang bestnya kat sini kita boleh customade tau nak letak nama apa, nak pilih color apa, nak pilih design yang camne. Semua tu kita boleh pilih sendiri. Kat sini kami dapat 60 bath untuk setiap satu passport cover tu. Dalam RM9 camtu. Oklah, puas hati sangat sebab boleh pilih kan. Jadi lepas ni tak pening pening nak tengok passport sape dah. Hanya tengok color cover saja. Mudah.

 

passport cover

 

Kemudian anak anak pilih pula hadiah untuk diberi pada kawan kawan dia. Bukan main banyak lagi pen berlampu kat sini tau. Setiap satu 30 bath. Kalau beli 10, dapat percuma 1. Anak anak apa lagi. Borong sakan. Kami habis kat sini dalam 2600 bath. Dalam RM200 lebih lah. Macam macam design dipilih. Memang seronok tengok diorang suka memberi pada kawan kawan dan sepupu. Kat diri sendiri pon beli lah tu.

 

Anak anak pilih hadiah

 

 

 

Itu saja yang kami lakukan hari ini. Namun anak anak sangat suka sebab dapat apa yang diorang nak beli. Esok satu perjalanan yang panjang jugak ni hari ketiga di Bangkok. Nantikan Kak Ira kongsi cerita kami di ladang bunga matahari esok ye.

 

Ok korang. Terima kasih.

 

Nak dapatkan Shaklee dengan harga istimewa?

Nak buat bisnes Shaklee secara part time mahupon fulltime?

Nak jana income best dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.

 

Salam sayang,

Master Ira

013-9422527

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *