Petang ni saya ingin berkongsi mengenai fungsi hati manusia. Saya tahu, kita semua memang miliki hati. Tapi tak semua apa fungsi hati kita.
Diambil dari wikipedia mengenai hati…
Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 – 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.
Ia terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi melindunginya daripada kecederaan. ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang menyimpan hempedu.
Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe, danquadrate lobe. Lihat gambar untuk penerangan yang lebih jelas.
Hati kita adalah organ yang banyak berjasa bagi kesihatan kita tau.
hati manusia
Fungsi hati manusia
Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
- Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
- Hati mengawal metabolism protein
- Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
- Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
- Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
- Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
- Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Info ini diambil dari sini.
Ada juga info tambahan mengenai fungsi hati seperti di bawah.
5. Menghasilkan protrombin dan fibrinogen yang berfungsi untuk mencegah penggumpalan darah.
6. Menghasilkan zat imunisasi sehingga berperanan penting dalam sistem imunisasi pada manusia.
7. Mempertahankan suhu tubuh dengan menaikan suhu darah yang mengalir melalui hati.
8. Mengawal kadar asam amino dalam tubuh. Jika asam amino berlebihan, maka hati akan menyimpannya.
9. Mengatur kitaran hormon
Saya dapatkan info ini dari sini. Boleh baca dari situ untuk info lebih lanjut.
Nampak tak pentingnya hati ni buat kita. Haaa… berat dan penting kan tugas hati ni. Jadi kita mesti jaga kesihatan kita sebaik-baiknya. Jangan dibebani teramat sangat. Detoks hati sangat penting bagi memastikan hati berada dalam keadaan yang sentiasa sihat. Kerana sakitnya hati kita, akan sakit seluruh badan kita.
Ingin merawat hati kita? Ingin detoks hati?
Boleh klik sini untuk vitamin kesihatan hati ye.
Salam sayang,
Master ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Fungsi Hati Manusia Hati Manusia Pentingnya Hati