Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini saya akan kongsikan mengenai topik yang berkaitan dengan kesuburan.
Faktor Yang Boleh Menurunkan Kesuburan
Faktor yang boleh menurunkan tahap kesuburan ada beberapa faktor antaranya berat badan yang berlebihan. Masalah gemuk obesiti yang terlampau pun boleh menyukarkan seseorang individu itu untuk mendapat anak. Faktor badan yang terlalu kurus pun sama biasanya orang yang begini ada masalah hormon jadi ia juga mempengaruhi kesuburan dan mengurangkan juga risiko untuk mendapat anak.
Faktor kedua ialah pekerjaan dan persekitaran. Faktor pekerjaan sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesuburan sebab sebagai contoh kalau pekerjaan itu perlu untuk memegang bahan kimia sebenarnya bahan kimia itu boleh menurunkan tahap kesuburan. Faktor pekerjaan yang lain contohnya tukang masak biasanya lelaki dia akan menjejaskan kesuburan sebab bila masak bahagian panas dekat kuali itu akan menyebabkan bahagian penghasilan sperma itu juga akan menjadi panas. Biasanya orang yang ada masalah kepada kesuburan kita kena tengok juga kepada faktor pekerjaan.
Faktor seterusnya pula adalah makanan yang kurang berkhasiat ataupun makanan yang tidak seimbang ini maksudnya makanan yang tinggi dengan bahan pengawet. Bahan pengawet sebenarnya ia boleh merosakkan sel-sel tubuh badan. Ia akan menganggu juga penghasilan hormon dalam badan kerana pengawet yang tinggi. Selain daripada itu, kalau kita makan makanan yang tinggi dengan kolestrol dan minyak ia juga akan menganggu kesuburan badan. Ini biasanya kita boleh kaitkan dengan hormon dan juga apabila badan kita terlebih dengan lemak dalam badan pengeluaran hormon pun turut akan terjejas.
Untuk faktor yang ketiga adalah faktor usia ini maksudnya bila semakin berusia untuk wanita hormon estrogen kita semakin menurun. Jadi, ia akan menurunkan juga kadar kesuburan.
Tadi kita dah tengok apakah faktor luaran yang menyumbang kepada pengurangan kesuburan seseorang. Jadi, sekarang kita akan lihat kepada masalah dalaman untuk wanita dan untuk lelaki. Biasanya apa yang menjadi cabaran kepada wanita dan juga lelaki ini jika mereka ada masalah kesuburan.
Masalah Kesuburan Berlaku Pada Wanita
Sekarang kita tengok kepada masalah wanita biasanya kalau wanita itu ada masalah kesuburan antara faktor dalaman adalah ovulasi yang tidak teratur. Ovulasi ini sebenarnya adalah proses untuk penghasilan telur ataupun ovum. Telur ataupun ovum itulah sangat penting untuk disenyawakan menjadi zigot, fetus, embrio dan seterusnya. Jadi, masalah pertama sekali adalah Polycystic ovary syndrome(PCOS).
1. Apa Itu PCOS?
Faktor PCOS ini disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. Jadi sebenarnya kita ini kalau kita adalah wanita kita ada hormon estrogen yang tinggi daripada hormon testosteron yang rendah tetapi bila orang itu ada masalah PCOS ini maksudnya hormon estrogen dia rendah dan tidak seimbang kepada yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan berlakulah masalah PCOS.
Simptom PCOS
Kalau orang yang ada masalah PCOS ini kita boleh lihat pertama sekali pada haid yang tidak teratur, masalah dengan berat badan yang berlebihan susah nak turunkan berat badan, ada masalah juga dengan jerawat sebab hormon lah salah satu sebab hormon tidak stabil, boleh menyebabkan ada rambut ataupun bulu lebih di bahagian badan sebab hormon wanita tetapi estrogen itu dah rendah menyebabkan hormon testosteron itu iaitu hormon lelaki ia akan menyebabkan pertumbuhan di sekitar yang tidak sepatutnya. Jadi itu adalah antara simptom yang disebabkan oleh faktor PCOS.
Kesan PCOS
Kesan kepada orang yang ada masalah PCOS akan menyebabkan kurang subur adanya masalah kesuburan sebab telur atau ovum tidak boleh mengeluarkan telur daripada ovari. Ia akan menyebabkan sukar untuk mendapat anak untuk hamil.
2. Premature Ovarian Failure
Seterusnya, faktor yang kedua yang disebabkan oleh ovulasi tidak teratur adalah Premature Ovarian Failure. Ini maksudnya ovari seseorang itu ia tidak berfungsi lagi sebelum umur 40.
Untuk Premature Ovarian Failure ini maksudnya individu itu ada masalah menopos sebelum usia yang sepatutnya. Orang yang begini akan melalui proses pre menopos dengan lebih cepat dan juga ovarinya akan berhenti berfungsi sebelum usia 40 tahun. Jadi, ini menyebabkan masalah kesuburan yang membawa makna lepas 40 atau contoh 38 tahun dah ada masalah macam ini dah berhenti berfungsi selepas itu memang dah tidak boleh mengandung disebabkan oleh faktor ovari dia tidak boleh berfungsi.
Simptom Premature Ovarian Failure
Jadi, orang yang ada masalah Premature Ovarian Failure ini simptom dia sama macam orang menopos. Dia akan ada masalah osteoporosis dengan lebih cepat, ada rasa panas, kekeringan di bahagian vaginal dan rasa simptom yang sama orang yang menopos maksudnya orang yang begini memang dah tak subur.
3. Kanser Pangkal Rahim
Kemudian, bila kita pergi kepada masalah seterusnya dalaman kepada wanita masalah yang berlaku yang menyebabkan ketidaksuburan adalah kanser pangkal rahim. Jadi, bila ada masalah kanser, ada sel tumor di bahagian pangkal rahim menyebabkan rahim tersebut dah tak boleh nak bagi sokongan kepada zigot dan embrio untuk membesar. Jadi, ini antara faktor yang menyebabkan ketidaksuburan.
4. Endometriosis
Faktor yang terakhir sekali adalah Endometriosis. Jadi, Endometriosis ini maksudnya sel Endometrium sepatutnya ada di dalam bahagian dalam rahim itu ia tumbuh di bahagian luar rahim
Simptom Endometriosis
Biasanya orang yang ada masalah Endometriosis ini bila datang haid, darah itu juga akan keluar daripada luar rahim jadi maksudnya akan ada pendarahan yang berlaku. Dia akan rasa sakit di bahagian rahim dan sengugut yang teruk. Itu antara simptom-simptom yang boleh berlaku disebabkan oleh masalah Endometriosis.
5. Tiub Fallipio Tersumbat
Faktor lain adalah tiub fallapio yang tersumbat. Jadi kalau tiub tersumbat kedua-dua belah memang tak boleh dapat anak kecuali buat pembedahan keluarkan tempat yang tersumbat. Kalau sebelah sahaja yang tersumbat masih ada peluang lagi untuk dapat anak.
6. Fibroid
Faktor lain adalah fibroid ataupun ketumbuhan di bahagian rahim. Ini akan menganggu persenyawaan dan penampalan zigot di bahagian rahim dan menyebabkan kemungkinan untuk mengandung itu agak rendah.
Ada sesetengah orang mungkin boleh mengandung kalau fibroid di tempat lain dan zigot itu membesar dan melekat di tempat yang bertentangan mungkin boleh.
7. Jangkitan
Masalah yang terakhir adalah jangkitan. Jangkitan biasanya di bahagian pangkal jadi sebagai contoh bila sperma masuk dia boleh menyebabkan sperma itu akan mati biasanya disebabkan oleh bakteria ataupun fungus.
Faktor Lelaki Kurang Subur
Tadi kita dah tengok faktor kepada masalah wanita ya. Jadi, kita akan pergi kepada beberapa faktor yang boleh mengurangkan kesuburan lelaki.
-
Air Mani atau Sperma Tidak Normal
Faktor yang menyebabkan ketidaksuburan lelaki yang pertama air mani yang tidak normal maksudnya sperma yang tidak normal. Air mani itu tidak cukup nutrien menyebabkan sperma itu tidak boleh nak hidup dalam keadaan yang normal dan tidak cukup nutrisi. Sebenarnya air mani memainkan peranan yang penting yang memberi nutrien kepada sperma. Kalau nutrien tidak cukup boleh menyebabkan abnormal kepada sperma.
Kenapa Sperma Tidak Normal?
Antara faktor yang memberi kesan ketidaknormalan sperma antaranya adalah faktor variasi, faktor kimia yang tinggi dan faktor radikal bebas. Ia boleh bagi kesan kepada sperma yang tidak normal.
2. Buah Zakar atau Testis
Masalah seterusnya adalah pada masalah buah zakar ataupun testis. Kalau lelaki mempunyai masalah testis sama ada jangkitan, luka ataupun ada kanser kalau teruk ia akan bagi kesan yang tidak bagus kepada penghasilan sperma. Jadi ini akan menyebabkan lelaki itu sebenarnya tidak subur sebab ia tidak dapat menghasilkan sperma yang cukup, baik dan berkualiti.
Apa Yang Vitamin Shaklee Boleh Bantu?
Untuk lelaki yang normal mereka boleh menghasilkan sperma sehingga 40 juta ataupun sehinggga 300 juta sehari. Jadi, kalau lelaki yang ada masalah kesuburan tadi mungkin maksudnya penghasilan sperma mereka sangat kurang.
Sperma merupakan sel manusia yang paling kecil. Jadi, sebab itulah ia perlu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak manakala ovum untuk wanita merupakan sel manusia yang paling besar.
Jadi untuk produk Shaklee yang bantu untuk tingkatkan kesuburan kita ada 6 produk iaitu Vivix, Esp, B Complex, GLA Complex, Vitamin E dan juga Zinc Complex.
Pertama sekali kita akan tengok kepada Vivix.
-
Vivix
Vivix murah berbanding kualiti
Vivix merupakan produk yang sangat tinggi dengan antioksidan, resveratrol dan juga polifenol-polifenol yang lain. Jadi, untuk nutrisi yang terkandung dalam Vivix apa yang ia boleh bantu pertama sekali menggalakkan penuaan yang sihat maksudnya dekat sini bantu juga melambatkan proses penuaan termasuklah proses menopos yang berkaitan dengan Premature Ovarian Failure tadi.
Yang kedua, sel pembiakan yang sihat. Dekat sini maksudnya Vivix bantu meningkatkan bilangan mitokondria untuk tenaga jadi dia akan bagi tenaga kepada sel. Sebagai contoh, sel sperma di bahagian kepala nukleus itu dia ada mitokondria dan mitokondria yang banyak akan menguatkan sel tersebut. Proses untuk penghasilan sperma, ovulasi dan penghasilan ovum akan lebih bagus.
Ketiga, membantu pencegahan kanser. Ini khasnya kita akan kaitkan dengan organ pembiakan lah seperti mengelakkan daripada kanser uterus ataupun mengelakkan daripada masalah kanser prostat yang boleh menyebabkan orang itu jadi tidak subur.
Yang keempat pula memperbaiki daya tahan badan maksudnya ini untuk sistem imun badan kita. Ini contohnya kalau kita nak kaitkan dengan kesuburan masalah wanita yang jangkitan itu, Vivix ini boleh bantu.
2. ESP
ESP Shaklee Bantu tingkatkan kesuburan
Produk yang kedua adalah ESP iaitu sumber protin yang sihat. Kita ada 14gram protin untuk setiap satu hidangan iaitu 3 sudu, kita punya sumber soya kita adalah Non GMO yang tidak diubahsuai secara genetik, Glisemik indeks yang rendah bagi anda tenaga tanpa meningkatkan gula, tiada tambahan gula laktosa yang ada hanya semulajadi, tiada kolestrol dan juga lengkap dengan amino asid perlu untuk badan kita. Bila cukup dengan amino asid yang lengkap maksudnya protin anda lengkap untuk menghasilkan apa sahaja menggunakan amino asid termasuklah hormon, rambut, kuku, kulit dan sebagainya.
Kenapa Protin Penting Untuk Kesuburan?
Jadi, manfaat protin dalam kesuburan yang pertama sekali cuba kita fokus kepada protin soya lah ya. Soya yang mengandungi phytoestrogen dan phytoestrogen sumber soya yang organik yang tiada tambahan hormon lain itu sebenarnya ia sangat bagus untuk badan untuk menstabilkan hormon. Jadi, kestabilan hormon boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh hormon tidak stabil ini seperti PCOS.
Yang kedua, protin yang sihat ini sebenarnya sangat penting untuk rahim yang sihat dan kuat. Sel badan kita terdiri daripada protin seperti contoh orang yang selalu keguguran ada banyak faktor lah. Jadi, antara faktornya adalah disebabkan oleh sel di bahagian rahim tidak kuat. Bila terjadi sebegini, bila dia aktif sahaja menyebabkan senang keguguran berlaku. Protin akan bantu menguatkan rahim dan melengkapkan sel-sel di bahagian tubuh badan kita.
Selain daripada itu, apa yang phytoestrogen boleh bantu untuk mengurangkan risiko kanser dan juga untuk mengurangkan gejalan menopos. Sebenarnya ada banyak kajian dan biasanya bila anda lihat pada artikel ataupun journal di Jepun mereka ada banyak kajian tentang soya. Soya merupakan salah satu makanan ruji untuk orang Jepun dan mereka punya nisbah orang seperti kanser prostat seperti masalah kanser payudara sangat-sangat rendah.
3. GLA Complex
GLA Compleks Shaklee
Untuk produk yang seterusnya adalah GLA Complex. GLA Complex merupakan sumber omega 6. Jadi, apa yang omega 6 boleh bantu untuk kesuburan pertama sekali ia akan bantu untuk menstabilkan sistem hormon khasnya wanita yang selalu hormon sekejap tinggi sekejap rendah. Bila haid hormon jadi lain bila mengandung hormon juga jadi lain. Jadi, GLA Complex ia akan bantu untuk menstabilkan balik hormon dalam badan.
Selain daripada itu, omega 6 juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser prostat dan juga pembesaran prostat. Ini untuk lelaki omega 6 juga boleh diambil untuk kesuburan.
Yang terakhir, omega 6 boleh membantu untuk mengurangkan keradangan. Keradangan kalau kita pergi kepada kesuburan tengok pada bahagian ovari biasanya yang membengkak itu ia akan mengurangkan keradangan ataupun pembengkakan.
4. B compleks
B compleks Shaklee
Seterusnya, kita ada B Complex. Jadi B Complex Shaklee mengandungi kesemua vitamin B yang diperlukan. Kita ada 8 jenis Vitamin B yang lengkap. Vitamin B telah dipatenkan untuk penyerapan yang optimum dan juga Vitamin B ini sangat penting untuk kesuburan. Pertama sekali ia akan bantu untuk penghasilan darah maksudnya bila penghasilan darah itu cukup apabila terhasilnya zigot. Jadi zigot yang melekat itu akan melekat dengan lebih kuat di dalam bahagian rahim. Ini adalah antara fungsi Vitamin B.
Jadi, selain daripada itu Vitamin B juga adalah sebenarnya persediaan untuk orang yang nak hamil. Asid folik merupakan salah satu sumber Vitamin B yang sangat penting untuk ibu hamil. Jika ibu hamil tiada asid folik langsung di dalam badannya sebagai contoh dia mengandung tetapi tidak sedar tiba-tiba dah masuk 4 bulan. Jadi, waktu ini risiko untuk kecacatan otak dan saraf tiub neural kepada bayi adalah sangat-sangat tinggi. Jadi kalau nak mengandung dan nak subur ambillah B Complex.
5. Vitamin E
Vitamin E complex
Sekarang untuk produk yang kedua terakhir adalah Vitamin E Complex. Vitamin E Complex ini biasanya kita akan cadangkan kepada lelaki yang nak subur dan Vitamin E Complex Shaklee ini kita ada tambahan selenium. Bila kita tambah selenium, kuasa Vitamin E itu akan lebih bagus daripada dia sorang-sorang. Jadi apa yang Vitamin E buat untuk kesuburan ialah ia akan bantu untuk menghasilkan ataupun meningkatkan sperma yang berkualiti tinggi sebab Vitamin E ini tinggi dengan antioksidan. Ia akan mengurangkan kemusnahan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin E juga akan bagi tenaga kepada sperma itu dan bagi perlindungan jadi meningkatkan kesuburan lelaki.
6. Zinc Complex
Untuk produk yang terakhir sekali adalah Zinc Complex. Zinc Complex merupakan salah satu sumber produk yang memberikan nutrisi mineral kepada badan kita jadi zinc sejenis mineral yang sangat penting untuk kesuburan lelaki. Apa yang zinc boleh bantu sebenarnya dari segi meningkatkan bilangan, pergerakan, ciri-ciri sperma yang lebih bagus dan juga zinc ini mengelakkan daripada masalah mati pucuk di kalangan lelaki. Ia juga mengurangkan masalah prostat yang boleh membengkak. Zinc merupakan satu mineral yang sangat tinggi dijumpai dalam sperma untuk meningkatkan kualiti sperma tersebut dan seterusnya meningkatkan kesihatan testis untuk lelaki.
Tu saja perkongsian saya pagi ni. Semoga ia bermanfaat ye.
Untuk dapatkan set kesuburan ni, boleh hubungi nombor di bawah ye. Untuk kami bantu anda.
Salam sayang,
Master Ira& Hafizan
013-9422527
Faktor kesuburan menurun Set Kesuburan Vitamin kesuburan