Dalam Islam, kita miliki 3 hari raya iaitu Hari raya aidil fitri, hari raya aidiladha dan juga hari Jumaat. Wah, rupa-rupanya hari Jumaat adalah hari raya dalam Islam. Jadi lepas ni kita kena menjalani hari Jumaat dengan cara yang lebih baik dan lebih bererti insyaallah.
Kenapa 2 hari raya ini dinamakan ‘id? Ia bermaksud kembali dan berulang. Ini kerana hari raya ini kembali dan berulang setiap tahun.
Ditulis oleh fadhliihsan dalam blognya berkaitan hari raya ini,
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati penduduk Madinah bergembira pada dua hari yang mereka jadikan sebagai Hari Raya. Maka beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata :
قد أبدلكم الله بهما بخير منهما يوم الأضحى ويوم الفطر
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian dengan dua hari raya yang lebih baik dari dua hari raya kalian, yaitu Hari ‘Idul Fithri dan ‘Idul Adh-ha.” HR. Abu Dawud dan An-Nasa`i dengan sanad shahih. Dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 2021.
Ini di antara yang menunjukkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak ingin ada hari raya dalam Islam kecuali ‘Idul Fithri dan ‘Idul Adh-ha.
Antara perkara yang disunatkan dilakukan pada hari raya ‘idulfithri dan’idiladha adalah:
1. Solat sunat hari raya ‘idulfithri dan ‘idiladha. Hukumnya adalah Sunat muakkad.
Niatnya:
2. Mandi
Sebagian ‘ulama berpendapat disunnahkan mandi terlebih dahulu sebelum berangkat shalat ‘Id. Hal ini diriwayatkan dari sebagian Salaf.
3. Makan terlebih dahulu Sebelum pergi Solat ‘Idul Fithri
Dari shahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata :
كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – لَا يَغْدُو يَوْمَ اَلْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ
Dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pergi pada Hari ‘Idul Fithri (menuju solat ‘id) sebelum beliau memakan beberapa kurma terlebih dahulu. HR. Al-Bukhari
Dalam riwayata lain dengan tambahan keterangan : Memakan kurma dalam jumlah ganjil. HR. Ibnu Khuzaimah, Al-Bukhari secara mu’allaq.Balik dari solat ‘iduladh-ha baru menjamah makanan
‘Idul Adh-ha Mengakhirkan Makan, dan Baru Makan setelah Kembali.
كَانَ النَّبِيُّ – صلى الله عليه وسلم – لَا يَخْرُجُ يَوْمَ اَلْفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ, وَلَا يَطْعَمُ يَوْمَ اَلْأَضْحَى حَتَّى يُصَلِّي
Dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berangkat pada hari ‘Idul Fitri sampai beliau makan terlebih dahulu, dan pada ‘Idul Adh-ha beliau tidak makan sampai beliau mengerjakan shalat. HR. At-Tirmidz.
Dalam riwayat lain dengan lafazh :
… وكان لا يأكل يوم النحر حتى يرجع .
… dan pada ‘Idul Adh-ha beliau tidak makan sampai beliau kembali (dari shalat ‘Id)HR. Ibnu Majah
Kedua hadits di atas dari shahabat Buraidah radhiyallahu ‘anhu , dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah.
4. Menuju ke Mushalla Solat ‘Id dengan melewati Jalan yang Berbeza antara pergi dan pulangnya
Dari shahabat Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma :
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عيد خالف الطريق
Dulu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila Hari Raya, beliau melalui jalan yang berbeza. Muttafaqun ‘alaihi
Dari shahabat Abu Hurairah :
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا خرج إلى العيدين رجع في غير الطريق الذي خرج فيه
Dulu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila keluar menuju solat ‘Id, beliau pulang melewati jalan yang berbeza dengan jalan pergi. HR. Ahmad, At-Tirmidz, Ibnu Majah.
5. Takbir
Untuk ‘idiladha, Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
untuk ‘idilfithri, Sebagian ‘ulama berpendapat bahwa takbir dimulai semenjak tenggelamnya Matahari malam ‘Idul Fithri.
Adapun lafazh takbir :
الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد.
Atau boleh juga :
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد.
6. Mengucapkan Selamat pada Hari Raya
Dari Jubair bin Nufair berkata, “Dulu para shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jika bertemu pada hari ‘Id, yang satu mengucapkan pada lain :
تقبل الله منا ومنكم
Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari anda
(diriwayatkan oleh Al-Muhamili)
Asy-Syaikh Bin Baz rahimahullah berkata :
“Tidak mengapa seorang muslim mengatakan kepada saudaranya sesama muslim (pada Hari Raya) : “Taqabbalallahu minna wa minka a’malana ash-shalihah”, dan saya tidak mengetahui ada nash khusus. Seorang muslim mendoakan saudaranya dengan doa yang baik, berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak.” (Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah XIII/25)
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat bersama. Akhir kalam, saya dan sekeluarga mengucapkan Taqabbalallahu minna wa minka a’malana ash-shalihah.
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?
Boleh hubungi,
Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators
Amalan di hari raya ‘idilfitri dan ‘idiladha