Skip to content
Home Cabaran Ibu Menyusu – Pilihan Kerjaya Untuk Ibu Menyusu

Cabaran Ibu Menyusu – Pilihan Kerjaya Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Terima kasih kerana menziarahi blog zahirahhafizan.com. Pagi ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman mengenai cabaran penyusuan susu ibu.

 

Salah satunya adalah pilihan kerjaya untuk ibu menyusu.

 

Kerjaya sebagai ibu adalah jawatan seumur hidup. Tarikh luputnya jawatan ini adalah hanya dengan tercabutnya roh dari badan. Sejak dulu, memang seorang ibu tu sentiasa bekerja. Tapi ibu-ibu ni sentiasa bekerja di rumah, di ladang, ataupon sawah, tetapi apabila tiba masanya, mereka pasti kembali kepada keperluan si anak. Dan penyusuan susu ibu adalah satu keperluan anak yang sentiasa diletakkan di tempat tertinggi. 

 

Apabila zaman mula berubah, ramai wanita mula bekerja jauh dari rumah dan terpaksa berpisah dengan anak dalam masa yang lama. Taraf pendidikan wanita yang baik dan tekanan ekonomi keluarga, memerlukan tenaga wanita berada dalam pasaran kerja. Oleh sebab itu, wajarkah ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan pelbagai cabaran yang menanti? Tambahan pula sangat mudah didapati di rak-rak pasar raya, diiklankan tanpa batasan, dan menjadi satu gaya hidup moden kini.

 

Saya dulu ibu yang bekerja di pejabat dan merata Malaysia atas kehendak tugas. Dan cabaran pekerjaan sebegini memang mencabar untuk meneruskan penyusuan ibu. Tapi alhamdulillah, saya berjaya susukan anak-anak dengan susu ibu.

 

Breastfeeding Baby Boy

 

Bagaimanakah pekerjaan ibu dapat memberi kesan kepada penyusuan susu ibu?

 

Satu kajian di negara barat mendapati, beberapa faktor memberi kesan yang signifikan dalam penyusuan susu ibu:

 

  1. Lambat ataupon cepat ibu kembali bekerja. 

Ibu yang kembali bekerja apabila bayi berumur empat bulan ataupon lebih didapati berjaya menyusukan bayi mereka lebih lama.

 

2. Bekerja sepenuh masa ataupon separuh masa. 

Ibu yang bekerja separuh masa lazimnya berjaya menyusukan anak mereka melebihi setahun

 

3. Ibu yang sentiasa memerah susu di tempat kerja. 

Kemungkinan menyusukan anak lebih lama adalah lebih tinggi.

 

Selain daripada bekerja mengikut waktu pejabat iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang, para ibu disarankan berbincang dengan majikan bagi menerokai beberapa pilihan mengikut kesesuaian ibu dan majikan. Ia dapat menyumbang kepada keseimbangan kerjaya dan keluarga yang kita impikan.

 

Ramai wanita bekerja sudah membuktikan yang mereka berjaya meneruskan penyusuan susu ibu tanpa meninggalkan bidang pekerjaan mereka. Ia mungkin tidak mudah, tetapi tidak mustahil. Jangan sesekali berputus asa ye ibu-ibu semua :). 

 

Setakat ini saja perkongsian saya pagi ini. Saya akan kongsikan jadual pilihan kerjaya bagi ibu menyusu pada post seterusnya. Stay tune ye 🙂

 

Ingin tahu tips kumpul stok susu dengan cepat dalam pantang? Klik sini.https://zahirahhafizan.com/2014/10/tips-kumpul-stok-susu-dengan-cepat-semasa-berpantang.html

 

Ingin tahu 10 waktu terbaik pam susu? Klik sini. https://zahirahhafizan.com/2015/08/10-waktu-terbaik-mulakan-kumpul-stok-susu-sebelum-kembali-bekerja.html

 

Ingin tahu kisah saya miliki susu meriah sejak hari kedua berpantang? Klik sini.https://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html

 

Ingin tahu kisah saya yang mengandung dan susukan anak selama 6 tahun tanpa henti? Klik sini.https://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

 

 

[email protected]

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *