Alhamdulillah, Allah mudahkan saya untuk menulis di sini. Terima kasih buat pembaca blog zahirahhafizan.com, juga customer saya yang saya sayang semuanya. Syukur diberikan nafas dan nikmat daripada Allah tanpa putus buat kita semua terutamanya kesihatan. Kita dikurniakan jari untuk menaip. Mana jari paling penting? Tiada yang paling penting. Kerana semua kelima-lima jari lah yang paling penting. Tanpa satu jari, bukan mudah untuk kita pegang sesuatu. Alhamdulillah atas nikmat ini.
Terkenang saya dengan kuliah ustaz azhar idrus di dalam CD yang suami saya pasang dalam kereta. Yang saya boleh qoutekan sedikit ialah “Berapa ramai orang yang takleh nak sedut oksigen ni. Yang kita duk sedut hembus senang-senang je tiap saat. Kawan-kawan kita kat ICU nu. Kalau takde elektrik, haa..apa jadi? contoh..jadi wajib kita bersyukur dengan nikmat Allah Taala bagi ni”
Hari ni saya nak kongsikan berkenaan berniaga. Apa tujuan kita berniaga? Ingin kaya atau ingin membantu orang lain? Jika niat kita berniaga untuk kaya, kita takkan berjaya. Tapi, kalau niat kita berniaga kerana ingin membantu orang lain, insyaallah, kita pasti berjaya. Itu kata Dr Azizan Osman. Rupa-rupanya, selama ni saya dah gunakan cara mentor hebat ini:). Alhamdulillah. Jika kita nak berjaya, kita mesti membantu orang lain untuk berjaya terlebih dahulu. Jika kita hendak kaya, kita bantu orang lain untuk berduit dahulu.
Bagaimana berniaga untuk membantu orang lain? Contoh saya berikan.
1. Berniaga nasi lemak kerana nak bantu orang yang tak sempat masak untuk dapatkan sarapan pagi mereka.
2. Berniaga buah durian untuk membantu orang yang tiada kebun durian untuk merasai nikmat sedapnya buah durian itu.
3. Berniaga produk kesihatan bagi membantu orang yang tak dapat penuhi keperluan badan bagi mendapatkan nutrien dari pemakanan harian. Yela, berapa banyak set sayur dan buah diperlukan setiap hari. Kita ni kadang-kadang makan buah pon seminggu sekali. Aptahlagi nak dapatkan pelbagai jenis buah setiap hari.
Saya ada kisah tersendiri mengenai berniaga untuk membantu orang lain. Saya memulakan bisnes kerana niat untuk membantu ibu dan ayah serta adik-beradik belajar. Masa tu,pendapatan saya daripada gaji tidak seberapa. Sehingga bulan-bulan menjadi negatif. Saya rasa malu pada diri sendiri, saya malu kerana walaupon graduan, walaupon bekerja di syarikat minyak gergasi negara, saya gagal membantu mak ayah dan adik-adik saya di kala mereka memerlukan tempat berpaut. Masyaallah, ia satu tamparan cukup hebat pada saya. Saya rasakan saya mesti bantu mak ayah saya walau bagaimana cara sekalipon. Dan akhirnya, saya bertemu dengan Shaklee.
Sejak hari pertama bershaklee, saya bermula dengan niat membantu insan lain untuk menjadi sihat dan kaya. Saya niat nak bantu kewangan famili saya. Dan akhirnya itu yang saya dapat setiap bulan. Bonus semakin meningkat, kesihatan pon lebih baik. Ramai yang dapat saya bantu, tapi belum sangat-sangat ramai. Sebab itulah saya mesti berusaha untuk membantu ramai lagi insan yang perlukan bantuan saya dari sudut kesihatan dan juga bawa mereka keluar dari kekangan kewangan yang mencengkam hidup mereka.
Apa yang kita niatkan, itu lah yang akan membawa kita ke puncak kejayaan. Itulah hasilnya. Berjaya atau tidak terpulang kepada niat kita di awal-awal penyertaan kita.
Cuba tanya diri, “Bagaimana aku nak tolong mereka mendapat kehidupan yang lebih baik?” Pasti kita ada jawapannya. Cuba tanya diri, “Apa aku nak beri hari ni kepada semua insan yang aku kenal atau tidak”. Pasti anda ada jawapannya. Berikan senyuman, berikan coretan positif di blog, berikan ilmu baru di facebook, dan macam-macam lagi walau kita hanya beronline, bukannya berdepan. Jadilah insan yang sentiasa merubah hidup orang lain menjadi lebih positif dan lebih baik.
Itu saja yang ingin saya kongsikan hari ini. Semoga boleh membuka minda kita, semoga boleh kita betulkan kembali niat kita untuk berniaga.
Salam sayang,
Ira & Hafizan
0139422527
[email protected]
Master Coordinators
Berniaga dengan cara betul Tips kaya cepat Tips magnet kekayaan Tips maju berniaga