Ramai yang berfikir begini. Sebab bayi sering bangun malam-malam untuk menyusu. Tapi mengikut kajian, ia sebenarnya sebaliknya. Ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu sebenarnya miliki tidur yang lebih cukup berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu botol.
Ini kenapa ye? Ini disebabkan ibu tak perlu nak bangun, berjalan, gosok-gosok mata untuk pergi buat susu anak di waktu malam di kala terjaga nak minum susu 🙂. Banyak masa yang digunakan tu. Kalau banyak kali dalam satu malam? Lagi banyak masa yang digunakan. Kemudian kita nak tidur balik tu bukan mudahkan? Last-last tak boleh tidur dah sampai pagi.
Saya kongsikan ye apa yang ditunjukkan oleh kajian.
- Pada tahun 2004, 2 penyelidik dari Amerika Syarikat, Quillin dan Glenn menerbitkan apa yang mereka dapat dari kajian mereka dalam Journal of Obstetric Gynaelogy Neonatal Nursing.
- Didapati ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu tidur lebih daripada ibu yang bayinya menyusu botol.
- Ibu yang menyusukan secara eksklusif dan tidur bersama bayi mendapat tidur yang lebih mencukupi berbanding ibu yang tidur berasingan dengan bayi.
- Ibu yang menyusukan bayinya secara eksklusif mendapat tidur selama 20 hingga 40 minit lebih lama berbanding ibu yang memberi bayi mereka susu tiruan melalui botol, samada bersama dengan penyusuan ibu ataupon susu botol sahaja
- Tidur ibubapa yang bayinya hanya menyusu susu tiruan sahaja lebih terganggu.
- Kajian yang dibuat oleh Doan pada tahun 2007 mencadangkan, ibubapa perlu berusaha menyusukan anak mereka secara eksklusif bagi mendapat tidur yang cukup.
- Kajian oleh Blyton pada 2002 pula menunjukkan ibu menyusukan bayi secara eksklusif mendapat kualiti tidur yang lebih baik daripada ibu yang memberikan bayi mereka susu botol.
- Sleep journal pada tahun 2009 mendapati, tidur yang terganggu adalah satu daripada faktor utama ibu mendapat kemurungan selepas bersalin (postportum depression).
- Pengkaji-pengkaji ini mendapati penyebab kepada tidur terganggu adalah masalah kemurungan, pernah menghadapi masalah tidur, ibu yang baru mendapat anak pertama dan tidak menyusukan bayi.
- Penyusuan ibu yang sering disalah anggap sebagai pengganggu tidur ibu sebenarnya adalah faktor penyelamat kepada ibu.
Baca >> Kepentingan penyusuan di waktu malam.
Itu saja perkongsian saya pada pagi ini. Semoga ia bermanfaat buat kita semua.
Saya akan kongsikan lagi tips. Nanti keep on datang dan visit zahirahhafizan.com tau.
By the way, jika anda ingin mendapatkan suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan anda dan keluarga…boleh tanya saya ye 🙂
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..
Salam sayang,
Master ira & Hafizan
0139422527