Skip to content
Home Bangkit Semula Selepas Jatuh Tersungkur

Bangkit Semula Selepas Jatuh Tersungkur

Saya kongsikan kepada anda hari ini berkenaan kisah inspirasi seorang teman di facebook. Saya ambil dari wallnya. Dan semadikan di blog zahirahhafizan.com untuk sama-sama menjadi inspirasi buat kita semua.

Di sini kisahnya bermula…

 

bangkit semula selepas jatuh tersungkur

 

 

3 Perkara Saya Buat Untuk Bangkit Semula.

Ada yang sudah merasai zaman kejatuhan,ada juga yang masih struggle tak kurang yang masih bertahan.

Ramai yang tahu kisah kejayaan kami sebelum ini, mencapai jualan tujuh (7) angka dalam tempoh sembilan (9) bulan. Memiliki wisma sendiri, 38 orang staf dan jualan ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Langit tidak selalunya cerah, kerana kejahilan kami dalam pengurusan bisnes dan tiada dokumen yang melindungi bisnes waktu itu, menyebabkan saya jatuh tersembam sekelip mata.

Hujung tahun 2014 Saya KEHILANGAN bisnes yang saya usahakan dengan kudrat diri selama tempoh itu. Nilai bisnes jutaan ringgit lenyap dan saya terpaksa menanggung hutang yang banyak iaitu hampir RM200,000. Legasi ‘Kaki’ yang dulunya dibanggakan terus hilang sekelip mata dalam saat belum sempat saya merasa hasilnya.

Berbekalkan satu-satunya harta yang saya ada, sebuah motor kapcai suzuki waktu itu, inilah saja MODAL utama dan bekalan untuk saya bangkit semula. Bina semuanya sekali lagi! Ini antaranya :

 

1. Masuk kelas bisnes terutama mengenai ilmu pengurusan supaya dapat kenal pasti kesilapan yang telah dilakukan yang sering dipandang enteng.
Saya sanggup invest sejumlah wang yang besar kerana inilah ilmu yang akan mengurangkan cukai kebodohan yang lebih MAHAL untuk bisnes saya akan datang.

 

learn

 

2. Jangan tukar kawan, tapi UPGRADE kawan sedia ada. Berkawan dengan mereka yang lebih tinggi ilmu dan kejayaan daripada kita.
Ketika jatuh,SANGAT penting untuk kurangkan berkawan dengan orang yang jatuh sama. Nanti sama-sama main biola.

 

kawan

 

Pilih guru yang betul yang boleh tegur dan marah kita. Jangan tenggelam dengan pujian menggunung. Ini bakal merosakkan usaha kita bila overdose perasan bagus. Jangan salahkan guru, jika kita belum berjaya. Salah diri sendiri yang tidak mahu belajar dengan lebih banyak guru.

 

3. Sedar diri, dan terus melangkah. Jika kita tidak diuji, mungkin kita selesa dengan hidup kita sekarang. Tukar gaya hidup sedia ada, gunakan apa yang ada ditangan. Jangan merungut! Jalan terus sahaja!

 

Moving-Forward

 

Melayan emosi dan energi kesusahan tak membawa apa-apa! Tindakan sahaja yang menentukan kita di mana.

 

Ingat ni, orang boleh ambil wang dan bisnes kita, tapi orang lain tidak boleh ambil ilmu, pengalaman dan SEMANGAT kita!!

 

Tahun 2015, saya terus bangkit dan melunaskan hampir sebahagian besar hutang saya. saya membangunkan Byond Success Sdn Bhd dengan tujuan utama iaitu mahu kongsi ilmu supaya anda tidak lalui jalan yang sama yang pernah saya lalui dulu.

 

Beberapa aset hartanah telah dimiliki terutama di Shah Alam,setelah menguruskan syarikat dengan betul dan memahami kepentingan dokumen dalam syarikat.

 

Ianya terlalu SAKIT, bila kita kehilangan legasi yang telah dibina hanya sebab tiada dokumen yang menyelamatkannya.

 

Pelangi akan muncul setelah hujan reda. Pastinya akan bangun semula biarpun apa yang bakal berlaku di kemudian hari kerana kali ini, saya telah benar-benar bersedia!

 

Coretan bekas rider kapcai, kini tinggal kenangan.

https://www.facebook.com/abdul.basit.902?pnref=story

 

Mungkin ada yang membaca post ini sedang alami sebarang kejatuhan. Ambil nasihat ini, pegang kuat-kuat. teruskan perjalanan. Pastikan ilmu ada di dada. Ia tidak merugikan pon. Kadang-kadang, bila kita berada di atas, kita merasakan kita tak perlukan ilmu itu. Apabila jatuh, kita mula mencari ilmu untuk bangkit kembali. Di sini bermakna, kita tidak pernah rugi apabila kita mencari ilmu ini… Bahkan, kejatuhan ini adalah satu rahmat buat kita…

 

Semoga kisah ini memberi iktibar buat kita semua….

 

Jemput like page kami di https://www.facebook.com/CubitCubitSayang?fref=tsdan juga page Breastfeeding Alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-Alert/600758136678521?fref=ts

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

zahirahhafizan@gmail.com

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *