[IKLAN PROMOSI DISEMBER 2017]
Promosi VIVIX kini kembali…Harga Istimewa buat AHLI Shaklee. Dapatkan pada harga 6 botol Vivix, anda bawa balik 7 botol (6+1). Wow!!! Atau Dapatkan 2 botolVivix dengan Diskaun 5%. WOOOOW! Cepat! Stok tak banyak dah tu. 🙂
VIvix Promo December 2017
Bagaimana Antioksidan Kurangkan Radikal Bebas?
Banyak kajian menunjukkan, semakin banyak radikal bebas berkeliaran di dalam badan, semakin cepat sel badan kita mati. Manakala semakin tinggi paras antioksidan, jangkahayat kita akan meningkat.
Maksud kat sini, bila antioksidan tinggi dalam badan, ia menghalang dari tersebarnya radikal bebas dengan lebih cepat. Kiranya antioksidan ni sekat wujudnya radikal bebas baru dalam badan kita dengan cara “membunuh” radikal bebas dengan meneutralkan balik ia.
Antioksida membunuh radikal bebas
Dalam hidup, memang normal kita akan alami penuaan. Wear and tear merupakan proses penuaan normal. Tapi proses tekanan oksidan akibat radikal bebas akan menyebabkan badan kita lebih cepat menua daripada sepatutnya. Jadi menghentikan radikal bebas daripada terus merosakkan salur darah, paru-paru, buah pinggang, mata, otak, dan sebagainya menjadi sangat penting.
Menurut American Journal of Clinical Nutrition menyatakan status antioksidan seseorang menjadi penting untuk menentukan jangka hayat dan kesihatannya. Menurut National Institute of Aging, penuaan berlaku adalah disebabkan tekanan oksidan.
Penuaan akan menyebabkan rizab sel berkurangan dalam setiap organ. Ini kerana radikal bebas dapat membunuh sel, jadi reaksi ini menyebabkan badan semakin kehilangan rizab selnya.
Akibatnya menyebabkan:
– kekuatan otot merosot
– kemampuan peparu menurun
– keupayaan buah pinggang berkurangan dan sebagainya
Apabila organ kehilangan rizab selnya, ia sudah tidak efektif lagi untuk mengekalkan kesihatan.
Bagaimana Antioksidan Mengurangkan Radikal Bebas?
Antioksidan membantu dalam mendermakan elektron kepada radikal bebas yang tak seimbang tu.
Bagaimana antioksida musnahkan radikal bebas
Kan radikal bebas ni disebabkan oleh elektronnya dicuri oleh radikal bebas lain. Jadi, antioksidan ni “ganti balik” elektron tu menderma elektron pada radikal bebas tadi. Oleh sebab tu, radikal bebas tadi jadi neutral balik dan terhapus. Jadi sel lain tak akan alami pengoksidaan disebabkan radikal bebas ni dah tak banyak.
Banyak kajian mendapati lebih 60 penyakit boleh dicegah dengan penambahan antioksidan dalam nutrisi harian. Wira kita adalah antioksidan. Ia akan menghapuskan dan meneutralkan radikal bebas. Apabila wujud keseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan, maka kesihatan kita jadi lebih baik.
Terdapat 2 jenis antioksidan iaitu enzim antioksidan dan vitamin antioksidan.
2 Jenis Sistem Enzim Antioksidan
Ada 2 jenis sistem enzim antioksidan dalam badan kita. Enzim berperanan dalam sel, manakala vitamin pula berfungsi di dalam dan di luar sel. Enzim ni yang dah ada secara semulajadi dalam badan kita manakala vitamin ni pula apa yang kita ambil dari diet harian kita.
- Superoksida dismutase (SOD) terdiri daripada beberapa bentung yang digunakan di luar dan bahagian berlainan dalam sel.
Superoksida dismutase SOD
Boleh faham yang ni? Kiranya SOD ni bantu dalam menukarkan radikal bebas kepada oksigen yang normal dan air balik dalam badan kita.
2. Glutation Peroksidase (GP) berfungsi di beberapa tempat dalam sel. Selalunya ia bekerjasama dengan SOD untuk menyempurnakan tugas. Juga melakukan tugas yang tidak dilakukan oleh SOD iaitu mencegah radikal hidroksil daripada terbentuk. GP memerlukan selenium untuk bekerja dengan lebih efisen lagi.
Vitamin Antioksidan
Ada banyak jenis vitamin antioksidan, antaranya:
– beta carotene
– vitamin c
– vitamin e
– bawang putih
– milk thistle
– glutation
– asid lipoik
– polifenol
Vitamin untuk antioksidan – beta carotene
Sebenarnya memang mudah je kalau nak ambil beta carotene. Hanya amalkan sayur dan buah-buah yang banyak khasiat beta carotene.
sumber beta carotene
Tapi kata Dr Bruce Miller, sekian banyak syor yang beliau buat kepada pesakitnya untuk amalkan makan sayur dan buah ni. Tapi selalunya tak ikut pun. Tanya diri kita sendiri la. Berapa ramai yang sanggup kunyah carrot berbatang batang setiap hari?
Jadi menurut Dr Bruce Miller, ambil suplemen beta carotene lebih mudah dan biasanya orang senang untuk komit.
Vitamin untuk antioksidan – vitamin C
Vitamin C diperlukan untuk sintesis berbagai jenis hormon. Selain tu fungsi vitamin c:
– pertumbuhan tulang baru
– menggalakkan pembaikan tisu
– pembentukan rawan dan kolagen
– anti histamine semulajadi
– perangsang sistem imun
Sumber vitamin c
Vitamin C dianggap sebagai sejenis antioksidan larut air yang utama sebab vitamin C banyak terlibat dalam isu berkaitan radikal bebas.
Cara vitamin C memusnahkan radikal bebas
Tentu korang nak tau camne sebenarnya vitamin C memusnahkan radikal bebas ni. Haa ni saya kongsikan dengan korang ye.
- Vitamin C serang bahagian berair antara sel sebelum radikal bebas serang bahagian berlemak pada membran sel
- Vitamin C memulihkan kuasa vitamin E selepas vitamin E menumpaskan radikal bebas
Nampak dah sekarang betapa vitamin c pentingnya vitamin C ni. Ia sebagai wira dalam arena larut air dan kawasan larut lemak dengan mencergaskan vitamin E. Perlu kan ambik vitamin C setiap hari? Sebab kalau tak de dia habislah kita. Dah makan vitamin C hari ni?
Vitamin untuk antioksidan – vitamin E
Peranan vitamin E adalah sebagai
- pelindung utama tisu lemak seperti membran sel dan tisu saraf
- melindungi DNA daripada serangan radikal bebas
- kunci sebenar pencegahan kanser
- Menjaga asid lemak tak tepu (PUFA) daripada kerosakan. PUFA penting dalam setiap membran sel
Sumber vitamin e
Bawang putih – mempunyai ciri antioksidan yang aktif dalam pencegahan sakit jantung dan beberapa jenis kanser
Bawang putih
Milk thistle – merupakan jenis antioksidan yang powerful dan berfungsi dalam hati. Ia mendetoks dan merangsang sel hati supaya menjana pertumbuhan sel baru.
Milk thistle
Gingko biloba – untuk meningkatkan kuasa otak. Ia mempunyai ciri antioksidan dan boleh membantu mencegah kemerosotan fungsi otak yang berlaku perlahan-lahan yang mana seringkali kita salahkan umur kita.
Gingko biloba
Coenzyme Q10– merupakan antioksidan berkuasa yang wujud dalam semua membran sel dan bertindak sebagai perisai kepada sel, dan DNA untuk mennentang radikal bebas.
Ia juga melindungi mitokondira DNA dan memastikan kilang tenaga itu beroperasi dengan cekap.
Glutation – merupakan antioksidan asas bagi sel. Ia mengitar semula vitamin C yang telah dioksidasi dan memulihkan semula kuasa antioksidannya. Penting untuk sistem imun yang kuat.
Asid lipoik – memberikan perlindugan terhadap 3 penyakit akibat penuaan iaitu strok, jantung dan katarak. Ia beroperasi di bahagian berlemak dan berair dalam sel untuk meneutralkan radikal bebas.
Akhir sekali ialah polifenol, sejenis antioksidan paling kuat.
Polifenol adalah fitokimia, bermakna sebatian yang terdapat dengan banyaknya dalam makanan semulajadi yang mempunyai sifat antioksidan.
Terdapat lebih daripada 8000 polifenol yang dikenal pasti terdapat dalam makanan seperti teh, wain, coklat, buah-buahan, sayur-sayuran, dan minyak zaitun (extra virgin).
Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri kita.
Ia bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel-sel di dalam badan kita daripada kerosakan radikal bebas dan membantu mengawal penuaan.
Kategori Polifenol
Polifenol boleh dibahagikan kepada empat kategori. Untuk pengetahuan, polifenol pada tahap tinggi terdapat pada kulit tumbuh-tumbuhan.
4 kategori Polifenol:
A. Flavonoid (mengandungi antioksidan dan anti radang, terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, wain merah, dan teh hijau)
flavon
flavonols
Flavanones
isoflavon
anthocyanidins
Chalcones
Catechins
B. Stilbenes, terdapat dalam wain merah dan kacang tanah (resveratrol adalah yang paling terkenal)
C. Lignans, yang ditemui dalam biji seperti rami, kekacang, bijirin, bijirin, buah-buahan, alga, dan sayur-sayuran tertentu
D. Asid fenolik
Asid hydroxybenzoic, terdapat dalam teh. Asid Hydroxycinnamic dijumpai di dalam kayu manis, kopi, blueberry, kiwi, plum, epal, dan ceri.
Untuk tumbuhan, polifenol memberikan warna, menyumbangkan kepada rasa, aroma dan kestabilan oksidatif makanan.
Kepada manusia, Polifenol membantu dari segi:
– Melawan sel kanser dan menghalang angiogenesis (pertumbuhan salur darah yang memakan tumor)
– Melindungi kulit daripada sinaran ultraungu
– Melawan radikal bebas dan melambatkan kesan penuaan
– Menggalakkan kesihatan otak, dan melindungi daripada demensia
– Mengurangkan keradangan
– Menyokong kadar gula dalam darah yang normal
– Melindungi sistem kardiovaskular anda menggalakkan tekanan darah yang normal
Untuk mengoptimumkan manfaat Polifenol , adalah penting untuk makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan polifenol.
The European Journal of Clinical Nutrition telah menerbitkan satu senarai dengan 100 sumber pemakanan yang kaya dengan polifenol, berdasarkan miligram (mg) bagi setiap 100 gram (g) atau 100 mg makanan.
Sumber Vitamin Antioksidan Dalam Shaklee
- Beta carotene – Ada dalam carotomax
2. Vitamin C– Shaklee ada sediakan Sustain Released Vitamin C
3. Vitamin E pulak Shaklee sediakan Vitamin E compleks with selenium
4. Bawang putih – Dalam Shaklee kita sediakan garlic complex
5. Milk thistle – Kita sediakan DTX Compleks yang mengandungi lebih dari milk thistle dalam Shaklee.
6. Gingko biloba – Kita sediakan dalam mental aquity plus supliment tapi ia tiada di Malaysia
7. Coenzyme Q10 – Kita ada dalam Coqhealth Shaklee 🙂
8. Polefenol – kita ada sediakan 15 jenis polifenol di dalam Vivix.
Ni antara makanan yang tinggi polifenol
Makanan Yang Tinggi Polifenol
Ada orang, dia rasa cukup dengan apa yang dah ada dalam badan. Tak perlukan vitamin antioksidan pon. Ye, memang cukup apa yang dah ada dalam badan kita. Cuma, bila radikal bebas ni terrrlalu banyak dalam badan kita, enzim antioksidan dalam badan kita ni tak mampu nak lawan semua tau.
Sebab tu perlu ambik dari pemakanan harian kita. Persoalannya, camne kita tau cukup ke kita ambik semua antioksidan ni dari menu harian kita yang lalui proses kemusnahan vitamin sejak ia dipetik hingga sampai ke mulut kita?
Sebab tu kita ada vitamin untuk menyokong apa saja yang kurang.
Nak dapatkan kesemua 7 jenis antioksidan ni? Boleh hubungi nombor di bawah. Saya bantu anda dapatkan yang terbaik buat anda bagi melawan radikal bebas dari terus merosakkan diri anda.
Salam sayang,
Master Ira & Master Hafizan
013-9422527
Kempen Know Your Vivix Syoknya Vivix LAT