Skip to content
Home Apa Kaitan Penuaan Dengan Pemendekan Telomere?

Apa Kaitan Penuaan Dengan Pemendekan Telomere?

Ramai yang rasa orang yang makan suplimen ni mengidam sangat nak awet muda. Hehe. Sebenarnya, ia bukan sekadar untuk kita nampak cantik bila awet muda. Tapi ada sebab yang lebih besar. Iaitu kita tak nak dapat sebarang penyakit terutamanya penyakit merbahaya. Sebab penyakit ni sebenarnya boleh buatkan diri kita jadi makin teruk.

Kenapa kita tak nak tua?

Penuaan berlaku dalam 2 fasa. 

  1. Penuaan ikut umur
  2. Penuaan pramatang (secara patologi)

Penuaan mengikut umur ni memang kita tak boleh elak pon. Sebab ia akan bergerak selari dengan usia. Kalau kita umur 30 tahun, kita tak boleh nak turunkan umur jadi umur 20 tahun balik. Kan kan 🙂

Penuaan pramatang ni boleh cepat berbanding usia kita. Sebab ia penuaan pada peringkat selular. Umpama umur baru 30 tahun. Jika berlaku penuaan pramatang pada seseorang, dia boleh jadi 60 tahun usia dalamannya. Ini melibatkan gaya hidup dan amalan kesihatan kita seharian.

Penuaan sel kita ni ada 3 jenis iaitu lebih awal dari usia, sejajar dengan usia atau lebih lambat dari usia kita. Bila sel menua lebih cepat dari biasa, macam-macam penyakit merbahaya akan datang. Sebab tu kita tak nak alami penuaan sel dengan cepat.

Apa kaitan radikal bebas dengan penuaan?

Ada teori yang menjelaskan kaitan radikal bebas dengan penuaan.

Teori radikal bebas penuaan (FRTA) menyatakan bahawa usia organisme berkait dengan sel yang mengumpul kerosakan radikal bebas dari masa ke masa.

Seperti saya maklumkan beberapa hari lepas, radikal bebas merosakkan DNA, protein dan mengubah sel. Lama kelamaan kerosakan ini semakin banyak dan penuaan pada badan kita semakin cepat.

Radikal bebas memang secara semulajadi terbentuk di dalam tubuh kita kerana ia merupakan produk sampingan daripada fungsi normal sel. Namun, jumlah radikal bebas yang dihasilkan setiap hari tidaklah sama.

Pencemaran udara, makanan tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal atau bersenam, semua ini menentukan berapa banyak radikal bebas yang terbentuk. Malangnya radikal bebas ini tidak hanya merosakkan satu sel tapi membentuk kesan domino sehingga kerosakan yang berlaku semakin meluas.

Contohnya, ketika radikal bebas mengoksidakan asid lemak, akan mengubah asid lemak menjadi radikal bebas, yang kemudian merosakkan asid lemak lain. Rantai reaksi ini berlaku sangat cepat.

2 Cara Penuaan Disebabkan Oleh Radikal Bebas

Terdapat 2 cara penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas:

  1. Enzim Superoksida Dismutase Kurang Berfungsi Disebabkan Oleh Radikal Bebas
  2. Kerosakan kepada Mitokandria Akibat Radikal Bebas

Enzim Superoksida Dismutase Kurang Berfungsi Disebabkan Oleh Radikal Bebas

Peranan SOD sebagai enzim antioksidan

Jom kita tengok pula bagaimana radikal bebas menyebabkan penuaan.

Ketika kita masih muda, sel-sel badan mempunyai sistem pertahanan yang dikenali sebagai SOD (superoksida dismutase). Enzim yang merupakan antioksidan ini memang secara semula jadi berada di dalam tubuh untuk menentang radikal bebas.

Seiring bertambahnya usia, enzim SOD tidak lagi boleh bekerja dengan optimum. Ia juga kurang dikeluarkan.  Akibatnya kehadiran radikal bebas jauh lebih kuat berbanding dengan keupayaan antioksidan dalam tubuh untuk memeranginya.

Semakin besarnya kekuatan radikal bebas, semakin besar pula kerosakan sel yang berlaku.
Selain radikal bebas di dalam badan, kini semakin banyak juga radikal bebas yang menyerang dari persekitaran luar tubuh.

Contoh radikal bebas dari luar seperti:

Sinar ultraviolet matahari yang berlebihan juga merupakan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif pada sel-sel kulit.

Bahan-bahan kimia daripada produk-produk yang kita gunakan seharian turut menyebabkan radikal bebas bersarang dalam tubuh.

asap rokok, pencemaran dan lain lain

Itu sebabnya organ-organ di dalam tubuh semakin mudah dihinggapi penyakit seperti kanser, gangguan jantung, kerana rosaknya sel-sel di otak, penyakit alzheimer, parkinson dan sebagainya.

Haa dah nampak kan?

Lagi? Bagaimana radikal bebas menyebabkan penuaan berlaku juga? Iaitu dengan cara radikal bebas merosakkan mitokondria dalam sel. 

Kerosakan kepada Mitokandria Akibat Radikal Bebas

Fungsi mitakondria adalah sebagai penjana tenaga kepada sel. Bila sel miliki tenaga yang hebat, secara langsung tisu dan organ akan berfungsi dengan baik. Bila organ elok cantik semua, diri kita lah yang sihat dan bertenaga tu kan. Sebab memang diri kita ni asal dari sel.

Bila sel pankreas dah kurang berperanan sebab metakondria di dalam sel pankreas tu dah rosak, SOD pon kurang, ia tak boleh nak hasilkan tenaga.

Satu contoh yang saya nak kongsi dengan korang ni.

Dalam pankreas ada sel beta. Sel beta ni berfungsi untuk keluarkan hormon dan insulin. Bila sel beta ni tak berfungsi sebab kurang tenaga akibat rosaknya metakondria sel ni yang sudah diserang radikal bebas, seseorang itu akan alami masalah diabetes. Sebab insulin tak boleh dikeluarkan dah. Diabetes ni merupakan salah satu aging disease.

Kerosakan akibat radikal bebas turut memberikan kesan kepada DNA, terutama pada sel mitokandria. Radikal bebas menyebabkan sel bermutasi secara tidak terkawal. Lama kelamaan ia menyebabkan tubuh menua secara pra matang dan penyakit pun berlaku.

Apa Itu Telomere?

Selain radikal bebas, faktor telomeres juga memainkan peranan kepada penuaan kita.

Ahli saintis yang menemui telomeres telah dianugerahi Hadiah Nobel Fisiologi dan Perubatan pada tahun 2009 (Rujuk Dr Blackburn). Bagaimana telomere dan telomeres (enzim) berfungsi dalam menentukan jangka hayat kita.  Menjaga kestabilan bahan yang ada pada gen. Menghalang keaktifan yang boleh merosakkan DNA. Dan mengawal penuaan sel.

Telomere lindungi DNA

Telomeres terletak pada hujung kromosom. Ia melindungi DNA sebenar kita setiap kali sel membahagi. Setiap kali sel membahagi, DNA tidak dibuang malah maklumatnya disalin.

Telomere melindungi kromosom (DNA) kita. Ia membantu dalam melindungi maklumat diri kita. Telomere umpama plastik di hujung tali kasut yang lindung tali kasut kita agar tak terurai. Kan ia duk kat hujung kromosom. Sebab ia nak lindung kromosom.  Jaga kestabilan DNA kita dari ditembusi oleh radikal bebas yang boleh musnahkannya.

Telomere dijumpai oleh saintis pada tahun 1973. Telomere adalah unit terkecil yang terletak dalam DNA kita. Saiz telomere memendek bila usia makin meningkat. Saintis percaya terdapat perkaitan di antara telomeres dengan penuaan.

Pemendekan telomere bila usia meningkat

Sel membahagi sebanyak 50 kali sebelum telomeres menjadi terlalu pendek. Apabila telomeres semakin pendek, ia tidak boleh membahagi lagi. Telomeres yang pendek bukan sahaja berkait dengan penuaan, malah berkait dengan penyakit.

Kepanjangan atau memperlahankan telomere dikaitkan dengan pencegahan banyak penyakit kronik. Telomere boleh memanjang dan memendek. Ada orang yang telomerenya yang panjang walau usia nya dah tinggi. Macam umur 70, tapi panjang telomerenya baru macam umur 30.

DNA boleh diwarisi pada anak. Orang gemuk tak semestinya miliki telomere yang pendek. Sel telur lebih beri pengaruh pada kesihatan anak. Kalau sel tu telomere pendek, telomere anak pon akan pendek. Itulah sebab sebelum hamil, ibu tu sendiri perlu memastikan telomerenya panjang bagi memastikan anaknya juga nanti miliki telomere yang panjang. Baru si anak pon tidak miliki potensi yang tinggi kepada masalah kritikal.

Telomere ada kaitan dengan stress. Andainya si anak dilahirkan dalam keluarga yang tak bahagia, telomerenya  akan memendek. Bila macam tu, seseorang tu akan mudah dapat penyakit. Orang yang jaga orang sakit juga alami stress. Telomerenya boleh jadi pendek.

Apa yang mengejutkan adalah, faktor telomere (kepanjangan atau kadar pemendekan telomere) tidak berlaku kepada semua orang. Saintis dari Sweden mendapati telomeres sesetengah orang tidak semestinya memendek dengan cepat.

Mereka berpendapat sesetengah orang memiliki kadar pemendekan yang lebih perlahan. Jadi saintis turut membuat kesimpulan, bagi sesetengah orang yang mengamalkan mekanisme anti penuaan di peringkat selular dapat membantu telomeres mereka menjadi lebih perlahan.

Perubahan Penuaan Pada Fizikal

Apabila kita semakin tua kita akan sedar rambut sudah kelabu, kulit sudah berkedut, tetapi penuaan menyebabkan perubahan di seluruh badan. Apakah antaranya?

1. Kadar Metabolik

Kadar metabolik akan menurun sejajar dengan usia. Menurut pakar, kadar metabolik akan menurun 2% setiap 10 tahun bermula pada umur 20 tahun.

Penurunan ini hampir sama dengan kehilangan jisim otot yang juga menurun sejajar dengan usia.

2. Kapasiti Aerobik

Kapasiti aerobik adalah keupayaan tubuh memproses oksigen – juga menurun dengan usia.
Kapasiti aerobik seseorang pada umur 65 tahun biasanya hanya 60% hingga 70% daripada apa yang kita peroleh semasa muda (walaupun penurunan itu kelihatan kurang pada orang tua yang kerap bersenam).

Penurunan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk fungsi lemah pada paru-paru, fungsi jantung dan peredaran darah.

3. Keupayaan Insulin

Badan juga secara beransur-ansur menjadi kurang mahir mengambil dan menggunakan glukosa daripada aliran darah.

Keadaan ini dikenali sebagai intoleransi glukosa.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada glukosa toleransi adalah keadaan yang dikenali sebagai rintangan insulin, di mana tisu badan menjadi kurang sensitif kepada insulin.

Ini mungkin kerana mempunyai terlalu banyak lemak badan, yang mengganggu keupayaan otot untuk menggunakan insulin.

4. Tulang rapuh

Kandungan mineral tulang juga menurun apabila umur meningkat, menyebabkan apabila tua kita semakin lemah dan tulang lebih rapuh. Ini mungkin berkaitan dengan faktor pemakanan, kurang pengambilan kalsium, dan tidak aktif.

Pada wanita pula perubahan hormon selepas putus haid meningkatkan peluang untuk osteoporosis dan patah tulang. Tulang rawan sekitar sendi cenderung semakin haus dan menyebabkan kesakitan, bengkak, dan kehilangan pergerakan sendi.

Malah, kira-kira separuh daripada mereka yang berusia 65 tahun atau lebih tua mempunyai masalah sekurang-kurangnya dengan 1 sendi. Contohnya masalah lutut. Ibu bapa kita ramai ada masalah lutut betul kan? Ini kerana mereka alami penuaan.

5. Masalah Deria – Penglihatan, Pendengaran, Rasa

Apabila tua, biasanya akan mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran terutama rabun dekat dan perubahan kepada tahap cahaya.

Orang tua akan kehilangan keupayaan untuk mendengar bunyi-bunyi dalam frekuensi atas atau untuk mendengar bunyi yang berbeza apabila terdapat banyak bunyi latar belakang.

Deria rasa mungkin juga terjejas justeru keupayaan spatial, penaakulan, penyelesaian masalah kompleks, dan ingatan kerja, semua akan merosot sedikit dengan usia.

Langkah Diambil Untuk Atasi Kesan Penuaan

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi beberapa kesan yang merosakkan penuaan:

1. Aktif secara fizikal – Senaman dan latihan ini boleh dilakukan oleh semua orang. Mungkin masyarakat kita belum terbuka bab ini, tapi kalau kita lihat ramai mat saleh masih cergas di usia tua mereka. Mereka boleh kembara, mendaki bukit walaupun pada usia 50-60an. Namun jika kita senaman dengan sungguh ekstrim, ia boleh memendekkan telomere pulak. Jadi, bersederhanalah.

2. Pemakanan Seimbang

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Lebihkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mendapatkan manfaat fiber dan micronutrien yang selalu kita ketepikan. Jangan terlalu cut kalori dalam pemakanan kita. Kerana ia akan bagi kesan kepada pemendekan telomere.

3. Tidur berkualiti

Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja boleh membawa kepada rasa tidak bermaya dan tidak fokus, tetapi ia secara langsung boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal anda.

Kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan rintangan insulin, yang boleh membuat diabetes lebih sukar untuk dikawal dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Kan masalah tu.

4. Dapatkan pemeriksaan yang kerap

Mendapatkan pemeriksaan yang kerap boleh membantu menjaga masalah kesihatan yang kecil daripada menjadi masalah kronik.

Ini termasuk pemeriksaan yang kerap doktor, pemeriksaan mata, ujian buah pinggang, peperiksaan kaki, lawatan doktor gigi, dan vaksin.

5. Pengambilan Suplimen

Zaman sekarang suplimen dan vitamin sudah menjadi keperluan, bukan lagi pilihan. Makanan yang kita makan selain berlakunya pencemaran, turut mempunyai nilai nutrisi yang kurang.

Ini menyebabkan kita perlu mengambil nutrisi tambahan melalui suplimen dan vitamin. Pilihlah jenama yang baik dan berkualiti, di sini kami cadangkan jenama Shaklee. Kerana Shaklee sudah terbukti berkesan melalui kajian klinikalnya tersendiri. Tak ciplak orang punya 🙂

Sekarang kita tahu pakar Sweden sebut, ada orang telomere dia panjang (means tak laju memendek), sementara ada orang laju je memendek.

Ia ada kaitan juga dengan radikal bebas yang saya sebut sebelum ni.  Semakin banyak kita ada radikal bebas dalam badan, semakin mudah kita dapat penyakit, semakin mudah kita menua dengan cepat.

Korang tau tak sebenarnya ada kajian menunjukkan pengambilan suplimen boleh memperlahankan kadar pemendekan telomere?

kajian Telomere

Kajian ni dilakukan dan diketuai oleh Dr Elizabeth Blackburn (pemenang anugerah Nobel sebab menemui telomeres buat pertama kali). Elizabeth Blackburn menemui telomere yang terdapat dalam sel badan dan turut terlibat menemui ribonucleoprotein enzyme iaitu telomerase. Menurut beliau kepanjangan telomere boleh dikaitkan dengan kesihatan manusia.

Kaedah kajian by Dr Elizabeth

Kajian telomere dijalankan dengan 2 populasi

Kumpulan 1: Kumpulan Yang dikawal

Mereka yang tinggal di Bay Area (pantai) – tiada masalah pencemaran udara
> Lelaki dan wanita yang sihat
> Tidak merokok
> Berumur 30-80 tahun
> Tidak mengamalkan lebih daripada 3 jenis suplimen setiap hari
> Menyertai kajian melalui syarikat tempatan yang diiklankan melalui radio, suratkhabar dan lain lain

Kumpulan 2: Kumpulan yang mengamalkan suplimen

> Tinggal di seluruh pelusuk Amerika
> Lelaki dan wanita tanpa mengetahui tahap kesihatan
> Berumur 30-80 tahun
> Mengamalkan sekurang-kurangnya 5 suplimen setiap hari

Sampel yang dikumpul adalah melalui sel air liur dan data dikumpul oleh Telomere Diagnostics, Menic Park, CA.

Hasil Kajian Telomere

Hasil kajian telomere boleh disimpulkan seperti berikut:

  1. Pengguna suplimen mempunyai 11% kepanjangan telomere berbanding tanpa suplimen
  2. Pengguna suplimen mempunyai kadar pemendekan telomere 40% lebih rendah. Daripada graf bagi pengguna suplimen berumur 80 tahun memiliki telomere yang sama panjang dengan pengguna tanpa suplemen berumur 41 tahun.
  3. Pengguna suplimen memiliki telomere lebih panjang yang bermakna pengguna suplimen lebih sihat.

Korang nak tahu pengguna suplimen tu amalkan suplemen apa?

Tentulah Shaklee. Pengguna suplemen itu mengamalkan Vivix.

Setengah orang menuduh tanpa berasas menyatakan Vivix takde kajian klinikal, tiada landmark study dan sebagainya.

Itu sebab kita kena sentiasa cari info.

Dengan hasil kajian telomeres ni, pengamal Vivix ini merupakan bukti segar bahawa pengambilan suplimen Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular.

Graft pemendekan telomere berbanding orang biasa dan pengguna Shaklee

Terdapat beberapa musuh kepada sel kita:

  1. Inflamation – Keradangan. Kita perlu elak benda yang boleh jadi keradangan. Seperti gula, makanan frozen, makanan tinggi lemak. Jalan penyelesaiannya dengan ambil Omegaguard.
  2. Ocsidative stress. Jalan penyelesaiannya amik antioksidan ACE dan polifenol serta resveratrol.
  3. Insulin resistance – Jalan penyelesaiannya ambik makanan high fiber: sayur dan buah.

Apa Vitamin Yang Kita Perlukan?

  1. Vitamin D – sebolehnya jangan ambik asing sebab kalsium perlukan vitamin D untuk diserap ke sel badan kita. Ambik ostematrix. Lengkap semua yang saintis dah sediakan. Kita tak tau berapa banyak portion yang kita perlukan. Jadi kita ambil yang sudah disediakan untuk kita.
  2. Vitamin B – untuk tujuan anti stress. Ambil B compleks Shaklee.
  3. Multivitamin – ada kajian kata kalau ambik iron suplimen saja, ia akan menyebabkan telomere pendek. Kita disarankan ambik iron dalam multivitamin. Jadi, ambil Vitalea.
  4. Resveratrol dan polifenol – Ia miliki 30 kali ganda vitamin C dan E. Vivix bekalkan resveratrol dan polifenol kepada badan kita. Vivix adalah antioksidan yang melindungi DNA, pertahankan sel dari radikal bebas, tingkatkan prestasi sel dengan tingkatkan efisennya penjana tenaga dari mitokondria, serta mengurangkan masalah AGE protin.

Untuk mengurangkan berlakunya penuaan pada diri kita, kita ambik vitamin Vivix, B compleks, vitalea, ostematrix sebagai anti aging kita untuk elak kita dapat sebarang penyakit.

Soalan Panas

Kita ambik Shaklee ni tak akan mati ke? Hehe.

Kita akan mati. Tu memang suratan. Allah dah tetapkan inilah yang akan dilalui oleh semua makhluknya. Tapi kita tak nak dapat penyakit kronik yang akhirnya boleh percepatkan kematian kita kan. Kerana banyak lagi kita nak buat kat dunia ni. Bukan hanya menunggu mati. Betol tak? Sebab kita dihantar oleh Allah untuk menjadi khalifahNya. Tugas kita banyak lagi. Dan badan kita ni kan amanah dari Allah. Kita mesti jaga elok elok walau kita tahu suatu hari nanti kita memang akan mati.  Penyakit kronik ni mempercepatkan kita punya penuaan.

Nak baca pasal bahayanya radikal bebas? > Boleh baca di sini 

Nak baca pasal bagaimana antioksidan bantu dalam kurangkan radikal bebas? > Boleh baca di sini

Nak cuba vitamin Shaklee?

Nak dapatkan dengan harga istimewa?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk sebarang konsultasi dan pertanyaan ye.

Salam sayang,

Master Ira & Master Hafizan

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *