Skip to content
Home Apa Ibu Perlu Tahu Untuk Mulakan Breastfeeding?

Apa Ibu Perlu Tahu Untuk Mulakan Breastfeeding?

Saya dulu semasa mengandungkan anak sulong, memang satu apa pon tak tau. Jadi, saya ambil peluang tu untuk keep on learning. Dulu even anak sulong, saya tak pernah pergi kursus apa-apa tau. Sebab saya kerja dan kelas tu selalu buat kat hospital swasta (tempat saya check up) di hari dan waktu kerja. Jauh pulak tu saya nak pergi. So saya ambil inisiatif dengan cara banyakkan membaca dan bertanya 🙂

Ok, untuk kita mulakan breastfeeding ni apa yang ibu dan ayah perlu sediakan? Ini saya ringkaskan tau. We make it simple hehe.

  1. Kecekalan hati. Breastfeed ni sebut memang mudah. Tapi nak apply bukan betol-betol mudah. Lagi-lagi jika mula-mula lahirnya bayi tu susu tak banyak (memang tak banyak pon. Tapi orang tak tau yang ia adalah normal), akan ada ujian untuk diberi susu formula. Jadi ibu dan ayah kena kuatkan hati. Jangan ayah pon duk suruh bagi susu formula jugak 🙂
  2. Niat yang betol. Nak breastfeed anak ni bukan tujuan nak tunjuk kat orang “hebatnya aku ni breastfeed anak dengan susu sendiri”. Bukan okeh. Dan saya tahu ramai ibu yang memilih untuk breastfeed ni adalah kerana nak anaknya sihat dengan susunya sendiri. Untuk berikan yang terbaik.
  3. Ilmu penyusuan ibu. Belajarlah ilmu dalam penyusuan ibu. Supaya kita boleh bertindak mengikut ilmu, bukannya emosi.
  4. Bertanya pada yang pakar. Hal ini sangat penting tau. Kalau kita tersalah tanya orang, silap hari bulan kita pon akan buat langkah yang silap. Contohlah kita nak susukan anak sepenuhnya pada 6 bulan pertama, terutamanya 40 hari berpantang..namun ada masalah penyusuan. Tapi kita pergi tanya pada orang yang berikan susu formula sejak kecil pada anaknya. Agak-agak apa hasil yang kita akan perolehi?
  5. Bergaul dengan mak-mak yang susukan anak. Mereka ni boleh dijadikan rujukan kita tau. Sebab mereka pasti lalui apa yang kita sudah, sedang dan akan lalui dalam breastfeeding ni.
  6. Join grup support Penyusuan Susu Ibu di dalam negara mahupon luar negara di media sosial. Kita perlu bina network dengan orang miliki tujuan dan impian yang sama dalam breastfeeding ni. Dan kita akan terkejut betapa ramainya orang yang sokong kita untuk susukan anak kita dengan susu kita sendiri.
  7. Bagitau pada suami dan keluarga terdekat. Sebab sokongan mereka tersangatlah penting.
  8. Perancangan bersalin. Bincang dengan doktor yang akan urus proses kita bersalin.
  9. Pilih hospital. Pilihlah hospital yang mesra dengan penyusuan susu ibu tau. 🙂 Banyak dah kat Malaysia ni termasuklah hospital swasta. Pengalaman saya di Hospital Colombia Asia di Miri serta Kota Bharu Medical Centre sangat support penyusuan susu ibu. Saya susukan anak sejak di bilik bersalin sejurus selepas bersalin. 🙂
  10. Sentiasa berhubung dengan payudara. Sentiasa self talk yang “Aku miliki banyak sangat susu”. Sentiasa sentuh dan urut payudara selepas hamil 6 bulan.

Dalam banyak-banyak ni…yang paling utama adalah ibu itu mestilah sihat. Kalau tak sihat, agak sukar nak menyusukan anak tau. Sebab tu mak-mak perlu jaga diri sejak hamil lagi. Cukupkan nutrisi dan vitamin pada badan. 🙂

Saya akan sambungkan di next topik tau. Saya pastikan anda dapat sebanyak info dari posts di blog saya ni insyaallah 🙂

Haa ni baru sikit je saya kongsikan hehe. Ada banyakk lagi tau. Rajin-rajinlah visit blog ni lagi ek. Ada saya kongsikan macam-macam kisah penyusuan susu ibu di sini tau. Eksklusif buat anda 🙂

Anda ibu baru yang merancang untuk susukan anak dengan susu ibu?

Anda tak tau nak mula dari mana?

Anda ada masalah pengeluaran susu ibu?

Boleh tanya saya bagaimana. Free consultation untuk anda.

Salam sayang,

Master ira

0139422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *