Pagi ini saya rasakan sungguh ceria. 1 Ramadhan..hari yang sangat dinanti2kan oleh semua umat islam. Ia bulan yang penuh rahmat,barakah,keampunan dan keceriaan. Pada bulan ini jugalah AlQuran, kitab yang kekal sepanjang zaman pertama kali diturunkan. Di bulan ini jugalah setiap dosa silam kita akan diampunkan oleh Allah seandainya kita niat ikhlas semata2 kerana Allah. Di sini, niat yang ikhlas sangat memainkan peranan yang penting. Kalau niat tak ikhlas, semua amalan kita walau buat solat sampai bengkak2 kaki pon tak dikira oleh Allah. Sia2 saja. Oleh itu, jom kita set up niat kita. Setiap derma yang kita salurkan walau 1 sen ke dalam mana2 tabung, niat semata2 kerana Allah. InsyaAllah akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda…Ia pembantu kita di alam akhirat nanti..di mana tiada seorang pon yang boleh membantu kita. Hanya amalan kita yang ikhlas je yang dapat kita gunakan di masa itu.
Ayuhla kita beramal sebaik mungkin seolah2 hari ni adalah yang terakhir bagi kita. Tiada hari esok. Lakukan setiap perkara dengan terbaik. Kalau kita bekerja sebagai cashier, biar kita adalah cashier yang terbaik dalam dunia ni. Kalau kita sebagai cleaner, biarlah kita adalah cleaner yang terbaik di dunia ni. Akhir kata dari saya, selamat berpuasa dengan seikhlas mungkin dan semoga segala amalan kita pada bulan ini akan diterima oleh Allah. Sudahkah kita letak target ape yang kita nak capai untuk bulan ni? Dari segi amalan, akhlak kita dan sebagainya. Mana satu nak improve? Senaraikan dan tampal kat dinding atau pon letak dalam handphone. Semoga kita dapat ingat sentiasa ape target kita. Selamat beramal!!