Skip to content
Home Bestnya berukhawah di Tasik Kenyir!!

Bestnya berukhawah di Tasik Kenyir!!

Alhamdulillah, sempat saya coretkan hari ni..untuk saya simpan kenangan trip kami bersama team Shaklee Kemaman kelolaan Fiza Firdaus dan team. Saya sebagai leader mereka memberi sokongan 1juta % untuk sama-sama support program yang mereka anjurkan 🙂

 

Syukur, pertama kali kami naik bot di Tasik Kenyir. Hehe. Seriau pon ada mula-mula..Yelah,budak-budak kan ada…tak leh terlepas pandang. Sebab mereka ni sangat-sangat suka cuba benda baru. Excited diorang naik bot! Hehehe…Kena selalu pantaulah sebab ni houseboat..hehe

 

Team kemaman siap buat baju special tau untuk trip ni 🙂

 

baju shaklee kemaman kembara kenyir

 

Haaa..ia bukan hanya untuk kanak-kanak ok..tapi untuk orang dewasa jugak! Thanks tau kepada penganjur kita heheh

 

 

 

Houseboat Tasik Kenyir

 

Houseboat Tasik Kenyir

 

Sebelum bertolak, kami mulakan dengan bacaan doa semoga kami semua berada dalam lindungan Allah dan selamat sampai ke destinasi kami pergi dan pulang 🙂

 

Kami di atas houseboat

 

Dalam perjalanan kami merentasi tasik, macam-macam kerenah anak-anak dan ibubapa,tokki dan wan anak-anak pon tau. Hehe.. geli hati bila teringat..

 

Syukur antara kami memang kerjasama yang erat.Kalau nak ke tandas, mintak anak-anak dara tolong tengokkan anak-anak kecil..haaa..mereka bantu tengokkan..Masak pon..sama-sama buat tau..tak kisah lelaki ke pempuan..semua masuk dapur sama-sama sediakan juadah, bakar ayam masa barbeque.. kerjasama yang erat antara kami 🙂

 

mandi manda di bot

 

tokki “sembelih” ikan hasil tangkapan

 

Kami bertolak dari jetti pengkalan gawi pada jam 3 petang. Terus bot gerak sebab dah terlewat hehe. Sampai tengah tasik, masa nak masuk maghrib dah, bot terus berhenti lah. Cari port yang sesuai dan dekat untuk menuju ke Sanctuary Kelah keesokannya. Jadi, aktiviti kami petang dan malam tu adalah…mandi manda kat tepi bot dan masak-masak serta of course makan-makan 🙂

 

Seronok! 🙂

 

Sembang-sembang sama-sama…rapatkan ukhwah :).. ni sesi bacaan doa sebelum bermula 🙂

 

barbeque

 

enjoy the moment

 

we are shakleeans 🙂

 

haaa…tokki tolong basuh periuk kat dapur 🙂

chef kitaaaaa 🙂

 

sorang lagi chef kita..hehe…

 

kita makan ramai-ramai walau tengah kebasahan haha

 

haaa ni pon madam chef. dua2 masuk dapur jugak tauuu..hehe

 

piece yo! 🙂

 

Keesokannya, kami ke santuary kelah. Kelah tu nama ikan rupanya hahah. Saiz ikan ni adalah setengah kilo ke sekilo lebih sekor tau. Harganya? Mak ai mahalll….diorang cakap RM100 ke atas sekilo. Ni bukan untuk dipancing. Tapi cuma untuk bermanja-manja saja dengan ikan-ikan ni…

 

Perjalanan nak ke sana takleh guna houseboat sebab kawasan dia kecik je tak luas. Jadi kami naik bot kecik pulak. tunggu turn. Semua 5 trip. Saya sekeluarga trip terakhir. Bagi can anak-anak buah dulu pergi. Hehhe..walau sebenarnya dah rasa hilang mood dah tunggu lambat sangat bot ni nak sampai. Sebab guna satu je bot. Alahaiii..Kalau lah ada 3 bot kan cepat sikittt… majuk dah rasa lambat..Tapi Syamimi nak gi gak…so, kami tetap gi walau ibu dah nak merajuk dah bot tu lambat.. Tapi bagus gak mimi nekad nak gi…Aiman pon sama..so boleh merasa lahh..hehee

 

 

naik bot ke santuary kelah

Haaa…ni permulaannya tau..hehe…mula-mula geli-geli…nasib baik ada tokki tolong pegang hehehe

 

 

aiman geli dengan ikan kelah

 

aiman geli dengan ikan

 

aiman geliiiii

 

Dan akhir sekali…jadi macam ni..hehehe

 

aiman puas hati main ikannn

 

geli dengan ikan jugak..tapi control..heheheh

 

 

ikan kelah! ikan kelah! abah dah beranii ehehe

abah pon geli kan aiman..hehe

wuhu!!! enjoyyy

 

Alhamdulillah..seronok…pastu kami ke taman herba…nak upload gambar pon..line slow sangat dah ni..huhu..

 

Insyaallah, boleh pergi lagi lain kali ni…

 

Just sharing dengan anda semua :).Mana tahu ada yang nak pergi ke tasik kenyir kan 🙂

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan 4 angka ke 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

 

[email protected]

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *