Skip to content
Home Apa Kriteria Bisnes Kita Kena Pilih?

Apa Kriteria Bisnes Kita Kena Pilih?

Ni saya kongsikan kriteria bisnes yang kita kena pilih. Korang perlu kenal pasti betol betol sebelum sertai tau.

 

 

1. Mestilah bisnes ni adalah bisnes yang halal dan patuh syariah. Jangan nak cari pasal buat bisnes yang haram tau korang. Apa yang kita guna ni akan dipersoalkan oleh Allah nanti. Bab halal ni mestilah diletakkan dalam kriteria pertama ye.

 

2. Bisnes ni mestilah ada mentor. Mudah kita nak buat bisnes nanti. Tak de lah duk asyik langgar dinding kan. Jimat masa kita.

 

3. Bisnes ni perlu miliki sistem yang adil dan saksama. Takde sape yang ditindas. Kalau kita sertai bisnes yang zalim, kita juga termasuk dalam kategori tu kan. Benda tak betol awal awal kita jauhi.

 

4. Produk yang dijual ni biarlah produk yang bermanfaat, berkesan dan selamat untuk orang lain guna. Bukannya produk yang boleh memudaratkan pengguna. Harga produk ni biarlah berbaloi dengan kualitinya. Sebab kualitinya produk ni lah yang akan bantu kita dapat order dari customer yang berulang kali.

 

5. Biar lah bisnes yang kita pilih ni menjana pahala buat kita. Bukannya menambahkan dosa kerana bila kita faham yang setiap apa yang kita lakukan ini ada soal jawabnya setelah kita mati nanti, kita sudah tentu akan pilih yang terbaik buat akhirat kita.

 

6. Pilihlah bisnes yang ada sistem sokongan yang kuat dan bekerja dalam berkumpulan. Andai kita bekerja sorang sorang, boleh lunyai kita kan. Setiap kejayaan dalam bisnes ni tidak ada istilah kerja sorang sorang. Semuanya perlu bekerja dalam kumpulan. Sebagai contoh; kita nak buat bisnes nasi lemak. Dari buat sambal ikan bilis, masak nasi, potong timun, rebus telur, bungkus nasi hingga lah ke bukak gerai tu kalau semua kita buat, memang sekejap je kita boleh buat bisnes ni. Sampai mana sangat lah daya kita ni kalau semua benda nak buat sorang sorang kan?

 

7. Modal mestilah rendah dan tidak membebankan. Kalau sampai kena keluarkan beribu ribu sebagai modal bisnes ni, ia memang membebankan. Kita buat bisnes bukan untuk susahkan kita, tapi nak keluarkan kita dari masalah kewangan.

 

Nak tau bisnes apa yang penuhi kriteria ni? Nanti saya kongsikan dalam post seterusnya tau. Apa apa boleh kontek saya di nombor di bawah ye.

 

Salam sayang,

Master Ira

013-9422527

Klik ni untuk terus ke wasap secara direct. http://iralat.wasap.my

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *