Alhamdulillah, sempat saya tulis post ni hari ni. Jika semalam, saya bercerita mengenai seseorang. Hari ni, saya juga ingin bercerita mengenai seseorang. Dan seseorang itu adalah yang saya juga hormati dan kagumi. Walau usianya lebih dari saya, nasihat saya dalam pelbagai area dia terima. Dan begitu juga dengan saya. Saya anggap dia kawan baik saya walau saya lebih muda darinya. Hehe 🙂 Dia sangat banyak memberi inspirasi kepada saya! Hebatnya dia ni..
Siapa dia? Dia adalah….
Jumaah bakal master:)
Saya kenali Ju di alam maya. Ju ni kira level kedua di bawah saya. Dia berada di Bintulu, manakala saya berada di Miri semasa perkenalan awal-awal kami di tahun 2012. Ju miliki mentor Shaklee yang hebat, iaitu Ayu. Yang saya ceritakan kisahnya di sini semalam. https://zahirahhafizan.com/2015/04/dari-tiada-apa-apa-dan-hanya-berada-di-rumah-mereka-kini-bakal-jutawan.html
Ju yang bertanggungjawab “membakar” ayu setiap masa untuk terus lari dan lari dalam bisnes Shaklee tanpa henti. Begitu juga buat Ju. Ayu yang bertanggungjawab “merentungkan” Ju setiap masa. Mereka berdua saling kejar mengejar. Kenapa? Kerana kedua-duanya saling memberi inspirasi antara satu sama lain.
“Ira, Ayu naik rank la bulan ni…Ish!! Ju tak leh tunggu niiii ira. Bulan depan Ju pon naik sama!” Itu kata Ju kepada saya
Ni pulak kata Ayu kepada saya, “Kak ira, Kak Ju dah kejar Ayu makin dekat ni kak..Ayu takmo kak ju potongg…Ayu kena lari lajuuu lagiii kakkk!!!! Kak doakan ayu kakk…Ayu takmo kena potong. Malu!”
Nampak? Ia umpama…semua nak jadi harimau! Pantas tanpa tinggalkan ruang dah peluang di depan. Saling kejar mengejar. Membara-bara api semangat itu! Tanpa henti..
Dan saya? Apa pula saya buat?
Tugas saya adalah terus “bakar dan bakar”..Sampai dua2 dengar suara saya walau tengah tidur! Ahahaha… Segala tips saya kongsikan dengan mereka..untuk boleh kejar yang sorang lagi rapat-rapat…dan saya juga kongsikan segala strategi untuk pastikan sorang lagi boleh lari jauh dari seorang lagi… 🙂
Haaa…baik kan saya :)..Hehehe.. Kenapa begitu? Sebab saya tahu…bila mereka berada dalam zon saingan yang sengit yang dua2 sangat2 mahu berjaya..jika saya gunakan cara yang betol..dua2 akan sama-sama berjaya! Dan mereka sememangnya sangat akrab..Sampai berapa bonus dapat pon diorang tahu antara satu sama lain tau~~ bakar dn terus bakar kerana masa sangat cemburui mereka… 🙂
Ju bersama suami di City Hill, California dengan tajaan Shaklee
Siapa ju ni? Dia adalah ex-engineer, bekerja di Bintulu, Sarawak. Bersuamikan seorang yang juga “orang laut”. Jika kehidupan Ayu sebelum ni yang saya ceritakan banyak kekurangan dalam kemudahan untuk bermulanya bisnes, ju pula sebaliknya. Namun, jika kita zoom elok-elok..bukan mudah orang seperti Ju untuk ambil keputusan betol-betol serius dalam bisnes kerana dia sangat-sangat berada dalam zon selesa yang sepatutnya dia tak perlu pon nak kerja keras buat bisnes Shaklee ni. Tapi, oleh kerana semangatnya kuat! Dan kerana dia mahu suami selalu di sisi, dia nekad untuk pastikan dia berjaya dalam Shaklee. Suami asyik sibuk, jadi dia rasakan..jika one day dia boleh buat suami pon tak perlu jadi “orang laut” dah…kenapa tidak dia usaha betol-betol dalam Shaklee untuk membaiki kehidupan keluarganya.. Jadi, suami kerja di darat je.. banyak masa untuknya dan keluarga..
ju dan anak2 bersama kereta barunya, veloster hyundai
Kereta Ju:)
Bersama Shaklee, Ju berpeluang untuk memiliki sebuah kereta sendiri, atas nama sendiri..dan bulan-bulan ia dibayar oleh Shaklee. Best kan?? Pilih je nak kereta apa..Shaklee tolong bayarkan bulan-bulan 🙂
ju dan suami di disneyland los angeles dengan percuma
Dengan Shaklee, Ju dan suami berpeluang untuk ke USA disneyland los angles dengan pecuma. Siapa yang tidak mahukan trip yang best seperti ini. Dan ia adalah percuma. Boleh bawa pasangan pulak tu. Macam bestt sangat-sangat perasaan tu kan :). Tiada yang lain kita boleh ungkapkan lagi selain dari syukur yang teramat sangat kerana hasil kerja keras dan usaha, akhirnya apa yang diidamkan itu menjadi realiti.
Ju bersama keluarga di National Conference 2014
Walau Ju pernah bergelar engineer..namun..dia bukan berasal dari keluarga yang betol-betol senang. Arwah ibunya sudah meninggalkan mereka adik beradik semasa raya haji beberapa tahun yang lalu. Kini, tinggal si ayah saja yang menjadi keramat hidup buat Ju. Walau ayahnya bersendirian, ju selalu balik Belawai teman ayahnya. Kehidupan ayahnya dibaiki sedikit demi sedikit walau kini dia hanya bekerja dari rumah. Kerja dari rumah, sambil besarkan anak-anak di depan mata..ia satu anugerah yang terindah buat seorang ibu. Lagi pula, anak-anak mudah diuruskan, pada masa yang sama..boleh sentiasa menjenguk si ayah yang sudah semakin hari semakin berusia ini. 🙂
Ju memberi inspirasi buat semua
Walau masih belum bergelar jutawan, tapi Ju miliki semangat yang kuat ke arah itu. Dia sentiasa mengambil peluang untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Sentiasa memberikan isnpirasi buat orang yang ingin mencari sesuatu dalam hidup. Sentiasa berkongsi pengalamannya. Sentiasa bayangkan dia sudah mencapai segala kejayaan dan mengorak langkah yang nekad untuk benar-benar mencapainya. kerana, minds create reality! Dan, perkongsian itu..tidak kisahlah secara langsung atau pon secara online bersapa sidelinenya.
Ju berkongsi ilmu dan rahsia:)
Semasa menyertai trip Shaklee ke USA baru-baru ini pon, Ju tetap juga memberi inspirasi kepada seluruh organisasi Great Masters yang berada di Malaysia apabila berpeluang memperkenalkan diri di pentas Global Conference bersama suami.
ju di global conference
Hebatkan ibu, isteri,anak dan menantu ini. Saya sebagai salah seorang mentornya, saya bangga dengan Ju. Dia yang dulu, bukan lagi yang kini. Kini dia telah hidup dalam situasi dan keadaan yang cukup luar biasa hebat!
Pendapatan ju pernah sampai RM20k setiap bulan. Ia satu pencapaian yang sangat best! Walau ramaiii yang bekerja keras di sektor apa-apa pon…untuk mencapai tahap berpendapatan seperti ini, ia ambil masa lebih lama. tapi bagi ju, ia cuma ambil masa 2-3 tahun sahaja. Satu perkembangan yang cukup besar buat seorang anak Sarawak yang ingin perbaiki kehidupannya dan keluarga.
Ju di Shaklee Corporation, Plasenton, California, USA
Inilah Ju bersama team Legasi Anugerah terindah, Great Masters, GLC, Jutawan Shaklee dan Shaklee Masters…dia terus memberi dan memberi untuk memastikan bukan dia saja yang kecapi segala keistimewaan ini 🙂
Ju dan GLC
Ju bersama Jutawan Shaklee dan Legasi Anugerah terindah
Insyaallah, Ju sedang mara ke depan bersama seluruh ahli dalam Great Master yang benar-benar mahu berjaya. Tiada istilah berputus asa bagi diri Ju. Dia telah mampu membuktikan, walau dia hidup dalam keadaan agak stabil kerana miliki pendidikan tinggi serta suami pon miliki gaji yang cukup besar..tapi kerana mahu sendiri pegang duit dari hasil titik peluh sendiri, Ju teruskan juga usaha. Dia takkan tunggu sesiapa yang memberi alasan untuk bersamanya. Ju hanya FOKUS jalannya yang benar-benar mahu bantu mereka yang sama-sama dan serius benar-benar berjaya sepertinya.
Anytime boleh hubungi Ju di 019-4859219. Doakan Ju terus kuat dan nekad melangkah walau apa jadi sekalipon. Dia sangat memberi inspirasi kepada ramai orang! Di Malaysia mahupon di luar negara insyaallah. Ju bakal Jutawan muslimah yang lahir dari bumi Sarawak insyaallah! Hanya tinggal 1 langkah sahaja lagi untuk Ju berada di puncak! Doakan Ju ye teman-teman…
Jika anda sedang mencari mentor, Ju sesuai menjadi mentor itu dalam Shaklee.. Kerana dia dah lalui pelbagai cabaran dan dugaan. Sambil packing barang, sambil menangis pon ada. Jadi, pengalamannya sangat-sangat berharga untuk membantu sesiapa saja yang benar-benar ingin dan nekad mahu berjaya.
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?
Ingin menjana pendapatan 4 angka ke 6 angka hanya dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…
Ju,
Sen Key Coordinator
019-4859219
FB: Jumaah Ahmad Marzuki di sini ye https://www.facebook.com/jumaah.ahmadmarzuki?fref=ts
Salam sayang,
Master ira&hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Bestnya berbisnes Bintang dari Sarawak Dari zero ke jutawan