Skip to content
Home 7 Langkah Jantung Sihat

7 Langkah Jantung Sihat

Kami kongsikan dengan anda 7 langkah untuk mendapat jantung yang sihat.  Kita sama-sama jaga kesihatan jantung kita tau.  Sebabnya jantung kita ni takleh diganti di kedai.  Kita ada 1 jantung saja…selamanya!

 

 

1. ROKOK MUSUH UTAMA

 

Untuk jantung yang sihat…sudah semestinya kita mesti bebas dari rokok.

Rokok ni kan…namanya pon tak sedap. Apatahlagi rasanya.

Tapi ramai yang hisap rokok kan? Walau ia sangatlah memburukkan kesihatan.

Ini kerana kandungan rokok ini yang membuatkan seseorang itu ketagih untuk merokok.

Rokok memang mampu memendekkan hayat seseorang. Maksudnya, memendekkan hayat organ dalam badan kita. Juga merosakkan sel-sel dan tisu dalam badan.

 

 

Kandungan rokok yang semua orang tahu…ia mengandungi nikotin, tar, methane, arsenik, karbon monoksida dan macam-macam jenis racun lagi dalam rokok.

Ia memang mampu merosakkan jantung. Malah juga semua organ dalam badan terutamanya organ pernafasan.

Jadi, jauhi dari asap rokok dan rokok itu sendiri.

Itu langkah pertama untuk miliki jantung yang sihat.

 

 

2. BERAT BADAN BAGI KESAN KEPADA KESIHATAN JANTUNG

 

Langkah kedua.

Semuanya bermula dengan berat badan berlebihan. Sebab tu ramai yang alami masalah jantung juga disebabkan oleh berat berlebihan.

 

Kita disarankan hanya makan mengikut keperluan badan kita.

Maksudnya, kalori yang kita ambil mestilah hanya yang badan kita perlu.

Barulah badan kita maintain. Sebab sebanyak itu je yang badan kita perlukan sebenarnya 🙂

Berat badan berlebihan boleh membebankan organ kita yang lain juga. Sebab tu kita perlu menjaga pemakanan kita bagi mengawal berat badan kita. 🙂

 

3. WAH! BUKAN UNTUK KURUS JE

 

Ramai orang senaman sebab nak kurus. Kalau dah kurus biasanya jarang senaman. Betol? 🙂

Sebenarnya, senaman ni bantu untuk lancarkan peredaran darah dalam badan kita tau.

 

 

Bila peredaran darah kita lancar elok…jantung pon sihat dan tiada masalah.

Sebab tu kita kena rajin bersenam. Buatlah apa-apa senaman pon…asalkan ia memberikan satu kebaikan buat kita.

 

 

4. AWAS! GULA DALAM DARAH ANDA

 

Pastikan gula dalam darah kita berada dalam keadaan normal. Setiap makanan yang kita ambil itu haruslah kita tahu berapa kuantiti gulanya.

Kurangkan pengambilan makanan mahupon minuman manis. Kerana ia mampu menyebabkan kuantiti gula dalam darah kita naik dengan mendadak.

 

 

Boleh ambil…tapi dalam jumlah terkawal dan hanya yang badan kita perlu.

Jika terlebih gula, kita akan mendapat diabetes.

Untuk pesakit diabetes, tetap perlu jaga kuantiti gula yang diambil. Jangan dipandang enteng.

Pengambilan gula kita hari ini akan bagi kesan kepada kehidupan kita hari esok dan akan datang.

Jangan gadaikan kesihatan diri kita kerana tabiat pemakanan kita yang tidak sihat.

 

5. TEKANAN DARAH MAIN PERANAN

 

Untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat, kita perlu sentiasa memantau tekanan darah kita.

 

Tekanan darah perlu dalam keadaan sederhana. Tidak rendah dan juga tidak tinggi.

Seandainya tekanan darah sangat tinggi…ia boleh berlaku strok. Dan ia boleh berlaku dengan tiba-tiba.

Jika tekanan darah terlalu rendah pula…oksigen tidak berjaya dialirkan ke seluruh badan dengan sempurna. Dan ia juga boleh mengakibatkan gangguan pada organ untuk berfungsi dengan baik.

Jaga tekanan darah kita. Stress juga boleh mengakibatkan tekanan darah kita naik mendadak.

 

6. KOLESTROL ALARMING

Kolestrol ni selalunya terdapat pada salur darah.

Apabila kolestrol ini menempel kepada salur darah, ia boleh menyebabkan dinding salur darah itu mengeras.

Dari situ akan bermulanya pelbagai masalah.

 

Apabila saluran ini tersumbat…darah tidak boleh disalurkan ke semua organ dan sel secara efektif.

Ia akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang itu.

Jantung akan bekerja lebih keras. Jika jantung yang kita sedia tahu tidak pernah rehat ini terpaksa kerja dengan lebih keras lagi…agak-agak ikut logik kita pon apa akan jadi padanya?

Sudah pasti jantung ini akan sakit kan?

Jika jantung sakit…siapa sebenarnya yang sakit?

Kita juga kan…

 

7. BUAH DAN SAYURAN MEMBANTU

 

Makan buah dan sayuran dengan lebih banyak. Juga makan sesuatu yang rendah kalori, rendah lemak, dan miliki glisemik index rendah.

Percaya atau tidak…sebenarnya apa yang kita makan itu yang berikan kesan kepada kesihatan jantung kita tau.

Jantung tak buat makanan sendiri.
Kita yang makan tau.

Semua yang kita masukkan ke dalam badan…malangnya semuanya boleh beri kesan kepada organ dalam badan kita.

Jika tinggi kolestrol makanan yang kita ambil…tinggilah kolestrol dalam darah kita.

Dalam pemilihan roti contohnya, kita perlu pilih roti yang berwarna lebih gelap. Ini kerana ia miliki bijian penuh. Tapi sudah tentu ia lebih mahal dari roti putih bersih itu.

Ini kerana roti yang berwarna lebih gelap miliki Glisemik Indeks Rendah. Maksudnya, makan sikit tapi kenyang lama. Kerana tenaga dikeluarkan perlahan-lahan. Gula dalam darah dikawal.

Jom jaga apa yang kita makan. Ia yang pastikan samada untuk kita makin sihat atau sebaliknya.

Ye, kita makan untuk rasa kenyang dan mudah untuk lakukan kerja. Tapi tiada guna jika kita kenyang tapi buat kita sakit kan?

 

Itu saja perkongsian saya. Nak tahu mengenai jantung? Klik sini tau.

 

Lepas ni saya akan kongsikan mengenai pemakanan sihat untuk jantung. Stay tune dan follow blog ini ye. Terlalu banyak lautan ilmu akan dikongsi buat anda semua.

 

Klik like page Zahirahhafizan.com untuk info tambahan juga dari semasa ke semasa.

 

Ops! Tak sabar nak dapatkan suplimen untuk kesihatan jantung walau saya belum terangkan lagi? Boleh hubungi saya terus 🙂

 

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *