Hari ni saya ada hadir kelas secara online di telegram bersama Nutritionist Shaklee Penang iaitu Miss Kate.
Bolehkah badan kita detoks sendiri sebenarnya?
Sebenarnya, badan kita miliki 5 organ detoks yang berfungsi untuk membantu badan kita menyingkirkan toksin toksin dari badan setiap hari.
- Paru paru untuk mengeluarkan gas karbon dioksida dari badan kita yang dihasilkan oleh setiap sel badan kita.
- Sistem penghadaman seperti kolon (usus) kita. Kolon kita bertanggungjawab untuk keluarkan bahan buangan dari makanan dengan cara pergerakan usus. Jika mereka yang ada masalah sembelit, sebenarnya terdapat banyak toksin dalam badannya.
- Hati membantu dalam neutralkan (purified) toksin dan menapis darah kita.
- Kulit kita boleh keluarkan toksin dengan cara keluarkan peluh. Banyak toksin disingkirkan apabila kita bersenam.
2 Jenis Toksin
Kita ada 2 jenis toksin iaitu yang larut dalam lemak dan larut dalam air.
Toksin yang larut dalam lemak akan dihantar ke kolon dan kolon ini akan mengeluarkan toksin ini sebagai najis.
Toksin yang larut dalam air akan dihantar oleh hati ke buah pinggang dan buah pinggang akan keluarkan toksin ini melalui air kencing.
Kenapa Kita Perlu Buat Detoks Sedangkan Badan Kita Boleh Detoks Sendiri?
Jawapannya kerana badan kita sentiasa diserang oleh toksin.
Contohnya: Bedak, minyak wangi, pencuci tandas dan dapur, alat make up.
Berdasarkan satu kajian, setiap wanita akan terdedah kepada 126 bahan kimia sewaktu mahu bertolak ke tempat kerja. Ini disebabkan make up, lotion, body shampoo setiap hari.
Apabila kita tak pergi ke tandas setiap hari, sisa buangan dalam badan kita terkumpul dan akibatnya toksin dalam kolon kita akan diserap balik ke dalam darah kita dan masuk ke seluruh badan kita.
Paru-paru pula terdedah kepada kualiti udara yang tidak bagus. Juga minyak wangi di rumah kita. Yelah banyak jenama kan sekarang ni.
Apabila toksin yang tinggi masuk ke dalam badan kita, ia menyebabkan beban makin bertambah kepada organ detoks kita dan ia akan mula sakit.
Kesannya?
Kulit jadi alergik dan kusam. Usus ada masalah sembelit. Badan letih sepanjang hari. Selalu sakit kepala. Mulut berbau apabila bercakap. Ini gejala diri kita yang ada masalah toksin yang banyak.
Petanda kita perlu detoks
Petanda Kita Miliki Toksin Yang Banyak
Adakah kita hidup dalam keadaan stress setiap hari? Panas baran, cepat marah?
Perlukah kita detoks?
Jika kita miliki simptom seperti ini, maknanya kita perlu detoks dengan segera.
Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Organ Detoks Kita
Paru-paru perlukan polifenol.
Sistem penghadaman kita perlukan peppermint untuk kurangkan angin dengan cara buang angin yang berlebihan.
Kita perlukan halia, daun senna untuk melawaskan dan meningkatkan lagi pergerakan usus kita.
Buah pinggang perlukan polifenol dan dandelian. Hati pula perlukan alfalfa dan kunyit untuk meningkatkan sel-sel hati.
Kulit kita perlukan alfalfa dan polifenol.
Apabila kita berikan nutrien ini kepada organ detoks, ia membantu dalam memulihkan organ detoks kita dan membantu menyingkirkan toksin yang lama sudah terkumpul di dalam badan.
Kesannya?
Kita rasa lebih sihat, lebih bertenaga, kulit lebih berseri, masalah angin dulu kini makin berkurang, hilang masalah sembelit, dapat lebih fokus dan miliki pemikiran yang lebih jelas, badan lebih sihat dan cergas, nafas yang lebih segar, mempunyai sistem penghadaman yang makin sihat, masalah kulit sensitif makin berkurang.
Mungkin ada yang mempersoalkan. Dah beli teh detoks dah. Perlu lagi ke ambil set detoks Shaklee? Kenala nak pilih detoks bersama Shaklee?
Jawapannya
Sebab Shaklee Total Detox Solution.
Shaklee Total Detox Solution
Shaklee Menggunakan Campuran nutrien yang berkualiti tinggi dan fungsi yang bagus untuk menyokong proses detokfikasi badan kita secara semulajadi.
Proses detoks Shaklee tak perlu risau tetang yo yo effect. Apakah yo yo effect? Ia adalah semasa proses detoks berjalan, berat badan menurun. Namun lepas habis proses detoks, berat badan naik mendadak. Haaa perkara ini tak berlaku di Shaklee tau kerana proses detoks cara Shaklee ini menekankan detoks secara semulajadi pada diri kita.
Best kannnn😍😍
Ok sekarang kita bincang pasal program detoks Shaklee yang marbeles ni.
Plan Detoks Shaklee Secara Menyeluruh
Ia terdiri dari 5 produk.
Set detoks lengkap Shaklee
Plan detoks shaklee ini membantu dalam membersihkan dan menyingkirkan sampah sarap atau toksin yang lama terkumpul dalam badan kita.
Ia Menggunakan nutrien eksklusif dalam membantu memperbaharui dan memulihkan fungsi fungsi organ detoks dalam badan kita.
Wowwww😘😘😘
Mari kita lihat keistimewaan setiap produk dalam plan detoks Shaklee ini.
1. Vivix
Mengandungi gabungan botanikal tersendiri . Bahannya terdiri dari Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Semua bahan ini memang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah sejenis nutrien yang semulajadi dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Ia tersangat kaya dengan fungsi antioksida. Ia membantu dalam melambatkan dan melawan proses penuaan di peringkat sel dalam badan kita.
Hebat kan dia?😀
Vivix untuk detoks
Kandungan nutrien polifenol dan resveratrol dalam Vivix dapat membaiki dan melindungi sel-sel dalam badan kita di mana ia boleh bantu dalam memulihkan sel-sel dalam organ detoks kita.
Vivix ini semulajadi dan eksklusif untuk Shaklee sahaja. Satu sudu kecil setiap hari selepas makan sudah mencukupi. Kurang dari RM17 tau sehari. Kalau jadi ahli Shaklee, harganya jauh lebih murah 😀
2. Alfalfa
Alfalfa merupakan signature formula yang asalnya dari Doktor Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an. Keistimewaannya ia ditanam di kawasan yang subur di anteluk valley California. Ia akan dituai pada puncak kematangan (tahun kedua) di mana kandungan nutrisi yang sangat tinggi. Ia dikeringkan di bawah udara yang segar dan di bawah sinaran matahari di California.
Alfalfa untuk tujuan detoks
Shaklee hanya gunakan daunnya untuk hasilkan tablet alfalfa. Alfalfa sangat tinggi dengan klorofil. Juga tinggi vitamin dan mineral yang lebih dari 300 jenis vitamin dan mineral. Apabila dibandingkan antara alfalfa dan sayuran hijau, alfalfa mengandungi 4 kali ganda lebih tinggi klorofil. Sayur hijau sememangnya bagus untuk detoks. Ia juga tinggi fiber. Membantu melawaskan dan bantu dalam proses pergerakan usus. Ia bersifat neutral untuk menapis darah kita.
3. DTX Complex
DTX Compleks mempunyai 6 jenis bahan herba yang sangat sangat mahal. Biasanya jenama lain untuk hati di pasaran hanya mempunyai 1 ke 2 jenis bahan sahaja. Biasanya milk thisle sahaja. DTX Berikan nutrien supaya hati boleh singkirkan toksin yang terkumpul dan boleh memulihkan fungsi hati.
DTX Compleks unik
4. Herblax
Bagus untuk lancarkan proses pergerakan usus kita. Ada daun senna dan 8 jenis herba lain semata mata untuk menyokong fungsi pergerakan usus kita.
Tahukah kita yang Jika kita membuang hanya 3 hari sekali mahupon 5 hari sekali, badan kita mempunyai sisa buangan terkumpul sebanyak 3kg hingga 6 kg. Erkkkkk. Seramnyaaa. 6 paket gula tu berat najis kita. Huwaa😂
Herblax eksklusif untuk cuci usus
Orang yang ada masalah sembelit, biasanya berat badannya lebih tinggi dari orang yang lawas. Bila sisa buangan ini terkumpul lama dalam kolon kita, ia boleh akan membuatkan masalah angin hadir. Nampaknya masalah makin bertambah.
5. Peppermint
Memang puas hati sangat. Hingga senyum berbunga ceria. Meh Kak Zeq nak habaq mai kat hangpa semua.
Kalau rasa perut berangin. Kembong perut macam dipam pam dengan pam gergasi. Memang lega sangat bila ambil daun pudina, jintan manis, jintan hitam dan halia tau. Angin keluar lintang pukang terkentut kentut tak henti-henti.
Haa mesti hangpa tatau kan ni.
Masalahnya, jenuh lah mau telan bahan-bahan di atas. Dah boleh agak dah orang zaman moden macam kita ni takmau telan ni.
Kak Zeq memang telan semua ni. Memang tak dak masalah.
Yela, sebab Kak Zeq telan yang dah dihancurkan jadi tablet lembut. Letak je 3 biji dalam air panas. Minum airnya. Memang rasa tersangatlah lega tak simpan angin dah dalam badan.
Bila gabung semua ni ia transform jadi nama moden sikit. Yelah, upgrade branding diri lah kan hihi. Dia kini digelar Peppermint si magik buang angin kus kus.
Bila minum ia nya, rasa sedap berangin bau harum semerbak.
Maila ejas sebotoi.
Peppermint cik buang angin kus kus
4 jenis bahan utama di dalamnya. Pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Bagus untuk masalah kembung perut dan hilangkan masalah angin dalam perut kita. Ambil 3 biji peppermint ginger dengan segelas air yang panas. Ishkkk. Best sangat. Tak perlu gi tumbuk jintan manis jintan hitam kat dapur. Dah ada peppermint laaa. Hehee
Haaa itu dia pasal detoks Shaklee secara menyeluruh.
Shaklee Detoks Solution bukannya semata-mata fokus pada suplimen tau.
Ia melibatkan 3 perkara.
Shaklee Detox Total Solution
a) Suplimen set detoks,
b) sarankan amalkan gaya hidup sihat (contoh minum air yg banyak untuk cepatkan proses penyingkiran toksin). Jika anda seorang perokok, disarankan untuk berhenti rokok apabila lalui proses detoks ini. Mereka yang lalui proses detoks juga perlulah mempunyai masa tidur yang cukup. Juga bersenam 3 kali seminggu.
c) Dan tidak dilupakan untuk jaga pemakanan dan makan yang sihat.
Esok saya kongsikan cara pemakanan detoks ye camne.
Semoga input ini membantu tau.
Set detoks ni sungguh best sangat. Apabila ambilnya, ada pakej disediakan sekali dengan keahlian percuma serta dapat cash back balik pon ada tau.
Detoks set ni tersangat berbaloi harganya. Lagi-lagi kalau ambil dari saya. Siap ada special consultation dan special paperbag exclusive lagi saya berikan insyaallah😀
Dah baca di atas dan sudah tahu diri sendiri perlu detoks?
Boleh hubungi saya terus ye.
Salam sayang,
Master Ira & Hafizan
013-9422527