Skip to content
Home Sebelum Hamil Apa Perlu Diketahui?

Sebelum Hamil Apa Perlu Diketahui?

Hari ni saya nak berkongsi mengenai bagaimana perancangan untuk kehamilan itu sangat penting dalam usaha memberikan yang terbaik buat si bayi, ibu dan ayahnya.

 

Untuk memastikan proses kehamilan kita bermula dengan sebaik-baiknya, kita perlu berpandangan jauh. Terdapat beberapa langkah yang kita perlu ambil yang bukan saja untuk meningkatkan peluang untuk hamil, malah ia juga bagi menghasilkan bayi yang sihat dan lahir secara normal.

 

 

 

Sebaiknya, kita perlu merancang untuk hamil bersama pasangan kita kerana seandainya kita tidak sedar yang kita sedang hamil, sebenarnya perkembangan bayi kita mudah terjejas. Yelah, berapa ramai yang tidak sedar yang ia hamil dan tanpa sengaja berlaku keguguran. Sebaik-baiknya rancang 3 bulan sebelum ingin hamil.

 

Oleh sebab itulah bagi ibu yang merancang untuk hamil, si ibu perlu menjaga kecergasan badan dan makan dengan sempurna bagi memastikan kita mengambil langkah sebaiknya dalam menjaga dan membekalkan zat yang perlu kepada bayi dalam kandungan.

 

Senarai Semakan Untuk Kehamilan

 

Tanya diri sendiri dan pasangan mengenai hal ini. Dan sama-sama mencari jalan terbaik bagi hal ini.

 

  1. Adakah si ibu lali terhadap Rubela?

 

Rubela atau German measles boleh mengakibatkan bayi ibu cacat seandainya ibu menghidap jangkitan itu semasa kehamilan, terutamanya pada awal kehamilan ketika organ dalaman bayi sedang berkembang. Oleh itu, sebelum ibu hamil, mintalah doktor menjalankan ujian darah ke atas diri ibu bagi memastikan ibu mempunyai pelalian terhadap penyakit tersebut. Jika tidak ada, doktor masih boleh berikan vaksin Rubela. Berilah masa yang secukupnya untuk ibu menjalani ujian tersebut kerana ibu tidak sepatutnya hamil sekurang-kurangnya 3 bulan dari tempoh ujian tersebut.

 

2. Adakah anda mahupon pasangan anda mempunyai sejarah penyakit keturunan?

 

Beberapa masalah perubatan, contohnya hemofilia dan fibrosis bersista, dijangkiti secara keturunan. Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai saudara rapat yang dijangkiti penyakit keturunan, maka ada kemungkinan penyakit itu akan diturunkan kepada bayi anda. Jumpalah doktor terlebih dahulu sebelum anda hamil. Jika perlu, boleh rujuk kepada kaunselor genetik yang boleh menjangka tahap risiko yang bakal anda hadapi. Namun kebanyakan keadaan anak hanya benar-benar menghadapi risiko dijangkiti penyakit keturunan sekiranya kedua-dua ibubapanya mempunyai gen yang menyebabkan penyakit itu.

 

3. Adakah anda mempunyai keadaan perubatan jangka masa panjang?

 

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau epilepsi, anda seharusnya berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum cuba hamil. Doktor mungkin akan mengubah rawatan ubat anda kerana ubat yang anda ambil itu kemungkinan mempengaruhi bayi anda atau akan mengakibatkan anda lebih sukar untuk hamil

 

4. Adakah anda mengambil atau pernah mengambil pil perancang?

 

Anda digalakkan berhenti mengambil pil perancang untuk suatu jangka masa yang panjang sebelum anda bercadang untuk hamil supaya badan anda mempunyai masa untuk kembali ke kitaran normalnya. Seelok-eloknya, berhenti selama tiga kitaran haid sebelum anda cuba untuk hamil. Penggunaan kondom boleh digunakan untuk tujuan merancang sepanjang masa ini. Jika anda hamil sebelum kitaran haid biasa anda kembali seperti sedia kala, ini akan menyebabkan tarikh lahir bayi anda lebih sukar untuk diramal.

 

5. Adakah kerja anda memungkinkan anda menghadapi sebarang risiko?

 

Jika anda mahupon pasangan anda mempunyai pekerjaan yang melibatkan bahan kimia, plumbum, ubat bius, atau sinar X, ini mungkin akan mempengaruhi peluang anda untuk hamil atau mendatangkan risiko kepada bayi anda. Sebab tulah anda perlu berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. Dan lagi baik sekiranya anda menukar kepada pekerjaan yang lebih selamat sebelum hamil, atau sekurang-kurangnya elakkan risiko tersebut sebanyak mungkin. Apabila anda hamil, anda perlu mengambil langkah selanjutnya untuk melindungi diri anda dan bayi daam kandungan. Doktor kemungkinan akan meminta anda menukar pekerjaan anda sekiranya pekerjaan anda perlu mengangkat barangan berat.

 

6. Berapakah berat badan anda?

 

Sebaik-baiknya, berat badan anda mesti berada pada paras normal, iaitu bersesuaian dengan ketinggian anda, selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum hamil. Sekiranya anda miliki berat badan yang terlalu tinggi mahupon terlalu rendah, berjumpalah dengan doktor anda untuk bincangkan hal ini. Elakkan berdiet semasa hamil sebab kemungkinan besar akan menyebabkan kekurangan zat penting untuk diri anda dan bayi dalam kandungan.

 

7. Adakah anda merokok atau minum minuman keras?

 

Anda dan pasangan anda patut berhenti merokok dan berhenti mengambil minuman keras sebaik saja anda ingin hamil kerana tembakau dan alkohol mempengaruhi kesuburan lelaki dan wanita. Merokok dan meminum minuman keras juga akan memudaratkan bayi, sebelum dan selepas dilahirkan.

 

8. Adakah anda melakukan senaman? 

 

Untuk memastikan badan anda sihat dan cergas, anda perlu bersenam. Contohnya berjalan atau berenang selama 20 minit  sehari.

 

9. Adakah anda makan dengan sempurna?

 

Jika anda makan campuran makanan yang baik dan yang mengandungi banyak makanan segar, ini akan meningkatkan lagi peluang untuk anda hamil dan mendapatkan bayi yang sihat.

 

Seandainya anda berimpian untuk hamil dan kini sedang mencuba untuk hamil namun masih tidak mampu, jangan risau. Teruskan usaha kerana Allah akan berikan juga hasilnya kelak. Cuma boleh berikhtiar tanpa putus asa. Antaranya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah menggunakan produk Shaklee untuk membantu dalam menambahbaik kesihatan.

 

Saya cadangkan untuk anda mencuba Set Detoks Shaklee.

Kenapa Set Detoks Shaklee?

 

Pelik kan? Nak hamil namun diminta untuk mencuba Set Detoks Shaklee pula. Apa kaitannya?

Ok macam ni. Mari saya ceritakan.

 

Sepanjang kita menggunakan kereta, berapa kali kita servis kereta kita tu? Sudah tentu banyak sekali kan. Lagi-lagi kereta baru. Kejap-kejap servis, kejap-kejap servis. Betol tak? 🙂

 

Apabila sampai pada satu jarak penggunaan kereta kita, kita perlu tukar tayar juga kan sebab bunganya dah mula menghilang. Cuba kalau kita tak tukar, apa yang jadi?

 

Haa begitu juga dengan badan kita. Agak-agak pernah kah kita servis dalamannya? Yang kita sangkakan ia memang sentiasa sihat ni. Badan kita penuh dengan segala toksin yang melekat di setiap orang yang menapis toksin terutamanya hati dan usus.

 

Ni saya share dari blog Master Raihanah.

 

Ni antaranya petanda badan kita miliki toksin yang cukup banyak

 

Tanda toksin banyak dalam badan

Jom baca dan tick!

 

Adakah saya dan anda :

 

  1. Kerap tidak membuang air besar lebih dari sehari
  2. Minum kurang dari 3 gelas air kosong
  3. Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan.
  4. Sering ada lingkaran hitam bawah mata
  5. Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi
  6. Berat badan berlebihan
  7. Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
  8. Mulut / Nafas Berbau
  9. Letih berterusan, rasa lembap dan lesu
  10. Mudah terkena SELESEMA
  11. Menghadapi masalah ALERGIK
  12. Sukar untuk FOKUS
  13. Makan daging lebih dari 2 kali sehari.
  14. Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari
  15. Mengalami Ekzema, jerawat atau Psoriasis

 

Ini petandanya badan kita miliki banyak sangat toksin. Namun apakah toksin?

 

Apakah Toksin?

 

Toksin ialah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Terdapat 2 jenis toksin iaitu toksin dari luar dan toksin dari dalam.

 

1. Toksin dari dalam

 

Terdapat beberapa faktor penyebab toksin daripada dalam berkumpul di dalam badan anda. Di antaranya:

a. Aktiviti sel

 

Contoh aktiviti sel adalah seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan. Tapi badan kita sememangnya hebat, ia boleh meneutralkan benda-benda ini tanpa bantuan pihak luar.

b. Makanan yang tidak tercerna

 

Pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, kesemua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus.

c. Gangguan emosi dan stress

 

Stress dan gangguan emosi menyebabkan imun sistem kita jadi rendah. Bila imun sistem rendah, inilah yang menyebabkan kita mudah jatuh sakit dan mendapat macam-macam penyakit.

 

2. Toksin daripada luar badan

Toksin daripada luar badan ada macam-macam juga. Antaranya

 

a. Makanan yang tidak berkhasiat

Contohnya pengawet, MSG, pewarna dan perasa tiruan dan macam-macam lagilah.

 

b. Buah dan sayur yang tinggi bahan toksin

Contohnya zaman sekarang penggunaan bahan racun serangga semakin tinggi. Selain itu produk GMO turut mengundang kadar toksin yang tinggi dalam bahan makanan kita.

 

c. Asap

Contohnya asap daripada kenderaan, kilang dan lain-lain lagi. Kita di Malaysia perlu tambah juga faktor jerebu.

 

d. Pakaian

Sesetengah orang bertanya kenapa pakaian pun dianggap bertoksik? Ini kerana penggunaan pencuci yang mengandungi toksik menyebabkan pakaian kita pun sama bertoksik.

 

5) Bahan kosmetik

Bahan-bahan kosmetik sememangnya tinggi dalam kadar bahan kimia. Ini belum termasuk bahan kimia yang berbahaya yang anda tidak tahu terkandung di dalam produk yang anda gunakan seharian.

 

Program Detox Shaklee

 

Bermula April 2016, Shaklee Malaysia telah memperkenalkan program 3 bulan Jom Detox. Sebenarnya program seumpama ini telah pun diperkenalkan di Shaklee HQ (US), dan mereka sebenarnya telah memperoleh data dan maklumat berkenaan hasil program ini. Nanti saya sudah dapat maklumatnya saya akan buat posting berkenaannya.

 

Set Detox Shaklee bukan sahaja membuang parasit (cacing) dalam badan malah membuang segala toksin yang telah lama terkumpul dalam tubuh badan. Kiranya cuci satu badan gitu.

 

 

Detoks terlebih dahulu sebelum atasi perkara lain

 

 

 

Sistem penyingkiran semulajadi badan anda meneutralkan dan menapis toksin keluar untuk memastikan anda sihat. Ada beberapa organ untuk detox, antaranya:

 

  • Kolon- mengeluarkan najis, toksin, parasit dan bakteria
  • Buah pinggang- menapis kotoran dalam darah
  • Hati- menapis racun dan bakteria dalam darah
  • Limfa- mengeluarkan toksin daripada sel badan
  • Peparu- mengeluarkan gas seprti karbon dioksida
  • Kulit- mengeluarkan toksin berlebihan melalui peluh dan liang roma

 

1. Vivix

Untuk detox darah. Vivix memperbaiki penghadaman, membantu pemberbaharui dan memberi tenaga kepada sel. Vivix membantu dalam menyihatkan lagi sel sperma dan ovum agar ia berkualiti tinggi sebelum disenyawakan. Vivis juga membantu dalam memastikan ovari serta tempat pembuatan sperma itu sentiasa dalam keadaan sihat agar boleh menghasilkan sperma dan ovum yang berkualiti tinggi.

 

2. Herblax

 

Herblax berfungsi untuk detox usus dan mencuci usus besar. Di samping itu, Herblax merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

3. Peppermint Ginger Plus

 

Peppermint berfungsi untuk membantu penghadaman, mencuci usus dan perut, bagus untuk sistem pernafasan (paru-paru, salur pernafasan), mencuci paru-paru, melegakan perut yang sebu atau berangin, membantu tubuh menyerap nutrien, buang angin.

4. DTX Complex

 

DTX Complex adalah untuk detox hati, buah pinggang dan penghadaman. Bertindak sebagai detoksifikasi. Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

 

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

5. Alfalfa Complex

 

Alfalfa pula berfungsi untuk detox seluruh badan. Mencuci hati, darah dan usus – Mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

 

Apabila anda lalui proses detoks ini, satu badan menjadi kembali sihat kerana sudah dibaikpulihkan seluruhnya. Dan insyaallah lebih mudah untuk hamil. Ini kerana sungguh ramai orang yang menjalani Program Detoks ini tak semena-mena boleh hamil walau lebih dari 5 tahun perkahwinan. Alhamdulillah. Kita berusaha, yang lain Allah berikan insyaallah.

 

Eh terlupa nak bagitau.

 

Selain mendapat produk yang dibeli, dengan pembelian Set Detox, anda akan mendapat:

  1. dapat FREE MEMBERSHIP! (Anda jimat RM69)
  2. PERCUMA beg ekslusif #LiveAmazing
  3. Bonus pertama Shaklee anda bernilai RM30++
  4. Mendapat akses kepada grup istimewa kami yang fokus untuk detox (FB page dan whatsapp)

 

 

Nak dapatkannya? Tak sabar-sabar dah nak detoks? Boleh hubungi nombor di bawah ye.

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *