Alhamdulillah, saya dan suami berjaya hadiri Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada 5-8 Feb 2015 di PGRM. Ia adalah “magic touch” Doktor Azizan yang ke 3 yang hadir. Kali ini, ia bukan kami berdua je yang hadir. Tapi juga dari susur galur Legasi Anugerah Terindah. Ada yang turun dari Sarawak, ada yang turun dari Sabah, Johor dan macam-macam negeri lagi. Anak buah dari seluruh negara hadir ke IMKK ni. Malah, ada juga peserta dari Indonesia, Brunei dan juga Singapura.
Dulu, saya ingat IMKK ni biasa-biasa saja. Tapi, disebabkan ramai di kalangan anak buah Legasi Anugerah Terindah yang hadir, ia juga secara automatik hati saya nak hadir. Yelah, saya pon nak tahu apa yang mereka belajar. Hehe..Bukannya ingat ajaran sesat ke apa..tapi, saya lebih kepada nak tahu isi yang disampaikan oleh DAO dalam kelas IMKK ni. Orang kata, ia tak sama macam dalam kelas-kelas DAO yang lain..Ok, saya dah hadiri 1 kelas yang percuma di kota bharu pada November lepas. Dan telah hadir ke Millionaire Marketing Marketing (MMM) juga pada November 2014. Jadi, nak tahu apa pengisian dalam IMKK. Yang kebanyakannya kata, ia membersih kolam jiwa. Anak-anak buah ramai yang bercerita, jadi kami suami isteri buat keputusan untuk hadir sama. Dan kami ambil pakej Super Supreme, sama macam seat semasa MMM juga. Kerana bagi kami, kami mahu letakkan komitmen yang cukup tinggi pada satu-satu perkara. Berhabis jugak lah dalam RM6000 untuk tiket Super Supreme, hotel, makan minum, teksi dan tiket flight.
Apa yang saya dapat simpulkan, ia adalah satu program yang sangat-sangat best!
Apa yang saya belajar secara personal?
1. Saya mula kenali diri saya yang sebenarnya
2. Saya belajar teknik pernafasan yang betol untuk mendapatkan gelombang alpha dan buat submission (doa) dengan cara betol kepada Allah
3. Saya belajar betol-betol, yang Allah boleh beri apa saja kepada saya, kecil mahupon besar, asalkan saya betol-betol YAKIN dan PERCAYA tanpa saya cancel loading doa saya. Dan apa perbuatan saya yang membuatkan doa saya DICANCEL
4. saya belajar dengan jelas, berkenaan aura! Seorang perokok, walau ada sebatang rokok, aura dia hilang. Sebab itulah rezeki tersekat-sekat
5. Saya belajar memaafka dari LUBUK HATI saya, di mana..jika ia tidak settle, ia akan melambatkan perjalanan rezeki saya, mencacatkan segala apa yang saya ada dan bakal ada.
6. Saya belajar cara reproramming suami dan anak-anak saya. Hahaha..
7. Saya belajar pasal zero mind
8. Saya belajar camne nak tulis 101 impian dengan betol. Selama ni main buattt je.
9. Saya belajar the power of LOVE.
10. Saya belajar mengucapkan sayang dan terima kasih serta maaf walau sebelum ni saya malu-malu..
11. Saya tahu kenapa kena buat 6 tabung. Sebelum ni tahu je, tapi tak tahu kenapa dan cara betol-betol.
Dan banyakkkk lagi yang saya belajar. Dan saya pasti, next IMKK…jika berpeluang..saya dan suami akan hadir lagi. Kasi can kami setelkan platinum by June 2015 ni insyaallah..
Menyelesaikan platinum package pada tahun 2015 adalah salah satu daripada 101 impian saya sebelum saya hadir IMKK. Dan ia hampir terlaksana.
Doakan saya! Terima kasih buat anak buah yang sering berkongsi besttnya IMKK ni. Kerana post anda di Facebook lah, mahupon secara personal berkongsi dengan saya, saya dan suami tergerak untuk hadir ke IMKK. Semoga pahala yang besar buat anda!
Jom hadir sama!
Salam sayang,
Master ira&hafizan
0139422527
Masters Coordinator
zahirahhafizan@gmail.com
IMKK Feb 2015 Kelas DAO super best!