Ramai orang nak badan yang sihat. Bila kita nak tu, memang kita kena tahu macamana untuk dapatkan
nya. Hari ini saya akan kongsikan dengan anda tentang topik tingkatkan kekuatan badan kita. Jadi topik yang saya akan kongsikan sekejap lagi, ia akan uat kita kekal bertenaga sepanjang masa walaupon kita sibuk.
Tingkatan kekuatan badan anda.
Apakah Tanda-Tanda Sel Kita Tidak Sihat?
Tanda-tanda sel tidak sihat.
Kunci kepada tubuh badan yang sihat adalah dari sel badan yang sihat. Sel adalah unit yang paling kecil dan terkecil dalam badan kita. Sel yang sihat maknanya kita akan mempunyai kulit yang cantik, kita akan mempunyai sistem imunisasi yang kuat dan rambut kita sihat. Tidak lah bercabang-cabang dan kering.
Apa yang akan terjadi apabila sel dalam badan kita tak sihat? Sel yang tak sihat selalunya disebabkan oleh penuaan sel yang kita panggil aging dan penuaan sel ini akan menyebabkan gejala-gejala yang seperti
- letih,
- kedutan pada kulit,
- kulit menjadi kusam,
- sel hati yang kurang sihat yang akan menyebabkan metabolisma lemak jadi lambat dan akibatnya berat badan anda bertambah,
- sel otak yang kurang sihat dia akan menyebabkan minda atau memori yang lemah.
Apakah Yang Menyebabkan Sel Tidak Sihat?
Apa yang menyebabkan sel tidak sihat?
Jadinya faktor apa yang menyebabkan sel kita tak sihat sebenarnya?
-
Sinaran UV
Salah satunya adalah kerap terdedah kepada sinaran uv. Walaupun kita mungkin bekerja dalam ofis mahupon sebagai seorang suri rumahtangga yang jarang keluar di bawah matahari, sinaran uv tetap akan menembusi dinding rumah dan simen rumah kita. Contohnya even kita buka lampu dalam rumah pun, lampu tu juga akan menghasilkan sinaran uv.
2. Stress dan Tekanan
Tekanan stress dari kerja, mahupon stress dari hal keluarga. Biasalah kita ni ibu ibu yang sibuk. Nak besarkan anak pon sudah tentu banyak cabaran ditempuhi. Jadi ia sedikit sebanyak membuatkan sel badan kita tak sihat.
3. Pencemaran Dari Bahan Kimia Dan Alam Sekitar
Masalah pencemaran bahan-bahan kimia dari syampu-syampu kita guna setiap hari boleh mengganggu sel badn kita dan mengakibatkannya mudah rosak. Ia boleh membuatkan radikal bebas banyak terbentuk dan pada masa yang sama sel mengalami kecacatan. Seram kan? Sebab bila sel tu cacat, organ pon boleh jadi kurang efisen untuk bekerja.
4. Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
Contohnya, makanan yang bergoreng dan semua ini akan menghasilkan radikal bebas iaitu free radical dalam badan kita. Akibatnya radikal bebas ini akan menyerang sel yang sihat dan menyebabkan banyak sel yang sihat ini mati.
Bagaimana Nak Buat Sel Jadi Sihat?
Jadi sekarang ni apa yang kita boleh buat untuk pastikan sel badan kita jadi sihat?
- Pengambilan polifenol yang cukup
Apakah itu POLIFENOL?
Kunci untuk sel badan yang menjadi sihat adalah polifenol. Polifenol adalah antioksidan yang kuat dan antioksidan ini dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan juga buah-buahan secara semulajadi. Fungsi polifenol dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ini adalah untuk memberikan warna kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Contohnya, anggur yang berwarna ungu, buah oren yang berwarna warna oren dan juga epal yang berwarna merah. Semua ini adalah disebabkan oleh polifenol. Polifenol memberikan warna yang cantik kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ini dengan tujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada penyakit dan jangkitan kuman contohnya.
Kajian menunjukkan polifenol yang semulajadi dari tumbuh-tumbuhan ini dia dapat memberikan manfaat kesihatan kepada badan kita. Contohnya,
- ia dapat melindungi dan memperbaiki DNA dalam setiap sel badan kita,
- ia dapat membantu untuk merangsang prestasi sel,
- melambatkan pembentukan AGEs protin. AGEs protin ni kita panggil Advanced glycation end products maknanya ia akan terbentuk apabila gula dalam badan kita bertindak balas dengan lemak ataupun protin. AGE protin ini adalah salah satu faktor utama yang mencetuskan penyakit kronik seperti penyakit diabetes dan kanser.
- boleh meningkatkan tenaga sel untuk membantu memperbaharui sel kita,
- menggalakkan kesihatan telomere. Telomere adalah bahagian paling hujung pada DNA dalam sel badan kita. Kajian menunjukkan yang mereka yang mempunyai jangka hayat yang panjang selalunya mempuyai telomere dalam sel mereka sangat panjang berbanding dengan mereka yang sakit dan berbanding dengan mereka yang on long-term medication.
Apa Manfaat Polifenol Untuk Pastikan Gula Darah Sihat?
Polifenol bermanfaat
Sekarang kita lihat pula apakah fungsi polifenol kepada badan kita. Kajian menunjukkan polifenol dari tumbuh-tumbuhan ini dapat mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat dengan cara seperti berikut.
- Polifenol boleh mengawal penyerapan glukosa selepas pemakanan kita.
- Ia dapat meningkatkan sensitiviti insulin kita supaya dapat menukarkan glukosa kepada tenaga dengan masa yang lebih singkat.
- Ia merangsang rembasan penghasilan insulin dengan lebih awal maknanya sebelum anda makan insulin dah ready dalam badan. Bila kita ambil gula, gula dalam darah kita memang stabil. Ia tidak akan naik dengan mendadak dan juga memperbaiki penguraian insulin untuk memastikan paras gula yang sihat.
Polifenol Untuk Cantikkan Kulit
Polifenol bermanfaat
Selain itu, polifenol boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan kulit dengan cara berikut
- Ia boleh membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV dan seterusnya mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan. Sinaran UV adalah pencetus kepada penuaan pada sel kulit kita. Contohnya, pigmentasi, garisan halus, kulit yang kusam secara automatik akan berkurang. Macam mat alleh kan suka berjemur. Risikonya kulit merek ada pigmentasi yang sangat banyak.
- Menyokong penghasilan kolagen sebab UV ni dia akan masuk ke dalam struktur kulit kita. Jadi bahagian yang kedua iaitu kita panggil bahagian demis, ia sangat penting. Ia diperkaya dengan kekenyalan dan juga kolagen. Maknanya dua struktur ini elasting dan juga kolagen dia membantu untuk support kulit kita supaya kulit kita tegang. Tapi sinaran uv ni dia akan masuk terus sampai ke bahagian demis dan selalunya akan rosakkan lapisan kolagen dan elasting ini. Jadi bila kita amalkan polifenol, ia jaga sel kulit kita daripada sinaran UV. Secara automatik kulit kita akan sentiasa kaya dengan kolagen baru. Jadi kulit kita nampak muda, berseri dan halus.
Polifenol Untuk Kesihatan Jantung
Polifenol bermanfaat!
Terdapat banyak kajian saintifik yang juga menunjukkan polifenol boleh meningkatkan kesihatan jantung dimana polifenol ini dapat mengurangkan keradangan pada pada saluran darah kita. Sebagai contoh masalah strok dan serangan jantung disebabkan oleh keradangan di bahagian salur darah kita. Polifenol boleh membantu untuk menggalakkan lapisan salur darah yang sihat, menggalakkan tekanan darah yang sihat dengan mengekalkan keanjalan salur darah kita. Bila salur darah kita mempunyai keanjalan yang bagus maknanya elasticity yang bagus ia dapat mengawal tekanan darah kita jadi lebih sihat. Juga mengekalkan kadar pembekuan platlet yang sihat.Sebagai contoh kalau pembekuan platlet ini jadi tidak normal, ia akan membuatkan peredaran darah tersumbat lalu menimbulkan masalah strok dan masalah serangan jantung.
Apakah Campuran Sempurna Polifenol?
Campuran Sempurna polifenol.
Jadi apakah bahan semulajadi yang boleh memberikan campuran polifenol yang bermanfaat dan berkuasa pada badan kita? Bahan bahan seperti anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan elderberi eropah memberikan campuran polifenol yang sangat berkuasa , dimana ia boleh membekalkan resveratrol dan 15 jenis polifenol yang lain.
Kuasa empat jenis bahan bahan di sini ia dapat memberikan campuran polifenol 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan resvetatrol biasa. Mengikut kajian, empat jenis bahan di sini yang memberikan campuran polifenol yang berkuasa adalah kunci untuk aktifkan jangka hayat yang lebih panjang dengan cara untuk melambatkan penuaan sel dalam badan kita.
Nak tahu produk apayang sangat hebat ni dan miliki semua ciri di atas? Klik link ni ye.
Haa tu satu. Satu lagi nutrien yang penting untuk sihatkan sel badan kita adalah CoQ10.
Tingkatkan tenaga sel anda dengan CoQ10.
Apakah itu CoQ10? Apakah bahan yang utama dalam CoQ10 ini?
Apakah itu coenzyme Q10
CoQ10 ataupun dikenali sebagai coenzyme Q10 adalah sejenis nutrien yang semulajadi dalam sel badan kita. Nutrien ini adalah nutrien yang larut lemak.
Fungsi CoQ10 ini adalah sebagai antioksidan semulajadi yang melindungi sel dalam badan kita dari serangan radikal bebas dan seterusnya ia membantu meningkatkan tenaga untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh sel badan kita .CoQ10 berada dalam mitokondria setiap sel badan kita dan mitokondria ini ,dia adalah tempat yang membantu untuk penghasilan tenaga. Jadi apakah fungsi CoQ10 ini dan bagaimana ia berfungsi untuk penghasilan tenaga?
Pertama sekali, ia bertindak sebagai palam pencucuh sel ataupun spark plag. Sebagai contoh spark plag dalam kereta kita. Bila kita kita start kereta, ia akan menghantar elektrik kepada plak kita. Jadi plak plak ini menyalakan bahan api dalam kereta dan buat enjin kereta kita hidup. Jadi teori ini lebih kurang sama dengan sel badan kita. Bila sel badan kita menerima nutrien dari pemakanan, CoQ10 yang memang akan stand by dalam mitokondria ini (umpama kilang), ia akan mulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan nutrien atau makanan kepada tenaga.
Mengapa CoQ10 Penting?
Mengapa CoQ10 penting?
Jadinya bila CoQ10 ini membantu untuk meningkatkan tenaga kepada sel kita dan kita boleh kekal bertenaga sepanjang hari. Ia dapat
- membantu memperbaiki sistem peredaran darah
- menyokong kesihatan kesuburan
- memberikan kulit yang lebih sihat
- untuk improve ketajaman minda kita.
Bagaimana CoQ10 Berfungsi Bersama Polifenol
Bagaimana CoQ10 berfungsi bersama polifenol?
Ada yang bertanya adakah saya perlukan CoQ10 kalau saya sudah atau tengah amalkan polifenol. Jawapan saya ye, anda perlukan polifenol dan juga CoQ10 sebab nutrien. 2 jenis produk ini akan memberikan fungsi yang lebih baik kalau kita amalkan dua produk ini serentak. Jadi bagaimana CoQ10 ini berfungsi bersama polifenol?
Pertama sekali kita tengok pada polifenol ini dulu. Ia dapat membantu meningkatkan kuantiti mitokondria. Kita boleh bayangkan mitokondria sebagai kilang iaitu kilang untuk hasilkan tenaga. Ia adalah yang warna ungu. Jadi bila kita amal polifenol setiap hari, bilangan kilang akan bertambah satu hari demi satu hari maknanya bilangan kilang daalm sel badan kita banyak.
Tapi persoalannya bila bilangan kilang itu semakin banyak ,kita perlu juga bekerja. Bayangkan kilang yang tiada pekerja, production lain dia memang akan slow dan stuck. Jadi kita perlukan pekerja. Pekerja ini anda boleh dapat dari CoQ10 sebab CoQ10 ia boleh meningkatkan penghasilan tenaga. Ia boleh mencetuskan proses penghasilan tenaga dalam mitokondria. Jadi maknanya bila anda amalkan CoQ1o ini juga ,ia akan meningkat bilangan pekerja dalam kilang. Polifenol memperbanyakkan kilang dan pada masa yang sama CoQ10 akan meningkatkan bilangan pekerja. Jadi gabungan ini yang memang hebat sebagai tenaga yang diperlukan sel badan kita.
CoQ10 Kekalkan Tenaga
Kekal bertenaga.
CoQ10 boleh membantu untuk meningkatkan tenaga dan nutrien. Ini memang sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Bagi mereka yang nak kekal bertenaga sepanjang hari, lepas kerja ada tenaga lagi nak layan anak, lepas kerja ada tenaga lagi nak buat kerja rumah dan lepas kerja ada tenaga lagi nak keluar dengan keluarga. CoQ10 ni boleh memberikan tenaga kepada kita. CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan otot. Maknyanya ia sangat sesuai untuk mereka yang workout yang main gym. Juga mempercepatkan proses pemulihan luka maknanya dia banyak melibatkan sel yang baru. Dalam penghasilan sel baru ini, tenaga yng banyak diperlukan.
CoQ10 Bantu Peredaran Darah Sihat
Peredaran darah sihat.
Fungsi yang paling utama bagi CoQ10 adalah untuk mencetuskan penghasilan tenaga. Sebab tulah CoQ10 paling banyak dijumpai di organ yang banyak tenaga seperti jantung. Setiap hari jantung akan berdegup sebanyak seratus ribu kali setiap sehari untuk menyokong peredaran darah ke seluruh sel dalam badan kita. Jadi otot di bahagian jantung memang perlukan banyak CoQ10 ini.
Jantung yang kekurangan CoQ10 ini akan bagi kesan kepada kelancaran degupan jantung. Jadi ia mempengaruhi seluruh proses peredaran darah dan kejadian ini selalunya akan menyebabkan penyakit kardiovaskular. Contohnya, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, masalah strok dan sebagainya. Penyakit jantung sampai hari ini masih kekal sebagai pembunuh utama rakyat di Malaysia.
Peredaran darah sihat.
Peredaran darah sihat.
Berdasarkan American Heart Association sebanyak 80% penyakit jantung boleh dicegah kalau kita ubah tabiat pemakanan. Pada masa yang sama kita kena rajin bersenam, kawal tahap kolesterol dan tekanan darah kita. Tahukah anda sebanyak 47.7% orang dewasa Malaysia iaitu 18 tahun ke atas menghidapi tahap kolesterol yang tinggi.
Peredaran darah sihat.
Selalunya bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, doktor akan bagi ubat statin untuk kurangkan kolesterol. Jadi bagaimana ubat statin ini berfungsi untuk turunkan kolesterol dalam badan anda? Statin ini dia berfungsi dengan kurangkan enzim HMG CoA di bahagian hati. Bagi mereka yang makan statin yang memang on statin medication dia akan kurangkan penghasilkan enzim HMG CoA. Kesannya, kolesterol dalam pesakit kolesterol ini menurun.
Namun HMG CoA juga terlibat dalam penghasilan CoQ10 dalam badan kita. Jadinya bagi mereka yang on statin medication bukan sahaja statin ini boleh kurangkan kolesterol dalm badan mereka pada masa yang sama statin juga kurangkan CoQ10 dalam badan mereka sebanyak 40%.
Sebab tulah bagi mereka yang memang on ubat statin ini selalunya mereka rasa letih, sangat sangat letih dan ada kalangan mereka rasa otot dia sangat sakit dan kadang kadang tangan dia tak boleh angkat. Masa dia sangat sangat sakit sampai dia tak tahan. Ini adalah kesan statin sebab statin kurangkan penghasilan CoQ10 secara semulajadi dalam badan.
CoQ10 memberikan tenaga. Jadi bayangkan masa kita takde tenaga, bayangkan badan kita kurang tenaga sebanyak 40%. Jadi memang kita akan mengalami kesan sampingan contohnya letih atau otot sakit.
Peredaran darah sihat.
Bagi pesakit yang amalkan ubat statin, vitamin CoQ10 adalah sangat sangat penting supaya ia boleh membantu untuk meningkatkan kandungan CoQ10 dalam badan mereka. Pada masa yang sama,CoQ10 juga boleh kuatkan otot jantung untuk support kesihatan jantung yang lebih bagus, untuk menyokong peredaran darah yang lebih sihat dan juga kurangkan risiko penyakit jantung. Selalunya yang sakit otot lepas on statin, dia sakit di bahagian tangan ataupun di bahagian hips bahagian paha.
CoQ10 Bantu Dalam Kesihatan Kesuburan
Kesihatan Kesuburan.
Seterusnya CoQ10 juga bagus untuk kesihatan kesuburan iaitu dengan meningkatkan kesihatan sperma dan mengelakkan kerosakan sel akibat merokok, tekanan oksidatif disebabkan oleh stress, juga dari radiasi bila telefon diletakkan berdekatan dengan sperma bila diletak dalam poket seluar. Maknanya yang sangat2 dekat dengan sistem pembiakan dan semua ini dia akan menghasilkan radikal bebas.
Radikal bebas akan merosakkan sel-sel sperma yang sihat dan akibatnya dia akan bagi kesan pada tahap kesuburan mereka. CoQ10 ini berfungsi sebagai antioksidan maknanya dia boleh melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan membantu untuk meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
Kesihatan Kesuburan.
Untuk pengetahuan anda bukan semua sperma boleh bergerak secara normal. Sesetengah sperma boleh bergerak dengan cepat. Ada juga sel sperma tak bergerak langsung. Ada juga sperma yang pergi ke arah yang tak betul. Jadi akibatnya tiada persenyawaan berlaku.
Jadi untuk meningkatkan kesuburan sperma yang normal sangat sangat penting. Struktur sel sperma di bahagian leher adalah bahagian yang mempunyai bilangan mitokondria yang paling tinggi. Jadi bila mitokondria tinggi maknanya dia perlukan banyak CoQ10 dan tenaga. Dalam erti kata lain semakin banyak CoQ10 dalam mitokondria, semakin cepat pergerakan sperma. Dan akhirnya semakin subur seorang lelaki itu.
Kesihatan Kesuburan.
Slide ini menunjukkan eksperimen yang dijalankan terhadap 228 orang lelaki yang tidak subur dan 114 lelaki diorang diberikan sebanyak 200mg CoQ10 setiap hari. Dan pada masa yang sama sebanyak 114 lelaki sebagai kawalan. Maknanya separuh makan 200mg CoQ10 dan separuh lagi tak makan.
Keputusan selepas tu menunjukkan jumlah sperma dan pergerakan sperma yang memang anda nampak peningkatan. Sebanyak 114 orang lelaki yang amalkan 200mg CoQ10, lepas dua bulan mereka nampak 15% peningkatan dalam jumlah sperma, lepas empat bulan 43% peningkatan dalam jumlah sperma selepas 6 bulan setengah mereka ambil CoQ10, peningkatan sebanyak 81% dalam jumlah sperma. Semakin lama mereka amalkan CoQ10, semakin banyak jumlah sperma mereka.
Selain itu, eksperimen ini juga menunjukkan selepas 3 bulan mereka ambil CoQ10, pergerakan sperma meningkat sebanyak 18%, lepas 5 bulan 26% makin improve, lepas 6 bulan setengah improve 31%. Maknanya pergerakan sperma ini semakin sihat dan normal. Sperma boleh pergi ke arah yang betul untuk persenyawaan.
Kesihatan Kesuburan.
Untuk meningkatkan kesuburan, kesihatan sperma dan ovum sangat penting. Telur wanita iaitu ovum adalah sel yang paling besar dalam tubuh badan manusia. Mengikut kajian ia mengandungi mitokondria dengan bilangan yang paling banyak dalam badan kita iaitu sebanyak 200 ribu mitokondria. Sel yang biasa miliki 200 mitokondria. Sel dalam hati kita miliki 1 hingga 2 ribu mitokondria. Tapi dalam ovum iaitu telur wanita ia mempunyai 200 ribu mitokondria.
Maknanya ovum perlukan CoQ10 yang memang dalam kandungan yang tinggi supaya ia dapat tenaga untuk proses persenyawaan. Maknanya telur ini dia akan dikeluarkan dari ovari ke tiub falopio dan sedia untuk persenyawaan. Proses ini perlukan banyak CoQ10 untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke tiub falopio dan lepas persenyawaan berlaku ovum ataupun telur wanita ini perlu jugak banyak CoQ10 untuk sambung proses pembahagian kepada sel embrio organ bayi kita. Jadi bukan sahaja sperma lelaki yang perlukan CoQ10 tetapi sel ovum wanita juga perlukan banyak CoQ10 dalam misi persenyawaan ini.
Kesihatan Kesuburan.
Secara kesimpulannnya ,CoQ10 boleh memberikan banyak manfaat kepada kesihatan pembiakan dengan meningkatkan pergerakan sperma, meningkatkan kuantiti sperma, memperbaiki kualiti ovum dan meningkatkan peluang persenyawaan.
CoQ10 Bantu Dalam Kesihatan Kulit Berseri
Kulit Berseri.
Kulit kita juga memerlukan CoQ10 sebab faktor faktor seperti sinaran UV ,bahan kimia dalam kosmetik ataupun pencemaran ia akan merosakkan permukaan kulit kita yang menyebabkan kulit kita semakin kering dan kusam. Mengikut kajian, CoQ10 banyak didapati di permukaan kulit lipid yang berada pada bahagian epidermis. Epidermis adalah bahagian yang paling atas bagi kulit kita maknanya di bahagian bawah permukaan ini ia ada banyak CoQ10 sebenarnya.
Kulit Berseri.
Jadi apakah fungsi CoQ10 di bawah permukaan epidermis kulit? CoQ10 ia bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit kita dan ia juga dikenali sebagai inner sunscreen maknanya pelindung dari sinaran UV dari dalam kulit kita. Bila kita pakai sun screen atau sun block, ia lindung kulit kita dari sinaran UV dari luar. Apbila kita guna sunscreen dan pada masa yang sama amalkan CoQ10 juga, ia adalah sunscreen dari dalam dan luar sekaligus. Jadi memang kombinasiyang sempurna. Kulit kita memang akan cantik dan cerah macam rosy pinky. Kalau ada sel sel yang rosak, CoQ10 bagi tenaga untuk cetuskan pembaikan dan penghasilan sel.
Kulit Berseri.
Ini adalah salah satu eksperimen yang dijalankan dengan menggunakan CoQ10. Dua gambar di bahagian atas ini, wanita ini gunakan 50mg CoQ10 setiap hari selama 12 minggu dan kita boleh lihat selepas 12 minggu garisan halus di sebelah mata dia kurang sebab sangat sangat jelas garisan halus tak begitu ketara dia semakin tegang. Sama juga dengan gambar di bawah bagi wanita yang amalkan 150mg CoQ10 setiap hari. Selepas 12 minggu, garisan halus di bawah mata juga sama. Jadi kedutan semakin kurang. Dengan itu, kita boleh katakan CoQ10 boleh menegangkan kulit kita.
Kulit Berseri.
Jadi CoQ10 bermanfaat kepada kulit wanita supaya kulit kita lebih tegang dan kedutan semakin berkurang. Kulit kita jadi lebih halus. Ia boleh mengekalkan keanjalan kulit dan supaya kulit kita kelihatan lebih muda dan sihat.
CoQ10 Bantu Dalam Kesihatan Ketajaman Minda
Ketajaman Minda.
Fungsi yang seterusnya, CoQ10 membantu untuk ketajaman minda. CoQ1o memberikan tenaga untuk menyokong fungsi otak yang normal. Ia boleh membantu untuk menyokong daya perhatian, daya tumpuan dan fungsi sel otak secara keseluruhan. Namun bila usia kita meningkat, tahap CoQ10 ini semakin berkurangan dan kejadian ini akan menyebabkan plak amyloid dalam sel otak kita semakin banyak. Bila plak ni (sejenis protin) semakin banyak dalam sel otak kita dia akan menyebabkan penyakit penuaan contohnya penyakit Alzheimer. CoQ10 boleh bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro. Maknanya ia boleh melindungi sel dalam otak di bahagian otak kita dan mengurangkan pembetukan plak amyloid.
Ketajaman Minda.
Erti kata lain, CoQ10 boleh membantu untuk
- mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan penuaan seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson
- membantu meningkatkan fokus
- Bantu tingkatkan memori yang fokus
- meningkatkan keupayaan pembelajaran.
Mengapa kita perlukan CoQ10
Jumlah CoQ10 berkurangan mengikut usia.
Jadi kenapa kita perlukan CoQ10 ni? Untuk pengetahuan anda tubuh badan kita memang boleh hasilkan CoQ10 tetapi bila usia kita semakin meningkat, mua dari usia 20 tahun, penghasilan CoQ10 akan jadi semakin berkurangan dan kejadian dia akan jadi lebih serius apabila kita sampai ke usia 40 tahun hingga ke 80 an. Organ yang akan hilang banyak CoQ10 adalah organ yang penting selalunya ialah jantung, buah pinggang, paru-paru dan hati.
Pemakanan seharian kita tidak memberi CoQ10 yang mencukupi.
Walaupun kita mempunyai keupayaaan untuk menghasilkan CoQ10 ini kehidupan kita yang tidak sihat contohnya nutrisi yang tidak lengkap daripada pemakanan, ubat yang diamalkan setiap hari untuk masalah kolestrol contohnya ubat statin dan pencemaran di sekeliling kita yang menyebabkan tekanan oksidatif .Semua faktor di sini akan menyebabkan CoQ10 yang semakin berkurangan di dalam badan kita.
Berapa Banyak CoQ10 Diperlukan Seharian?
Untuk fungsi badan yang optima,anda disyorkan untuk mengambil 100mg CoQ10 setiap hari.
Mengikut kajian, 30 mg CoQ10 setiap hari hanya boleh membantu kekalkan kesihatan peredaran darah. Namun bila kita amalkan sebanyak 100 mg CoQ10 setiap hari ia dapat mengekalkan kesihatan yang optimum di mana ia menjaga kesihatan kita secara keseluruhan.
100 mg CoQ10 melalui pemakanan seharian bersamaan dengan:
Kita boleh dapatkan 100 mg CoQ10 melalui pemakanan setiap hari. Tapi banykla nak kena makan. Contohnya setiap hari perlu 100 sudu makan minyak kanola, 3kg daging merah lepas tu tambah kan 3.3kg kacang dan 100 cawan brokoli rebus. Kalau anda boleh makan semua makanan di sini tiada masalah anda akan dapat 100mg CoQ10. Mampukah kita? Sangggup?
Nak tau camne nak dapatkan CoQ10 100mg sekali telan je ni bagi tujuan memudahkan kita setiap hari? Boleh klik di sini ye.
Salam sayang,
Master Ira & Master Hafizan
013-9422527
Tingkatkan Kekuatan Badan Kita Dengan Polifenol Dan CoQ10