Skip to content
Home 7 Persediaan Penyusuan Ibu Sebelum Bersalin

7 Persediaan Penyusuan Ibu Sebelum Bersalin

Setiap perjalanan panjang dimulakan dengan langkah pertama. Pernah dengan kata-kata ini? Sebelum memulakan sesuatu, kita mesti mempunyai ilmu dalam perkara tersebut.

 

Sebelum bersalin, sebagai bakal ibu dan ayah…kita mesti tahu perkara ini untuk memastikan permulaan yang betol terus dilakukan dan meminimumkan kesilapan yang sepatutnya kita boleh elakkan.

 

7 Persediaan penyusuan ibu sebelum bersalin

 

Persediaan Menyusukan Anak

 

  1. Mulakan dengan mengumpul segala ilmu berkenaan penyusuan dengan banyakkan membaca serta bertanya kepada orang yang sudah berjaya menyusukan anak. Sumber ilmu boleh didapati daripada internet, buku penyusuan, kelas persediaan penyusuan ibu
  2. Kumpulan sokongan Penyusuan Susu Ibu di sekitar tempat tinggal ataupon tempat kerja. Malaysian Breastfeeding Peer Councelor (MBfPC) adalah rakan pembimbing yang dilatih bagi memberi sokongan kepada ibu-ibu yang memerlukan bantuan dan nasihat penyusuan. Lawati laman web www.malaysianbfpc.org.
  3. Berbincang dengan suami mengenai niat kita untuk menyusukan anak. Ajak suami untuk turut sama ke kelas penyusuan dan berkongsi info dan ilmu kepada suami mengenai penyusuan. Juga terangkan dengan jelas kepada ibu mertua, ibu bapa dan keluarga yang terdekat. Tidak lupa kepada boss dan kawan sekerja kita bagi tujuan mendapatkan sokongan.
  4. Pilih doktor dan hospital yang menyokong penyusuan ibu. Berbincang dengan mereka mengenai niat kita ingin menyusukan anak sejurus selepas bersalin.
  5. Mencari pengasuh dan taska yang mesra dengan pengurusan susu ibu. 
  6. Berlatih dengan anak patung bagi memegang dan mencuba posisi yang sesuai bagi penyusuan susu ibu
  7. Mula mengurut payudara dengan perlahan-lahan dan berinteraksi dengan diri sendiri yang sememangnya mahu menyusukan anak dengan susu ibu.

 

Membeli Keperluan

 

Perlukan ibu membeli coli  penyusuan, baju menyusu dan pam susu?

 

Jawapan saya…terserah kepada ibu itu sendiri. Apa yang membuatnya selesa. Ada yang tidak kisah kalau guna coli biasa. Tapi ada juga yang rasa lebih selesa apabila menggunakan coli khas untuk penyusuan kerana ada bukaan khas untuk menyusu.

 

Baju menyusu pon…ikut keselesaan si ibu. Ada yang rasa dia selesa walau hanya pakai T shirt biasa untuk menyusu. Tapi ada yang rasa lebih selesa seandainya memakai baju menyusu kerana ada bukaan dan lebih senang untuk menyusu.

 

Pam susu pula terserah kepada jenis pekerjaan si ibu. Dan bagaimana ibu mahu memastikan susu boleh dipam sewaktu di tempat kerja tanpa mengganggu tugasan kerja.

 

Penyusuan Susu Ibu

 

Jangan terlalu runsing memikirkan jenis pam yang perlu dibeli. Pam berjenama dan mahal bukan faktor penentu kejayaan penyusuan susu ibu.

 

 

Tahukah kita, di kala bayi dalam keadaan peka…bayi sangat tertarik dengan objek bulat. Sekiranya muka ibu berada kurang dari 8 inci daripada bayi, bayi dapat melihat wajah ibu kesayangannya.

 

Bayi lebih menggemari bau semulajadi ibunya. Elakkan daripada menggunakan wangian yang terlalu kuat yang boleh mengganggu penyusuan mereka. 🙂

 

Sekian dulu perkongsian saya pagi ini. Harap ia membantu ibu-ibu dan ayah-ayah baru yang sedang membuat persediaan dalam menantikan kelahiran anak baru. 🙂

 

Nak tahu camane pengalaman saya menyusukan anak-anak? Klik sini.

Nak tahu tips kumpul stok susu banyak semasa berpantang? Klik sini.

Nak tahu pengalaman saya mengandung dan menyusukan anak tanpa henti selama 6 tahun? Klik sini.

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

[email protected]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *