Alhamdulillah syukur. Aiman dah masuk darjah 1 hari ni. Seronok kami anak beranak hantar Aiman ke sekolah. Dalam kelas Aiman, ada seorang lagi Aiman. Mereka jadi genglah lepas ni 🙂
Kami hantar Aiman ke sekolah cina. Ada sebab kenapa kami hantarkan Aiman ke sekolah cina. Kami kerap dapat soalan ni tau. Kenapa hantar anak sekolah cina?
Antaranya, ingin membudayakan sikap orang cina yang rajin, tekun, tidak putus asa, komitmen yang tinggi, cepat catch up, usaha sampai dapat, tidak mengalah, dan sebagainya sikap yang positif ke dalam diri Aiman. Tapi itu tidak bermakna orang yang berbangsa lain tidak miliki sikap sebegini… Jangan salah sangka pula ye 🙂 . Ini pendapat saya dan suami semata-mata 🙂
Aiman
Sebab kedua, kami nak Aiman tahu bahasa mandarin. Bahasa mandarin adalah salah satu bahasa yang digunakan meluas di Malaysia, malah luar dari Malaysia. Kami tidak letakkan sebarang target jawatan atau pekerjaan buat Aiman di usia dewasa kelak. Cukup dia miliki akhlak yang baik, bijak dalam memilih kawan yang baik-baik saja, hati dan kaki lekat di masjid dan kawan-kawan yang positif dan bertakwa, serta kekal dalam landasan ajaran Islam yang sebetulnya dan sebenar-benarnya. Bahasa Mandarin yang Aiman akan kuasai ini insyaallah menjadi salah satu “senjata tambahan” buat Aiman ke depan dalam segenap bidang yang dia ceburi nanti. Samada pekerjaan ataupon bisnes.
Sebab ketiga, dan sebab ini adalah penguat untuk sebab pertama dan kedua. Sebab ketiga adalah untuk Aiman menjadi pendakwah yang tahu berbahasa mandarin. Tanggungjawab kita memperkenalkan apa itu Islam itu kepada non muslim termasuk bangsa Cina. Mereka berbangsa cina, tidak semestinya mereka tidak boleh beragama Islam. Ibu saya seorang cina. Tapi beliau beragama Islam. Besar tanggungjawab kami dalam memperkenalkan ilmu dari agama tauhid ini buat yang muslim, apatahlagi yang belum atau bukan muslim. Ajaran agama Islam ini cukup indah jika mereka tahu ajaran Islam yang sebetolnya.
Sebab keempat, kami tidak mahu hilang “darah cina” dari diri anak-anak kami, juga diri kami :). Kami rasakan ia sesuatu yang bagus untuk dikekalkan. Kami boleh keep on makin rapat dengan keluarga cina kamiwalau agama kami berbeza 🙂 Jadi, tak mau hilang darah cina tu…kami kena tahu berbahasa mandarin 🙂
Itu saja 4 sebab kenapa kami memilih untuk menghantar Aiman dan insyaallah adik-adiknya juga ke sekolah cina. Ni baru hari pertama Aiman ke sekolah ni. Saya tak boleh kupas banyak sangat la lagi :). Nanti setahun belajar kat situ… haaa… baru boleh bagi tips extra bagi kawan-kawan yang berminat menghantar anak-anak ke sekolah cina :).
Tapi yang paling penting, buat istikarah. Serah kat Allah untuk memilih. Dan syukur alhamdulillah, kami melakukan istikarah, doa dan buat kajian sebelum melakukannya. Bila daftar Aiman darjah 1, tengok-tengok….55% adalah Melayu. Dan ramai pulak tu tau basic simple sangat dan ada yang tak tahu apa langsung bahasa mandarin. Maksudnya, si anak tak terdedah langsung dengan bahasa Mandarin sebelum ni. Lega tau kami. hehe. At least Aiman dia ada basic walau sangat basic. hehe.
Teman-teman…Doakan anakanda kami, Aiman dan adik-beradiknya menggapai dan tercapai keempat-empat sebab kami menghantar anak-anak ke sekolah cina.
Saya akan kongsikan pengalaman kami menghantar anak ke sekolah cina. Insyaallah. 🙂
Salam sayang,
Master ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Kenapa hantar Anak ke sekolah cina? Sekolah cina