Penjagaan Kulit Bersama Youth- Kekal Muda Dan Jelita

Selama lebih daripada 60 tahun, Shaklee tidak pernah berhenti membantu kita semua untuk Hidup Lebih Muda, Lebih Lama dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini, Shaklee menggunakan kejayaan yang sama untuk membantu kita semua Kekal Muda, Jelita.

 

Mana ada orang yang tak nak kekal muda dan jelita kan. Kalau tanya nenek kat kampung pon. Kalau boleh diorang nak kekal muda dan jelita sampai bila bila. Itu fitrah manusia.

 

Tanyalah isteri yang sibuk urus anak seramai 12 orang pon. Dia tetap nakkan kekal muda dan jelita tu.

 

Dalam usaha Shaklee untuk menghasilkan revolusi YOUTH Complex, Shaklee telah menemui sesuatu yang menakjubkan. Surprising sangat! Sangat mengujakan!

 

Youth Skincare by Shaklee Kekal Muda dan Jelita

Youth Skincare by Shaklee Kekal Muda dan Jelita

 

Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia. Namun mereka sebenarnya enggan mengorbankan pengalaman mereka dengan sebarang benda! Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka di dalam cermin yang tidak menunjukkan betapa mudanya mereka rasakan di dalam diri.

 

Orang pempuan ni nak rasa muda dari dalam. Juga kat luar. Dua dua dia nak rasa muda.

 

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia melihat kita sebagaimana kita melihat diri sendiri.

 

Untuk kekal muda sama seperti apa yang kita rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, kita tentu akan menghargainya. Betol, sebab saya dah rasai sendiri kesan penggunaan Youth walau tak sampai 3 minggu pon lagi. Saya dah mula hargai diri sendiri lebih dari biasa. Hehe. Confident pon makin lebih tau. Alhamdulillah.

 

Janji Shaklee adalah penjagaan kulit YOUTH™ bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit kita semua secara dramatik, malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit kita menjadi lebih muda. Sememangnya menakjubkan.

 

Youth adalah Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia memandang anda semuda anda melihat diri anda.

MEMADAMKAN SEDEKAD PENUAAN

 

Shaklee tahu bahawa YOUTH Complex akan mengubah bagaimana anda melihat diri sendiri, tetapi bagaimana Shaklee buktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda?

 

Youth ni dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH™ terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa. Sangat luar biasa!

 

Kerana….

 

2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan YOUTH.

 

Wow!!!!

 

Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda. Ini bermakna kulit mereka bertambah muda 10 tahun dari sebelum ni.

 

Beraninya Shaklee claim camni. Ye, Shaklee berani sebab Shaklee ada ujian klinikal tentangnya. Bukan cakap kosong saja ye. Kami di Shaklee memang takde cakap kosong. Semuanya ada fakta melalui ujian klinikal. Bukan main main tau nak buat skin care ni. Ia melibatkan keselamatan pengguna. Sebab tu ia ambil masa selama 8 tahun untuk pastikan ia berjaya dihasilkan.

 

CLINICAL RESULTS WITHOUT COMPROMISE™
KEPUTUSAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI

 

YOUTH™ menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal – memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.

 

Indeks Usia Kulit

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tandatanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

  •  KEDUTAN KULIT
  •  SAIZ PORI
  •  TONA KULIT
  •  KEANJALAN
  •  TEKSTUR KULIT
  •  HIPERPIGMENTASI
  • SERI KULIT
  • KEKENDURAN

Shaklee telah buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. Kesemua produk Shaklee direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Shaklee telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk Shaklee selamat.

 

Shaklee sentiasa mengutamakan Bumi – Shaklee adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.

Temui rahsia kecantikan sejati bersama Youth!

 

Di bawah ni adalah senarai 1500 bahan yang Shaklee tidak gunakan dalam formulasi Youth. Dan ia terlalu panjang kalau nak disenaraikan semuanya. Dan list di bawah ni adalah sebahagian daripadanya.

  1. Lauril Sulfat/Laureth Sulfat
  2. Pewangi Sintetik
  3. Paraben
  4. Pengawet Formaldehid
  5. Pengawet Lain
  6. Minyak Mineral/Paraffin/Petrolatum
  7. Biji mikro (Plastik Mikro)
  8. EDTA
  9. Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)
  10. Pelindung Matahari Kimia
  11. Benzofenon
  12. Phthalates
  13. Cyclosilicone
  14. Sebatian ammonium kuartener
  15. Quaternium-15
  16. Hydroquinone
  17. Pewarna Sintetik
  18. Bahan-bahan dari haiwan
  19. Lanolin
  20. PEGs
  21. Propylene glycol
  22. Logam Berat
  23. Merkuri
  24. Perak & Garam
  25. Garam Barium
  26. Pelarut
  27. Toluene
  28. Bahan Dorong Chlorofluorocarbon
  29. Sebatian berfluorin
  30. Tar Arang
  31. Talkum
  32. Gandum (Gluten)

 

100% bahan dalam Youth adalah berasaskan tumbuhan. Apa korang rasa sekarang? Makin excited? Saya macam tulah. Sangat sangat excited!

 

KUASA BOTANIKAL

 

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi. Terdapat 5 bahan semulajadi asas kepada kewujudan Youth ni.

 

1.MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin

 

Bahan Dalam Youth Muscadine Grape

Bahan Dalam Youth Muscadine Grape

 

2. LOTUS JAPONICUS 

 

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

 

Bahan Dalam Youth Lotus Japonicus

Bahan Dalam Youth Lotus Japonicus

 

3. APPLE STEM CELL EXTRACT

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

 

Bahan Dalam Youth Apple Stem Cell Extract

Bahan Dalam Youth Apple Stem Cell Extract

 

4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

 

Bahan Dalam Youth Schisandra Chinese Fruit Extract

Bahan Dalam Youth Schisandra Chinese Fruit Extract

 

5. VITAL REPAIR+® COMPLEX

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

 

Bahan Dalam Youth Vital Repair

Bahan Dalam Youth Vital Repair

 

Youth Complex. Apa Produk Di Dalamnya?

 

  1. Luminous Gel Oil Cleanser

 

Ia berfungsi 3 dalam 1. Tidak mengandungi sabun. Bila pakai ia tak berbuih pon. Pakai sikit pon kulit dah rasa lembut. PH nya seimbang. Ia mengandungi vitamin, polifenol, dan algae yang berfungsi untuk membuatkan kulit rasa halus, bersih, lembut dan bersedia untuk langkah seterusnya.

 

Dalam cleanser ni ada muscadine grape tau. Yang ada dalam Vivix tulah. Power kan Shaklee. Muscadine grape tu bukan saja diletakkan dalam Vivix untuk diminum sebagai minuman botanikal. Tapi juga di letak dalam pencuci muka rangkaian Youth. Kiranya sape amal dua dua insyaallah cantik dan sihat luar dan dalam lah. Perghh.

 

Bila pakai luminous gel oil cleanser ni memang kulit rasa lembut sangat tau korang. Boleh pakai di muka dan leher sekali ye. Baru dua dua awet muda.

 

Rangkaian Youth

Rangkaian Youth

 

2. Perfecting Skin Toner

 

Toner ni bebaskan kulit dari sel kulit kusam dan ejen persekitaran yang mencemarkan kulit. Ia boleh buatkan kulit menjadi lebih cerah dan berseri. Toner ni membersihkan kulit mati, mengekalkan hidrasi kulit agar tak kering, dan juga bekalkan nutrisi pada kulit kerana ia juga miliki vitamin dari botanikal terpilih.

 

Toner ni boleh dipakai dengan dua cara. Iaitu dengan kapas mahupon dep dep gitu je. Kalau pakai dengan kapas, ia mencuci kali kedua. Kiranya sel mati dan kulit kusam boleh melekat kat kapas tu. Akan nampak kekuningan kat kapas tu nanti.

 

3. Activating Serum

 

Activating Serum produk dalam Youth Complex

Activating Serum produk dalam Youth Complex

Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah denganmempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat. Kulit yang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.

 

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

 

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih Shaklee bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

 

Ini bermakna yang Shaklee tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, Shaklee juga menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

 

Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH.

 

Ia perlu dipakai bersama moisterizur kerana pakai serum semata mata membuatkan ia tidak stabil.

 

Activating serum Rangkaian Youth

Activating serum Rangkaian Youth

 

4. Age Defense Moisturizer – SPF 50

 

Disebabkan oleh Malaysia ni miliki UV yang tinggi sepanjang tahun, Moisturizer ni direka khas untuk pasaran Malaysia. Hebat kan? Kat negara lain sekadar Spf 30 camtu je tau. Kita ni Shaklee buat khas dengan Spf 50.

 

Ia melindungi kulit kita daripada UV A dan UV B. Apa tu UV A dan UV B? UV A adalah pancaran cahaya yang masuk ke dalam lapisan kulit dalam. Kolagen dan elastin ada dalam lapisan kulit. Jadi kalau tak lindung dari UVA, habis semuanya termusnah. Dan inilah punca TUA. Kalau perasan, orang orang yang terdedah kepada matahari memang nampak lebih tua kan. Lagi lagi kalau takde guna perlindungan UV A. UV B pulak ia serang permukaan luar kulit. Jadi sunburn tu disebabkan oleh UV B. Dan Youth age defense moisturizer ni lindung kulit kita dari kedua-duanya.

 

Dalam Youth age defense moisturizer ni ada muscadine grape, SPF 50 dan vital repair yang cukup hebat. Pakai ia pada waktu siang tau.

 

SPF 50 Moisterizer Rangkaian Youth

SPF 50 Moisterizer Rangkaian Youth

 

 

5. Krim malam

 

Ia membantu dalam menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur. Campuran yang Shaklee buat ni bantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin. Ia membuatkan kulit kita menjadi lebih muda dan cerah. Saya pakai ni setiap malam dah masuk 17 hari tau. Kulit muka memang nampak lebih cerah. Tiap pagi bila bangun rasa makin semangat. Hehe. Betol ni saya cakap. Happy je rasa. Senyum memanjang.

 

Night cream rangkaian Youth

Night cream rangkaian Youth

 

6. Radiant C & E

 

Radiant C & E ni mengandungi 20% kepekatan C & E. Ia mampu untuk mengembalikan keserian di wajah. Radiant C&E ni tak boleh dipakai di siang hari sebab ia sangat sensetif dengan cahaya matahari tau. Bahan luaran dia yang color emas ni pon bukan calang calang. Ia dihantar ke Paris untuk dibuat ujian samada ia mampu jaga kualiti vitamin C&E dalam kapsul tu ke tak nanti bila guna. Dan semuanya dari tumbuhan. Best ke best?

 

Radiant C dan E Rangkaian Youth

Radiant C dan E Rangkaian Youth

 

Nak rasai Youth ni sendiri? Nak tanya sesuatu pasal Youth lagi?  Atau nak order Youth set hari ni? Boleh hubungi nombor di bawah segera. Ada diskaun sehingga 25% tau bila buat belian Youth dari saya.

 

Salam sayang,

Master Ira & Master Hafizan

013-9422527

Untuk wasap: http://iralat.wasap.my

 

 

 

 

 

2 Responses to “Penjagaan Kulit Bersama Youth- Kekal Muda Dan Jelita”
  1. nikkhazami 22 February, 2018
    • mm Nur Zahirah 24 March, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge