Bercuti Dengan Budget RM600 Untuk 3 Hari 2 Malam

Alhamdulillah. Dah habis dah percutian kami sempena cuti tahun baru cina. Anak anak kami cuti awal sebab diorang bersekolah cina kan. Jadi seawal mungkin kami pergi jalan jalan bagi elakkan jem, hotel penuh dan padat dengan orang. Boleh lah kongker hotel tu secara privacy. Heheh.

 

Ke Mana Kami Pergi Jalan Jalan?

 

Kami tak gi jalan jauh jauh pon. Hanya 3 jam dari rumah je. Sebenarnya ni percutian on spot saja. 4 hari sebelum bercuti baru kami teringat yang akan ada cuti tahun baru cina. Kami sebenarnya dalam dilema nak pergi mana. Akhirnya kami putuskan untuk ke Bukit Keluang Beach Resort, Besut. Kami tinggal di sini satu malam.

 

Kami pilih bilik yang ada 3 katil single berbanding 1 Queen Bed + 1 single bed. Ni sebab kami ada 3 anak yang dah pandai berdikari. Diorang ni tentu teruja kalau ada katil sendiri dan towel sendiri. Kasi can lah kat diorang. Nanti dah besar diorang kena tidor bilik lain dah kan.

 

Bila makin besar ni diorang lebih gemar pada sesuatu yang ada privacy buat diorang.

 

Sebab apa kami pilih Bukit Keluang Beach Resort?

 

 

Yang pertama adalah sebab kami kan last minute pilih tempat percutian. Haha. Jadi banyak hotel yang kami nak tu dah penuh orang booking. Hahaha.

 

Yang kedua adalah bila kami pilih hotel yang available, Bukit Keluang Beach Resort lah yang terbaik buat kami sekeluarga. Sebab bila kami tanya anak anak, diorang sebenarnya nak spend time mandi kolam puas puas. Bukannya nak mandi air laut tepi pantai. Ok, kiranya kami kena cari hotel yang ada kolam yang best.

 

Bila kami tengok Bukit Keluang Beach Resort, kami berpuas hati lah tengok kolam yang banyak dan besar. Walau resort ni takdelah baru sangat. Namun bagi kami ia ok la sebab hotel 3 bintang je kan. Bagi kami bilik ni selesa sebab kami diberi bilik yang dekat dengan jalan yang boleh kami park kereta dekat je. Bilik yang kami dapat ni nombor 549.

 

Percutian Budget ke Bukit Keluang Beach Resort

Percutian Budget ke Bukit Keluang Beach Resort

 

Kiranya jauhhh berbanding dengan kolam renang. Ok je bagi kitorang. Boleh jalan jalan explore resort ni sambil berlari lari dengan anak anak. Resort ni dikelilingi oleh pokok yang banyak. Jadi petang dan malam malam memang banyak nyamuk. Kami memang ada bawa Ridsect sendiri since kami baca dulu review orang ramai pasal resort ni.

 

Kami juga bawa ubat nyamuk gel tu. Ia digunakan untuk halau nyamuk. Kami letak kat pintu bilik setelah kami sembur bilik dengan Ridsect sebelum pergi makan. Satu malam harga bilik ni kami dapat RM157. Kami order melalui resort ni sendiri. Kalau kat Agoda harga bilik ni RM180. Jadi save dah la dekat dekat RM30 kan. Boleh beli udang celup tepung 150 ekor dah ni. Hahaha.

 

Kami sebenarnya call pihak resort sebab nak tau keadaan kolam renang di situ. Nak tanya kolam tu berfungsi atau tak. Juga nak mintak tukar air since anak anak kami nak mandi manda kat sana kan. Takut sebab masa tu orang lain belum mula bercuti, takut diorang tak tukar air. Particular sangat ibu dan abah diorang ni kan. Hehe. Yelah, tak nak ada masalah kencing tikus ke apa kan. Kata diorang memang diorang tukar air.

 

Mandi Kolam Di Bukit Keluang Beach Resort

Mandi Kolam Di Bukit Keluang Beach Resort

 

Bila kami ke sana, 1 dari 4 kolam renang ni macam airnya tak ditukar. Sebab banyak ranting ranting dalam tu. Takkan pagi tu baru salin dah sebanyak tu kan. Kiranya ni kolam kedua terbesar lah. Atau mungkin sebab angin kuat maka ranting dari pokok rhu banyak jatuh dalam tu. Namun saya memang tak berapa puas hati pada 1 kolam tu lah. Kolam yang dua dari kiri. Jadi anak anak kami tak main sangat kat kolam tu walau air kat dalam kolam tu pon mengalir.

 

Alah, ada lagi 3 kolam kan. Main kat situ lah.

 

Ibu layan anak anak mandi dalam kolam di Bukit Keluang Beach Resort

Ibu layan anak anak mandi dalam kolam di Bukit Keluang Beach Resort

 

Lepas 2 ke 3 jam berentap dalam kolam, anak anak masih takmau naik. Haih lah anak. Kaki tangan semua dah kecut dah haa. Kena paksa naik baru nak naik. Sampai di bilik, anak anak mandi bersabun. Kemudian kami siram baju renang diorang. Jemur kat luar bilik. Saya suka tau resort yang sediakan tempat untuk jemur baju basah. Mudah kerja mak mak macam saya. Saya sangat tak selesa kalau baju basah merata dan tak tersusun elok. Boleh jadi moody tau kalau berterabur sebab baju yang sama jugak diorang nak pakai untuk berenang esok pagi pulak. Hehe. Jadi bila ada ampaian di luar bilik, saya sangat happy tau. Baju basah kami dan anak anak boleh disidai elok. Fuh legaaa. Takde la risau diorang rasa gatal ke miang ke kan nanti bila pakai baju sama esok pagi. Haha.

 

Abah layan Hazim mandi kolam

Abah layan Hazim mandi kolam

 

Petang tu kami jalan jalan kat tepi pantai Bukit Keluang. Sebenarnya ada disediakan jungle tracking untuk ke pantai. Dengan cara naik turun bukit. Kami ni dengan anak anak kecil belum sesuai lah. Jadi kami lalu ikut jalan biasa. Ada taman permainan. Ada yang jual fishball, sosej dan macam macam la. Yang ni jenuh saya tolak permintaan anak anak. Diorang tetap berdegil nak jugak. Hmm. Saya bagi la sorang ambik 3 cucuk. Dengan syarat takde dah lepas ni makanan camni sebab ia bukan bagus pon. Diorang setuju. Ok proceed lah.

 

Kami balik ke resort sebelum masuk Maghrib. Bersiap untuk bersolat jemaah jamak solat Maghrib dan Isyak bersama keluarga kami. Zikir sama sama. Berdoa sama sama. Sujud syukur sama sama sebab Allah bagi nikmat masa yang lapang, duit yang ada, anak anak yang tenang dan gembira dengan apa yang diperolehi hari ni dan selama ini.

 

Lepas tu kami ke pantai untuk makan malam. Ada beberapa buah kedai makan la. Kami boleh pilih nak makan kat kedai mana. Malam ni dinner kami bagi peluang anak order apa saja yang diorang nak makan. Kat kedai tu ada pulak orang jual keropok. Adoi. Ada lagi yang merayu nak beli keropok pulak. Kali ni saya rejek betol. Haha. Dan kali ni saya menang dan anak anak mengalah. Cabaran betol tau dalam besarkan anak zaman macam macam benda merapu banyak ni.

 

Makan malam di tepi pantai Bukit Keluang

Makan malam di tepi pantai Bukit Keluang

 

Anak anak makan apa yang diorang nak. Cuma air saya tetapkan minum air kosong je malam tu. Haha. Sebab saya tak nak anak anak minum air manis lagi sebab pagi tadi dah ada minum air manis dah. Esok  pagi pulak minum. Jadi saya kena latih diorang untuk minum yang manis sekali sekala je. Bukan berkali kali setiap hari. Bahaya untuk kesihatan diorang. Dan saya nak corak pemakanan diorang jugak la.

 

Esok pagi kami makan pagi kat kedai nasi kerabu. Fuhhhh! Bau ayam bakar dan ikan bakar tu memang memanggil manggil kami. Dahla semalam ada saya cakap kat suami yang saya teringin nak makan nasi kerabu. Hari ni Allah bagi rezeki bukan saja dapat makan nasi kerabu, namun boleh makan nasi kerabu ayam bakar panas panas pulak tu!

 

Syok kann. Hehe. Tak mahal pon. Murah saja. Kami makan kat kedai makan luar dar resort sebab resort ni takde sediakan sarapan pagi. Anak anak pon makan nasi macam macam.

 

Tengahari tu kami check out walau anak anak merayu nak tinggal lagi satu malam kat resort tu sebab diorang nak mandi kolam lagi. Sebenarnya sebab kami nak check in tempat lain pulak. Haha. Tak habis lagi bercuti rupanya.

 

Saya call Merang Beach Resort kat Setiu. Nak pastikan ada kolam renang jugak ke kat sini terutamanya anak anak. Katanya ada. Bilik dah penuh. Semua dah berpunya. Namun kat Agoda masih ada. Kat Agoda RM166 untuk satu bilik termasuk sarapan pagi. Kalau walk in kat hotel harganya dah lain. RM180 untuk satu malam. Kali ni bila booking kat Agoda lagi murah.

 

Jalan nak masuk ke Resort ni berbatu. Belum bertar lagi tau.

Kami check in ke Merang Beach Resort yang jaraknya hanya 2 jam dari rumah kami. Bilik hotel kami betol berdepan dengan swimming pool. Tak luas mana pon swimming pool ni. Namun special sikit sebab ada kolam yang ada gelongsor bahagian kanak kanak.

 

Petang tu apa lagi. Terus anak anak terjun kolam tanpa sabar. Diorang ni memang tak jemu jemu mandi kolam lah. Memang budak betol. Hehe. Namun ia lebih mudah bagi kami lah sebab kolam tu depan bilik je. Lepas tu takde lah kolam tu dalam sangat. Diorang boleh mandi sendiri sebab ada pelampung jugak kan. Namun tetap pesan untuk berhati hati dan jaga diri. Saya tahan anak bongsu je dari mandi dulu. Sebab kami suami isteri nak rehat kejap.

 

Tapi tak lama si bongsu boleh tahan. Dia memang duk paksa saya untuk bawa dia ke kolam renang. Jadi saya tukarlah pakai baju renang demi temankan Hazim. Tak lama lepas tu dengan saya saya sendiri lencun dah dalam kolam. Si bongsu pon duk main gelongsor terjun dalam kolam. Saya jadi tukang sambut kat bawah hehe.

 

Tengahari dan malam tu kami makan malam di luar. Satu yang saya tak berapa rasa best adalah takde kedai makan sangat. Ada satu je. Adeh. Syukur lah kedai ni bukak. Kalau lah kedai ni tutup memang kami terpaksa makan roti jelah malam tu. Kawasan ni takde kedai makan dan takde sangat kedai besar besar tau. Jadi kalau nak pergi sana memang kena bersiap sedia untuk ini lah.

 

Esok pagi lepas sarapan, anak anak terus terjun kolam jugak. Ishk diorang ni. Tak puas puas lagi. Saya dan suami pulak ke tepian pantai untuk buat photoshoot produk bisnes kitorang iaitu vitamin Shaklee dan Youth Skincare. Lepas tu kami anak beranak main air laut tepi pantai. Tak mandi pon. Rendam kaki je. Bukannya mandi. Bahaya sebab ombak kuat.

 

Selepas dah siap anak anak kami berendam semua. Jam 11.30 pagi semua dah dipaksa naik. Kami kemas barang untuk check out. Selepas check out, suami buat surprise pulak. Dia drive ke arah Pantai Rhu. Kat sana kami makan udang celup tepung, sotong cheese celup tepung, coconut shake, air teh beng laici, ABC special dan juga Maggi Sup. Haha dasyat makan tengahari kitorang kan. Balik memang kena detoks kaw kaw ni. Kat sini habis dalam RM50. Puas hati makan. Sampai kenyang semua orang.

 

Buai baring tepi pantai

Buai baring tepi pantai

 

Best kat sini sebab ia dekat sangat dengan pantai. Kami betol betol makan sambil mengadap pantai. Meja makan kat bawah pokok. Kawasan teduh walau tengahari dan ramai orang. Kat sini siap ada musalla dan telekong yang bersih tanpa bau. Korang boleh cari kedai makan ni yang ada signboard Crispy and Cheezy. Kami terlupa nak snap gambar. Tempat ni baru je tau. Baru je setahun dibuka.

 

Makan udang celup tepung tepian pantai

Makan udang celup tepung tepian pantai

 

Kat sini ada disediakan buai kecik kecik untuk baring dan berbuai. Anak anak seronok sangat tau. Pantainya ya Allah cantik giler! Kat sini udang celup tepung 45 ekor RM10. Udangnya rangup. Sedap dimakan. Kejap je serbu terus licin. Sampai suami pon tak sempat nak merasa. Anak anak dan isterinya tolong habiskan. Hehe. Takpe. Ada cheezy sotong celup tepung. Penuh sepinggan. RM15 seketul besar tu. Bagi saya murahlah. Tapi tempat lain saya tatau la. Kat sini kali pertama makan. Hehe. Namun saya puas hati lah. Terutamanya ada musolla tu senanglah. Alang alang anak tengah makan dan main, kami solat jamak qasar Zohor dan Asar teruslah. Takyah berhenti tempat lain dah.

 

Buai tepi pantai terengganu

Buai tepi pantai terengganu

 

Habis je makan kami teruskan perjalanan balik ke rumah. Anak anak terlentuk tidor dalam kereta. Diorang semua kata seronoknya bercuti 3 hari 2 malam ni. Saya tanya suami budget kami habis berapa? Suami cakap kalau termasuk dengan minyak kereta, penginapan, makan minum, tol dan mainan anak anak tu dalam RM600 la semuanya.

 

Alhamdulillah. Tak perlu nak pergi jauh jauh. Dekat pon kami dah boleh spend time together dengan hati yang tenang.

 

Tu je perkongsian saya hari ni. Semoga kawan kawan ada idelah nak gi jalan dengan budget yang rendah dekat dekat Terengganu ni.

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

Klik sini untuk wasap direct: http://iralat.wasap.my

 

 

 

 

 

 

2 Responses to “Bercuti Dengan Budget RM600 Untuk 3 Hari 2 Malam”
  1. mrhanafi 6 March, 2018
    • mm Nur Zahirah 24 March, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge