2 Zikir Yang Buat Allah Lebih Mudah Bagi Rezeki

Saya kongsikan rakaman youtube dari perkongsian Ustaz Ebit Lew mengenai zikir yang kita boleh amalkan setiap hari. 2 zikir ini adalah seperti di bawah:

 

  1. Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim 100 kali pagi
  2. Istighfar 100 kali pagi

 

Ni sebab Allah ampunkan dosa kita walau dosa kita banyak seluas lautan bila kita amalkan 100 kali setiap pagi.

 

Ini 2 kalimah yang ringan atas lidah kita, berat dalam timbangan, yang dikasihi ya maha rahman (Allah). Iaitu Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azim.

 

Boleh dengar perkongsian lengkap ni di link ni ye.

 

Jom kita keep on amalkan amalan ni supaya kita dimurahkan rezeki. Bukan zikir ni yang beri rezeki kat kita, namun Allah yang bagi. Semua yang kita nampak di dunia ni semuanya dari Allah. Andai kita nampak hebatnya orang tu, itu adalah daripada Allah. Cantiknya orang tu, cantik itu daripada Allah. Segala puji pujian adalah milik Allah.

 

 

2 Zikir Yang Buat Allah Lebih Mudah Bagi Rezeki

 

Ucapan di atas adalah lebih mahal dan besar dari segalanya. Nama Allah dan kalimah Allah lebih besar dari segalanya. Bila kita berzikir, hati kita akan tenang. Walau semua orang sedang keji dan hina kita, hati kita tetap tenang. Semua makhluk Allah akan sentiasa berzikir Subhanallah wabihamdihi. Semua makhluk sentiasa berzikir pada Dia.

 

 

2 Responses to “2 Zikir Yang Buat Allah Lebih Mudah Bagi Rezeki”
  1. izwan 20 February, 2018
    • mm Nur Zahirah 24 March, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge