Tingkatkan Kekuatan Badan Kita Dengan Polifenol Dan CoQ10

Ramai orang nak badan yang sihat. Bila kita nak tu, memang kita kena tahu macamana untuk dapatkan

nya. Hari ini saya akan kongsikan dengan anda tentang  topik tingkatkan kekuatan badan kita. Jadi topik  yang saya akan kongsikan sekejap lagi, ia akan uat kita kekal bertenaga sepanjang masa walaupon kita sibuk.

 

 

Tingkatan kekuatan badan anda.

Tingkatan kekuatan badan anda.

 

Apakah Tanda-Tanda Sel Kita Tidak Sihat?

 

Tanda-tanda sel tidak sihat.

Tanda-tanda sel tidak sihat.

 

Kunci kepada tubuh badan  yang sihat adalah dari sel badan yang sihat. Sel adalah unit yang paling kecil dan terkecil dalam badan kita. Sel yang sihat maknanya  kita akan mempunyai kulit yang cantik, kita akan mempunyai  sistem  imunisasi  yang kuat dan rambut kita sihat. Tidak lah bercabang-cabang dan kering.

 

Apa yang akan terjadi apabila sel dalam badan kita tak sihat? Sel yang tak sihat  selalunya disebabkan oleh penuaan sel  yang kita panggil aging dan penuaan sel ini akan menyebabkan gejala-gejala yang  seperti

  • letih,
  • kedutan pada kulit,
  • kulit menjadi kusam,
  • sel hati yang kurang sihat yang akan menyebabkan metabolisma lemak jadi lambat dan akibatnya berat badan anda bertambah,
  • sel otak yang kurang sihat dia akan menyebabkan minda atau memori yang lemah.

 

Apakah Yang Menyebabkan Sel Tidak Sihat?

 

Apa yang menyebabkan sel tidak sihat?.

Apa yang menyebabkan sel tidak sihat?

 

Jadinya faktor apa yang menyebabkan sel  kita tak sihat sebenarnya?

 

  1. Sinaran UV

Salah satunya adalah kerap terdedah kepada  sinaran uv. Walaupun kita mungkin bekerja dalam ofis mahupon sebagai seorang suri rumahtangga yang jarang keluar di bawah matahari, sinaran uv tetap akan  menembusi dinding rumah dan simen rumah kita. Contohnya even kita buka lampu dalam rumah pun, lampu tu juga akan menghasilkan sinaran uv.

 

2. Stress dan Tekanan

 

Tekanan stress dari kerja, mahupon stress dari hal keluarga. Biasalah kita ni ibu ibu yang sibuk. Nak besarkan anak pon sudah tentu banyak cabaran ditempuhi. Jadi ia sedikit sebanyak membuatkan sel badan kita tak sihat.

 

3. Pencemaran Dari Bahan Kimia Dan Alam Sekitar

Masalah pencemaran bahan-bahan kimia dari syampu-syampu kita guna setiap hari boleh mengganggu sel badn kita dan mengakibatkannya mudah rosak. Ia boleh membuatkan radikal bebas banyak terbentuk dan pada masa yang sama sel mengalami kecacatan. Seram kan? Sebab bila sel tu cacat, organ pon boleh jadi kurang efisen untuk bekerja.

 

4. Gaya Hidup Yang Tidak Sihat

 

Contohnya, makanan yang bergoreng dan semua ini akan menghasilkan radikal bebas iaitu free radical dalam badan kita. Akibatnya radikal bebas ini akan menyerang sel yang sihat dan menyebabkan banyak  sel  yang sihat ini mati.

 

Bagaimana Nak Buat Sel Jadi Sihat?

 

Jadi sekarang ni apa yang kita boleh buat untuk pastikan sel badan kita jadi sihat?

 

  1. Pengambilan polifenol yang cukup

 

 

Apakah itu POLIFENOL?

Apakah itu POLIFENOL?

 

Kunci untuk sel badan yang menjadi sihat adalah polifenol. Polifenol  adalah antioksidan yang kuat dan antioksidan ini dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan juga buah-buahan  secara semulajadi. Fungsi polifenol dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ini adalah untuk memberikan warna kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Contohnya, anggur yang berwarna ungu, buah oren yang berwarna warna oren dan juga epal yang berwarna merah. Semua ini adalah disebabkan oleh polifenol. Polifenol memberikan warna yang cantik kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ini dengan tujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada penyakit dan jangkitan kuman contohnya.

 

Kajian menunjukkan polifenol yang semulajadi dari  tumbuh-tumbuhan  ini dia dapat memberikan manfaat kesihatan kepada badan kita. Contohnya,

  • ia dapat melindungi  dan memperbaiki  DNA  dalam setiap sel  badan kita,
  • ia dapat membantu untuk merangsang  prestasi sel,
  • melambatkan pembentukan AGEs protin. AGEs protin ni kita panggil Advanced glycation end products maknanya ia akan terbentuk  apabila  gula dalam badan kita bertindak balas dengan lemak ataupun  protin. AGE protin ini adalah salah satu faktor utama yang mencetuskan penyakit kronik  seperti penyakit diabetes dan kanser.
  • boleh meningkatkan tenaga sel  untuk membantu memperbaharui sel kita,
  • menggalakkan kesihatan telomere. Telomere adalah bahagian paling hujung pada DNA dalam sel badan kita. Kajian menunjukkan yang mereka yang mempunyai  jangka  hayat yang panjang selalunya mempuyai telomere dalam  sel mereka sangat panjang berbanding dengan mereka yang sakit dan berbanding  dengan mereka yang on long-term medication.

 

Apa Manfaat Polifenol Untuk Pastikan Gula Darah Sihat?

 

Polifenol bermanfaat!.

Polifenol bermanfaat

 

Sekarang kita lihat pula apakah fungsi polifenol kepada badan kita. Kajian menunjukkan polifenol dari tumbuh-tumbuhan ini dapat mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat dengan cara seperti berikut.

 

  1. Polifenol  boleh mengawal penyerapan glukosa selepas pemakanan kita.
  2. Ia dapat meningkatkan sensitiviti insulin  kita supaya dapat menukarkan glukosa kepada tenaga dengan masa yang lebih singkat.
  3. Ia merangsang rembasan penghasilan insulin dengan lebih awal maknanya sebelum anda makan insulin dah ready dalam badan. Bila kita ambil gula, gula dalam darah kita memang stabil. Ia tidak akan naik dengan mendadak dan juga memperbaiki penguraian  insulin untuk memastikan  paras gula yang sihat.

 

 

Polifenol Untuk Cantikkan Kulit

 

Polifenol bermanfaat!.

Polifenol bermanfaat

 

Selain itu, polifenol  boleh  membantu untuk  meningkatkan  kesihatan  kulit dengan cara berikut

 

  1. Ia boleh membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV  dan seterusnya mengurangkan penuaan pramatang  dan  pembentukan kedutan. Sinaran UV adalah pencetus kepada penuaan pada sel kulit kita. Contohnya, pigmentasi, garisan halus, kulit yang kusam secara automatik akan berkurang. Macam mat alleh kan suka berjemur. Risikonya kulit merek ada pigmentasi yang sangat banyak.
  2. Menyokong penghasilan kolagen sebab UV ni dia akan masuk ke  dalam struktur kulit kita. Jadi bahagian yang kedua iaitu kita panggil bahagian demis, ia sangat penting. Ia diperkaya dengan kekenyalan dan juga kolagen. Maknanya dua struktur ini elasting dan juga kolagen dia membantu untuk support kulit kita supaya kulit kita tegang. Tapi  sinaran uv ni dia akan masuk terus  sampai ke bahagian demis  dan selalunya  akan   rosakkan   lapisan kolagen dan  elasting ini. Jadi bila kita  amalkan polifenol, ia jaga sel kulit kita  daripada sinaran UV. Secara automatik kulit kita akan sentiasa kaya dengan kolagen baru. Jadi kulit kita nampak  muda, berseri dan  halus.

 

 

Polifenol Untuk Kesihatan Jantung

 

Polifenol bermanfaat!.

Polifenol bermanfaat!

 

 

Terdapat  banyak kajian saintifik  yang juga menunjukkan polifenol  boleh meningkatkan kesihatan jantung  dimana polifenol ini dapat mengurangkan keradangan pada pada saluran darah kita. Sebagai contoh  masalah strok dan serangan jantung disebabkan oleh  keradangan  di bahagian salur darah kita. Polifenol boleh membantu untuk menggalakkan lapisan salur darah yang sihat, menggalakkan tekanan darah yang sihat  dengan mengekalkan keanjalan salur darah kita. Bila salur darah kita mempunyai keanjalan  yang bagus  maknanya  elasticity yang  bagus  ia dapat mengawal tekanan darah kita jadi lebih sihat. Juga mengekalkan kadar pembekuan  platlet  yang  sihat.Sebagai contoh kalau pembekuan platlet ini  jadi  tidak normal, ia akan membuatkan  peredaran darah tersumbat lalu menimbulkan masalah strok dan masalah serangan jantung.

 

Apakah Campuran Sempurna Polifenol?

 

 

Campuran Sempurna polifenol.

Campuran Sempurna polifenol.

 

Jadi apakah  bahan  semulajadi  yang boleh memberikan campuran polifenol  yang bermanfaat dan berkuasa  pada badan kita? Bahan bahan seperti  anggur  muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan elderberi  eropah memberikan campuran polifenol yang  sangat berkuasa , dimana ia boleh membekalkan resveratrol  dan 15  jenis polifenol yang lain.

 

Kuasa empat  jenis   bahan bahan  di sini  ia dapat memberikan campuran polifenol  10 kali ganda  lebih berkuasa berbanding  dengan resvetatrol  biasa. Mengikut kajian, empat   jenis  bahan di sini  yang memberikan campuran polifenol yang berkuasa  adalah kunci untuk aktifkan  jangka hayat  yang lebih panjang  dengan cara untuk  melambatkan penuaan sel  dalam badan kita.

 

Nak tahu produk apayang sangat hebat ni dan miliki semua ciri di atas? Klik link ni ye.

 

 

Haa tu satu. Satu lagi nutrien yang penting untuk sihatkan sel badan kita adalah CoQ10.

 

 

Tingkatkan tenaga sel anda dengan CoQ10

Tingkatkan tenaga sel anda dengan CoQ10.

 

Apakah itu CoQ10? Apakah bahan yang utama  dalam CoQ10 ini?

 

Apakah itu coenzyme Q10

Apakah itu coenzyme Q10

 

CoQ10 ataupun dikenali sebagai coenzyme Q10 adalah sejenis  nutrien yang semulajadi  dalam sel badan kita. Nutrien ini adalah nutrien yang larut lemak.

 

Fungsi CoQ10 ini adalah sebagai antioksidan semulajadi yang melindungi sel  dalam badan kita dari serangan radikal bebas  dan seterusnya  ia membantu meningkatkan  tenaga  untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh sel badan kita .CoQ10  berada dalam  mitokondria setiap  sel badan kita  dan mitokondria ini ,dia adalah tempat  yang membantu untuk penghasilan  tenaga. Jadi apakah fungsi  CoQ10 ini  dan bagaimana ia berfungsi  untuk penghasilan tenaga?

 

Pertama sekali, ia bertindak sebagai palam pencucuh sel  ataupun  spark plag. Sebagai contoh spark  plag dalam kereta kita. Bila kita kita start kereta, ia akan menghantar  elektrik kepada plak kita. Jadi plak plak ini menyalakan bahan api dalam kereta  dan buat  enjin kereta kita hidup. Jadi teori ini lebih kurang sama dengan  sel badan kita. Bila sel badan  kita menerima nutrien  dari pemakanan, CoQ10  yang memang akan stand by  dalam mitokondria ini (umpama kilang), ia akan mulakan proses  penghasilan tenaga untuk menukarkan  nutrien atau makanan kepada tenaga.

 

Mengapa CoQ10 Penting?

 

Mengapa CoQ10 penting?

Mengapa CoQ10 penting?

 

Jadinya bila  CoQ10  ini membantu untuk meningkatkan tenaga  kepada sel kita dan kita boleh kekal bertenaga sepanjang hari. Ia dapat

  • membantu  memperbaiki  sistem  peredaran darah
  • menyokong  kesihatan kesuburan
  • memberikan kulit yang lebih sihat
  • untuk improve ketajaman minda kita.

 

Bagaimana CoQ10 Berfungsi Bersama Polifenol

 

Bagaimana CoQ10 berfungsi bersama polifenol?

Bagaimana CoQ10 berfungsi bersama polifenol?

 

Ada yang bertanya adakah saya perlukan CoQ10  kalau saya sudah atau tengah amalkan polifenol. Jawapan saya ye, anda perlukan  polifenol dan juga CoQ10  sebab nutrien. 2 jenis  produk ini akan memberikan fungsi yang lebih baik  kalau kita amalkan dua produk ini serentak. Jadi bagaimana CoQ10 ini  berfungsi bersama polifenol?

 

Pertama sekali kita tengok pada polifenol ini dulu. Ia dapat membantu meningkatkan  kuantiti mitokondria. Kita boleh bayangkan mitokondria sebagai  kilang iaitu kilang untuk  hasilkan tenaga. Ia adalah yang warna ungu. Jadi  bila kita amal polifenol setiap hari, bilangan kilang  akan bertambah satu hari demi satu hari maknanya bilangan kilang daalm sel badan kita banyak.

 

Tapi persoalannya  bila bilangan kilang itu semakin banyak ,kita perlu juga bekerja. Bayangkan kilang  yang  tiada  pekerja, production lain dia memang akan slow dan stuck. Jadi kita perlukan pekerja. Pekerja ini anda boleh dapat dari CoQ10  sebab CoQ10 ia  boleh meningkatkan penghasilan tenaga. Ia boleh mencetuskan proses penghasilan tenaga  dalam mitokondria. Jadi maknanya  bila anda amalkan CoQ1o ini juga ,ia akan meningkat bilangan pekerja dalam kilang. Polifenol memperbanyakkan kilang dan pada masa yang sama CoQ10 akan meningkatkan bilangan pekerja. Jadi gabungan ini yang memang hebat sebagai tenaga yang diperlukan sel badan kita.

 

CoQ10 Kekalkan Tenaga

 

Kekal bertenaga.

Kekal bertenaga.

CoQ10 boleh membantu untuk  meningkatkan tenaga dan nutrien. Ini memang  sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Bagi mereka yang nak kekal bertenaga  sepanjang hari, lepas kerja ada tenaga lagi nak layan anak, lepas kerja ada tenaga lagi nak buat kerja rumah dan lepas kerja ada tenaga lagi nak keluar dengan keluarga. CoQ10 ni boleh memberikan tenaga  kepada kita. CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan otot. Maknyanya ia sangat sesuai  untuk mereka yang workout yang main gym. Juga mempercepatkan proses  pemulihan luka maknanya dia banyak melibatkan sel yang baru. Dalam penghasilan sel baru ini, tenaga yng banyak diperlukan.

 

 

CoQ10 Bantu Peredaran Darah Sihat

 

Peredaran darah sihat.

Peredaran darah sihat.

 

Fungsi yang paling utama bagi CoQ10 adalah untuk mencetuskan penghasilan tenaga. Sebab tulah CoQ10  paling banyak dijumpai  di organ yang banyak tenaga seperti jantung. Setiap hari jantung akan berdegup sebanyak  seratus ribu kali setiap sehari  untuk menyokong peredaran darah  ke seluruh sel  dalam badan kita. Jadi otot  di bahagian jantung memang perlukan banyak CoQ10 ini.

 

Jantung yang kekurangan CoQ10 ini  akan bagi kesan kepada kelancaran  degupan jantung. Jadi ia mempengaruhi seluruh  proses peredaran darah   dan kejadian ini selalunya  akan menyebabkan penyakit kardiovaskular. Contohnya, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, masalah strok dan sebagainya. Penyakit jantung  sampai hari ini masih kekal sebagai pembunuh utama  rakyat di Malaysia.

 

Peredaran darah sihat.

Peredaran darah sihat.

 

Peredaran darah sihat.

Peredaran darah sihat.

 

Berdasarkan American Heart Association sebanyak 80% penyakit jantung boleh dicegah  kalau kita ubah tabiat pemakanan. Pada masa yang sama kita kena rajin bersenam, kawal tahap kolesterol  dan tekanan darah  kita. Tahukah anda sebanyak  47.7% orang dewasa Malaysia iaitu 18 tahun ke atas menghidapi tahap kolesterol  yang tinggi.

 

Peredaran darah sihat

Peredaran darah sihat.

 

Selalunya  bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, doktor akan bagi ubat statin untuk kurangkan  kolesterol. Jadi bagaimana ubat statin ini berfungsi  untuk turunkan kolesterol  dalam badan anda? Statin ini  dia berfungsi dengan  kurangkan enzim  HMG CoA   di bahagian hati. Bagi mereka yang makan statin  yang memang on statin medication dia akan kurangkan penghasilkan enzim HMG CoA. Kesannya, kolesterol dalam pesakit kolesterol ini menurun.

 

Namun HMG CoA  juga terlibat dalam penghasilan CoQ10  dalam badan kita. Jadinya bagi mereka yang on statin medication bukan sahaja statin ini boleh  kurangkan kolesterol  dalm badan mereka pada masa yang sama statin juga  kurangkan  CoQ10 dalam badan mereka  sebanyak 40%.

 

Sebab tulah  bagi mereka  yang memang on ubat statin ini selalunya  mereka rasa letih, sangat sangat letih dan ada kalangan mereka rasa otot dia sangat sakit dan kadang kadang  tangan dia tak boleh angkat. Masa dia sangat sangat sakit  sampai dia tak tahan. Ini adalah kesan statin sebab statin kurangkan penghasilan CoQ10 secara semulajadi dalam badan.

 

CoQ10 memberikan tenaga. Jadi bayangkan masa kita takde tenaga, bayangkan badan kita kurang  tenaga  sebanyak 40%. Jadi memang kita akan mengalami kesan sampingan contohnya letih atau otot sakit.

 

 

 

Peredaran darah sihat.

Peredaran darah sihat.

 

 

Bagi pesakit yang amalkan ubat statin, vitamin CoQ10  adalah sangat sangat penting  supaya ia boleh membantu untuk meningkatkan kandungan CoQ10 dalam badan mereka. Pada masa yang sama,CoQ10 juga boleh  kuatkan otot jantung  untuk support kesihatan jantung yang lebih bagus, untuk menyokong peredaran darah yang lebih  sihat dan juga kurangkan risiko penyakit jantung. Selalunya yang sakit otot lepas on  statin, dia sakit di bahagian tangan ataupun di bahagian hips bahagian paha.

 

CoQ10 Bantu Dalam Kesihatan Kesuburan

 

Kesihatan Kesuburan.

Kesihatan Kesuburan.

 

Seterusnya CoQ10 juga bagus untuk  kesihatan kesuburan iaitu dengan meningkatkan kesihatan sperma  dan mengelakkan kerosakan sel akibat merokok, tekanan oksidatif disebabkan oleh stress, juga dari radiasi bila telefon diletakkan berdekatan dengan sperma bila diletak dalam poket seluar. Maknanya yang sangat2  dekat dengan sistem pembiakan  dan semua ini dia akan menghasilkan radikal bebas.

 

Radikal bebas akan  merosakkan sel-sel sperma yang sihat  dan akibatnya dia akan bagi kesan pada tahap kesuburan mereka. CoQ10  ini berfungsi sebagai  antioksidan  maknanya dia boleh melindungi sperma daripada kerosakan   radikal bebas  dan membantu untuk meningkatkan  jumlah sperma yang sihat.

 

Kesihatan Kesuburan.

Kesihatan Kesuburan.

 

Untuk pengetahuan anda bukan semua sperma boleh bergerak secara normal. Sesetengah sperma boleh bergerak  dengan cepat. Ada juga sel sperma tak bergerak langsung. Ada juga sperma yang pergi ke arah yang tak betul. Jadi  akibatnya tiada persenyawaan berlaku.

 

Jadi untuk meningkatkan  kesuburan  sperma yang normal  sangat sangat penting. Struktur sel  sperma  di bahagian leher adalah bahagian yang mempunyai bilangan  mitokondria yang paling tinggi. Jadi bila mitokondria  tinggi maknanya   dia perlukan banyak CoQ10  dan tenaga. Dalam erti kata lain  semakin banyak CoQ10  dalam mitokondria, semakin cepat pergerakan sperma. Dan akhirnya semakin subur seorang lelaki itu.

 

Kesihatan Kesuburan.

Kesihatan Kesuburan.

 

Slide ini menunjukkan eksperimen yang dijalankan  terhadap 228  orang  lelaki yang tidak subur  dan  114 lelaki  diorang diberikan sebanyak  200mg CoQ10 setiap  hari. Dan pada masa yang sama  sebanyak 114 lelaki sebagai kawalan. Maknanya separuh makan 200mg CoQ10 dan separuh lagi tak makan.

 

Keputusan selepas tu menunjukkan  jumlah sperma dan pergerakan sperma  yang memang anda nampak peningkatan. Sebanyak 114 orang lelaki  yang amalkan 200mg CoQ10, lepas dua bulan mereka nampak 15% peningkatan  dalam jumlah sperma, lepas empat bulan  43% peningkatan dalam jumlah sperma selepas 6 bulan setengah mereka ambil CoQ10, peningkatan sebanyak 81% dalam jumlah sperma. Semakin lama mereka amalkan CoQ10, semakin banyak jumlah sperma mereka.

 

Selain itu, eksperimen ini juga menunjukkan selepas  3 bulan mereka ambil CoQ10, pergerakan sperma meningkat  sebanyak 18%, lepas 5 bulan 26% makin improve, lepas 6 bulan setengah improve 31%. Maknanya pergerakan sperma ini semakin sihat  dan normal. Sperma boleh pergi ke arah yang betul untuk persenyawaan.

 

Kesihatan Kesuburan.

Kesihatan Kesuburan.

 

Untuk meningkatkan kesuburan, kesihatan sperma dan ovum  sangat penting. Telur wanita iaitu ovum  adalah sel yang paling besar  dalam tubuh badan manusia. Mengikut kajian ia mengandungi mitokondria dengan bilangan yang paling banyak dalam badan kita  iaitu sebanyak 200 ribu mitokondria. Sel yang biasa miliki 200  mitokondria. Sel dalam hati kita miliki 1 hingga 2 ribu  mitokondria. Tapi dalam ovum iaitu telur wanita ia mempunyai 200 ribu mitokondria.

 

Maknanya ovum perlukan CoQ10  yang memang dalam kandungan yang  tinggi  supaya ia dapat tenaga untuk proses persenyawaan. Maknanya telur ini dia akan dikeluarkan dari ovari ke tiub falopio dan sedia untuk persenyawaan. Proses ini  perlukan banyak CoQ10 untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke tiub falopio  dan lepas persenyawaan berlaku ovum ataupun telur wanita ini perlu jugak banyak CoQ10 untuk sambung proses pembahagian kepada  sel  embrio  organ bayi kita. Jadi bukan sahaja sperma lelaki yang perlukan CoQ10  tetapi sel ovum wanita juga perlukan banyak CoQ10 dalam misi persenyawaan ini.

 

Kesihatan Kesuburan.

Kesihatan Kesuburan.

 

Secara kesimpulannnya ,CoQ10 boleh memberikan banyak manfaat  kepada kesihatan pembiakan  dengan meningkatkan pergerakan sperma, meningkatkan kuantiti sperma, memperbaiki kualiti ovum dan meningkatkan peluang persenyawaan.

 

CoQ10 Bantu Dalam Kesihatan Kulit Berseri

 

 

Kulit Berseri.

Kulit Berseri.

 

Kulit kita juga memerlukan CoQ10 sebab faktor faktor  seperti sinaran UV ,bahan kimia dalam kosmetik  ataupun pencemaran ia akan merosakkan permukaan kulit kita yang menyebabkan kulit kita semakin kering dan kusam. Mengikut kajian, CoQ10 banyak didapati di permukaan  kulit lipid  yang berada pada bahagian epidermis.  Epidermis adalah bahagian yang paling atas bagi kulit kita  maknanya  di bahagian bawah permukaan ini  ia ada banyak CoQ10 sebenarnya.

 

Kulit Berseri.

Kulit Berseri.

 

Jadi apakah fungsi CoQ10 di bawah permukaan epidermis kulit? CoQ10 ia bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit kita dan ia juga dikenali sebagai inner sunscreen maknanya pelindung dari sinaran UV dari dalam kulit kita. Bila kita pakai sun screen atau sun block, ia lindung kulit kita  dari sinaran UV dari luar. Apbila kita guna sunscreen dan pada masa yang sama amalkan CoQ10 juga, ia adalah sunscreen  dari dalam dan luar sekaligus. Jadi memang kombinasiyang sempurna. Kulit kita memang akan cantik dan cerah  macam  rosy pinky. Kalau ada sel sel yang rosak, CoQ10 bagi tenaga untuk cetuskan pembaikan dan penghasilan sel.

 

Kulit Berseri.

Kulit Berseri.

 

Ini adalah salah satu eksperimen yang dijalankan  dengan menggunakan CoQ10. Dua gambar di bahagian atas ini, wanita ini gunakan 50mg CoQ10  setiap hari selama 12 minggu dan kita boleh lihat selepas 12 minggu garisan halus di sebelah mata dia kurang sebab sangat sangat jelas garisan halus tak begitu ketara  dia semakin tegang. Sama juga dengan gambar di bawah bagi wanita yang amalkan 150mg CoQ10  setiap hari. Selepas 12 minggu, garisan halus di bawah mata juga sama. Jadi kedutan semakin kurang. Dengan itu, kita boleh katakan CoQ10 boleh menegangkan kulit  kita.

 

Kulit Berseri.

Kulit Berseri.

Jadi CoQ10 bermanfaat kepada kulit  wanita  supaya kulit kita lebih tegang dan kedutan semakin berkurang. Kulit kita jadi lebih halus. Ia  boleh mengekalkan keanjalan  kulit dan supaya kulit kita kelihatan lebih muda dan sihat.

 

CoQ10 Bantu Dalam Kesihatan Ketajaman Minda

 

Ketajaman Minda.

Ketajaman Minda.

 

Fungsi yang seterusnya, CoQ10 membantu untuk ketajaman  minda. CoQ1o memberikan tenaga  untuk menyokong  fungsi  otak  yang normal. Ia boleh membantu untuk menyokong  daya  perhatian, daya tumpuan  dan fungsi  sel otak secara keseluruhan. Namun bila usia kita meningkat, tahap CoQ10 ini semakin berkurangan dan kejadian ini  akan menyebabkan plak amyloid  dalam sel otak  kita semakin banyak. Bila plak  ni (sejenis  protin)  semakin banyak  dalam sel otak kita dia akan menyebabkan penyakit penuaan contohnya penyakit Alzheimer. CoQ10 boleh bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro. Maknanya ia boleh melindungi sel dalam otak  di bahagian otak kita dan mengurangkan pembetukan plak amyloid.

 

Ketajaman Minda.

Ketajaman Minda.

Erti kata lain, CoQ10 boleh membantu untuk

  • mengurangkan risiko  penyakit yang berkaitan dengan penuaan  seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson
  • membantu meningkatkan fokus
  • Bantu tingkatkan memori yang fokus
  • meningkatkan keupayaan pembelajaran.

 

Mengapa kita perlukan CoQ10

Mengapa kita perlukan CoQ10

 

Jumlah CoQ10 berkurangan mengikut usia.

Jumlah CoQ10 berkurangan mengikut usia.

 

Jadi kenapa kita perlukan CoQ10 ni? Untuk pengetahuan  anda  tubuh badan kita memang boleh hasilkan CoQ10 tetapi  bila usia kita semakin meningkat, mua dari usia 20 tahun, penghasilan CoQ10  akan jadi semakin berkurangan   dan kejadian dia akan jadi lebih serius  apabila kita sampai ke usia 40 tahun  hingga ke 80 an. Organ yang akan hilang banyak CoQ10 adalah organ yang penting selalunya ialah jantung, buah pinggang, paru-paru dan hati.

 

Pemakanan seharian kita tidak memberi CoQ10 yang mencukup

Pemakanan seharian kita tidak memberi CoQ10 yang mencukupi.

 

Walaupun  kita mempunyai keupayaaan untuk menghasilkan CoQ10  ini kehidupan kita yang  tidak sihat contohnya nutrisi yang tidak lengkap daripada pemakanan, ubat yang diamalkan setiap hari untuk masalah kolestrol  contohnya ubat statin dan pencemaran di sekeliling kita yang menyebabkan  tekanan oksidatif .Semua faktor di sini  akan menyebabkan  CoQ10 yang semakin berkurangan  di dalam badan kita.

 

Berapa Banyak CoQ10 Diperlukan Seharian?

 

Untuk fungsi badan yang optima,anda disyorkan untuk mengambil 100mg CoQ10 setiap hari.

Untuk fungsi badan yang optima,anda disyorkan untuk mengambil 100mg CoQ10 setiap hari.

 

 

Mengikut kajian, 30 mg CoQ10 setiap hari hanya boleh membantu  kekalkan kesihatan peredaran darah. Namun bila kita amalkan  sebanyak 100 mg CoQ10  setiap hari ia dapat mengekalkan kesihatan yang optimum  di mana ia menjaga  kesihatan kita  secara keseluruhan.

 

100 mg CoQ10 melalui pemakanan seharian bersamaan dengan:

100 mg CoQ10 melalui pemakanan seharian bersamaan dengan:

 

Kita boleh dapatkan 100 mg  CoQ10 melalui pemakanan setiap  hari. Tapi banykla nak kena makan.  Contohnya  setiap hari perlu 100 sudu makan minyak kanola, 3kg daging merah lepas tu tambah kan 3.3kg kacang dan 100 cawan brokoli rebus. Kalau anda boleh makan semua makanan di sini tiada masalah anda akan dapat 100mg CoQ10. Mampukah kita? Sangggup?

 

Nak tau camne nak dapatkan CoQ10 100mg sekali telan je ni bagi tujuan memudahkan kita setiap hari? Boleh klik di sini ye.

 

Salam sayang,

Master Ira & Master Hafizan

013-9422527

 

2 Responses to “Tingkatkan Kekuatan Badan Kita Dengan Polifenol Dan CoQ10”
  1. nurul fatin adiana 19 January, 2018
    • mm Nur Zahirah 28 January, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge