7 Risiko Dihadapi Oleh Mak Ayah Kita Saat Ini

Mak ayah kita ni sanggup berikan apa saja buat kita. Tapi kita? Sejauh mana kita sanggup berikan sesuatu buat mak ayah kita untuk kekal sihat?

 

Mak ayah sanggup kumpul duit untuk berikan yang terbaik buat anak anak. Sanggup korbankan segalanya demi anak anak. Supaya anak boleh dapat apa yang diperlukan dari segi material juga.

 

Jasa mak ayah tak terbalas

Jasa mak ayah tak terbalas

 

Tanggungjawab kita untuk bantu mak ayah kita untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.

 

Apa Kepentingan Mak Ayah Kita Kini?

 

Di sini saya kongsikan dengan korang apa yang mak ayah kita perlukan di usia emas ni.

Kesihatan Yang Diutamakan Buat Warga Emas

Kesihatan Yang Diutamakan Buat Warga Emas

 

1. Tulang yang sihat yang  bebas dari osteoporosis.

2. Payudara yang bebas dari kanser payudara.

3. Otak dan minda yang bebas dari penyakit alzheimer (nyanyuk)

4. Jantung yang sihat. Bebas dari serangan jantung dan strok.

5. Kulit yang tegang dan kurang kedutan dan pigmentasi.

6. Berat badan yang kekal normal. Tidak alami obesiti mahupon kegemukan.

7. Prostat yang sihat yang bebas dari masalah pembesaran prostat dan kanser prostat

8. Alami situasi monopaus dengan gembira

 

Monopaus. Bagaimana hadapinya dengan gembira?

 

Bagaimana hadapi monopaus?

Bagaimana hadapi monopaus?

 

Haa tu simptom monopaus. Dasyat jugak kan. Itulah yang dialami oleh mak kita tau. Sian mak kan?

 

Memang patut bila ini berlaku, mak asyik muram je. Kalau kita kena camni pon tak rasa syok kan.

 

Perubahan ni berlaku sebab hormon dalam badan berubah. Bila monopaus, hormon berubah dengan ketara. Bila macam ni, mak kita berisiko tinggi dalam dapat penyakit.

 

Orang lelaki ni pon ada monopaus. Bukan orang perempuan je. Selalunya kita tau yang monopaus ni hanya untuk orang perempuan. Rupa rupanya lelaki pon boleh monopaus.

 

Monopaus bagi lelaki dipanggil andropause.

 

Monopaus kaum lelaki andoropause

Monopaus kaum lelaki andoropause

 

Ni disebabkan oleh penurunan hormon testosteron yang dialami oleh lelaki bermula pada usia 30 tahun.

 

Antara simptomnya adalah

1. Letih

2. Perubahan emosi

3. Jisim otot berkurangan

4. Ketumpatan tulang berkurangan

5. Nafsu rendah

6. Tak bertenaga

7. Lemak badan  bertambah

 

Kesan Penurunan Hormon Testosteron, estrogen dan progesteron

 

1. Risiko penyakit jantung

 

Bila penurunan hormon ni berlaku, risiko untuk mendapat penyakit jantung sangat tinggi tau.

 

Peningkatan risiko penyakit jantung

Peningkatan risiko penyakit jantung

 

Di Malaysia ni penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia. 1 daripada 3 rakyat Malaysia mati disebabkan oleh sakit jantung. Namun, 80% boleh dicegah.

 

2. Risiko kanser payudara

 

Apabila hormon berkurang jugak, kita akan alami risiko kanser payudara yang lebih tinggi bagi wanita.

 

Risiko kanser payudara

Risiko kanser payudara

 

Bila monopaus memang risiko ni makin  bertambah kerana hormon semakin menurun. Ia juga dipengaruhi oleh keturunan. Kalau ada keluarga yang ada kanser payudara, kita alami risiko lebih tinggi berbanding orang lain.

 

Risiko kanser payudara mendadak selepas usia 30 tahun

Risiko kanser payudara mendadak selepas usia 30 tahun

 

3. Risiko Untuk Lelaki

 

Kanser prostat akan meningkat bila usia makin tinggi. Secara puratanya kanser prostat berlaku pada usia 60-an. Andai ada ahli keluarga yang miliki sejarah pernah terkena kanser prostat, risikonya lebih tinggi.

 

Bila hormon testosteron masih tinggi walau sedang alami andropaus, risiko untuk pembesaran prostat meningkat.

 

Pembesaran prostat

Pembesaran prostat

 

Ini dia risiko pembesaran prostat pada setiap usia lelaki.

 

Prostat adalah satu organ yang berfungsi untuk menghasilkan cecair untuk air mani dan menyediakan bekalan nutrien untuk sperma.

 

Bila usia lelaki tu dalam 20-an ke 30-an, prostat sihat sebesar saiz walnut.

 

Bila usia 40-an, saiz prostat menjadi sebesar sebiji golf. Simptomnya adalah ereksi yang lemah dan kerap membuang air kecil.

 

Bila usia 50-an, lelaki akan rasa sakit bila mau membuang air kecil terutamanya pada waktu malam. Bila prostat makin membesar, ia akan menekan pundi kencing dan tak boleh tahan kencing.

 

Bila usia 70-an, saiz prostat lelaki akan sebesar bola besball dan ia akan bagi kesan pada kehidupan terutamanya seksual.

 

4. Risiko osteoporosis

 

Risiko osteoporosis meningkat tak kira pada lelaki mahupon wanita.

 

Risiko Osteoporosis Meningkat

Risiko Osteoporosis Meningkat

 

Selalunya ia bermula pada usia 30 tahun. Kepadatan tulang semakin berkurang. Terutamanya mereka yang kurang senaman, tak minum susu, memilih makanan dan miliki sejarah keluarga yang alami osteoporosis.

 

 

Peningkatan Risiko Osteoporosis

Peningkatan Risiko Osteoporosis

 

80% orang yang terjejas akibat osteoporosis adalah wanita. Sebabnya wanita lalui 4 proses besar dalam hidup iaitu haid, hamil, menyusu dan monopaus. Besar kan pengorbanan mak kita pada kita. Ia hilangkan kalsium dalam badan mereka. Sampai buat dirinya berisiko. Sob sob.

 

Ehh. Kita ni pon. Wanita memang perlukan kalsium yang lebih. Sebab risiko nya akan alami born frecture ( retak tulang) dan juga tulang memendek kerana tulang kita semakin poros.

 

Purata alami osteoporosis

Purata alami osteoporosis

 

Seram tak kenyataan ni? Adakah kita sendiri sedang alami osteoporosis?

 

Jangan risau. Jika kita masih muda, osteoporosis masih  boleh dibaik pulih dengan cara pengambilan kalsium yang cukup yang memang menyerap ke dalam badan kita dengan efektif. Ramai orang ambil kalsium, namun ia tidak diserap pon ke dalam badan. Sayang kan. Saya tau vitamin kalsium mana yang bantu dalam bagi penyerapan optimum. Nanti saya share ok.

 

5. Risiko alzheimer

 

Ia disebabkan oleh kematian sel otak yang menyebabkan kehilangan ingatan dan penurunan kognitif.

 

Penyakit alzheimer

Penyakit alzheimer

 

Amiloid plak membentuk di atau neuron luar. Plak tersebut adalah bertoksin, berracun, dan sel sel menyebabkan keradangan yang merosakkan saraf.

 

Amiloid plak

Amiloid plak

 

6. Risiko kedutan dan jeragat pada kulit

 

Kulit menjadi kering dan kurang lembab.

 

Bila kita terdedah kepada matahari, kurang menggunakan sun screen, kurang makan makanan yang sihat, perubahan hormon ia menjadikan pembentukan jeragat yang serius.

 

Masalah kulit kedutan dan jeragat

Masalah kulit kedutan dan jeragat

 

Jeragat  biasanya akan wujud di bahagian pipi. Kedutan dan garis halus pula terbentuk di bahagian bawah mata, mulut dan leher.

 

7. Risiko Jisim Otot Menurun

 

Ini menjadikan metabolisme menurun dan perlahan. Bila kita makan, makanan tu akan lambat dibakar kalorinya. Bila camtu, lemak tu akan tersimpan dalam badan dan ia akan buat kita gemuk.

 

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia Tenggara

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia Tenggara

 

 

Malaysia adalah negara paling gemuk berbanding negara lain di Asia Tenggara. 44.2% rakyat Malaysia alami masalah kegemukan. Iaitu 1 dari 2 rakyat Malaysia alami risiko ini. Mungkin sebab makanan kita sedap sangat kot. Adehhh. Nak kena baiki rekod ni lah kan. Dan ia bermula dengan kita.

 

Malaysia Negara Orang Gemuk

Malaysia Negara Orang Gemuk

 

Pastikan kita bukan contributer untuk rekod ni tau. Bermula dengan kita untuk berubah ye.

 

Bagaimana nak bagi mak dan ayah kekalkan kecergasan

Bagaimana nak bagi mak dan ayah kekalkan kecergasan

 

Bantulah mak dan ayah kita untuk kekal sihat. Paling kurang pon kita usaha untuk kurangkan simptom tu pada diorang.

5 langkah ke arah kesihatan yang lebih baik bagi warga emas

5 langkah ke arah kesihatan yang lebih baik bagi warga emas

 

Nanti saya  terang dengan lebih detail satu per satu dalam next post tau. Stay tune.

 

Info ni sangat penting untuk pastikan mak dan ayah kita lalui kehidupan dengan lebih sihat.

 

Kita tentu tak nak ayah dan mak kita sakit walau diorang dah tua kan. Kalau boleh kita nak diorang sihat sampaila Allah panggil diorang untuk kembali padaNya.

 

Kalau boleh kita nak mereka buat apa saja yang mereka suka tanpa perlu bersakit sakit.  Solat pon boleh bangun di tengah malam takde apa apa masalah.

 

Boleh khatam Al Quran setiap bulan. Wahh. Nikmat buat mereka tau.

 

Masa ni lah mereka nak rasai semua ni akibat dah tak sibuk cari rezeki buat anak anak dah. Boleh dikatakan 30 tahun hidup mereka dah korbankan untuk besarkan kita dan adik adik.

 

Dan masa ni lah kita nak balas jasa mak ayah kita kan.

 

Nanti saya terangkan dengan jelas dalam post seterusnya.

 

Share post ni di Facebook anda. Juga pada kawan kawan anda agar mereka boleh bantu mak ayah diorang sihat. Juga diri mereka sendiri pon untuk sihat.

 

 

Salam sayang,

Master Ira dan Master Hafizan

013-9422527

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 Responses to “7 Risiko Dihadapi Oleh Mak Ayah Kita Saat Ini”
  1. semakkini 15 February, 2018
    • mm Nur Zahirah 24 March, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge