Skip to content
Home Serbuk Kolagen- Bukan Sekadar Untuk Cantik

Serbuk Kolagen- Bukan Sekadar Untuk Cantik

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Pagi ni saya ingin kongsikan mengenai kolagen tau. Mesti ramai nak tahu info ni kan. 🙂

 

Apa Itu Kolagen?

 

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

 

 

Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa tau. Haaa. Nampak kan? Betapa besarnya fungsi kolagen ni sebenarnya.

 

Semakin Berkurangan

 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Awak umur berapa? Errrk. Saya dah umur 32 tahun. Haaa dah menurun lebih dari 10.5% kolagen dari badan saya dah ni. Tinggal 89.5% je lagi kolagen pada badan saya sekarang ni.

 

Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Mak ayah kita umur berapa sekarang? Sah-sah usia ni kan? Malah ayah saya dan mak sendiri pon dah berusia lebih dari 50 tahun sekarang ni.

 

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik, pelembab kulit dan anti-penuaan. Nampak kan? Kolagen bukan tujuan untuk mak ayah kita awet muda sangat pon actually. Ia lebih kepada kesihatan sendi, elak tulang rapuh semua tu. Yelah, bila sakit lutut, sakit sendi…nak tidur pon bukan boleh nyenyak mana dah jadinya mak ayah kita. Camtu juga dalam nak beribadah terutamanya nak solat semua tu. Lutut kena ok. Baru mak ayah selesa dalam beribadah kan.

 

Secara umumnya, kesan kekurangan kolagen adalah kesan-kesan penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin lemah dan kurang.

 

Apa Fungsi Kolagen Sebenarnya?

 

Menegangkan Kulit – Ni saya kongsikan. Fungsi pertama kolagen adalah untuk menegangkan kulit. ” Haaa cakap dah! Untuk kulit cantik lah tu 🙂 ” Haa betol. Tu baru pertama lah.

 

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.

 

Kesihatan Sendi – Ni nombor dua tau fungsi kolagen. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi.

 

Merawat Kesan Melecur Yang Serius  – Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

 

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan – kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

 

Memulihkan masalah kulit – apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

 

Mencantik dan menyuburkan rambut – nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

 

Menegangkan payudara – kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

 

Menguatkan tulang – penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

 

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi – kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

 

Melambatkan proses penuaan kulit – seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

 

 

Sumber Kolagen

 

Kolagen boleh diperolehi daripada banyak sumber, antaranya ialah :

* lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
* haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
* tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
* yak – produk dari China
* manusia – plasenta, janin yang digugurkan

 

Errrk. Plasenta pon orang boleh buat kolagen tau. Jangan memain. Sebab tu kita kena pilih kolagen yang terbukti halal dan memberi kesan kepada diri kita. Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.

 

Apa Kolagen Powder Pilihan Saya?

 

Kolagen powder dari Shaklee ni diperbuat dari sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang tahan lasak. Kenapa saya katakan begitu? Sebab ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di lautan sedalam 5000 meter. Di bawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup. Apa kehebatan ikan merah ni lagi? Ia sangat lasak dan elastik, kepaduan sel yang sangat tinggi, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan dan juga jisim molekul yang sangat rendah.

 

Apa Beza Shaklee Collagen Powder Dengan Kolagen Lain Ye??

 

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

 

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

 

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran kita. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

 

3 fungsi utama kolagen shaklee bertindak kepada kulit kita iaitu keanjalan, penghidratan dan juga antioksidan.

 

Kebetulan pula, bulan ni ada offer kolagen tau. Boleh grab peluang ni untuk dapatkan kolagen dengan harga lebih murah dari biasa.

 

Ingin mendapatkan sebarang konsultasi dari saya pon boleh. Nak tanya saja-saja pon boleh. 🙂 Kontek nombor di bawah ni ok 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *