“Alamak! Terlupa nak makan vitamin hari ni lah…Patutlah badan rasa penat semacam je nih.”
Pernah jadi macam ni bila dah kat bantal semasa dah nak tidur jam 10,30 malam? Or even jam 12 pagi dah sebab sibuk seharian.
Badan kita memang perlukan vitamin. Sebab tulah kita rasa letih keterlaluan kerana badan kita kekurangan sesuatu. Seharian kita perlukan sekurang-kurangnya 500mg vitamin C. Tapi apa sumber vitamin C yang kita ambil seharian dari diet kita dengan konsisten? Ada?
Seharian orang perempuan perlukan 1000mg kalsium setiap hari. Ada kita minum susu untuk bekalan kalsium kita sebanyak ini setiap hari? >>Sumber kalsium terbaik
Tu baru 2 jenis vitamin dan mineral yang badan kita perlukan tau. Belum yang lain. Dah nampak kan lompang pada diri kita?
Jika sering terlupa nak makan vitamin, jangan risau. Saya akan kongsikan tips bagaimana untuk kita sentiasa ingat untuk ambil vitamin harian kita 🙂
Tips Sentiasa Ingat Makan Vitamin Tanpa Lupa
- Letakkan dalam jadual harian kita. Dan sentiasa tengok jadual tu.
Nak letak camne? Jadual pon tak de. Hehehe. So, kita kena wujudkan jadual lah. Bila kita ada jadual, kita selalu tengok…kita akan ingat untuk ambil vitamin kita.
2. Lepas makan je, mesti ambil vitamin. Bukan rokok.
Haaa ni selalu berlaku pada perokok. Lepas makan je, terus merokok. Jadi kita buat habit lepas makan je, kita makan vitamin. Sure tak lupa insyaallah sebab kita tak pernah tak makan kan 🙂
3. Mulakan niat yang betul bila makan vitamin
Apabila kita memilih untuk mencuba vitamin Shaklee, kita perlu tanam niat yang betul. “Eh, nak ambil vitamin Shaklee pon kena ada niat ke?” Ye, kena ada. Kerana semua perkara akan sampai maknanya berdasarkan niat kita. Contoh niat kita ambil vitamin Shaklee ni kerana nak badan sihat, mudah beribadah kepada Allah…Jadi, kita akan sentiasa ingat nak ambil vitamin ni setiap hari. Kerana kita nak buat badan sihat supaya mudah nak jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba atas muka bumi ni. Kita dah dapat pahala tau. Setiap kali makan vitamin Shaklee pon kita dapat pahala 🙂 . Kerana ia adalah kebaikan untuk kita. Dan Allah suka orang yang melakukan kebaikan keranaNya.
4. Set up dalam alarm. Reminder
Kalau susah sangat nak ingat, set up dalam alarm. “Makan vitamin! Makan vitamin!” Haaa…mula-mula macam tulah. Lama-lama mudah lah. Akan ingat secara automatik bila dah jadi amalan kita 🙂
5. Masukkan dalam to do list harian.
Kita kena set up kan masuk dalam to do list harian yang tetap. Alaa..contohla setiap hari kita kena cuci baju kan. Sure tu to do list harian kita. Kiranya rutin kita lah kan. Haa so, masukkan dalam list tu. hehe.
6. Minta pasangan ingatkan kita untuk makan vitamin
Yang ni dulu saya sentiasa buat untuk suami saya. Masa mula-mula dia berjinak-jinak makan vitamin Shaklee. Sekarang dia tak perlu diingatkan lagi. Memang dia ingat sendiri dah 🙂 . Sebab dah jadi rutin dia hari-hari. 🙂
Tu je tips saya nak kongsi. Cukuplah kan 5 tips ni 🙂
Semoga ia bermanfaat buat anda.
Belum ada vitamin Shaklee lagi?
Nak cuba menambahbaik tahap kesihatan sekarang ni?
Boleh hubungi saya untuk saya bantu anda dan keluarga anda menjadi lebih sihat bersama Shaklee.
Salam sayang,
Masters ira&hafizan
0139422527
Tips Makan Vitamin Tanpa Terlupa Tips Selalu Ingat Makan Vitamin